0

BAHAGIAN 1

Posted by Daisy Biru on 10:33 PM in
---1---

Kereta pacuan empat roda itu meluncur laju meredah arus jalan raya yang tidak berapa sibuk. Tidak seperti waktu pagi yang menuntut kesabaran yang tinggi. Jumlah pengguna jalan raya yang semakin banyak dari hari ke hari membuat Wilda semakin meluat untuk keluar ke mana-mana. Kalau keluar saja. Pasti tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Perjalanan lima minit menjadi 10 minit. Lagi teruk, sampai 15 minit. Apakan daya, kalau tak keluar, tak bekerjalah dia nampak gayanya.


Cuaca di luar agak panas. Wilda yang tadinya asyik dengan tiupan angin yang selari dengan kelajuan keretanya menekan punat di pintu kereta dan cermin keretanya tertutup secara automatik. Tangannya dialihkan pula pada butang penghawa dingin kereta. Dipusingnya pula pengawal putara penghawa dingin kereta. Rasa dingin mula menjalar pada tubuh dan wajahnya.


Adoi, mak. Sejuknya. Keringlah kulit aku macam ni. Hatinya merungut sambil jemarinya mengusap pipi sebelah kirinya.
Dia terus menekan pedal minyak sehingga kelajuan mencecah 90 kilometer per jam walaupun kelajuan yang tertera pada papan tanda hanya sekitar 70 kilometer per jam. Dia iangin cepat sampai ke destinasi. Tadi, baru sepuluh minit dia keluar pejabat, dia mendapat panggilan dari Haze dan Awin. Pecah rumah!


“Apa yang hilang?”

“Tiga laptop. Laptop aku, Awin dan adik Awin. Nasib baik LCD aku tak diangkutnya sekali ” Haze tenang. Sedangkan suara Awin di sebelah Haze yang sedang menangis menyapa telinga.

“Tak larat nak angkut agaknya. Dahla rumah korang tu tingakat 15. Lift tu pun lembap. Tak sempat turun, dah kena tangkap. Alamak. Awin nangis ke” Wilda menggaru kepala apabila terdengar suara Awin di belakang. Menangisi pemergian laptop Dell pinknya.

“Itulah pasal. Kejap-kejap dia ok. Tapi nanti bila bercakap dengan orang lain, mulalah suara dia berubah.” Suara Haze masih lagi tenang. Bagus juga, kalau dua-dua nangis, tak ke haru jadinya.

“ok, ok. Korang pergilah buat report dulu. Nanti bila polis nak sampai, give me a call. Aku menyibuk sekali masa tu, ok.”
“ok.” Pap! Telefon bimbit flip Sony Ericson ditutup.


“Maaaaaaaaaaaaaaaa!” Wilda menjerit. Brek kereta ditekan kuat. Suara Haze yang tadinya dalam kepala, hilang tiba-tiba. Kereta yang dipandunya berhenti mengejut. Phew! Gila punya kereta depan ni, tiba-tiba berhenti padahal sempat lagi jalan. Lampu isyarat belum merah lagi, baik sangat berhenti tu kenapa? Gerutu hatinya.

Gedegang! Arghhh!!!!!!!!!!

Wilda kebengangan. Dia meninjau dari cermin pandang belakangnya. Apahal la pulak kereta belakang ni buat sudden break macam aku! Kalau bawak perlahan, mesti sempat brek. Wajahnya mula kelat. Keratanya dibawa keluar dari barisan menghampiri tepi jalan. Dilihatnya, kereta di belakangnya turut sama ke tepi.

Ah, sudah. Nak maki hamun ke, nak senyum dulu ke, nak cabut kasut dulu ni. Dia merengus. Habis kereta aku!

Keluar sahaja dari kereta, terus dia ke belakang. Dia cuba mengamati kesan perlanggaran tadi. Ada sedikit calar pada permukaan Vios hitam itu. Sedikit kemek jika dilihat dari dekat. Gila, nasib baik sikit je. Tapi, apahal? Bayarla.
Wanita itu turut sama keluar dari keretanya. Wajahnya kelihatan serba salah.

“Maaf cik. Saya hendak cepat. Tak sempat brek. Itu yang break mengejut” Suaranya lembut.
“Saya pun nak cepat jugak tapi tak lah cuai!” keras nadanya.
“Ya, tapi saya betul-betul tak sengaja” muka minta simpati.
“All drivers would said that” Wilda angkat kening. Muka kasihan, aku benci.

Wilda menghampiri pula bahagian hadapan Honda City itu pula. Calar ada permukaan kereta itu nyata tidak serius juga.

“Nasib baik tak teruk ni” semakin berlembut. Wanita itu diam lagi.

Dari calar pada kereta, Wilda mengalihkan matanya pada penumpang dibahagian hadapan kereta wanita ini. Seorang lelaki yang sedang menyeringai kesakitan membuatkan dia tertanya-tanya.

“Itu apa hal? Rasanya tak adalah terlanggar teruk, kenapa sampai macam nak kena tarik nyawa tu?” Wilda mengerut kening pada wanita itu.
“Kawan saya. Kami dalam perjalanan ke hospital ni. Itu yang nak cepat. Kes gaduh.” Wanita itu semakin resah.
“Macam mana ni cik? Ermm.. Saya bagi kad saya ni, cik bawa pergi bengkel, apa-apa hal, telefon je saya. Bilnya saya tanggung” wanita itu menghulurkan sekeping kad.
Wilda jadi kasihan pula. Rasa hendak marah, maki hamun tadi hilang entah ke mana.

Hai, nasib baiklah perempuan, kecemasan pulak tu. Segera dia menyambut kad yang ada pada tangan wanita itu dan tanpa dipinta dia berjalan menju ke arah penumpang lelaki yang duduk di tempat duduk hadapan kereta itu. Wanita itu membontoti Wilda.

“Cik, tak apalah. Tak payahlah tengok-tengok ke apa. Saya nak cepat ni,” pinta wanita itu. Wilda menunduk sedikit. Teruk nampaknya lelaki itu. Kalau tak, mahunya awal-awal tadi lelaki itu turun sama membela wanita itu.
Boyfriend dia agaknya.

“Hum... oklah Cik....” Pantas dia melihat nama yang tertera pada kad itu. “Cik, Nisa... Apa-apa hal, saya akan hubungi awak. Bilnya akan saya beri kemudian. Nak sangat bayar bil akukan!

“Ok, baik, baik. Thanks cik. Saya pergi dulu. Call saya nanti. Bye.” Wanita itu terus bergegas menuju ke keretanya. Enjin dihidupkan dan Honda City itu terus bergerak dan semakin laju setelah melepasinya.

Senang je aku bagi dia lari. Entah-entah dia tipu. Wilda mengeluh. Dia kembali ke keretanya. Dia mengerling jam di tangan. Sudah hampir jam lima. Kereta di jalan raya sudah mula banyak. Memang itu waktu kemuncak kerana waktu orang pulang dari kerja.

Wilda masih termenung. Dia cuba mengingat sesuatu. Lelaki dalam kereta tadi. Dia rasa macampernah jumpa. Mata itu... Dahi lelaki itu dipenuhi darah dan kerana itula, wajah itu sukar untuk dia cam. Di mana ya. Atau hanya Deja vu mungkin. Bukankah banyak manusia serupa dalam dunia ini. Tujuh serupa, tak mustahil duanya ada di Malaysia.

Malas mahu berfikir, dia terus menghidupkan enjin kereta dan mencelah di tengah-tengah ruang yang ada antara kereta-kereta lain yang mulai laju mengejar lampu isyarat.
Damansara, here I come!


__________________________________________________________________________


“Hari ini sahaja, ada empat lagi kes pecah rumah yang sama di kawasan ini” penerangan Inspektor Zahari tidak membuatkan mereka terkejut. Kawasan ini memang mereka sedia maklum sebagai kawasan panas. Baru beberapa bulan lepas, kes curi kereta. Yang terlibat adalah pak-pak hitam yang juga banyak menyewa di kawasan itu. Tapi, apa yang mereka dengar, si pesalah sudah pun diberkas. Ini, kes lain pula yang timbul.

“Boleh dapat balik ke barang-barang yang hilang tu?” Awin masih tidak berpuas hati.
“Buat masa ini, susah kami nak cakap. Kita tanya management, cctv pun tak berfungsi. Harap ada tapi rosak. Untuk komputer riba yang hilang tu, kalau boleh, bagi saja kami nombor siri. Mudah untuk kami kenal pasti pemiliknya kalau kami berjaya buat rampasan di kawasan-kawasan yang biasa dijadikan tempat untuk menjual barang-barang curi. Sebelum ini, di kawasan lain hasil rampasan kami, ada lagi 60 biji computer riba yang tidak dapat dikenal pasti siapa pemiliknya. Sebab itu nombor siri ni penting. Sekadar ingat rupa bentuk komputer riba masing-masing itu tidak mencukupi,” Inspektor Zahari tekun melakar kedudukan bilik dan setiap ruang dalam rumah itu.


Wilda, Haze dan Awin saling bertukar pandangan. Hai, jangan haraplah hendak dapat barang-barang itu semula. Awin menjungkit bahu seolah-olah tersampai kepadanya apa yang hati Wilda bisikkan. Ketika Wilda sampai tadi, Awin tenang sahaja. Tidak pula menangis seperti sebelumnya. Mungkin juga dia sudah penat dan menyedari tangisan tidak membawa apa-apa perubahan.

“Sabar Awin. Bukan hak kita agaknya” Hanya itu yang mampu Wilda katakan sewaktu dia menjejakkan kaki ke rumah mangsa-mangsa itu.
“Kami ye, bukan kita” Haze tiba-tiba menyampuk. Kata-kata Haze itu membuatkan Wilda geram. Sempat pula Haze buat lawak masa ni. Sempat juga dilukunya kepala Haze. Padan muka!
“Mana adik Awin?” Wilda perasan hanya mereka bertiga di rumah itu.
“Dah balik uni. Bas dia jam empat petang tadi. Kitorang hantar di Hentian Bas Bukit Jalil.

“Baik!” suara Inspektor Zahari memecah kebisuan mereka. Sesudah Haze menyerahkan sehelai kertas kecil yang tertera nombor siri ketiga-tiga komputer riba itu, Inspektor Zahari terus menyimpannya ke dalam fail hitam yang di bawanya.
“Dah?” Inspektor Zahari menujukan soalan itu kepada pembantunya yang ditugaskan untuk merakamkan foto-foto bilik dan lokasi yang terlibat. Kameranya segera ditutup lantas dia menganggukkan kepala.
“Awak kena tingkatkan tahap keselamatan. Kalau boleh, tukar tombol pintu kepada bentuk kunci yang lebih selamat.” Inspektor Zahari memeberi peringatan.
“Baik. Apa-apa hal nanti saya akan hubungi Inspektor” Haze dan Awin menghantar mereka ke muka pintu. Wilda turut serta berlagak seperti tuan rumah.

“Haih. Malang betul nasib hari ni” Awin terus menapak ke sofa. Wilda dan Haze mengambil tempat di sebelahnya, Awin di tengah. Remote televisyen di capai. Tiada apa yang menarik di kaca televisyen buat masa ini, sekadar bunyi.
“Nasib baiklah netbook aku tu murah saja” Haze mengeluh.
“Murah pun, makan seribu juga. Kau seribu, Awin seribu, adik Awin seribu. Dah tiga ribu. Itu baru anggaran minimum” Kata-kata Wilda membuatkan kedua-dua pasang mata itu tertumpu ke arahnya.
Sebiji bantal dibaling ke muka Wilda.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!” Suara Awin dan Haze bergema serentak.



“You kat mana?” lelaki itu tak sempat beri salam.
“I on the way balik rumah from Damansara”
“La... you buat apa kat sana? Dah malam ni. You dah makan belum?” Ini soalan ambil berat atau soalan biasa yang semua orang pakai?
“I baru lepas makanlah ni. I dinner dengan Haze and Awin. Lepas balik kerja I terus ke rumah diorang. Rumah diorang kena pecah. Banyak juga kerugian” wilda menerangkan tanpa dipinta.
“Seriously? Tapi, diorang semua tak ada apa-apa kan? Duit, material, semua boleh dicari, diganti. As long as diorang tak diapa-apakan, kira Alhamdulillah” Wilda tersengih sendiri mendengar kata-kata Iffan.
“So, you dah kat mana sekarang?”
“Dah nak sampai rumah dah ni”
“I nak ajak you makan malam di rumah parents I esok, boleh? I nak kenalkan you dengan diorang.” Laju jantungnga berdegup. Aaaaa... Persediaan apa nak buat? First time hendak jumpa bakal mertua...
“What should I... prepare... then” dia bertanya, lambat-lambat.
Iffan ketawa kuat. Takut kena gulailah tu. Hai gadis....
“You belajar buat teh je la. Ayah I tu suka sangat lepas makan malam, tonton TV, ada orang buat teh plus biskut ke apa... Favourite dia tu” tawanya masih bersisa.
Jahat!
“Ok....”
“Hei I gurau je la. Mama I tak kisah pun kalau you tak pandai masak kea pa... Janji you ada effort.” Yes!
“Hehe... lega hati I dengar. Oklah You, I dah sampai rumah ni. I nak buka gate ni. See you tomorrow”
“I’ll call you kejap lagi, to wish you good nite”
“I’ll wait”

---2---
“Hei, kenapa dengan mulut you tu?” Tangannya menyentuh bibir Iffan. “Luka ni kenapa? Siapa tala you ni?”
Iffan menyentuh luka pada bibirnya. Sakit! “Tak ada apa-apa lah. Sikit je ni.” Diam.
“ Iyalah, kenapa? Nanti parents you tanya, apa you nak jawab? Apa I nak jawab? Nak kahwin dengan anak dia, tapi anak dia kena pukul dengan siapa pun I tak tahu” Wilda mula membebel. Diamatinya bibir Iffan yang sedikit lebam. Nasib baik sikit.
“Tak sakitlah. Setakat kena pukul macam ni, tak ada kesan buat I. Tak jantanlah mengaku sakit” Please...
“So, betullah you kena pukul ni? Siapa pukul you ni? Bagilah tau I” Degil betullah bakal laki aku ni. Gangster ke mangsa agaknya ni?
“Aduh, tak sesuailah I nak beritahu sekarang. Nanti-nanti saja Ok?”
Wilda merengus. “Nak tunggu patah gigi baru beri tahu?” Wilda peluk tubuh.
“Jangan peluk tubuh lah. Nanti nampak macam kita bergaduh pulak”
“You tu...”
Hum... “Fan, betul ke you nak kahwen dengan I ni? Kita baru je jumpa sebulan lepas” Wilda tukar topik. Merajuk bukan makanan dia.
“Hum... I dah serik bercinta Wilda. Masa I frust hari tu, I macam hilang arah. I bersyukur jumpa You semula. I rasa bila I jumpa you semula, macam satu keajaiban. Dan I tak rasa I buat keputusan yang silap. You? Kenapa you terima I?” Giliran Iffan bertanya.
“Err...” Dulu kan I parnah suka kat you sekejap. Sekejap... “I... I... Sama macam you...” Minta-mintalah dia tak tanya lagi. Sumpah, aku tak ada jawapan. “Erm... you ada contact dengan kawan-kawan you masa kat sekolah dulu?” tukar topik lagi!
“Kawan-kawan? Yang mana satu. I kan ramai kawan...” Jaganlah...
“Erm.. kawan you tu...” Takkan tak ingat. “Ala... yang...”
“Ok, kita dah sampai...”


Tubuhnya dipusingkan ke kiri dan ke kanan. Malam pekat langsung tak mendatangkan rasa mengantuk. Penat berfikir untuk mencari perkataan untuk merumuskan pertemuan tadi? Berjaya? Gagal? Kenapa macam gagal? Kenapa macam ibu bapa Iffan tak suka aku...
Tapi, nak kata tak suka...

“Wilda betul-betul serius dengan Iffan ke?” suara lembut diiringi dengan air muka yang tawar. Maka, rasanya tak manis langsung.
“Betul auntie” Ya Allah, lajunya jantung aku ni.
Suami isteri itu berpandangan. Mana Iffan ni? Lama sangat ke dapur kenapa?
“Kalau macam tu, tak apalah. Panjang umur, Insyaallah, sampailah kami ke Nilai” Fuhh. Lega bunyinya. Tapi, kenapa wajah itu seperti tak rela? Buruk sangat ke aku?

Atau sebab aku tak pandai masak? Wilda memeluk bantal. Kuat.

“Jangan risaulah. Kan mama dah cakap tadi diorang nak datang rumah parents you kan?” Iffan cuba memujuk semasa dalam kereta.
“Tapi expression diorang macam tak suka I...”
“Perasaan you je tu” Iffan pegang stereng kuat. Everything will be ok...

Badan dipusingkan mengadap tingkap. Banyak betul teka-teki yang tak ada jawapan. Iffan kena pukul pun dia tak tahu kenapa. Mak bapak Iffan... macam tak mesra. Dan Iffan mahukan semua ini terlalu cepat.

Kalau tak kerana mama dan abahnya yang teruja sangat hendak terima menantu, pasti dia dah minta tangguh. Sekurang-kurangnya-kurangnya awal tahun depan. Taklah tergesa-gesa sangat. Sempat lagi dia kumpul duit. Kalau boleh sesen duit mama dan abah pun dia tak mahu guna. Cukup belajar tinggi-tinggi, kerja pun puaskan hati, lebih baik guna titik peluh sendiri.

Dia pun tak kisah sangat. Iffan pemimpin pelajar. Dia yakin Iffan mampu memimpin rumah tangga juga. Lagipun, Iffan pernah dia singgah di hatinya semasa dia di tingkatan lima. Sekejap. Sebelum dia sukakan orang lain. ‘Orang lain...’

Kalau diungkit semula kisah lalu, memang dia ingat Iffan dan Syida sudah bahagia. Syida, teman sekelasnya dulu berbunga-bunga hatinya bila Iffan masuk jarum. Masa tu, Wilda dah mula rasa kalah. Iffan sukakan orang lain. Yang pasti bukan dia. Iffan yang menjadi kumbang rebutan rupanya gilakan Syida. Syida. Diulangi, Syida. Bukan dia.

Apa khabar syida sekarang? Semenjak masing-masing memasuki matrikulsi berlainan, hubungannya dengan Syida renggang terus. Masa itu, penggunaan telefon bimbit baru sahaja sampai musim. Dah memang terpisah, tak sempat hendak ambil nombor telefon masing-masing.

Walau bagaimanapun apapun, hubungan Iffan dan syida sedikitpun tak makan diri dia. Sebab, masa tu, dalam hati dia dah ada kumbang lain yang singgah. Sebab, bunga-bunga dalam hati dah mula kembang. Tapi, lain kata di hati, lain yang dia expesskan. Orang itu... di mana kau?







*
“Seorang demi seorang buat di hadapan. Mula dari soalan nombor satu. Mula dari barisan ni, Adila, Imran, lepas tu sambung belakang ikut soalan yang seterusnya...” suara Cikgu Syamsiah betul buat dia cuak. Lebih buatkan dia rasa nak ke tandas...

“Satu... dua.. dua A, dua B, tiga A.... Lapan... Syida, aku nombor lapan. Kau siap tak? Kau dapat jawapan nombor lapan tak?”

Keseimbangan Daya. Kompleksitinya sama macam panjangnya soalan. Soalan pendek, bagi dia senang. Soalan panjang, bergumpal sel-sel otak nak fikir.

“Dapat... dapat... kau jangan risau. Kakak aku yang ajar ni. Confirm betul ni” Syida berwajah yakin. Wilda sengih.
“Bagus... bagus... bestlah kakak kau ni"

Satu per satu wajah pelajar-pelajarnya diperhatikan. Dialihkan pula pandangan ke papan hitam. Dari soalan satu hingga soalan kelima, semua betul. Haih. Nampak sangat ada yang meniru. Semalam, penat dia terangkan sampaikan di akhir kelas pun dia simpulkan objektif pengajaran tidak sampai.

Bukan dia tak mahu pelajarnya menjawab betul. Cuma, dia mahukan pelajar-pelajarnya menjawab jujur. Bukan semata meniru dan menulis apa yang betul. Yang salah itukan lebih baik untuk diperbincangkan. Lebih jelas, lebih faham.

Menyedari taktik para pelajarnya yang mula mengira urutan soalan, Cikgu Syamsiah mengeluh. Ramai yang tak siap, dia tahu. Ada juga bila sudah tahu giliran nombor soalan masing-masing, mulalah berbisik-bisik cari jawapan kawan-kawan lain. Haih, dia juga pernah sekolah. Tapi, sampai generasi ke berapa situasi yang sama harus berulang?

“Soalan nombor tujuh saya nak Zaki yang jawab.” Muktamad. Ini yag terbaik.
“Nombor lapan ada sukarela?” cikgu Syamsiah cuba member peluang. “Ada? Tak ada?” dia merengus. “Ok, saya pilih”

Kenapa hati macam tak sedap ni? Wilda urut dada.

Pandangan ditebarkan ke seluruh kelas. Tunduk semuanya menatap buku latihan masing-masing. Hai, anak-anak, kenapa semua sama dengan zamanku?

“Wilda!” Automatik semua kepala yang menunduk tadi tegak semula. Dah agak!
“Ha, mana satu ni?” pandangan Wilda dan Idzhan berlaga. Antara wilda yang dipaksa atau Idzhan yang tiba-tiba bangun sukarela. Wilda telan liur. Tolonglah bukan aku...
“Sayalah...” Idzhan terus maju ke hadapan.
“Nasib baik ada penyelamat...” Cikgu Syamsiah menggeleng. Thanks, cikgu. Itu dialog saya tu. Wilda duduk.
Penyelamat...

We were given: Two hands to hold. To legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find.

Dah jumpa... (?)


----3----

Sebaik sahaja melangkah keluar dari klinik itu, telefon bimbitnya bergetar. Silent!
“Yup”
“Han, dah buka jahitan?”
“Dah, thanks banyak-banyak Nisa. Luka-luka aku pun dah kering”
Tiada balasan dihujung talian.
“You’re still there?”
“I am”
Idzhan ketap bibir. Seperti sudah habis untuk dibicarakan.
“Lunch sama?” Haruslah dia tak nak.
“You don’t love me Han...” Tiba-tiba...
Did I asked that? Idzhan mengusap rambut ke belakang.
“Tanda terima kasih, Nisa.”
“We were having a big quarrel sebelum insiden tu Han. Aku tak sedia untuk jumpa kau” Malu. Cinta Han bukan milik dia. Bertepuk sebelah tangan! Nisa gigit bibir.
“Tak nak jumpa aku lagi? Kita tak pernah krisis macam ni Nisa. Kita kan rapat sebelum ni.” Pintu kereta di buka.
“Sorry. Mungkin aku agak emosional. Aku dah campurkan dua jenis hubungan yang berbeza. Love and friendship. Bagi aku masa. Aku malu berhadapan dengan kau”
“Dan maafkan aku andainya kebaikan aku menyebabkan kau salah faham...” dan aku patut buang perkataan ‘andai’. It really happend.
“It’s ok Han. Aku syukur kau dah semakin sihat. Biarlah kita macam ni dulu. Tapi, aku harap kau jaga diri ok. Aku tak nak kejadian yang sama menimpa kau” kau masih ambil berat tentang aku Nisa.
“Insyaallah. Aku harap tak jumpa lelaki itu lagi” Mana mungkin.
“I’ve nothing to say. Hanya nak tanya khabar kau saja. Take care ya. Bye” Telefon dimatikan.
“Bye” Idzhan tahu tiada siapa yang mendengar.

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.