0

BAHAGIAN 9

Posted by Daisy Biru on 8:23 AM
BAB 18

“Kau ada kat bilik tak?” Sampai terlupa bagi salam.
“Ada. Kau nak datang pukul berapa?” Edi merapatkan lagi telefon di telinga apabila suara Idzhan diganggu dengan hingar-bingar.
“Lambat sikit kot, pukul tujuh lebih lah. Asalkan aku sempat solat Maghrib cukuplah. Kang tak berkat pulak tittle team aku sebagai champion...”
Ada suara manusia tergelak di hujung talian. Apa-apalah Han. “Dol, kalau menang belanja aku dol”
“Anggap je aku dah menang”
“Set”




Borang ‘qoestinnaire’ yang baru siap ditapi diteliti lagi. Takut kalau ada tersalah ejaan sebelum dicetak, difotokopi dan diedarkan. Ini baru peringkat pertama. Dua hari lagi giliran kumpulan dia untuk buat ujian sensori. Kena pulak cari kawan-kawan yang sudi untuk menjadi panel untuk rasa produk kumpulan dia. Semuanya produk bijirin.

Tapi tak apa. Kalau fasal makan, Umaiy tu laju je boleh jadi panel. Suruh je dia angkut kawan-kawan dia datang Jabatan Sains Makanan. Alah, suruh makan, bukan suruh buat kerja. Petang ni Ijad datang ambil pendrive kat dia, lepas tu mamat tu boleh cetak dan fotokopi terus. Wilda dan Fara dah penat bincang bentuk soalan penilaian untuk panel, sekali bincang skala apa nak guna, biar budak berdua tu pulak yang settle selebihnya.

Jam baru menunjukkan pukul 3.30 petang. Katil empuk disebelah meja studinya seakan sudah memanggil. Haru, mata dah ngantuk, solat belum lagi.
Tak sempat berfikir mana yang lagi penting, Wilda dah lebih dahulu merebahkan badan di katilnya. Niatnya hendak baring sekejap. Entah bila terlena, alih-alih sudah terlayang.

Sepasang sayap tumbuh di bahagian belakang badannya. Saat itu Wilda bagaikan mendapat satu kuasa dan tubuhnya melayang terbang seperti burung. Laju membelah awan biru. Matanya di halakan ke bawah, pada permukaan bumi yang semakin mengecil dengan laut biru kehijauan yang benar-benar menimbulkan rasa takjub dalam dirinya.

Walaupun belum puas menatap keindahan bumi Yang Esa, Wilda mengalihkan pandangannya pada awan-awan putih yeng seaakan tergantung di langit. Tatkala itu juga sesusuk tubuh sang putera sedang menanti di situ seolah-olah menanti kedatangannya. Wilda segera terbang ke arah sang putera yang sedang senyum lebar ke arahnya.

Satu bunyi kuat menyapa telinga. Bukan bunyi petir yang pastinya. Wilda kenal benar dengan bunyi itu. Terlalu biasa...

“Wid!”
Wilda menutup telinga.
“Widdd!!!”
Arghhhh!
“Weh, bangun weh. Dah petang sangat ni”

Wilda membuka mata. Wajah Umaiy lebih dahulu menjadi santapan matanya. Wajah Sang putera yang menantinya tadi hilang entah ke mana. Wilda mengeluh. Mimpi indah bukan datang selalu weh.

“Dah pukul enam setengah. Kau tu nampak macam tak solat asar je lagi kan? Dari aku balik tadi kau dah terbungkang tidur. Dan lagi satu, phone kau tu dari tadi berbunyi. Aku tak tengok pulak siapa yang call. Kau tengokla. Kot la ada benda yang penting orang tu call” Umaiy yang ketika itu baru lepas mengambil air dari mesin RO segera meingisinya ke dalam kettle. Tabiat biasa. Dia memang tidak suka menggunakan air dari pili bilik dobi. Airnya kotor dan berkarat. Telefon di atas katil tidak dipedulikan.

Wilda bangkit dari pembaringan. Lesu rasa tubuh badannya. Dia memerhatikan sahaja tindak tanduk Umairah dengan keadaan yang masih mamai. Umaiy ni macam bateri baru kena cas sungguh. Rajin pergi library, rajin belajar. Balik bilik je, jarang tengok Umaiy baring-baring kat katil, mesti ada je bend a yang dia kerjakan. Susun komiklah, lipat bajulah, basuh baju teruslah dan banyak lagi kerja yang menunjukkan dia rajin benar.

“Rezeki siapalah kau ni maiy” Wilda bersuara malas.
“Mandilah rumet. Teruk sangat dah aku tengok kau ni” Umaiy malas melayan. Wilda kalau bangun tidur masa-masa macam ni, memang sasau sikit. Entah apa-apa yang dilalutnya. Nak tergelak pun ada.

Wilda mengeluh sambil mengeliat kecil. Baru saja dia hendak bangkit dari katil, deringan telefon bimbit menyapa telinga.

Siapalah pulak ni...

“Hello....” Wilda tak sempat melihat nama pemanggil.
“Wid.” Add.
“Apehal...”
“Agak-agaklah tidur sampai rembang petang. Nak dekat senja dah ni...” selamat dapat satu ceramah free dari Add.

“Oit, mana ada tidur” Ah.. tak sukanya kena tegur dengan lelaki. Malu...
“Suara tu obvious sangat. Aku called dari tadi kau tak angkat. Memang sah la kau tidur.” Add ketawa di hujung sana. Tawa yang buat Wilda sedikit bengang.

“What’s your point?” Wilda menukar topik. Malas nak dengar lagi komen yang tidak sedap di telinga.
“Malam ni dinner sama. Kita bertiga.”
“Tiga??” Wilda berkira-kira sendiri.
“Fara keluar dengan roomate dia lepas balik kuliah tadi. Dia tu kalau shopping, lepas Isyak nanti baru sampai kolej.” Add menerangkan tanpa dipinta.

Oooooooooooo... Shopping... Memang takkan baliklah makcik tu selagi tak dapat apa yang dia nak beli. Dah faham sangat dah.

“Kau ajaklah Umaiy sekali...”
“Okey.. lepas Maghrib ambil kitoranglah” Wilda memutuskan.
“Okey. Bye.”
“Bye.”
“Err.. Wid...”
Apa lagi... “Kenapa?”
“Jangan lupa bawa pendrive. Bye. “ Add mengakhiri perbualan

Memang dah terlupa pun. Wilda meletakkan telefon bimbit di atas meja.

“Umaiy, lepas Maghrib, siap. Kita makan luar”
“Beres” Umaiy tersengih nakal. Dan sengihan itu buat Wilda rasa nak baling je bantal sebab teringat konspirasi baik antara Umaiy dan Add masa dia tak sihat dulu. Umaiy memang mudah baik dengan sesiapa saja. Baru kenal lima minit pun, dia dah boleh bercerita mesra dengan orang baru. Tak susah langsung nak bawa dia ke mana-mana jumpa kawan-kawan lain yang Umaiy tak kenal. Umaiy memamg best. Yang tak bestnya bila teringat bab Umiay dan Add tu... Urgh.. seriau.





Selalunya waktu Maghrib tu sengaja dilambat-lambatkan. Kadang-kadang, lepas mandi, masing-masing ada je benda nak diborakkan. Diari sepanjang hari sama ada di kuliah, si makmal, di perpustakaan sampailah waktu jalan kaki nak balik ke kolej, pasti ada isunya. Itu yang membuatkan Wilda dan Umaiy terlajak masa sampai nak dekat pukul lapan baru nak solat Maghrib.

Tapi malam ni kira lain sikit. Pukul 7.10 masing-masing dah siap bertelekung menunggu azan. Habis je jawab azan, masing-masing terus menunaikan tanggungjawab sebagai muslim. Lepas berdoa, Umaiy dan Wilda terus sahaja bersiap untuk keluar makan. Wilda cukup faham akan sifat Add. Kalau lelaki itu cakap pukul 7.30, 7.30 dia memang dah ada. Jarang orang lain yang menunggu dia. Dan yang bagusnya juga tentang dia, kalau orang lain lambat, dia tak buat muka. Sebolehnya dia cuba percaya dan menerima apa juga alasan seseorang tu.

Dan seperti yang dijangkakan, keluar je dari pintu blok, Add memang dah sampai. Ijad sebelah dia. Ijad tu tak lain tak bukan kena gertaklah tu. Kalu tak gertak, mahunya dia buat lambat. Berbeza sungguh makhluk berdua tu.

“Nak makan kat mana?” Wilda bersuara sebaik sahaja memboloskan diri ke dalam perut kereta.

“Kedai yang dekat Petronas tu” Ijad membalas. Memang budak-budak universiti selalu sangat lepak di situ. Kalau makan di situ, ada je muka-muka yang dikenali. Jadi, kalau niat nak dating, dan nak sorokkan pasangan yang di’dating’kan tu, kedai tu bukan tempat yang sesuai.

“Hai rumet...” Ijad menegur Umaiy diiringi senyum nakal. Ini semua penyakit Wilda. Kalu nak bercerita pasal Umaiy, selalunya dia akan gelarkan Umaiy dengan gelaran Rumet hinggakan dah sebati di telingan kawan-kawannya dengan gelaran itu.

“Umaiy, nak makan kat mana Maiy?” Add sengaja memberi ruang kepada Umaiy dan cuba memotong gelagat nakal Ijad. Tidak mahu Umaiy rasa tertinggal atau terpencil dalam kelompok mereka bertiga. Antara mereka bertiga, Ijad saja yang tak kenal dengan Umaiy lagi. Dia hanya tahu Umaiy adalah roomate Wilda.

“Mana-mana je. Kedai makan yang dekat dengan Petronas tu pun kira okey...” Umaiy berkata seraya tersenyum apabila menyedari Add sedang memerhatikan dia dari cermin pandang belakang.

“Okey. Let’s go”

“Wid, kau nak makan apa?”

“Roti telur banjir dal sambal”

“Kita singgah kolej Zaaba sekejap. Aku nak hantar CD kat kawan aku.”

Sebaik sahaja kereta pacuan empat roda Add keluar dari simpang Kolej Rahim Kajai, bunyi isyarat mesej bergema. Wilda mengeluarkan telefon bimbit dari jeans yang dipakainya.

‘Daisy, what are you doing?’

Wilda tersenyum sendiri. ‘Nak keluar makan dengan kawan’



Sementara itu...

“Kau nak mandi tak?”
“Boleh jugak. Dari siang tadi mandi peluh, gila gatal dah badan aku.”
“Nah” Edi menghulurkan tuala mandi buat Idzhan. “Nak pinjam baju tak?” dia bertanya lagi.
“Tak apa. Aku ada bawak baju. Kau siap a dulu. Aku mandi kejap je ni. Lepas ni aku belanja kau makan” Idzhan tersengih lalu terus membuka pintu menuju ke tandas.

Lima belas minit selepas itu, Idzhan sudah bersiap-siap untuk keluar. Baju-baju kotor dilipat dan disimpan ke kedalam beg. Idzhan melihat jam tangannya sekilas. Baru menunjukkan pukul 7.45. Semasa menghatar Idzhan ke sini tadi, Hazman janji nak ambil dia sebelum pukul sepuluh. Masa tu, ada juga dia mengajak Hazman singgah sama di bilik Edi, bekas rakan sematrikulasinya, tapi Hazman menolak. Dia kata nak solat dekat masjid saja dan lepas tu dia jumpa girlfriend dia, budak UNITEN. Makan malam kat mana, Idzhan lupa hendak bertanya.

“Jom” Idzhan bingkas bangun apabila melihat Edi dah bersedia untuk keluar.
“Member aku nak ikut. Jom ke bilik dia sekejap”

Idzhan hanya menurut langkah Edi menuruni tangga meuju ke bilik yang dimaksudkan. Sebaik sahaja menuruni tangga, mereka membelok ke kanan. Bilik yang dimaksudkan selang tiga bilik daripada tandas. Selepas mengetuk pintu tiga kali dan tanpa menunggu suara dari dalam menyahut, Edi terus masuk. Melihatkan Idzhan yang teragak-agak, Edi menggamitnya. Kawan Edi dilihatnya baru selesai solat Maghrib.

“Ni member aku, Idzhan. Han, ni Epul. Epul, Han.” Idzhan dan Epul sama-sama mengangguk.

“Duduklah dulu. Aku pakai seluar jap. Duduk je kat katil rumet aku tu. Belasah je. Dia tak kisah sangat pun” Epul membuka loker dan mengeluarkan jeans yang disangkutkan pada hook di pintu loker.

Idzhan dan Edi duduk di katil yang bertentangan dengan katil Epul. Sambil Edi berbual-bual dengan Epul, mata Idzhan merayap ke seluruh ruang bilik. Pada siling, lama. Pada loker roomate Epul yang tertutup rapat, pada katil roomate Epul yang dia duduk sekarang, kemas. Pada meja studi Epul yang penuh dengan buku-buku rujukan dan CD, pada meja studi roomate Epul dan akhirnya pada softboard yang macam magnet menangkap matanya.

“Ni ke rumet kau?” Idzhan segera bangun dan sudah berdiri betul-betul di hadapan softboard roomate Epul. Di hujung telunjuknya jelas dua manusia dalam sekeping foto yang meracik jiwa.

“Haah, budak Food Sciece. Tadi dia keluar pergi makan dengan coursemate dia, dengan awek dia sekalilah kot”
Idzhan mehanan debaran dada yang dah bergoncang ganas.

“Ni ke awek dia?” Mata memandang tepat pada sekeping gambar yang terselindung di sebalik buku-buku yang berdiri. Hanya wajah si lelaki yang jelas. Idzhan mengalihkan sedikit kedudukan buku berkulit tebal itu.

“Hah, girl yang buat dia angau 24 jam tu... Betullah tu”

Idzhan dah tak tahu apa yang dia rasa. Terkejut ada, marah ada, cemburu pun ada.
Marah? Idzhan, come onlah. You’re not even in a relationship dengan dia. Suara dalam kepala bergema. Yeah... Why should I? Idzhan sebolehnya menahan rasa.

“Dah jom”

Idzhan kembali meletakkan buku tebal itu pada kedudukan asal. Sebelum berpaling, sempat dia memandang foto itu buat kali terakhir. Memang tepat aku tak call kau Add, untuk singgah kat bilik kau. Nasib baik ada Edi. Tapi, kalau Tuhan nak tunjuk tu, sampai jugak aku kat bilik kau ni.




BAB 19


Sebaik sahaja tiba di kedai makan yang dituju, mereka berempat mengambil tempat di meja yang berdekatan dengan tempat parkir kereta. Selalunya di kawasan parkir kereta tu memang penuh meja. Biasalah ramai sangat pelanggan. Tak muat kat dalam, dibantainya susun kerusi meja di luar. Tapi sejak akhir-akhir ni Majlis Perbandaran Kajang galak buat gerak gempur, maka terpaksalah penguasaha kedai makan ni hadkan bilangan meja. Tapi, Wilda suka bila penuh meja. Baru seronok ramai-ramai. Happening. Baru dua saat duduk, pekerja maple terus datang untuk ambil pesanan.

“Roti canao double. Dua”

“Teh tarik. Dua jugak”

“Roti telur banjir dal sambal”

“Dua”

“Teh o ais limau”

“Teh o suam kurang manis”

Sebaik sahaja pesanan diambil, pekerja itu pun berlalu. Wilda dan umaiy hanya memerhati gerak-geri para pekerja dan pelanggan yang rata-ratanya terdiri daripada budak-budak UKM juga. Hebat pekerja-pekerja kat sini, ambil pesanan tak bawak pen dan kertas, main ingat-inagt kat kepala je. Kejap lagi mulalah datang balik apabila ada benda yang tak jelas ataupun salah bagi menu. Pantang betul.

“Nah” Wilda mmecah kebisuan mereka berempat.

Add mengambil pendrive yang dihulurkan oleh Wilda.

“Nama fail?”

“Sensori” balas Wilda pendek.

“Berapa salinan nak fotokopi” Ijad pula menyampuk.

“Kan dah bincang dulu...” Wilda mengingatkan. Ijad ni main ambil ringan je semua benda. Ijad tersengih serba-salah, mengakui kekhilafan sendiri.

“Buat dua puluhlah”

“Biar aku pergi print sekejap” Ijad menawarkan diri. Bukan susah sangat, CC dekat je di seberang jalan tu. Payah pula nak tumpang-tumpang print bilik member-member lain.

“Eh, aku nak pergi 7E sekejap.

Wid, kau nak kirim apa-apa? Add?” Umaiy dah sedia berdiri. Dia mengeluarkan sekeping not epuluh ringgit dan menyerahkan walletnya kepada Wilda. Bawa duit je, senang. Nanti kena rompak payah pula.

“Beli butterscotch je la. Boleh buat breakfast esok” Wilda mmeutuskan tanpa berfikir panjang.

“No thanks” Add membalas.

Masing-masing melihat sahaja kelibat Umaiy meninggalkan meja.

“So, kau dah dapat panel berapa orang?






“Nak makan kat mana?Edi bertanya sebaik sahaja menarik brek tangan.

“Kedai tu pun okey juga” Idzhan menunjukkan pada satu premis makanan. Epul turut
memandang kea rah premis yang ditunjukkan oleh Idzhan. “Oh, Bangi Bistro. Okey jugak. Ramai lepak situ”

“Weh, aku nak beli barang kat sebelah sana sekejap. Kau orderkan untuk aku nasi goreng apa-apa jelah yang sedap. Kau belasahlah apa-apa. Air teh tarik.” Idzhan garu kepala. Baru teringat kena belikan rokok yang Hazman pesan.

“Kirim beb. Dunhill 20.” Epul lantas mengeluarkan not RM20 dari dompetnya.

“Kau?” Idzhan mengalih pandang pada Edi. Edi sekadar menggeleng.

Idzhan berjalan menyusuri kaki lima menuju ke bangunan lot kedai yang terletak di seberang jalan salah stau kedai makan yang dibanjiri manusia. Sesekali ada keluhan terlepas. Dia terasa seleranya mati apabila mindanya difokuskan kembali kepada insiden di bilik Epul tadi. Semasa melalui kawasan tersebut, jantungnya tiba-tiba berdegul laju. Apahal lah pulak ni.

Sebaik sahaja tiba di lot kedai runcit yang dituju, dia terus memesan dua kotak rokok yang dikirim. Selepas membayar, dia terus melangkah keluar dengan hati yang masih tidak tenang dan sampi kini tida diak tahu kenapa. Dan...

“Aaaaa...” Plastik putih berlabel 7E yang berisi Butterscotch itu jatuh ke lantai
simen dan kotak Dunhill merah yang turut sama jatuh.

“Eh, sorry, sorry” Idzhan menyesali kelalaiannya. Dia segera tunduk mengutip barang-barang yang menjadi kelalaian manusia dan memasukkan Butterscotch ke dalam plastik.

“Nah, sorry...” Idzhan meneyrahkan plastic tersebut kepada gadis manis di hadapannya.

“Okey, tak apa” gadia manis itu menyedekahkan senyuman manis lalu masuk ke dalam kedai runcit yang bari Idzhan singgah tadi.

Sewaktu dia hendak melintas jalan, matanya tertangkap pada dua kelibat manusia yang cukup dikenali. Serta merta jiwanya runtuh. Jatuh terus ke tanah seperti kotak-kotak Dunhill tadi. Dia tak tahu ekspresi bagaimana yang sedang ditunjukkan oleh wajahnya. Serta-merta juga dia teringat akan watak-watak dalam foto di bilik Epul tadi. Watak yang sama, cuma lokasinya yang berbeza.

Entah kuasa mana yang mendorong, gadis manis yang menjadi santapan matanya turut tiba-tiba memandang ke arahnya. Pandangan mereka bersatu. Gadis itu mempamerkan riak terperanjat. Dengan jarak yang tidak sampai sepuluh meter itu, masing-masing seolah dapat mendengar debaran hati masing-masing. Idzhan berlagak tenang. Sambil terus memandang si pujaan hati yang mencalarkan jiwanya dua kali malam ini, dia terus meninggalkan tapak dia berdiri tadi. Nasib baik juga dia sedar lagi untuk melihat kiri dan kanan sebelum melintasi jalan yang tidak berapa sibuk. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan, lalu mengalihkan pandangan daripada gadis yang sedang duduk dengan seseorang yang amat dikenali itu.

‘Idzhan, she’s not even your girl’





“Wid, kenapa?” Add pelik apabila melihat riak wajah Wilda yang tiba-tiba pucat.
Roti telur yang masih belum dikunyah terasa tersekat di kerongkong. Kenapa mesti sekarang? Wilda mengeluh. Dia sedar yang dia tidak buat apa-apa kesalahan tapi apabila diingatkan ekspresi Idzhan tadi, dia rasa tak sedap hati. Sumpah, dia tak mahu Idzhan salah faham. Apa yang harus dia buat sekarang? Mesej Han?

Saat itu, dia hanya memandang sepi kelibat Umaiy dan Ijad yang bergandingan sambil ketawa kea rah mereka. Dia menyedut aur perlahan. “Tak ada apa”









Wilda menutup pintu bilik perlahan. Terasa kakinya terlalu lemah untuk melangkah. Dalam kepala, otaknya ligat merangka ayat yang terbaik untuk diterangkan kepada Idzhan. Walaupun dia menyadera tiada isu besar yang timbul sebenarnya, tetapi terperangkap dalam suasana begini membuatkan dia rasa seratus peratus terbeban.
Setengah jam yang lepas, dia menerima mesej daripaa Idzhan. Idzhan menyatakan yang dia ingin bertemu Wilda sekejap. Idzhan akan tunggu kat atas, tempat yang biasa dia ambil dan hantar Wilda. Waktu itu, dia rasa jantungnya seperti mahu pecah. Dai cuba mengepung rasa bersalah dalam masa setengah jam sebelum kedatangan Idzhan tetapi semakin disimpan rasa itu, semakin dia rasa tidak senang.

Senyuman tawar dilemparkan apabila dilihatnya Idzhan sudah berdiri menunggunya di tepi pondok telefon yang sudah rosak. Idzhan tersenyum manias padanya. Dan senyuman itu buat dia rasa sedikit lega.

“Hmm... kau buat apa kat sini? Tak baritahu pun nak datang” Memang itu yang buat dia tertanya-tanya sejak dari tadi lagi.

“Saja... Hurm, tak penting pun.” Jawapan Idzhan jelas kontra dengan senyuman yang baru lelaki itu lemparkan tadi. Jelas, lelaki itu berjauh hati. Wilda memeluk tubuh, menvcari kata-kata yang sesuai sebab apabila dilihat gelagat Idzhan, memang lelaki itu tak mahu bercakap selagi tiadk ditanya.

“Sihat ke? Pucat je nampak?” Idzhan bernada sinis. Tak berniat langsung dia hendak berlaku begitu pada Wilda tetapi foto yang dilihat di bilik Epul tadi buat dia hilang pertimbangan. Namun, dai tetap mempamerkan ketenangan.

“Hum, okey je. Lesusikit sebab lama sanagt tidur petang tadi” Wilda menjawab perlahan. Idzhan tak nak tanya apa-apa ke? Hatinya bersoaal jawab sendiri.

“Janganlah selalu sangat tidur petang, tak elok. Tidur lama-lama nanti terlajak solat pun tak baik juga” nada Idzhan perlahan. Ikhlas dia menuturkan.
Pap! Macam batu-bata jatuh menghempap kepalanya. Kenapalah awak selalu buat saya rasa awaklah yang terbaik. Wilda berkata dalam hati. Satu keluhan dilepaskan.

Masing-masing kemudiannya membisu lagi. Bersandar pada kereta MYVI entak milik siapa-siapa sambil memandang lampu jalan. Malam likat dan singin tambah membekukan suasana.

“Nanyi balik Shah Alam naik apa?” Wilda memecah suasana suram di antara mereka.


“Pukul berapa?”

“Dia dah on the way. Tadi dia jumpa girlfriend dia yang study dekat UNITEN.” Penerangan tambahan Idzhan membuatkan Wilda senang.

“Oooh..”

“Buat apa malam-malam macam ni?” satu suara menyergah dari belakang. Wilda dan Idzhan sama-sama berpaling.

Allah... Pak cik guard.

“Erm, tak ada apa-apa. Borak-borak je.” Wilda mula kalut. Kenapalah benda-benda yang suka bua aku terperangkap datang dalam waktu-waktu macam ni?

“Studi sini ke? Adak ad matrik?” mata dihalakan pada Idzhan. Gila pak cik ni, macam tau-tau je aku bukan budak sini. Idzhan cuba berlagak tenang sambil mengeluarkan kad matrik daripada dompetnya.

“Saya UiTM. Tadi ada kejohanan bola sepak kat stadium. So, saya jumpa kawan kat sini kejap dan tengah tunggu kawan saya ambil.” Idzhan berlaku jujur.
Wilda berkalih pandang dari pak cik guard kepada Idzhan di sebelahnya. Oh, itulah benda tak penting yang awak tak nak bagitahu tadi. Wilda sedikit terasa. Dia tahu Idzhan masih menyimpan sangsi tentang insiden tadi.

“Orang luar tak boleh berada di kawasan kampus selepas selepas jam sepuluh malam. Nanti kawan awak datang, balik terus. Kalau kawan-kawan saya yang lain nampak, susah awak nanti.” Pengawal keselamatan itu memulangkan kad matrik Idzhan. “Awak, terus balik blok” katanya pula kepada Wilda. Wilda hanya mengangguk lemah.

Tidak mahu memanjangkan cerita, lelaki separu umur itu terus menapak pergi. Diberinya juga kepercayaan kepada pemuda itu. Itu pun selepas dilihatnya anak-anak muda berdua itu duduk jauh sedepa. Sekejap lagi, dalam dua puluh minit selepas meronda kawasan Kolej Keris Mas, dia bercadang untuk meronda semula di kawasan Kolej Rahim Kajai untuk memastikan tiada apa-apa yang mencurigakan.

Sebaik sahaja pengawal keselamatan itu berlalu pergi, kereta milik Hazman muncul dari arah bawah bukit. Idzhan ternampak menarik nafas lega.

“Member aku dah sampai, aku balik dululah” Idzhan memandang Wilda sambil tersenyum tawar. Wilda yang masih pucat dek sergahan pak cik guard tadi hanya mengangguk lesu. Baru dua tapak Idzhan meninggalkannya...

“Err.. Han, pasal kat kedai makan tu tadi...”

“No, it’s okay. We’re not even in any that ‘sort’ relationship. Tak jadi hal..”

Wilda rasa nak terduduk.

“Kau masuklah dulu. Tak payah fikir sangat. Kita kan kawan-kawan je, tak ada apa yang jadi isu.” Idzhan terus berpaling dan berjalan menuju ke kereta Hazman dengan langkah yang paling berat. Hatinya bukan di situ lagi. Dia rasa ingin berpaling tetapi tidak mampu.

Tanpa menunggu kereta Hazman berlalu, Wilda terus masuk ke dalam blok dan disebalik pintu, dia terus terduduk....

0

BAHAGIAN 8

Posted by Daisy Biru on 10:36 PM
BAB 15

“Wah...” Idzhan tak berkelip matanya melihat penampilan si adik. Terkedu melihat gaya baru Sara tatkala mereka sama-sama menutup pintu bilik untuk menuruni tangga.
Sara menjelir lidah, rasa malu dengan teguran si abang. Bila dia buat muka kagum dan muka bersyukur tu boleh tahan lagi. Tapi bila muka kagum dan bersyukur tu ditambah pulak dengan senyum yang menyakitkan hati tu... warghhh... panasnya.
“Ni baru nak cuba-cubalah abang. Belum permanent lagi ni, still on off lah...” Selamba dia menuturkan. On off??? Wah macam menempah dosa je cakap macam tu.
Sengih Idzhan langsung hilang. Boleh ke macam tu pakai tudung ikut suka-suka hati boleh on boleh off. Mazhab mana pulak si Sara ni pakai. Baru nak panjatkan kesyukuran bila tengok adik sendiri macam dah dapat hidayah nak tutup aurat. Spoil habis jawapan Sara ni.

“Ni even dah start nak on off ni, tak payah nak color-color rambut lagi dah. Biar hitam je kan cantik. Ini tak, luar nampak cantik manis pakai tudung, tapi dalam colornya sampai tak lut air sembahyang tu.”

“Abang...” Sara tak sempat menghabiskan ayat apabila dilihatnya Idzhan lebih dahulu meninggalkannya dan menuju ke ruang tamu di tingkat bawah.

Idzhan mengambil tempat di sebelah papanya. Papa sedang khusyuk membaca akhbar dengan tangan sebelah masih berbalut. Matanya segera menangkap kelibat Sara yang sedang menuruni tangga.

“Anak papa tu dah bertaubat. Bagi dia duit pa, biar dia beli hijab banyak-banyak...” Idzhan sengih nakal. Sara buat muka kelat. Sebenarnya rasa nak tergelak ada, rasa malu pun ada. Abang ni memang tak boleh langsung lah tengok adik sendiri senang. Tapi tak apa, malam tadi masa call kak Wid, dia cakap, belasah je. Buat tak tahu je dengan Idzhan tu. Nakal-nakal mulut dia, dalam hati lain. Idzhan tu sebenarnya suka jugak kalau adik dia ni berubah macam ni. Well, ego sebenarnya. Espresi macam ni je yang boleh sembunyikan ego dia tu. Nasib baik ada supporter merangkap bakal kakak ipar yang sporting habis.

Ummi keluar dari dapur menatang dulang berisi minuman sejuk buat suami dan anak-anak. Sara mengambil tempat di sebelah umminya. Wajah Idzhan tak dipadangnya. Ayat Idzhan sebentar tadi pun tak dilayannya. Terus saja dia mencapai gelas air dalam dulang.

“Baguslah tu anak papa pakai tudung. Cantik apa...” papanya membalas. Sekilas dia terpandang senyum puas hati pada bibir si anak.

“Entahlah nak ngorat siapa kat rumah Auntie Mariam tu...” Idzhan masih tak habis.

“Han...” umminya menegur. Sungguhpun dia menyenangi perbualan sebegitu, bimbang juga terlajak bahasa. Seriang-riang Sara, dia tahu anak gadis itu sensitif.

“Cairlah budak-budak muda kat sana...” Idzhan meletakkan gelas di atas meja.
Sara mengangkat kening dengan senyum yang tak habis tersungging. “Fine, kita tengoklah siapa yang cair...”







BAB 16

“Fine, kita tengoklah siapa yang cair...” Masih terngiang-ngiang suara Sara di cuping telinga. Jelas. Tak tahu nak cakap apa lagi. Memang dah jelas siapa sebenarnya yang akan cair.

“Nak makan tak?” tak terfikir pulak yang auntie Mariam ni jemput rumah yang dekat blok sebelah sana jugak. Gadis manis depan dia ni tak cakap pulak yang dia balik rumah minggu ni. Lagi best, adik sendiri yang baru dapat hidayah tu pun tak cakap yang bakal kakak ipar dia ni balik dan memang sama-sama janji nak datang kenduri ni. Kuat benarlah bonding adik-kakak ipar ni. Aku pun diletaknya kat belakang. Idzhan mengeluh.

Idzhan angguk lantas bangun menuruti langkah si gadis manis berbaju kurung moden hijau pucuk pisang dengan selendang senada. Dan bunga daisy kecil yang disemat di tepi pipi pada selendangnya. Wilda ni memang cantik ke atau apa? Kenapa dia ni bila pakai apapun, warna apapun, semua nampak sempurna. Ini ke yang dinamakan cin...ta... Wargh!!! Idzhan buat ayat merah jambu macam ni? Gila ke apa?

“Han!”

“Hah!” riak muka terkejut.

“Mengelamun pulak.”

“Mana mama kau?” Idzhan melebarkan pandangan mencari kelibat mama Wilda. “Tak nampak pun. Tak nak makan sekali ke?”

“Mama dengan auntie Mariam. Rapat sangat diorang tu. Banyak benda nak cerita tu.” Wilda dalam barisan berhampiran meja buffet menyendukkan nasi untuk dia dan Idzhan lalu dihulurkan kepada pemuda itu. Idzhan manyambutnya senang.

“Eh, Sara tak nak makan sekali?”

“Aku suruh dia makan dengan ummi...” Memang pun. Itu pun tadi hampir je nak bergaduh sebab Sara nak join dia makan sekali dengan Wilda. Dah lama tak jumpa kak Wilda katanya. Lepas tu siap marah-marah Idzhan sebab Idzhan suruh dia makan dengan ummi dengan kawan-kawan ummi yang sebaya. Tak muda langsung, kata Sara.

Balik ni, satu hal nak pujuk Sara. Selalunya kalau dia merajuk, dia tak akan bercakap dengan Idzhan langsung. Waktu makan malam ke, waktu tonton televisyen ke Sara buat tak tahu je macam Idzhan tak wujud walaupun Idzhan tengah bercakap dengan dia. Biasanya jugak, lepas adegan Sara buat tak peduli tu, Idzhan akan pujuk dia dengan duit. Hulurlah barang dua atau tiga puluh ringgit pun, Sara akan buat tak nampak. Itu kalau hati dia tengah panaslah. Sebab bila hati dia dah sejuk, dia sendiri yang akan ketuk bilik Idzhan dan bagi mukadimah macam ni...

‘Kira jadilah ye bagi tiga puluh tadi?’

Wilda menyenduk lauk pertama yang disusun di atas meja buffet ke dalam pinggannya. Baru sahaja hendak meletakkan senduk ke tempat asalnya, manusia belakang dia terus suakan pinggan. Wilda hampir tergelak.

“Senduklah sendiri...” Ada sengihan kecil di bibir Wilda.

“Cepatlah, nanti orang belakang ni marah...” Idzhan menggesa dengan senyum nakal. Apabila Wilda bagi satu pandangan tajam, Idzhan hanya buat riak muka tak bersalah.

“Hish” Wilda akur. Ikutkan sahaja kehendak Idzhan ni. Kat sini pun dia nak atau buat drama. Nanti mama atau ummi dia nampak, buat malu je. Ngada-ngada betul idzhan ni.

“Wid...” Idzhan memanggil tatkalah Wilda sampai ke menu yang paling hujung, pencuci
mulut.

“Mende?”

“Nanti sebelum balik jumpa ummi aku ye”

Nasib baik tak terbalik pinggan. Fuh.




BAB 17

Wilda dan Fara melangkah keluar daripada makmal mikrobiologi. Mereka bergerak ke loker yang berderet di luar makmal dan terus menanggalkan labcoat lalu dilipat kemas dan ditinggalkan terus di dalam loker yang dibiarkan berkunci.
Penatnya hampir tiga jam bekerja did lam makmal. Esok, walaupun tak ada amali, tapi kena curi masa juga untuk datang untuk buat inokulasi. Kenalah dia korbankan masa yang terluang untuk hadir ke makmal. Nak harapkan ahli kumpulan yang lain pun tak boleh juga. Kalau tak pindahkan bacteria tu sendiri, nanti tak tahu caranya. Walaupun hanya ada satu sampel, tapi ujian yang dijalankan tu banyak juga. Total
plate count, e. Coli, coliform, staph. Aureus dan bla bla bla. Aku ni dah sah-sah tak cukup ilmu lagi.

Bekerja dala kumpulan ni, tak semua boleh bagi komitmen macam yang kita nak. Maklumlah, kalau ada enam kepala dalam satu kumpulan, ada enam jenis ragam juga. Kalau ada waktu-waktu terluang, tak semua yang rela hati nak datang makmal buat cerapan. Kalau dah kata ada gaps tiga jam sebelum kelas yang seterusnya, mahunya tak nak balik bilik, tidur tu bukan ke lagi penting. Err.. itu buat masa sekaranglah. Esok-esok, di hujung semester, kalau da dapat keputusan, baru tahu tidur tu best ke tak best.

Laporan amali mikrobiologi biasanya kena submit dalam masa seminggu. Nak buat cerapan dan pemindahan bacteria makan masa beberapa hari. Eksperimen tak akan selesai dalam masa sehari. Nak buat keputusan dan pengiraan lagi, nak kira bacteria dalam piring agar tu pun bukannya senang, berpinar juga mata nak tengok. Kalau dapat single-colony, kira Alhamdulillah juga, dibuatnya koloni tu semua bercantum dari pangkal sampai hujung, payah juga nak cerap. Benda-benda macam ni yang buat sesetengah orang jadi malas. Cerapan amali tak nak datang, nanti lagi dua tiga hari nak hantar leporan amali, barulah terhegeh-hegeh datang nak pinjam amali dia buat
rujukan. Rujukan lah sangat. Nak tiru sebenarnya tu.

“So, nak kemana?”

“Kajang jom.” Fara menyandang beg ke bahu.

Wilda angkat kening. Apahal pulak nak pergi Kajang. Bukan ada apa-apa yang best pun, kalau setakat nak beli stationaries, kat UNIKEB tu ada je semua.
“Kau nak belia apa?” Wilda mengesat peluh di dahi. Minah ni bukan boleh percaya. Kadang-kadang, benda yang mengarut pun dia nak cari smapai ke Kajang sana padahal kat dalam kawasan u ni ada je semua.

“Kau lupa ke?”

“Lupa apa pulak?”

“Kan ke kita nak celebrate birthday Add malam ni kat DG (Dataran Gemilang)?”
Wilda menutup mulut. Alahai, lupalah pulak hari ni birthday mamat tu. Tiga hari lepas, pakat dengan Farad an Ijad, tak nak wish pun hari ni. Masing-masing dah setuju nak tunggu malam ni, tiga jam sebelum hari lahir Add berakhir, baru sambut. Nak buat surprise kononnya. Sekali, dia yang dapat surprise hari ni. Nasib baik minah ni ingatkan.

“Kita nak beli apa?” Wilda masih terpinga-pinga. Memang nak cari hadiah untuk lelaki adalah satu benda yang terlalu sukar. Salah beli nanti, tak kena jenamalah, tak padan dengan taste lah dan bla bla bla. Jauh beza senangnya kalau nak beli hadiah untuk kaum sendiri, tak sudah dan tak memeningkan.

“Kita beli baju baby nak?” Fara sengih nakal. Belasahlah. Takkan nak belikan...
wallet? Belt? Perfume? Kalu aku anak Datuk, bolehlah kot.

“Aaaaaaaaaaku setuju!”




“Whoaaaa!!!!” Add tergelak besar. “Tak guna punya korang. Nasib baik buat kat DG. Kalau korang buat naya kat aku nyanyi kat cafe ke, kat public, memanglah jatuh lelaki aku....” Add memerhati wajah-wajah yang tengah tersengih kat dia. Surprise, memang surprise. Ingatkan budak-budak bertiga ni tak ingat dah yang hari ni birthday dia. Elok je masing-masing masuk dewan kuliah buat macam tak ada apa. Bukanlah harap sangat pun, tapi selalunya kalau ada hari lahir sesiapa, bukan main lagi masing-masing wish kuat-kuat dalam dewan kuliah macam nak bagi satu dunia tahu. Kali ni, memang dia tak expect langsung. Dan kepala untuk plan kali ni...

“Kau memang hantulah Ijad” gurauan kasar lelaki antara dia dan Ijad memang tak dapat dielakkan.

“Ikutkan hantu aku, aku tak nak buat langsung dol..” Ijad membalas dengan tawanya yang masih bersisa.

“Hah, cepat! Potong kek!” Wilda menghulurkan pisau. Fara sudah sedia berdiri di sebelah Add menanti anak muda itu tiup lilin. Sambil itu juga, dia dah bersedia dengan sengihan yang pelbagai gaya untuk di snap Wilda.
Ijad menyalakan lilin.

“Ish, bapak segan dol. Perlu ke adegan-adegan macam ni? Nasib baiklah korang buat kat sini” Add mengulang. Memang dia tak suka hari lahirnya disambut di tempat yang terlalu ramai manusia. Malulah lelaki tiup lilin. Lilin warna meah jambu pulak tu.
“Ok, jap. Jap. Aku nak ambil gambar kek dulu.” Klik. “Okey.... nyanyi ek, satu dua tiga.....” Wilda tak control lagi nada suara. Belasahlah. Kat DG ni mana da orang. Kat hujung sana je ada beberapa group tengah lepak-lepak. Kat hujug yang lagi satu pulak ada satu genag yang tengah tengok kawan dia belajar bawa kereta. Kat dataran Gemilang yang sluas terbentang ni memang sangat sesuai bagi amatur-amatur yang yang tak confident lagi nak bawak kat jalan raya. Nnati terbabas langgar tiang lampu memang nahaslah.

Selesai Add memotong kek, masing-masing berebut-rebut nak bergambar. Masing-masing bertukar-tukar giliran. Wilda dan Fara, memang photo queen. Walaupun hanya berdiri depan kek, berpuluh-puluh aksi diorang boleh buat. Daripada aksi sesimple ‘piece’, tangan atas kepala, atas mata, mengacah antara satu sama lain dan macam-macam aksi lagi yang boleh buat orang sekeliling gelang kepala kalau tengok. Ijad juga tak kurang hebat gayanya, naik sheikh sama dengan gadis berdua itu. Akhirnya sampai satu part yang buat Wilda nak lemang je siapa yang bagi cadangan ni.

“Okey, aksi last sebelum makan betul-betul... Wilda suap Add....”

“Oiii...” Wilda dah merah muka. Apahal pulak nak bersuap-suap, tangan sendiri ada.

“Ala pleaselah Wid. Tadi giliran aku, lepas tu Ijad. Last sekali, kaulah.” Fara buat aksi mengharap.

Budak-budak ni betullah nak kenakan aku. Wilda tengok muka Add. Muka mamat tu pun dah lain. Tadi, sengih lebar sampai telinga, ni dah tukar jadi serius pulak.

“Alah, belasah je Wid. Kasi mamat ni senang hati sikit malam ni. Kan ke birthday dia...” Ijad bagi galakan.

“Senang hati apa pulak. Korang yang create aksi mengarut-ngarut ni, tiba-tiba blame aku pulak” Rasa nak bagi penampar jugak kat Ijad ni. Kang kalau tersalah cakap, kantoi pulak kat Wilda pasal bab-bab hati dan perasaan ni.

“Ala.. bolehlah. Suap je, tak luak mana pun. Apa yang mengarut pulak, kan biasa je birthday party buat aksi suap-suap macam ni..” Fara pulak menyampuk.
Si Fara dengan Ijad ni memanglah satu kepala dalam bab-bab nak mendajalkan orang lain. Elok dan harmoni je kolaborasi diorang tu. Cuba kalau suruh bincang masa nak buat lab report, nak berlaga je kepala dua-dua.

Add tengok Wilda , Wilda tengok Add. Rimas pulak dengan aksi rayu-merayu ni.

“Belasahlah Wid. Suap je pun, bukan buat apa-apa” serius ayat tu buat wid malu.

Wilda cuba menahan malu. Ini Wildalah. Mana layan scene-scene blushing ni. “Hah, belasahlah...” Wilda gelak besar.

“Satu, dua, tiga”

Klik!

0

BAHAGIAN 7

Posted by Daisy Biru on 3:16 AM
BAB 11

“Uuuu” Umaiy buat muka yang agak menyakitkan hati Wilda. Rasa nak sembam muka kat bantal dibuatnya. “Tu kira faktalah tu” Umaiy menyambung.

Wilda tutup telinga. Kalau boleh memang tak nak cerita pasal ni kat Umaiy. Tapi, bila nampak muka Umaiy, rasa memang tak boleh nak soroklah. Umaiy dah gelak besar dengan telatah Wilda.

“Ikut hukum, pakai tudung sebab nak tutup dada weh” Umaiy ambil tempat di katil Wilda. Bantal Wilda ditarik kuat. Nak sangat tengok muka Wilda yang dah merah tu. Kalau cakap pasal benda-benda mengaibkan ni, memang blushing habis pipi dia tu.
Wilda tahan bantal dengan langan. Tak nak bagi Umaiy tengok muka dia. Malu kat Idzhan pun tak hilang lagi walaupun dah lebih dua puluh empat jam insiden itu berlalu. Idzhan memang tak berubah langsunglah. Aaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

“Aku jadi mangsa fesyen je lah” Suara Wilda dari bawah bantal rasa dah menggeletek hati Umaiy. Tulah jadinya kalau pakai tudung bukan sebab niat yang betul. Pakai tudung sebab nak tutup rambut tu memang dah betul. Tapi dalam islam, bukan rambut je yang perlu dilindungi dari mata-mata yang bukan muhrim di luar tu. Memang betullah aku ni mangsa fesyen.

“Lain kali pakai tudung tutup depanlah weh. Kalau pakai tudung belakang labuh depan terdedah, memang silaplah lagi-lagi kau pakai macam tu depan Idzhan.” Ayat Umaiy dah tambah warna merah pipi dia dua kali ganda.

Wilda bangkit terus. Suara dia mengeluh lebih kuat dari bunyi kipas yang berderu laju. Umaiy yang masih tak tukar baju sejak sampai bilik tadi masih dengan senyuman mengejek. Tadi, sampai-sampai bilik saja, tak sempat nak letak beg atas meja pun lagi, Wilda dah tarik tangan dia suruh duduk kat katil dia. Katanya ada benda nak cerita. Mula-mula rasa teruja jugak nak dengar cerita Wilda bila Wilda mesej dia malam semalam kata Idzhan ajak keluar. Memang dia dah agak dah si Idzhan tu akan buat date ni jadi date first date yang Wilda takkan lupa punya. Rupa-rupanya memang betullah, Wilda sampai mati pun takkan lupa. Tak sangkalah pulak si Idzhan bagi memori yang cukup manis ni. Aku pun blushing kalau kena macam ni dengan Nick.

“Aku ingat dah berapa tahun tinggalkan sekolah ni, ada jugaklah segannya dia nak react macam dulu. Aku ingat dia bolehlah nak control siket perangai nakal dia tu sebab masing-masing dah besar, dah nak capai 21 tapi tak sangkalah pulak dia boleh jugak nak pekena aku even dengan satu mesej je” Kalau Idzhan depan mata, nak jugak dilukunya mamat tu macam dulu.. Tolaklah tepi sekejap bab muhrim ke bukan muhrim ke, yang penting puas hati. Orang dah pekena dia, balas lah balik.

Ni kira baik jugak muka ni merah masa-masa macam ni, bukannya depan Idzhan. Manalah tahu kalau ayat ni keluar dari mulut Idzhan masa tengah makan tadi ke apa. Maunya aku lari lari terus balik sendiri. Memang berani matilah mamat ni. Bila nak behave dia punya ayat pun tak tahulah.

“Ala... look at the bright sight la. Memang Idzhan tu nak sampaikan benda yang positif. Silapnya, dia tak tahu cara nak deliver je” Kedengaran logik nasihat umaiy tu kali ini.

Wilda terdiam sejenak. Betullah jugak kata Umiay tu. Nasihat Idzhan tu memag sinis tak ingat tapi kalau difikir-fikir balik benda yang dia nak sampaikan tu memang mesejnya betul.

“Kira dia nak ambil berat kat kaulah tu” Umaiy bangun menuju ke rak di tepi pintu balkoni. Rak yang di tingkat atas sekali disusun dengan pelabagai jenis buku rujukan dan novel manakala rak tengah penuh dengan koleksi komik manga dan naruto dan rak paling bawah tersusun padat pelabagi jenis mi segera, minuman 3 in one dan mug. “Dia nak tunjuk kat kau yang dia care. Kau dapat baca tak?”

Oooo... Wilda melongo. Kalaulah itu definisi care bagi Idzhan, memanglah Wilda ada rasa nak terbang. Tak jejak bumi. Jantung tiba-tiba berkompang kuat. Kalau itu definisi care... Maknanya... Jap, kena korek dulu punca kekeliruan ni.
“Kenapa Idzhan mesti nak care dekat aku?” Sengaja tanya padahal sebenarnya macam dah tahu. Saja nak dengar dari mulut umaiy sendiri. Moga-moga apa yang Umaiy cakap akan sama dengan apa yang dia rasa.

“Dia suka kau lah tu. Dan dia dah mula nak bagi hint kat kau.”
Uuu... Apasal tetiba rasa bahagia semacam ni. Rasa dag terbang dah sampai kat atas sana tu. Dengan sisitem peredaran darah ni sah main kejar-kejar sampai laju pulak jantung aku ni. I’m in love! Cewah. Buat dialog filem pulak.

“Cuba kau sebut nama Idzhan jap”
Ler... apehal pulak roomate aku ni. “Kau apasal?”
“Sebut jelah”
“Okey.. Idzhan.”

Hah!. Memang berdebar-debar. Okey, situasi dikenal pasti. Wilda dah masuk dunia
yang happy yang konon geli-geli tu. Tapi as long as rasa bahagia macam ni, tak
kisahlah.
“Ish, aku rasa aku dah...” oi, gelilah nak admit benda ni. Idzhan tau entah ya suka ke tak.
“Apanya?”
“... Ngantuk sangat. I need to sleep. Regain the energy” warghh..



Wilda buka mata. Dalam gelap, dia meraba-raba telefon bimbit di sebelah bantal yang entah dah ke mana perginya. Bawah bantal diselitkan tangannya. Ada pun.
Dah pukul tiga pagi. Siapalah yang tak belajar yang Tuhan bagi waktu malam tu untuk tidur dan berehat. Setahu aku hantu syaitan je yang tahu berpesta malam-malam menjelang pagi macam ni.
Inbox telefon bimbit sony ericsson tu dibukanya.
Dalam gelap yang tiada sesiapa yang melihat, Wilda tersenyum sendiri. Gelap. Hanya dia di tengah-tengah malam likat itu. Tersenyum pada dinding.


Di sebelah sana, masih ada insan yang menjadikan malam masa paling optimum buat dia. Idzhan masih lagi duduk di meja studi. Baru shaja menyiapkan latihan tutorial yang tertangguh kerana balik ke rumah hari Jumaat hari tu.
Di pihak Idzhan juga dinding menjadi saksi senyuman tak bersasaran itu. Masa tiga minit sejak mesej selamat malam dihantar kepada Wilda tidak berbalas. Akur.

Dah pukul tiga pagi bro. Siapa yang nak buka mata baca balas mesej semua.
Idzhan tersandar di kerusi. Betullah, dah pukul tiga. Wilda pun dah lama tidur agaknya. Aku yang terhegeh-hegen hantar mesej pagi-puga buta ni apa ke halnya. Kalau pukul dua belas malam tadi dia hantar mesej, ada kemungkinan juga Wilda balas. Ni lagi dua jam nak ke Subuh. Buatnya si Wilda tu bangun buat qiamullail pun, tunggu dia habis dulu baru lah boleh balas kut.

Apalah yang aku mengarut ni...

Sepuluh minit berlalu. Sepuluh minit juga Idzhan duduk tanpa berbuat apa-apa. Masih lagi bersandar di kerusi memandang telefon bimbit di atas meja. Memang dia tidur agaknya. Yang aku setia sangat jadi penunggu ni apa pulak halnya. Tidur lagi baik. Esok, pagi-pagi dia bangun, kalau Tuhan izinkan, balaslah dia mesej tu agaknya. Suara positif berbunyi di kepala seperti biasa.

Lampu berhampiran pintu bilik terus ditutup. Setelah dislubungi gelap, berpandukan cahaya daripada telefon bimbit, Idzhan berjalan menuju ke katil. Hazman dah mimpi sampai negara mana agaknya. Tak terganggu langsung dengan segala macam bunyi kertas, buku, pen jatuhlah dan bla bla bla.

Tubuh sudah direbahkan ke katil. Dia cuba melelapkan mata. Mata yang dah sedia penat mengadap segala macam teori dengan otak yang bekerja keras sejak jam sepuluh malam tadi membuatkan dia rasa sedang untuk terus lena. Baru je nak terlayang, tiba-tiba telinganya diganggu dengan bunyi telefon bimbit. Isyarat mesej diterima.

Bagaikan kena kejutan elektrik, satu tindakan refleks, mata Idzhan terus terbuka lebar. Mesej dibaca.

Sengih terukir sekali lagi. Kali ini pada siling bilik. Telefon bimbit dirapatkan ke dada. Sebelum terlayang lagi sekali, sempat kepala mengulang semula apa yang tertera di skrin mesej sebentar tadi.

Okey, good nite. Lepas ni kalau keluar lagi, aku pakai niqab terus.

Sarkastik sungguh Wilda ni.
























BAB 12

Masuk kali ni, Farad ah empat kali mengucap. Dua kali menyebut kalimah-kalimah Allah itu semasa dalam dewan kuliah Food Processing tadi. Pensyarah tengah tunjuk teori penggunaan sprau drier tadi, dia selama badak senyum-senyum kat pensyarah yang dah lebih separuh abad tu. Tapi, memang senyuman-senyuman tu semua bukan untuk Profesor tu lah. Senyum yang jauh melepasi pos pengawal kat pintu utama tu, menembus pintu UKM sampai ke...
“Kau nak makan ke tak ni?”
“Macam dah kenyang tapi tak pe, aku try habiskan perlahan-lahan” Wilda terus meneguk kopi ais, menu biasa yang dipesan. Matanya terus tertumpu pada mi kari di atas meja. Penuh lagi tak berusik. Tari tadi asik melantak kerang dengan tahu je.
Ijad dan Fara berbalas pandang. Apa kena dengan member-member hari ni? Seorang dah terbang dah nak dekat langit keberapa entah, yang lagi seorang... Ni tak boleh nak dikategorikan sebagai terbang ni. Ni macam dah hanyut dekat lautan Hindi sana tu.
“Kau pulak apasal tak makan lagi ni. Duk termenung dari tadi dengan muka keruh kau tu” Lantas, tiga pasang mata terus tertumpu pada Add yang tak dapat ditafsirkan riak wajahnya. Keruhnya mengalahkan sungai kecil ‘Alur Ilmu’ yang mengalir di bawah cafe terapung FST ini.
“Aku tak ada moodlah” Add membalas tanpa memandang sesiapa, hatta Wilda juga.
Wilda menelan liur. Punyalah jauh fikiran aku melayang sampai tak perasan Add yang dah hanyut entah ke mana. Tak peka langsung pasal kawan, Wilda menyalahkan diri sendiri.
“Mende agaknya dalam kepala kau tu?” Fara cuba memancing kemesraan Add. Selalu boleh je buat lawak bodoh masa makan, hari ni bila Add tak bersuara rasa macam sunyilah pulak. Apasal kontra sangat budak berdua ni punya expression hari ni. Add yang kemurungan macam orang mati bini ni agak-agaknya ada kaitan tak dengan mood Wilda yang macam nak terbang tak jejak bumi tu.
Add diam lagi. Kepala masih tidak diangkat. Ahh... aku rasa nak terjun dalam Alur Ilmu tu!!!
“Kau kenapa Add? Janganlah macam tu. Selalunya, tulang ikan tu pun kau lantak. Takkanlah hari ni, sebutir nasi pun kau tak sentuh kut” Akhirnya Wilda bersuara.
Terus Add angkat kepala. Suara Wilda memang macam magnet yang berfungsi dengan baik untuk dia.
Aku dah agak dah. Suara Wilda je yang lut kat kepala otak dia tu. Ni kalau sakit macam ni, ubat antibiotik apa pun takkan berkesan ni. Si Wilda tu je yang jadi penawar sakti dia ti. Pandangan Ijad berlaga dengan pandangan mata Fara.
Memang pun. Ada konflik dalaman budak berdua ni. Berkerut dahi Fara memandang Ijad. Dan mereka teus berkomunikasi tanpa suara. Yang pasti, masing-masing seperti faham wabak apa yang tengah tersebar.
“Wei... aku gerak dululah. Aku nak balik bilik jap. Nak tidur. Kelas pukul tiga karang, kalau aku tak datang, kau faham-fahamlah tanggungjawab kau” Add menepuk-nepuk bahu Ijad sebelum bangun dan terus berlalu.
Aku kena sign lagilah hari ni. Ijad membuat kesimpulan. Wilda dan Fara pula saling memandang.
“Apahal kawan kau tu?” Wilda membuka suara. Matanya dihalakan pada Ijad.
“La.. manalah aku tahu. Aku patut tanya kau je. Bukan ke kau orang terakhir jumpa dia Jumaat hari tu masa dia hantar kau balik?” jawapan Ijad mengundang anggukan dari Fara.
Haah ek, tapi sumpah, aku tak tahu.
“Entah” balasnya pendek. Mana pulak aku nak korek apa punca dia hilang mood macam tu. “Andropous kot”
Wilda punya jawapan ni buat aku rasa nak lempang je. “Seriuslah wei” Fara berhenti dari menyuap.
“La.. mana aku tahu”
Adril Izham terjaga dari tidur setengah jam sebelum kelas petang bermula. Biasanya kalau waktu-waktu begini, dia sudah bersiap-siap untuk ke fakulti. Cuma hari ini, moodnya lain. Tak terasa nak makan, dan tak terasa nak belajar. Tidur pun buat syarat je, nak buat kepala tak hanyut fikir yang bukan-bukan.

Betullah apa yang orang kata, kalau dah jatuh cinta ni, jangan harap yang manis-manis je, sakitnya lagi kuat daripada yang manis-manis tu. Sakit sangat mata, kepala dan hati bila terserempak Wilda dengan Idzhan kat Jusco Seremban Sabtu hari tu. Lagi sakit hati bila nampak muka Wilda bahagia semacam, tak pernah tengok riak muka Wilda yang senyum manis memanjang bila ada sebelah Idzhan hari tu.

Satu je soalan yang bermain di benaknya kini; bila masa Idzhan kenal dengan Wilda? Dan kenapa pulak macam dah tak ada orang lain dalam dunia ni yang berada di tempat Idzhan, kenapa sepupu sendiri? Betulla dunia ni besar tapak tangan je.

Sekarang ni Add tak tahu macam mana nak berdepan dengan Wilda. Nampak je Wilda, terbayang-bayang insiden hari tu. Wilda okey lagi sebab dia memang tak perasan. Tapi Add, memang lama jugak dia mengikut jejak merpati sejoli berdua tu dan memerhati sampai tak berkelip mata.

Add memegang kepala. Rasa berdenyut sejak dalam kuliah pagi tadi masih tak hilang, malah semakin kuat denyutannya bila bayangan Idzhan dan Wilda bermain di layar minda.

Sambil berbaring, tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja.

“Ijad. Aku off class. Not feeling well.”
Mata cuba dilelapkan kembali. Tak sampai satu minit, Add kembali mencapai telefon di bawah bantal. Ada pesanan yang penting yang lupa disampaikan kepada Ijad tadi.
“Ijad, kalau aku hilang ke apa ke, panggil je pasukan penyelamat kat Tasik Kejut tu”
Dan Ijad yang baru nak bukak pintu dewan kuliah rasa nak tersadung kaki baca mesej Add.















BAB 13

Perangai pelik Add tak lama. Seminggu je dia buat moody macam orang datang bulan. Masuk je hari Isnin minggu baru, lagak dia dah bertukar normal. Macam hari-hari selalu. Masuk je dewan kuliah, dia dah boleh bawa diri dengan lawak-lawak dia yang sedikit sebanyak menceriakan keadaan. Itu yang buat Fara dan Ijad bersyukur tak terkira.

Dengan adanya manusia bernama Adril Izham dan Wilda ni, dunia pun jadi pelik semacam. Ada satu ketika dulu semasa mula-mula rapat, dua-dua buat perangai besar kepala. Pantang berjumpa, ada saja yang nak ditekakkan. Lepas tu, masuk pula fasa kedua yang mana masing-masing sudah boleh member dan menerima. Tak ada lagi ayat-ayat sindir-sindir yang mencacatkan dunia mereka berempat. Kalau mereka mula bertekak, memang Fara an Ijad tak pernah gagal untuk sama-sama terlibat. Kebajikan kawan-kawan kena jaga.

Fasa kedua tu macam lamalah jugak sebelum beralih kepada fasa ketiga. Ada satu ketika Add dan Wilda entah angin dari arah mana pula yang bertiup, dua-dua macamnak saling mengelak. Nak kata gaduh, tak gaduh pun sebab dua-dua cara cakap baik-baik je. Sorang pergi cafe, sorang pergi library. Sorang duduk hujung A, sorang duduk hujun B. Tapi, fasa tu pun tak lama. Memang meleset jangkaan Fara yang mengangap diorang tu ada heart contact.

Ni dah masuk fasa seterusnya, lagilah pelik semacam. Sorang nampak angau, yang seorang lagi tu nampak macam stress sangat je. Adakah stress itu puncanya sebab c...em...buru? Hah!

Farad mula tutup buku di hadapan. Ijad yang duduk beretntangan dengannya tarik muka. Apahal kuat sangat tutup buku tu...

“Kau pun datang bulan jugak?”
“Kau nak rasa buku Mikrobe ni ke atau buku Nutrition ni?” Farad kelihatan sedia untuk mengangkat mana-mana buku. Mukanya kelihatan serius.
Memang minah ni datang bulanlah. First day kot...

Antara buku rujukan Microbe yang tebal berkulit nipis dan buku Food Nutrition yang lebih nipis tetapi berkulit tebal. Kalau disatukan antara ketebalan itu dengan kudrat si Fara ni, insyaAllah, lima jahitan memang pasti.

“Woo... woo...” Ijad mengangkat tangan tanda mengalah. “Aku tarik balik”
“Takut.. Lebih dah kau ni...” Nada suaranya mengendur. Air muka kembali kepada asal. Tenang dan redup.
“Apa yang kau nak cakap sebenarnya tadi?” Tadi muka serius gila nak bantai kepala aku dengan buku tu, ni dah manis balik. Macam pakai topeng pulak. Sama je anginnya dengan Wilda.
“Add tu suka kat Wid ke?”
“Mana aku tau”
“Pelik semacam je aku tengok budak berdua tu”
“Mungkin jugak. Kalau tak, takkanlah si Add tu sampai kemurungan macam tu. Wilda tu ada boyfriend lain ke kat luar? Bahagia semacam je pulak aku tengok”
“Sebab nampak bahagia tu lah yang Add bengang semacam kut. Cemburu agaknya” Fara membuat kesimpulan. Ijad kelihatan bersetuju. Tak syak lagi.
“Kau cubalah korek-korek sikit dari Add tu”
“Susah. Lelaki ni tak macam perempuan. Perempuan semua benda nak share. Hal-hal dalam luar kain tak selindung apa. Lelaki lain...” Aaaa... tersalah cakap lagi... Kata-kata Ijad mati di situ bila mata Fara tajam semacam member amaran.
“Baik kau tarik balik sebelum aku hentak buku ni kat kepala kau...”

Ijad angkat tangan. “Surrender” dia tersengih.
Dan seprti yang dijangka, tak smapai satu minit, air muka Fara kembali seperti biasa.
“Tapi sekarang aku tengok diorang dah okey”
“Dan akan terus okey kalau Wilda tak buat muka bahagia dia tu”

Fara menganguk. Tak tahulah cuaca-cuaca tenang macam ni kekal sampai bila. Lepas ni entah berapa banyak fasa lagi yang dia dengan Ijad akan saksikan pun dia tak tahu. Harap-harap semua okey. Kalau nak bercinta sekalipun, dia dengan Ijad tak kisah asalkan tak dibuatnya dek budak berdua tu ke hulu- ke hilir berkepit macam belangkas. Kalau dibuatnya dia dengan Ijad kena campak sebab diorang nak jadi belangkas kea pa, memang purus kawan teruslah jawabnya. Fara memang sensitive sikit bab-bab macam tu. Nama ada kawan-kawan yang bercinta sampai dari pagi bawak ke malam nak berkepit, jangan haraplah.


“Hello abang... Sara ni!!!” suara riang di hujung talian memang tak pernah merendahkan suara. Bahagianhya lebih daripada dua puluh empat jam. Payah jugak ada adik yang hyper macam ni. Sampaikan nak cakap kat telefon pun kena jauhkan telefon empat inci dari telinga. Itu pun, kuatnya boleh lagi didengari oleh manusia-manusia yang lalu-lalang dekat dengannya dekat cafe tu.

“Abang tahulah. Dah nampak kat skrin tadi memang nama Sara yang naik...” Idzhan menjawab seadanya. Riak cool sentiasa menjadi pembawakannya. Takkan nak sama lerlonjak macam Sara pulak.

Sara gelak kuat. Sekali lagi Idzhan menjauhka telefon bimbit dari telinga. Hazman yang sedang melantak nasi campur menggeleng-geleng. Dah faham sangat dengan tabiat Idzhan kalau bercakap dengan Sara di telefon.

Apalah agaknya yang ummi mengidam nak makan masa mengandungkan Sara ni.
“Sara nak bagi peringatan ni...” Peringatan apa lah pulak ni.
“Hah, cakap cepat.”
“Lagi tiga hari birthday kak Wid” kata-katanya terhenti di situ. Menunggu respon Idzhan.
“Abang tahulak dik oi...” Memang pun, dah set pun dekat reminder dalam handphone ni. Insyaallah tak lupa punya.
“And make sure, abang ajak dia keluar ke apa untuk celebrate...” Sara betul-betul buat Idzhan rasa nak tergelak. Apahal concern lain macam je Sara ni. Kalah Aku. Memang mengidam sangat ke nak buat Wilda tu jadi kakak ipar?
“Ya Allah, abang tahulah nak buat apa. Tak payah pandai-pandai nak ajar abanglah...”
“And jangan lupa beli hadiah sekali. Nanti Sara tanya kak Wid suka apa” Sara menawarkan diri. Nak pastikan abangnya memebrikan sesuatu yang istimewa dan terbaik untuk kak Wid.
“Yeah, abang takkan lupa tu” Idzhan layankan aja karenah si adik padahal awal-awal dia memang dah merancang sesuatu.
“One more thing... Jangan belikan baju ok, nanti tak kekal. Ermm.. Jangan beli perfume jugak, kata orang nanti aura kasih-sayang tu hilang, simbolik dengan bau perfume tu la...” Sara memetik kata-kata kawan-kawannya. Pengalaman insane-insan terdahulu, kononnya.
“Itu bukan ‘one’ tu, itu dah ‘two’ things...” Idzhan tergelak. Sara dihujung talian juga mengyambut gelak tawa si abang.
“Whateverlah abang...”
“Hah, ada apa-apa lagi tak nak inagtkan? Ni Sara sihat tak ni? Duit cukup tak?” Memang macam abang mithali. Tanggungjawab sebagai abang memang Idzhan tak tinggalkan. Itu yang buat Sara sayang sangat dengan si abang.
“Sara ok, sihat, duit semua cukup. Hari tu ummi bagi banyak jugak. Sara risu abang tu je yang tak ok. Takut abang lupa benda-benda penting macam ni...” Aku pulak... Mmenag terlebih concern adik aku ni.
“Hum, ok. Ada problem apa-apa, give me a call okey” Idzhan cuba menghargai niat si adik.
“Okey, okey.”
“Okey.. Assala...”
“Eh, jap, jap!”
Apa lagi lah pulak ni...
“Jangan lupa wish kak Wid tepat dua belas malam. The firt person who wish will simbolizes that the person is always care. She will appreciate that. Nanti Sara call kak Wid lambat sikit untuk bagi laluan kat abang”
“Okey...” Angguk jela cakap Sara ni. Memang particular gila adik aku ni. Tak jadi peguam tak tahulah.
“Okey.. bubbye”
“Bye”
Telefon bimbit kembali bermukim di dalam peket jeans.
“Aku kalau jadi adik ipar kau, aku tak tahulah jadi macam mana” Hazman berseleroh.
Oi... tak boleh bla sungguh joke tu.
“Ada hati ke. Aku rasa baik jangan”
“Apasal?”
“Kalau dah dua-dua besar kepala... tak tahulah who will lead the family...” Idzhan tak tahu nak sengih atau mengeluh dengan jawapannya sendiri.
Hazman tersengih. That’s what I mean.








BAB 14

Kalau nak ikutkan hati, memang nak campak telefon ke dinding. Sebab dekat dinding tu ada jam. Dan jarum panjang jam tu dah menunjukkan angka tiga. A quater past twelve. Maknanya dah lima belas minit berlalu dan dia pasti dia bukan orang yang pertama yang menghubungi Wilda untuk mengucapkan selamat hari lahir. Dan orang yang pertama itu pastinya.... Argh...
Tepat jam dua belas tadi, dia dah cuba mendail nombor telefon Wilda tapi talian sibuk. Maknanya Wilda sedang bersama seseorang di talian. Yang pastinya bukan dia. Dan setiap minit yang berikutnya, dia mencuba lagi namun talian tetap gagal ditembusi. Takkanlah si Idzhan ni nak wish pun ambil masa lama sangat kut. Tapi tak mustahil jugak. Dia dulu pun macam tu dengan ex-girlfriend dia. Niat nak wish tu memang awal-awal dah selamat sebab lepas je wish happy birthday, bergayut terus. Eh, terbukak hikayat pulak...
Add terus mendail... dan akhirnya...
“Helo Adril Izham... Cepat wish me!!!! Lambat sangat ni, orang ke lima belas!” suara Wilda ceria menyambut panggilan darinya. Lima belas! Walaupun dia tahu angka tu bukan angka yang tepat, namun dia tahu dia bukan yanga pertama. Dan suara Wilda seterusnya terus membakar hatinya walaupun dia cuba berlagak seriang mungkin...


“Masuk pintu utama, jalan terus, and kau akan lalu di bawah bangunan Canselori. Lepas tu belok kiri...” Idzhan cuba menanam terus arahan Wilda dalam kepala.
“Lepas tu jalan terus sampai jumpa satu rumah bangle sebelah kiri. Tu rumah Pengetua. Lepas je lalu depan rumah bangle tu, akau akan jumpa satu simpang naik bukit sebelah kiri. Masuk je simpang tu, naik terus atas bukit sampai jupa garaj motor...”
Idzhan memarkirkan kereta betul-betul di satu ruang sempit di hadapan Blok E. Inilah dia Kolej Rahim Kajai. Kalai pertama dia menjejakkan kaki ke UKM. UKM banyak bangunan lama tapi unik. Persekitarannya juga banyak pokok dan berdekatan dengan hutan. Sejuk mata rasanya apabila lalu di setiap ceruk jalannya.
Tapi lepas ni mungkin kesempatan nak datang UKM ni lagi banyak sebab si Sara tu nak sangta masuk UKM. Ada kak Wilda, boleh jaga, katanya. Haih. Dekat sangat dengan rumah. Idzhan garu kepala. Tak faham betul adik aku ni.
Setelah enjin dimatikan, Idzhan terus keluar dari kereta. Puas dia yakinkan pujuk Hazman agar bagi dia pinjamkan keretanya. Sistem barter, Hazman kalau nak pergi mana-mana, pakai je motorsikal dia dulu. Nasib baiklah si Hazman tu tak berkira sangat.
Idzhan berlegar-legar melihat persekitaran kolej itu. Baru saja hendak mengeluarkan telefon bimbit dari poket... tapi ternampak seseoarang di beranda salah satu bilik di bawah bukit... macam kenal je.
Tergesa-gesa gadis itu menghabiskan tugasnya menyidai pakaian di beranda yang rata-ratanya setiap bilik mewujudkan tali-tali ampaian untuk memudahkan mereka, tak perlu turun bawah blok nak sidai kain. Sedikitpun dia tidak terpandang kelibat pemuda pujaan di atas bukit yang khusyuk memerhati.
Dah sampai... Baru nak sidai baju ke? Cepat pakai tudung... Idzhan tersengih tatkala menekan butang send.
Wilda. Manisnya dia...
Dulu masa sekolah, rambut Wilda melepasi bahu dan biasanya diikat satu. Sekarang rambutnya lebih panjang walaupun tidak mencecah pinggang. Dilepaskan dan berterbangan ditiup angin pagi Sabtu.
Tidak lama menunggu, lebih kurang sepuluh minit, Wilda munculdi pintu masuk blok E. Dengan muka yang dah habis merah. Bertambah merah apabila melihat Idzhan yang bersandar di pintu kereta dengan senyuman menyindir.
Cool birthday girl. Mintak je mamat ni apa-apa hari ni. Everything is on him. Dia dah janji kan. Plus, dia buat perangai sinis macam ni, kasi dia pengajaran siket.
“Cepatnya pakai tudung. Aku ingatkan perempuan siap lama...” Idzhan ni memang tak pernah bertaubat. Hari-hari baik untuk aku ni, boleh tak buat ayat yang menyenangkan hati siket.
“Hei aku guraulah...”Idzhan menarik balik senyumannya apabila melihat wajah Wilda yang kelat semacam. Tapi can... tik. Titik.
“Habis satu blok kau skodeng agaknya”
“Aku tak minat perempuan lainlah...” Idzhan membukakan pintu kereta.
Habis cair Wilda dengar frasa yang keluar dari bibir Idzhan. Mulut manis habis. Tapi Wilda buat-buat tak dengar walhal dalam hati dah kembang nak pecah dada.
Idzhan memboloskan diri ke perut kereta.
“Kereta siapa ni?”
“Hazman?”
“Siapa tu?”
Idzhan menepuk dahi. Sebut nama Hazman macam Wilda kenal je.
“Course-mate aku cum room-mate” Idzhan membalas diiringi dengan senyuman bonus untuk Wilda.
“Nak pergi mana ni?”
“Sebut je kau nak pergi mana. You wish is my command”
“Tasik Cempaka?” erk... Wilda menampar mulut. Apasal laju je aku sebut perkataan tu.
“Aku tak kisah je. Nanti kang kena tangkap basah...”
“Oi!” Wilda memotong. Apalah si Idzhan ni cakap bukan-bukan. Tak tahu ke percakapan tu satu doa. “Gurau je lah”
“Gurau lagi yang bukan-bukan” Idzhan ketawa kecil.
“Jalan!”


Melunaskan nafsu perut di restoran A&W. Wilda yang nak makan kat situ. Idzhan ikut je sebab Wilda dah kata malam tadi, hari ini hari dia jadi, Idzhan kena tunaikan semua permintaan dia. Tapi, apa sangat je permintaan Wilda ni.
Wilda tak suka meminta-minta sangat pun. Cakap je lebih. Si Idzhan ni dari tadi asyik tanya Wilda nak hadiah apa.
“Kau nak hadiah apa?” Okey, masuk ni dah lapan belas kali Idzhan tanya soalan yang sama.
Saya tak nak hadiah apa-apa. Dapat spend satu hari dengan awak je dah cukup bagi saya sebagai hadiah. Eheh.... “Ala... tak tahulah. Kita jalan-jalan je lah dulu okey.”
“Nak tengok movie tak?”
Movie?
“Tak suka tengok movie. Lagipun sekarang mana ada cerita yang best sangat. Nanti aku tertidur dalam tu, buat rugi je...” balas Wilda. Sebenarnya semua cerita dekat dipromosikan dekat skrin iklan tu Wilda dah tengok. Ada yang tengok dengan Fara, aa yang tengok dengan Umaiy. Cerita-cerita yang dah lama siket tu, ijad dan Add dah bagi awal-awal. Download kat mana entah...
“Tidur pun tak apa...” Idzhan memandang manusia yang lalu-lalang. “Bahu aku kan ada” kali ini suara direndahkan. Entah Wilda dengar entah tak. Hee...
“Dengar...” suara di sebelah menuturkan.
Aik, punyalah perlahan macam tu pun dia boleh dengar ke. Idzhan termalu sendiri. “Gurau je”

Pusat membeli-belah Mines agak ramai dengan manusia. Tapi kira boleh tahanlah jugak kalau nak dibandingkan dengan Mid Valley yang pengunjungnya dah macam semut api. Ramai sangat. Lagipun Wilda selesa di sini, tak ramai budak UKM yang berkinjung ke sini. Banyak lagi tempat membeli-belah yang lebih gah yang jadi tumpuan.
Idzhan dan Wilda mauk dari satu kedai ke satu kedai. Tiada apa yang dibeli setakat ini. Wilda hanya gemar widow shopping. Walaupun lancer mulut Idzhan tawarkan diri nak belikan itu dan ini, Wilda lebih gemar menolak.
“Mak oi, offer kita macam parents dia tu PM Britain je”
Idzhan ketawa kecil. “Aku tak belikan kau hadiah lagi ni. Kau pilihlah. Blouse ni pun cantik apa” Idzhan mengeluarkan sepasang blouse yang tergantung dan dipadankan pada tubuh Wilda.
Wilda jadi malu sendiri. Dah macam laki aku je dibuatnya. “Mahallah Han.” Wilda cuba menyembunyian resah di hati. Idzhan kembali meletakkan blouse itu di tempatnya. Nak beli hadiah apa yer...
“Big Apple nak?”
“Balik nantilah. Kau lapar ke Han?”?
“Taklah. Aku risau kau tu. Semua yang aku nak belikan akua tak nak. Baju tak nak. Footwear kau tak nak. Manalah tahu selera kau dekat food je” Idzhan menuruti langkah Wilda yang sudah keluar dari butik Forever 21.
Agak lenguh kaki, Wilda dan Idzhan duduk di salah satu bangku yang disediakan untuk pengunjung. Duduk di situ dan menebarkan pandangan pada ragam dan kerenah pelbagai manusia yang dapat dilihat dari tingkat mereka berdiri. Sambil itu, mereka berbual-bual tentang memori yang lepas. Ada tawa yang terhambur dari bibir masing-masing apabila sejarah lama dibuka kembali.
“Wid, excuse me. Kau tunggu kejap ye”
“Kau nak smoking ke?”
“Smoking apanya. Main tuduh je.”
Wilda sengih. “Gurau je”

Dah lebih lima belas minit Idzhan menghilang. Ni pergi toilet ke bersihkan toilet. Wilda dah panas punggung. Sekejap-sekejap dia mengerling jam di tangan. Sekejap-sekejap dia menyelitkan pandangan pada manusia-manusia yang lalu-lalang mancari kelibat Idzhan namun tiada. Kena kinnaped mungkin.
“Wilda” terasa bahunya disentuh dari belakang. Idzhan dengan sengih selambanya mengambil tempat di sebelah Wilda. Wah... main tampar-tampar bahu pulak. Siapa bagi izin ni.
Wilda bagi pandangan tajam. Serius habis. Idzhan lantas menyedari keterlanjurannya. Sengihnya masih bersisa. “Sorry, terlepas laku...”
“Amaran keras ni” suara Wilda tegas menuturkan. Hari tu punyalah bagi nasihat tutp auratlah, apelah, ni dia pulak yang buat perangai tak cukup ilmu agama macam ni.
“Sorry okey. Jom minum. Food Court. Ke nak dekat Mc D?”
“Food Court”
“Jom”

Wilda merenung apple juice dan kiwi juice di atas meja. Kiwi juice untuk dia dan apple juice untuk Idzhan. Air dia dah tinggal separuh manakala air Idzhan baru sedikit luaknya. Tuannya entah ke mana. Tadi, adalah lepas dua kali sedut, Idzhan terima panggilan dari seseorang dan meinta diri. Kali ini, dah hampir sepuluh minit, Idzhan masih tak kembali.
Siapa yang menghubungi Idzhan tadi. Nampak macam panggilan penting je. Idzhan pun, apa salahnya jawab je depan dia. Nak sorok-sorok macam sulit sangat je bunyinya. Wilda terasa sedikit berjauh hati.
Hari ni birthday aku kan? Idzhan kata nak bagi dia happy tapi sebaliknya yang berlaku. Atau dia bosan spend masa dengan aku. Atau ada orang lain yang lebih penting di sebelah sana? Atau...

“Miss...” Aku hutang apa pulak dengan mamat ni.
“This is for you. I could say its from someone special.” Pemuda berbangsa tionghua itu meletakkan sejambak bunga di hadapannya. Daisy!
“Are u sure its for me?” Wilda teragak-agak. Salah orang kot. Ni dah semua pandang-pandang pulak ni...
“Miss Wilda?” pemuda itu tersenyum.
“Yup”
“Then, its you. Okey?”

“Okey, thanks ya.” Pemuda itu tersenyum lantas berlalu pergi. Mata-mata yang memandang babak tadi kembali menumpukan perhatian pada urusan masing-masing.

Sambil membelek-belek sejambak daisy yang berwarna putih, kuning dan merah itu, wo terpandangkan satu kad yang dilekatkan pada pembalutnya. Matanya menatap sepatah demi sepatah tulisan yang tertera.



Happy 21th. Smile my Daisies...


Dan akhirnya pada nama pengirim di bahagian bawak sebelah kiri.
Idzhan

Aaaa!!!. Rasa nak telan straw. Aku tak mimpikan? Idzhan kan? Habis tu siapa pulak lagi. Dalam muka pelik yang terserlah itu, akhirnya Wilda menyulam senyuman. Satu gambaran tentang apa yang dirasai oleh hatinya.
Tak lama lepas tu, Idzhan kembali ke meja. Dengan muka kering...
“Dah habis air kau?” Idzhan menegur. Sedikit pun dia tidak menyentuh apa-apa tentang sejambak bunya yang terletak elok di atas meja. Muka serius je macam tangkai daisy tu. Wilda rasa nak garu kepala. Tak faham betullah aku dengan Idzhan ni.
Idzhan kembali menyedut jus epal di atas meja. Rasanya dah tawar dek kerana aisnya sudah mencair. Lama sangat aku pergi tadi. Boleh pulak borak dengan auntie florist tu pasal bunga sambil anak dia hantar bunga dekat Wilda. Dah cakap terang-terang dekat pemuda tu, penerima bunga ni ada dekat food court. Pakai baju color kuning air dengan selendang senada, bla blab la. Detail habis punya gambaran.
Tak dapat dia nak tafsirkan air muka Wilda. Senyum tak, cakap thanks pun tidak. Ah, mungkin Wilda sedang mengikut rentaknya. Sama-sama buat air batu.
“Jom gerak. Dah petang ni” Idzhan dah bersedia untuk bangun.
Pulak. Sumpah Wilda tak faham. Sepatah haram pun Idzhan tak cakap apa-apa lepas balik dari entah-mana-entah-tiba-tiba-dapat-bunga.


Idzhan terseyum sendiri di dalam kereta. Telalu indah meluangkan waktu yang ada bersama gadis pujaan. Tak tahu perkataan apa yang ingin digantikan dengan indah tu sebab apa yang dia rasa lebih istimewa dari itu.
Tadi, sepanjang perjalanan pulang ke UKM, masing-masing diam membatu. Hanya lagu di radio yang melantunkan bunyi. Sesekali Idzhan bernyanyi kecil mengikut lirik lagu. Wilda hanya selesa memandang ke luar tingkap.
Dan sebelum keluar kereta tadi, bersaksikan blok-blok kediaman Kolej Rahim Kajai, Wilda bersuara.
“Thanks for the daisies. And for the words...” dengan senyuman yang Idzhan rsa paling manis, Wilda melangkah keluar dari kereta. Dan terus berdiri di tepi tangga blok menghatar Idzhan dengan pandangan mata dan senyuman yang masih tak hilang.
Dan Idzhan tak rasa nak pulang... Doraemon, nak mesin masa...

0

BAHAGIAN 5

Posted by Daisy Biru on 3:08 AM in
BAB 7

Hazman melemparkan beg galasnya ke katil. Rasa penat dan mengantuk begitu kuat menggodanya untuk terus berbaring. Dikerlingnya jam di dinding. Sepuluh minit menghampiri jam enam. Jadual kelas yang padat untk semester ini sedikit sebanyak menarik waktu rehatnya. Pelajar-pelajar malang seperti dia yang terpaksa mengulang subjek memang harus berusaha lebih dripada orang lain... Malang yang dicari sendiri...

Kipas yang berputar laju seakan tidak terasa. Lantas kemejanya ditanggalkan. Teringat yang diri belum solat Asar, dia mengeluh. Punyalah kuat godaan syaitan yang direjam sehinggakan lama dia berfikir sebelum berkira-kira untuk tidur sebentar. Sepuluh minit berlalau, apabila lenanya tidak juga datang, pejaman mata dibuka semula. Dicarinya kelibat Idzhan. Helmetnya di atas meja. Maknaya dia sudah balik ke biliik. Barangkali mandi. Dipejamkan matanya saat kedinginan sudah mula menjalar pada seluruh permukaan kulit.


Saat itu, bunyi telefon bimbit tiba-tiba mengetuk gegendang telinga. Cuba diamati bunyi yang perlahan itu. Sah, milik Idzhan. Lantas dia bangun. Sedikitpun tidak rasa terganggu dengan deringan yang baru sahaja menggagalkan lelap matanya. Atas meja, tak ada. Dia beralih ke katil Idzhan. Diangkatnya lether jacket di atas katil.

“Hello...”

* * *

“Han... Mak kau telefon tadi” rendah suaranya. Idzhan dipandangya. “Bapak kau accident. ” Pendek. Tapi cukup menyentap nyawa.
“Teruk ke? Lagi, dia cakap apa?” rasa cemas sudah mula mendominasi.
“Tak bagitahu pulak. Itu je yang dia sempat sampaikan” Mata ditala ke siling. Merasai kegusaran hati Idzhan. “Janganlah risau. Tenang je mak kau tadi. Kalau teruk, suara dia tak macam tu...”Bukan sekadar untuk memujuk. Memang benar itu yang dirasanya.

Rambut dikuak ke belakang. Terduduk dia di katil. Dalam keadaan masih bertuala dia termenung seketika. “Kau nak balik rumah hari ni jugak ke?” Angguk. “Sekarang?” Angguk. “Hum, baliklah... Nanti aku bagitahu Zali kau tak dapat join meeting secretariat malam ni...”
Meeting secretariat... Argh... Pedulilah, aku bukan berjawatan besar. Family matters lebih penting. Hatinya semakin diragut bimbang. Rasa ingin terus terbang ke Bangi.

Tanpa berlengah, terus dicapainya beg galas dan dimasukkan beberapa helai baju, pengecas telefon bimbit, wallet dan beberapa barang penting yang biasanya dibawa balik.
Terus membuka lokernya dan mengambil sehelang kain pelikat dan disarung menerusi kepala.

“Eh, kata nak gerak sekarang?” riak hairan jelas ditunjukkan.
Idzhan memaling wajah dari loker ke katil sebelah. Riak tawar tidak berperasa.
“Solat dulu. Banyak syaitan dalam perjalanan nanti. Kalau tak nak sesatlah.” Pendek juga. Dan merentap nyawa juga.
Seketika Idzhan membentangkn tikar sejadah dan mengangkat takbir, Man segera bangkit.
Niat untuk melelapkan mata baru sahaja termakam terus.

____________________________________________

Sebelum bergerak balik, dia sudah sia-siap menghubungi ummi untuk mengkhabarkan kepulangannya. Sempat juga dia bertanya kondisi papanya.
Tak teruk sangat. Just a small fracture di bahagian lengan.
Waktu itu rasa nak terus bersujud di dada jalan masuk ke kolej kediaman. Biar pelajar lain tengok, tak mengapa. Biar dia dikata gila, peduli apa. Janji dia tahu papanya masih sihat dan selamat, andai itu definisi sihat yang terbaik untuk dia sekeluarga. Bersyukur sangat apabila diberitahu yang papanya tiada apa-apa. Kalau tak, tak tahu bagaimana untuk berdepan dengan kenyataan andainya sesuatu yang lebih buruk berlaku.


Ketika sampai di Bandar Seri Putera, waktu Maghrib baru sahaja berlalu. Malam sedikit likat tanpa cahaya bulan. Hanya lampu-lampu jalan yang menjadi seri untuk pemandu-pemandu da penunggang motosikal sepertinya. Disusuri jalan-jalan di taman perumahan bandar Seri Putera Sebaik dengan penuh hati-hati. Tiada lagi sentapan yang mencabut nyawa. Tiada lagi paluan kompang yang menggila yang mahu memisahkan jantung dari badan

Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, pintu pagar sudah sedia terbuka. Memang ummi sudah bersedia menunggu kepulangannya di muka pintu. Diparkirnya motosikal bersebelahan Honda City kepunyaan papa. Ditanggalkan helmet dan terus mendapatkan umminya yang sedia menunggu.

“Assalamualaikum...” terus dia mendapatkan tangan umminya dan dicium. Rindu.

Salam dari anak teruna disambutnya dalam hati. Senyum manis seorang ibu dilemparkan. Idzhan melangkah masuk menuju ke ruang tamu. Sebaik sahaja si anak teruna melangkah masuk, terus pintu pagar ditutup dengan kawalan automatic.

“Hows papa mi?” Tidak sempat duduk dia terus menerjah umminya dengan soalan begitu biarpun sebelum bergerak balik tadi dia sudah diberitahu. Tiada apa yang serius. Begitu kata ummi tadi. Namun, bisalah naluri. Selagi belum melihat dengan mata sendiri, siapa yang mampu menghalang resah yang menumpang.

“A small fracture kat tangan tu lah. And luka-luka luar kat kaki, tangan dan kepala. Doktor dah scan, no internal injury. Darah beku kat kepala pun tak ada.”

Alhamdulillah... Hatinya mengucap dari dalam. Terus disandarkan kepala ke sofa. Lenguh pinggangganya menunggang motosikal tadi walaupun perjalanan dari Shah Alam ke Bangi tidaklah sejauh mana. Itupun kalau ummi tahu macam mana dia bawa motor tadi, mahu ditariknya satu-satunya subsidi yang ummi bagi... Ish.. Setakat dah masuk Bandar Seri Putera baru nak berhati-hati...

“Esok tengah hari kita pergi tengok papa kat hospital. Doktor cakap in several days papa dah boleh discharge, lepas kena simen sikit. Ni, Han makan dulu meh. Ke, nak mandi dulu. Solat Maghrib tak tadi ni?”
Sengih. Musafir ummi. Heheh.

“Ya Tuhan... Kenapa tak bertolak lepas Maghrib tadi?” Tu dia, ummi sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Mengingatkan itu salah satu tugasnya.
“Kalut nak cepat sampai mi...”
“Dah tu, berapa laju pulak bawak motor tu?” Seperti dapat menangkap apa yang tersirat di sebalik hati si anak...
Idzhan sengih lagi. Respon yang terbaik untuk ummi. Mengaku tidak, menafikan juga tidak.
“Astaghfirullahalazim...” Menggeleng wanita separuh umur itu dibuatnya. Sudahlah si suami baru sahaja ditimpa musibah, si anak pula menempah musibah lain. Nasib baik selamat sampai. Dalam hati dia memanjatkan syukur.
“Mi, rumah kita kat PD tu dah siap ke?” Idzhan terus menukar topik. Tiba-tiba dia teringat akan rumah famili yang masih dalam pembinaan. Setiap kali balik ke rumah, dia akan bertanya soalan yang sama. Jika da kesempatan, mereke sekeluarga akan ke sana, memantau perjalanan pembinaan. Siap sahaja dibina, rumah di Bandar Seri Putera ini akan dijual atau disewa. Papanya masih lagi belum memutuskan.

“Tinggal floor je dengan cat je...”
“Hei orang muda!!!!!!!!!!!!!!!!!” Satu suara menjerit dari tangga seterusnya mematikan perbualan dua beranak itu. “My dearest brother ever.....” si adik yang keriangan menyambut kepulangannya menghilangkan sedikit kekusutan. Dengan panggilan yang cukup-cukup mesra buat si abang.
Abang memang perasan muda. Erm, tak.. abang memang muda forever. Sara, si adik mengumam perlahan.

“Esok, lepas lawat papa kita pergi jalan-jalan nak???” terus dia mengambil tempat di sebelah si abang. Remote control dicapai dan dihalakan ke televisyen.
“Heh! Kan papa sakit. Nak bersuka-suka pulak dia” umminya melangkah keluar dari dapur sambil menatang segelas minuman buat anak terunanya. Segelas jus diletakkan di atas meja berhampiran sofa. Melihatkan warna jus yang benar-benar mengingatkan dia kepada dahaganya sejak tadi, lantas gelas tersebut dicapai. Diteguknnya sehingga separuh gelas lalu diletakkan kembali di atas meja di hadapannya.

“Entahnya. Tak boleh bersara siket ke dari niat nak berfoya-foya tu? Time papa sihat bukan main ligatnya ke hulu kehilir, time papa sakit pun tak reti nak puasa dari hal-hal duniawi ni” dibalingnya bantal kecil ke arah Sara... hinggap di mukanya. Sara buat tak peduli. Tawanya terhambur. Puasa... yeah...abang is so funny... Orang nak tolong dia ni...

Dicapainya minuman di atas meja yang dibuat untuk Idzhan lalu diteguknya. Idzhan mahu menghalang tapi tidak sempat. Tindakan si adik dibalas dengan jelingan tidak puas hati. Adik aku ni... bilalah nak belajar bersopan. Siapa yang nak macam ni. Nakalnya lain macam.
“Adik...” ummi menggeleng dengan keletahnya.
“Adik kesian jugak kat papa. Bukan nak foya-foyalah mi...” dijeling sekilas pada Idzhan. “Niat Sara baik nak derma... nak jadi sukarelawan... yelah... hal-hal nak bina masjid ni kan... kenalah gotong-royong...” Selamba dia mengusik Idzhan tanpa sedikitpun cubaan berselindung dengan umminya.
“Masjid apa pulak ni...” Mata ummi dihalakan pada slot berita di televisyen. Malas dia mahu mencampuri urusan si anak.
“Siput. Adik cakap apa ni?” Idzhan tidak mampu menangkap. Sejak bilalah pulak adik aku ni pandai berkias-kias. Depan ummi pulak tu. Kantoi apa-apa...siaplah.
“Tu... anak Uncle Ghazi kat UKM tu yang rumah sebelah sana tu...” mulutnya dimuncungkan ke satu arah... “...ada balik nampaknya tadi... But. The bad news is.. ada lelaki hantar...” halilintar... halilintar...
“Uncle Ghazi mana pulak???” Tidak pernah pula dia mendengar jiran dengan nama itu setelah beberapa tahun bermastautin di kawasan ini. Ghazi... Ghazi mana? Ummi malas berfikir. Tanpa membiarkan soalannya dijawab, terus sahaja dia bangkit untuk ke dapur menyiapkan makan malam.

“Oh, ala... ummi tak kenal. Rumah dia jauh sikit. Lorong sebelah kedai runcit sana. Adik kenal pun sebab anak dia satu sekolah dengan adik.” Terjerit Sara diautnya semata-mata ingin suaranya didengari ummi yang berada di dapur.

Idzhan sudah mengerut dahi dengan nada tinggi Sara. Memang bateri baru betul adik aku ni. Cakap perlahan sikit tak boleh ke. Ni, purposely nak ummi tahu ke apa ni.
“Ala abang. Tak apa kalau ummi tahu pun. Ummi dah realise yang kita ni dah besar, dah kena get ready cari-cari dari sekarang. Esok, lusa tinggal kahwin je” Dah sebiji gaya cakap macam Hazman. Tapi, Hazman lelaki, yang adik aku ni anak dara. Perangai siapalah yang dia ikut ni... Haih.
“Adik cakap apa ni?” Tegang wajahnya. “Abang balik ni nak tengok papa tau. Bukan nak main-main.” Lelaki? Rasa sudah tercekik sudu. Namun dalam diam, dia tetap mengharapkan penjelasan Sara... dengan gaya egonya, tak nak main terjah je.
“Hum... Tau... abang janganlah risau. Papa ok. Doctor pun dah declare yang papa tak apa-apa. And I’m glad to hear that, bukannya tak sayang papa.” Dia cuba memadam syak wasangaka si abang. Ingat aku anak derhaka ke.
“Kita curi masa sikitlah, ajak kak Wid keluar ke apa... Tadi, adik nampak ada lelaki hantar kak Wid balik. Abang tak risau ke orang lain curi kak Wid?”
“Biarlah dia.” Mana boleh... Ish. “Hak dia tu. Lagipun abang mana ada apa-apa dengan dia.” Aku nak mulakan langkah sekarang ke? Sempat lagi ke?
“Tak apa bang. Adik rasa belum lagi tu.” Sungguhpun abangnya seakan menafikan tapi Sara tahu apa yang tersirat di sebalik hati si abang. Ribut dalam hatinya jelas nampak pada wajahnya walaupun dia cuba berlagak cool. Hati kering... Pirrah abang. Ingat Sara tak dapat baca ke...
“Bukan ummi je. Rasanya papa pun kena tahu ni” tak habis lagi dia mengusik Idzhan. Masih cuba dipancingnya perasaan sebenar Idzhan. Selagi Idzhan tidak mengakui ataupun menunjukkan reaksi yang dia mahukan, selagi itu dia tidak akan berhenti. Nasiblah... Kalau tak ditolak abang ni, tak berbinilah dia agaknya. Romeonya kadang-kadang lain macam, tapi nak declare punyalah susah. Nak mengaku punyalah payah. Macamlah dia tak pernah nampak Idzhan yang selalu sangat temankan Wilda petang-petang. Nasib baiklah dia sekolah sesi petang, dan Idzhan sesi pagi, kalau tak memang dah lama dikacaunya merpati dua sejoli itu.

Itu belum masuk babak si teruna yang memandu kereta untuk keluar ke jalan besar, mesti sengaja nak ikut jalan jauh lalu di hadapan rumah si dara. Padahal, jalan besar bukan main dekat lagi, tak perlu nak pusing-pusing belok sana belok sini. Bawak kereta pulak bukan main lajunya, tapi yang pelik bila masuk lorong dekat rumah Uncle Ghazi tu... dan lalu pulak depan rumah orang tua tu... elok je slownya. Macam nak berhenti terus pun ada...
“Apa pulak???” Apa lagilah adik aku ni.
“Esok nak keluar, kena bawa kereta papa. Nak bawak anak dara orang lagi, takkan tak minta izin papa kot” Habis menuturkan kata-kata itu, dia bingkas bangun menuju ke meja makan. Ummi sudah sedia duduk di meja makan, menyendukkan nasi buat anak-anak.

Idzhan masih di sofa, cuba memikirkan cadangan Sara. Patut atau tidak die mengajak Wilda keluar, masih lagi menjadi timbangannya. Dah lama sangat tak jumpa sejak SPM. Lalu depan rumah pun, kadang-kadang je nampak. Itupun selalunya Wilda tak perasan akan dia. Nama je rumah dekat, tapi part jumpa, terserempak tu, macam sorang kat Artik, sorang kat Antartika.
Ok! Dia nekad. Kejap lagi buzz dia!

“Cepatlah sini, makan.” Suara bateri baru itu masih tidak mampu senyap. Talkative habis. Segera dia bangun menuju ke meja makan. Ummi sudah siap menyendukkan dia nasi, lebih banyak dari apa yang ada dipinggan wanita itu sendiri. Lantas dia duduk berhadapan dengan Sara sementara ummi di kepala meja.
“Abang, lepas ni kita main game nak??? Adik pun ada banyak lagi benda nak cerita ni...” sesuap nasi disumbat terus ke dalam mulut.
“Bismillah ke tak tu?” ummi menegur. Risau benar melihat kelakuan Sara yang lepas laku.
“Dah mi, dalam hati.” Dari ummi, pandangan dihalakan pula kepada Idzhan, mengharapkan jawapan dari si abang.
“Abang penatlah. Esok je main game. Nak cerita-cerita, adik record je lah. Esok bangun pagi, abang dengar.”

_____________________________________________





BAB 8


Idzhan mengalihkan tubuhnya ke kiri dan hanya memandang beg laptop yang masih belum dikeluarkan isinya. Dia berkira-kira sendiri, apa perlu dia mengajak Wilda keluar esok sedangkan papanya masih terlantar di hospital. Teringat kata-kata Sara, riak wajah Sara yang langsung tidak risau akan kesihatan papanya. Dan melihatkan riak Sara juga Idzhan jadi yakin... insyaalah tidak ada apa-apa yang membimbangkan berlaku pada papa. Kalau menurutnya selepas melihat keadaan papanya yang membimbangkan atau sebaliknya esok, dia akan batalkan sahaja niatnya untuk bertemu Wilda. Tidak dapat tidak, orang tuanya harus diutamakan dan pastinya kesempatan yang ada untuk bersama Wilda terpaksa dikorbankan. Dia percaya kuasa Tuhan.

Setengah jam merenung skrin laptop tanpa berbuat apa-apa, dirasakan terlalu jengkel. Menunggu seseorang muncul secara maya dengan isyarat online. Dirasakan setengah jam itu dirasaka terlalu lama. Betullah kata bekas rakan sekelasnya dahulu, penantian satu penyeksaan. Betul. Tapi sebagai umat Islam, kena tuka sedikit quote itu: Penantian satu kesabaran.
Pada hari-hari biasa di kolej, ketika sedang melayari internet mencari bahan ataupun melayari laman web sosial, tiba-tiba sahaja isyarat itu muncul secara tiba-tiba: Wilda is now online. Kala ketika tidak menunggu, segalanya mudah tapi bila dah mula menunggu dan berharap, terasa seprti menunggu buah yang tak gugur. Seksa sekali. Setiap saat yang berlalu dirasakan seperti sama tempohnya dengan putaran bumi.

Itu dia. Seorang lelaki bernama Idzhan bila sudah tenggelam dalam perasaan, ayat-ayat bahasa tinggi macam tu selalu tergelincir sendiri. Tanpa payah berfikir bagaimana untuk memfrasakan sesuatu yang puitis. Perbendaharaan kata tak payah fikir, struktur ayat memang automatic dah teguh. Pasti terkejut cikgu Bahasa Malaysianya dulu kalau dia tahu kemampuan Idzhan berkarangan bila dipengaruhi perasaan yang berbunga-bunga tu. Kalaulah semua format karangan SPM dulu bertemakan cinta muda-mudi, sumpah, aku tak payah pergi sekolah dah. Bahana cinta mungkin. Cintalah sangat.

Dia tidak menyalahkan Wilda andai kata Wilda menganggap dia buat sombong, tidak sudi atau apa. Cuma dia sebenarnya keliru. Keliru dengan peranan watak tambahan Iffan dalam ceritanya, juga keliru bagaimana untuk menganggap Wilda sebagai kawan walau hakikatnya sudah lama dia jatuh sayang pada Wilda. Semenjak mereka sama-sama sekelas ketika di tingkatan lima, waktu Fizik, kelas cikgu Syamsiah..

“Nasib baik ada penyelamat....”

Bagaikan ada kesaktian pada kalimat itu. Entah apa dan bagaimana, dia sendiri tidak dapat mentafsirkannya. Cuma melihat reaksi wajah Wilda yang bagaikan terlepas daripada hujung senapang tentera Jepun, memandang ke arahnya dengan penuh rasa lega dan bersyukur. Dan seolah-olah dia sedang membaca bahasa hati dari riak wajah Wilda.

Mungkin dia yang terlebih tafsir. Mungkin dia yang terlebih faham bahasa hati dan jiwa. Mungkin dia yang terlebih baca apa yang tidak ada tapi riak wajah Wilda waktu itu... serupa sangat seperti seorang isteri yang bersyukur melihat si suami yang baru pulang dari sempadan, dari medan perang.

Apalah yang aku melalut ni. Sejak bila pulak aku dah pandai buat karangan ni. Karangan merah jambu pulak tu...
Anak rambut yang jatuh di dahi dikuak ke belakang.
“Tak salah lagilah, kalau Wilda tengok aksi kau kuak rambut tu, mahu menangis dia “
Suara Man pula muncul di benak. Ketika dia melakukan aksi yang sama pada saat-saat dia rasa serabut dengan masalah pelajaran dalam kelas.

“Kenapa?” sunguh dia tidak dapat menangkap maksud frasa yang Man ungkapkan. Kuak rambut pun ada maksud ke?
“Maksud aku, adalah nampak sikit-sikit kacak kau tu. Macam tengah buat video klip zaman 1990-an pulak” Man tergelak.
Idzhan pada masa itu sudah berubah muka. Ni nak puji ke nak kutuk aku ni.
“Hantu kau!!!"

Dari A sampai Z Man tahu kisah dia dan Wilda. Dari awal hingga hu....jung Man tahu jalan cerita. Err.... belum ada penghujung.
Tiba-tiba rasanya mahu melonjak apabila melihat nama Wilda yang tersenarai di antara kawan-kawannya yang sedang online. Asyiknya dia melayan perasaan sehingga tidak sedar bila masanya Wilda online.
Bismillah...

Wilda cuba menahan mata daripada berkelip. Lama. Ini mimpi ke apa ni? Atau aku sebenarnya sedang berfantasi. Atau aku tak berapa waras, mungkin nama orang lain yang aku lihat sebagai nama dia.
~Err, Hi...
Wilda garu kepala. Rasa nak menggeleng kepala pun ada. Ni belajar komunikasi ke tak. Apasal cacat sangat gaya nak approach ni. Sengih.
~Han. Mimpi ke apa.
~How’s UKM
Satu soalan pembukaan yang dirasakan tidak berapa kena.
~Mana tahu aku UKM?
~Lerr... kan ke Sara is one of your friend?
~Dah tau tu, kenapa tak add me? Sombong apa?
~Mana online sangat. Facebook is not really my thing. It’s just that Sara yang cerita pasal kau.
I know I’m lying. And God knows I’m lying.
~Oh... Anggap saja aku percaya. Kat rumah? Sara ada rumah?
~Ada. Penat nak layan dia yang nak berkepit dengan aku sepanjang masa kat rumah.
Awak yang ada kat rumah ke Sara. Ish, soalan tak berjawab lagi ni. Terasa janggal tiba-tiba selepas beberapa tempoh yang lama tak jumpa.
~Awak?
Err... silap.
~Kau? Kat rumah ke sekarang?
Idzhan sengih. Lagi fail si Wilda ni. Sejak bila pulak berawak-awak ni...
~Yup.
Straight to the point je Han..
~Esok free? Whats your plan?
~Not yet thinking about that. Tak pernah plan apa-apa. Kau?
~Aku nak ke hospital, visit papa... lepas tu nak keluar...
~Oh, aku ada terbaca status Sara. So, papa kau ok? Keluar... dengan Sara lah tu...
~Ummi aku kata tak teruk sangat. Esok, tengok, baru boleh conclude. Hee... Kalau aku kata nak keluar dengan engkau macam mana?
Gila... sekali lagi ayat yang buat dia lupa macam mana nak kelip mata. Wilda lantas terdiam. Tak tahu respon terbaik untuk dipersempah pada... err... Sang Arjuna??? Ok... alarm di kepala sudah dapat didengar bunyinya... mahu... mahu... tapi... Err, macam mana nak taip perkataan mahu itu dalam bahasa yang dapat menutup kehendak sebenar? Agar tak nampak gedik sangat. ‘Nak!’ atau ‘okey je’ atau ‘boleh juga’ atau...
~Pukul berapa? Kena tanya mama dulu...
Itu jawapan yang dirsakan terbaik. Tak nampak excited sangat kan.
Di hujung sana, satu senyuman panjang dah mula tersungging. Lama... Sepuluh saat masih tak hilang...
~Lepas visit papa, aku mesej kau. Dalam pukul tiga mungkin. Kalau mama kau tak bagi?

Takkanlah. Dah 21, masih kena minta izin parents ke untuk keluar. And, ada ke parents yang would say no kalau anak dia nak keluar dengan kawan... Kawanlah sangat kan...
Wilda tergelak kecil. Jujur sangat Han ni. Sejak bila Han bertukar karakter jadi manusia naïf ni?

~Kita jumpa esok?
~So, I consider it as Yes?
~And Yes, Its yes...
~I’ll fetch you then. Apa-apa hal aku mesej. Err... number?
~Mintak kat Saralah.
~Ok. Get to go. Lenguh pingganglah.
~Err... wait. Nak tanya.
~Yes please?
~Naik motor ke?

Saat ini tak tahu apa yang patut dirasakan, seronok, bahagia atau... keliru. Antara Idzhan yang mula kembali seolah-oleh membawa satu cerita lama yang akan hidup semula atau Add yang berada di hadapan mata yang mula menunjukkan tanda-tanda suka. Biarpun kedua-duanya tidak berkata apa-apa, meminta apa-apa tetapi seharusnya dia jelas dengan perasaan sendiri. Siapa yang benar-benar yang sedang membuahkan bahagia pada tangkai hati seorang Wilda.
Baru sahaja menamatkan perbualan ringkas dengan Idzhan sebentar tadi, matanya yang kantuk dirasakan segar semula. Sesegar kenangan bersama Idzhan yang bergantungan di layar minda. Semuanya terlalu jelas untuk diimbas semula. Dan semuanya membuatkan senyuman teranyam sendiri tanpa dikerah.

“Nak kena perhambat ke dengan mama kau kalau naik motor. Lagilah kalau naik motor dengan aku. Mahu tinggal belakang kalau tak peluk aku”

Berani betullah si Idzhan ni buat ayat macam tu. Kalau tak nak bawak motor tu, cakap je lah. Tak perlu deny dengan ayat-ayat yang boleh kasi merah pipi ni. Pipi aku ni pun satu hal la, sensitive sangat. Entah ada reseptor tambahan agaknya. Dapat ayat nakal sedikit, mulalah memerah tak tentu fasal. Dan dan je kantoi depan Idzhan macam dulu...

Esok keluar dengan Han. Dia tersenyum sendiri. Senyum yang kian melebar sampaikan dia tidak sedar tubunhnya sudah bankit dari katil menuju wardrobe...
Nak pakai baju apa...

Satu persatu helaian pakaian yang bergantungan dibeleknya. Mencari rasional setiap gaya yang harus ditunjukkan. Warna dan bentuk potongan baju menjadi keutamaannya. Lama dia memilih. Blouse kuning cair, selendangnya tidak kena. Baby –t dengan cardigan biru... ah, takut panas pula. Hum... Selendangnya tidak banyak pilihan kerana sebahagian daripada koleksinya sudah dibawa ke UKM.

Lama berfikir dia menepuk dahi. Menyedari keobsesan yang tidak diduga. Indah sungguh perasaan didalam, tak sedar hati dah mula mengawal tindak-tanduknya.
Dia kembali berbaring di katil, cuba mengawal diri daripada terlalu teruja dengan pertemua pertama selepas hampir tiga tahun. Dia cuba menutup mata. Bayangan Add yang singgah tadi Cuma sekejap. Betapa kuat imej Han pada layar mindanya. Seketika kemudian, kelopak matanya kembali terbuka, memandang tajam pada wardrobenya. Tanpa disedari, dia tersengih sendiri.
Dan dalam mimpinya, wajah itu tersenym padanya...


BAB 9

Kawasan parkir disekitar Hospital Tuanku Jaafar sudah dipenuhi kereta tengah hari itu. Melilau matanya ke kiri dank e kanan mencari mana-mana lot parkir yang kosong. Sesekali terdengar dia mengeluh kecil. Ummi dan Sara tidak terkecuali menebarkan pandangan membantu Idzhan mencari tempat parkir. Meskipun belum tiba waktu melawat, ramai pelawat yang sudah menunggu di perkarangan hospital. Maklum sahaja waktu melawat pada waktu tengah hari tidak sepanjang waktu melawat pada waktu petang. Jadi, sampai awal adalah tindakan terbaik untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga sanak saudara yang menjadi penghuni sementara hospital.

Setelah puas mencari, Idzhan memarkirkan keretanya bersebelahan dengan CRV yang lotnya baru sahaja dikosongkan. Dia mengucapkan syukur dalam hati. Dia ingin sampai cepat. Perjalanan dari Bangi ke Seremban bisanya mengambil masa selama satu jam. Oleh sebab itu, mereka bertolak satu jam lebih awal. Namun, dek kerana kelajuannya yang melebihi apa yang sepatutnya, mereka tiba lima belas minit lebih awal.

Dalam masa yang sama, sempat juga mendengar sedas dua tembakan nasihat ummi. Jangan laju sangat, kata ummi. Jangan hendak tengok orang sakit, nanti akhirnya kita pula yang sakit. Masa itu juga dia hanya mengiayakan apa dikatakan oleh Ummi. Tidak membantah kerana nasihat ummi sememangnya betul. Cuma dia, bertindak mengikut darahnya, darah panas orang muda. Pecut 110 kilometer sejam pun, tidak terasa lajunya. Sedap sahajanya kakinya menekan pedal minyak.

Sementara menunggu waktu melawat, mereka hanya duduk di bangku berhampiran dengan kedai kecil yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan bunga. Setelah berkira-kira, Idzhan lantas bnagun menuju ke dalam kedai tersebut lantas mengambil buh-buahan yang sedia dipak di dalam plstik politena. Seketika kemudian, dia kembali mendapatkan ummi dan Sara. Tidak lama menunggu, akhirnya mereka dan pengunjung-pengunjung lain dibenarkan masuk ke wad untuk melawat.
“Assalamualaikum pa.” Tangan papanya disalam dan dicium. Papanya tersenyum menyambut kehadiran isteri dan anak-anakya. Sejuk mata melihat keluarga yang sentiasa ada susah dan senang. Plastik yang diisi dengan buah atangan yang baru dibelinya tadi diletakkan di atas meja di kepala katil.
“Bila sampai Han?” digagahkan badannya untuk bangun seraya menyambut salam si isteri. Idzhan segera membantu papanya bangun. Sara yang turut menyalami papanya terus duduk di kerusi kosong.
“Sara, bagi ummi duduk!” tegah Idzhan. Marah benar dengan sikap Sara yang kurang sensitive. Sara tertawa kecil. Menutup mulut tatkala menyedari kekhilafannya. “Duduk mi” pelawanya.
“Malam tadi pa, lepas Maghrib.” Dibeleknya tangan kiri papanya yang sudah berbalut. Sudah disimen. Diamatinya pula luka-luka kecil yang mencalari tangan kanannya dan sebahagian kecil mukanya. Alhamdulillah... rasa lega itu diucapkan dalam hati.

“ Papa okey Han, Dalam dua hari lagi dah boleh keluar dah” Orang tua itu menyulam senyum. Rasa sakit-sakit dan sengal badannya sudah semakin berkurangan.
“Mi, nanti papa nak keluar, ummi bagitahu Han la. Han boleh balik sekejap ambil papa” tanggungjawabnya sebagai anak masih tegar dipikul. Biarpuan hanya anak kedua, dia tetap merasakan dia harus menggalasnya.
“It’s ok Han. Ummi saja yang ambil pun dah ok. Papa kuat lagi. Tak perlu kerus roda pun. Barang pun tak banyak. Ummi puan kuat lagikan?”seraya isterinya dipandang sambil tersenyum. Berkat didikannya dan isteri tercinta, Idzhan masih lagi menunjukkan ciri-ciri anak yang boleh dibanggakan.
“Boleh. Han tak payahlah balik. Kalau nak balik pun, weekends nanti saja. Ummi tak nak Idzhan ponteng-ponteng kuliah pulak” Saranan suaminya tadi diterima dengan senang hati.
“Sara boleh balik jugak, cuma tak ada transportlah. Susah dari kolej nak ke sini” Sara pula menyampuk, tidak mahu tertinggal dalam perbualan.
“Alah, tu ngada-ngada nak mintak subsidi lah tu” Idzhan menyakat. Tahu benar apa yang tersirat dalam kepala si adik.
Sara menjeling pada Idzhan. Tepat sungguh tembakan abang, bisiknya. Di bibirnya, hanya sengihan nakal yang ditunjukkan. Abang aku ni. Kut ye pun tak payahlah nak jatuhkan air muka aku.
“Ish, tak lah. Mana boleh bawa transport kat kolej. Esok dah masuk university baru boleh bawa transport” Sara mempertahankan diri.
Umminya menngelang. “Nak bawa apa? Motor? Kereta? Sara mana ada lesen motor. Practise bawa motor pun langgar pondok atuk.”
Idzhan dan Sara ketawa serentak. Masih ingat ketika melatih Sara membawa motor YAMAHA atuk. Pada mulanya dia duduk membonceng di belakang Sara, sama-sama mengawal kelajuan. Tak lama selepas itu, Sara dengan yakin meminta kebenaran si abang untuk menunggang seorang. Dah pandai katanya. Pada mulanya Idzhan ragu-ragu. Namun selepas melihat keyakinan si adik, dia membenarkan saja.

Dan, baru sekali press, melompat motorsikal itu melanggar pondok atuknya yang sudah using itu. Senget tiangnya jadinya. Dengan luka-luka kecil sebagai habuan, mulut ummi dan papa turut sama menyerang. Macam peluru berpandu. Mana ada ruang, di situ dilepaskan ke sasaran. Mujur atuk tak ambil kisah sangat. Pondok buruk, katanya. Keselamatan Sara lebih penting. Sejak itu, Sara jadi fobia menunggang motosikal. Beralih pula minatnya pada kereta. Kereta lebih mudah dikawal, katanya. Walaupun kereta manual, baginya ia lebih menyenangkan berbanding motorsikal.
Idzhan masih lagi dengan sisa ketawanya. Sara jadi malu. Tidak menyangka hasrat hatinya untuk meminta ‘subsidi’ dari ummi dan papa menyimpang ke situ.

“Taklah, Sara nak bawa kereta...” dia cuba membetulkan.
“Haish, belajarlah susah sikit. Naik bas kat kampus tu. Nanti dah ada kereta, panjang pula kakinya, merata merayap...” papa pula bersuara. Kalau boleh, memang dia mahu anak-anaknya belajar bersusah-payah.
“Abang tu...” suaranya mengendur.
“Hei, abang beli motor duit abang sendiri tau. Papa Cuma tambah sikit je. Ni adik nak beli kereta, lagi berganda mahalnya dari motor abang.”
“Adik bawak kereta papa je lah” Sara berseloroh.
“Apa yang tinggal untuk papa dan ummi nanti?” ummiya menjenggilkan mata. Karenah anak bongsu ini memeng payah dilayan. Namun kadang-kadang tingkahnya cukup menyenangkan hati. Dia juga mendengar kata. Walau bagaimana banyak pun permintaannya, jika dikata tidak, dia tidak mengungkit.
“Papa beli motor lainla. Bercinta balik ngan ummi naik motor” balasnya lalu menampar kecil bahu si abang. Terhambur lagi tawa satu keluarga itu.

Seketika kemudian, seorang pembantu hospital masuk sambil menolak troli berisi tray-tray makanan. Menyedari sudah tiba waktu makan tengah hari pesakit, Idzhan bangun dan menarik meja tinggi di hujung katil mendekati papanya. Tray berisi makanan yang baru sahaja diletakkan oleh pembantu hospital tadi diletakkan ditengah meja.
“Papa makan sendiri ke ummi suap?” ketawa kecil dirinya apabila soalan itu keluar dari mulutnya sendiri.
“Hish! Tangan kanan papa ni sihat lagi” ditamparnya bahu Idzhan. Terhambur tawa umminya ketika itu. Anak lelakinya yang kedua itu memang nakal bahasanya. Ada-ada sahaja akalnya untuk mengusik. Dia menggeleng dalam senyuman.
“Papa makan sendiri Han. Tapi kalau dah dihidangkana ayam ke, ikan ke atau yang liat-liat tu, ummi tolong siat je la.” wanita separuh umur itu lantas bangun dan mencapai bungkusan buah-buahan yang di bawa.
“It’s ok mi, Sara tolong potong” Sara menawarkan diri lantas bungkusan itu bertukar tangan.

* * *

Jam di pergelangan tangan jelas menunjukkan angka dua. Tidak disangka pula mereka akan pulang awal. Ummi disebelahnya leka memerhati suasana siang di luar tingkap, melihat kereta yang lalu-lalang. Sara di belakang sudah lama lena sejak dari Senawang tadi. Pantang masuk kereta, tidur. Hatinya merungut tatkala dikerlingnya cermin pandang belakang dan menangkap imej Sara yang ketiduran.

“Mi, Han hantar ummi dan Sara balik, lepas tu Han nak keluar sekejap lah,” jujur Idzhan memberitahu. Harapnya, ummi tidak bertanya banyak.
“Hah...” Sara yang terlena segera terbangun apabila mendengar suara Idzhan yang memecah kebisuan mereka. “Abang cakap apa”
Idzhan menjeling. Bangun dah budak ni...
“Ke mana?” Ummi bersuara. Sekadar bertanya, tidak ambil pusing sangat dengan aktiviti Idzhan. Idzhan tak pernah memberinya masalah. Lantas, kepercayaah terhadap Idzhan sememangnya ada.
“Keluar kejap dengan kawan.”
“Anak uncle Ghazi?” Sara mula menyampuk.

Tu saja je nak pancing minat ummi lah tu. Rasa nak saja ditutup mulut si adik. Terus segar gayanya bila hal-hal begini disebut.

“Sibuklah Sara...”

Sara mecebik. Ala.. kalau aku tak suggest, kalau bukan aku yang bagitau dia kak Wid ada kat rumah, tak ke mana pun. Hantinya mendongkol.
“Balik cepat. Jangan dibawa anak dara orang tak tentu arah” biarpun percaya, diselitkan juga nasihat-nasihat sebagai peringatan.

Satu sengihan puas hati tersunging di bibir Idzhan. Sara di belakang buat tak tahu. Memang dia dah agak yang Idzhan takkan melepaskan peluang yang ada. Lagi-lagi lepas diberitahu yang ada lelaki menghantar Wilda pulang semalam.

“Nanti jangan lupa tanya kak Wid pasal guy yang hantar dia balik semalam. Abang kena clarify betul-betul. Senang nak nyahkan watak-watak yang patut”
Tak habis lagi adik aku ni. Baik-baik ummi dah bagi izin, ditambahnya pula yang lain.
“Adik...” ummi bersuara. Kurang senang dengan Sikap Sara yang menjaga hal-hal yang tidak sepatutnya. “Jangan pergi tempat-tempat sunyi. Jangan pergi Tasik Cempaka tu” tambahnya. Seriau benar rasa hatinya apabila mendengar terlalu banyak pasangan yang bermaksiat di sana. Risau juga dengan kebebasan yang diberi, takut memakan diri.
“Tak lah mi... Pergi tempat ramai orang...”

Kereta diberhentikan dihadapan pintu pagar rumahnya. Ummi segera turun dari kereta.

“Ingat pesan ummi...”sempat lagi dia mengingatkan Idzhan. Idzhan tersengih dan mengangguk. Takkanlah aku nak buat yang bukan-bukan. “Sara, kejap!”
“Apa?” Sara mengerutkan dahi. Takkan nak ajak aku kut. Runtulah langit pun dia tahu Idzhan tak mungkin mempelawanya turut serta.
Sebaik sahaja kelibat ummi hilang dari pandanga, Idzhan terus menggamir Sara masuk semula ke kereta. Sara akur. Untuk abang... berkorban jelah. “Yup!” dia tersengih. Adalah bendanya yang abang nak tu.
“Abang tak ada nombor Wilda. Paskan kat abang” malu rasanya mengakui hakikat itu. Berkawan bukan main lama, nombor telefon pun tak ada.

Sara menggeleng. Sambil mengeluh, dikeluarkan telefon bimbit dari handbagnya. “Abang... abang... Kalau Sara tak ada, tak berbinilah abang jawabnya. Semuanya Sara nak kena movekan.”

Ouch! Selamat anak rambutnya ditarik Idzhan. Idzhan dijelingnya dengan riak tidak puas hati. “Nah, ambil ni cepat. Nak masuk dalam ni, nak tidur.”
Idzhan akur. Ditekannya nombor-nombor yang disebutkan. Kenapalah selama ini aku tak pernah nak ambil nombor Wilda, padahal Sara sudah lama menyimpannya. Dia sudah lama tahu Sara baik dengan Wilda. Biarpun jarang saling menghubungi, namun laman sosial web sosial masing-masing, jelas menunjukkan mereka saling bertanya khabar. Batul juga kata si adik, kalau tak ada Sara dia mungkin tidak akan bergerak selangkah begini. Harapnya, langkah ini belum terlambat untuk memulakan apa-apa.

“Thanks, tolong ummi kemas rumah tu, jangan membuta saja” pesannya untuk si adik. Tiada balasan dari Sara, mungkin dia penat agaknya. Hanya lambaian Sara menjadi tanda ‘good luck’ buat si abang.

Aku tunggu depan rumah kau ok.. laju jemarinya menaip mesej.





BAB 10

Sebaik sahaja keretanya tiba dihadapan rumah Wilda, pintu pagar rumah uncle Ghazi sudahpun terbuka. Namun, dia tidak berniat untuk ke dalam, keretanya hanya diparkir ditepi jalan berumput, untuk mengelakkan keretnya menganggu perjalanan kenderaan lain.

Idzhan segera keluar dari kereta sebaik sahaja ternampak kelibat mama Wilda di pintu rumahnya. Gementar rasanya bersua muka dengan wanita yang lebih kurang sebaya dengan ummi. Tak manis pula kalau hanya menunggu di dalam kereta. Nak bawa anak dara orang keluar, mesti tahu adab dan caranya. Hatinya bertingkah.

“Assalamualaikum auntie...”

Wanita itu menjawab salamnya perlahan lalu menghulurkan tangannya. Hendak juga melihat lelaki mana yang hendak membawa anak gadisnya keluar. Risau. Dia memerhatikan raut wajah dan air muka Idzhan. Harap-harap, niatnya selari dengan air mukanya yang ikhlas. Semalam, dia ternampak dari celah tingkap, Wilda dihantar pulang oleh seseorang. Lelaki yang pastinya bukan anak muda di hadapannya sekarang. Hantar anak dara orang, tak pula hendak berjumpa mak bapaknya. Geritu hatinya. Dia tidak senang dengan sikap sebegitu. Kalau dah sampai berhantar berjemput tu, maknanya mereka mempunyai hubungan yang rapat dan dia berhak tahu dengan siapa anaknya berkawan. Semalam, bila ditanya, hanya jawapan biasa yang keluar dari mulut Wilda, kawan. Melihat pula riak wajah Wilda yang seakan tidak mahu mengulas panjang isu itu, langsung dia malas bertanya lanjut. Biar dulu.

“Masuk dulu....”
“Idzhan,” cepat Idzhan menjawab apabila dilihatnya wanita itu seperti mahu menyebut namanya.
“Han, Wilda tu kalau bersiap memang lambat sedikit” lebih baik berkata begitu daripada asyik mencanang kebaikan si anak. Itu prinsipnya. Biar bagaimana malaikat pun anak-anaknya, di hadapan orang lain, dia tak senang menjaja kelebihan anak sendiri.

Terus Idzhan dipersilakan duduk di sofa ruang tamunya yang membelakangkan tangga. Wanita itu turut sama mengambil tempat tidak jauh dari Idzhan. Lalu entah kenapa, dia seakan tidak boleh terus duduk diam, lantas mengangkat punggung menuju ke tangga.

“Dah makan? Makan dulu nak? Wilda pun tak makan lagi tu. Entah apa yang dibuatnya dalam bilik tu, dari tadi tak turun-turun” Berkerut dahinya. Sekejap-sekejap, dipanjangkan lehernya meninjau di tingkat atas. Kamar beradu anak gadis itu masih tertutup.
“Eh, tak apa auntie. Kami makan di luar je nanti. Boleh juga borak-borak. Dah lama sangat tak jumpa Wid.”
Bukan tidak sudi tapi rasanya tidak sesuai. Ini kali pertama dia ke rumah Wilda dan dilayan baik begini pun sudah dikira beruntung.
Wanita itu sekadar mengangguk, memahami apa yang tersirat disebalik hati anak muda itu dan menyenangi perwatakannya. Sekurang-kurangnya-kurangnya, untuk first impression, Idzhan tidak menghampakan.
“Duduk dulu sekejap ya”

Belum sempat menjawab, wanita itu sudah mengilangkan diri ke dapur. Kebosanan duduk saja, dia bingkas bangkit dari sofa. Idzhan mencuri pandang di sekeliling ruang tamu itu. Kemas. Sama macam ummi menguruskan rumah tangga. Segala barang tersusun mengikut fungsi. Mungkin juga sebab anak tak ramai, tak banyak karenah dan oleh sebab itu, tidak banyak barang.
Ditalakan matanya pada beberapa bingkai gambar yang bergantungan di dinding. Dilarikan matanya bermula daripada potret family, foto graduasi seorang lelaki yang dirasakan abang kepada Wilda, dan singgah pula pada potret seorang gadis dalam seragam sekolah. Pose dari sisi dengan riak ketawa memandang kamera, rambut diikat satu dan juntaian panjang rambut di hadapan sambil memegang beg sekolah. Inilah Wilda yang dahulu. Yang dirinduinya saban waktu. Sama.

“Hai orang muda!!!!” suara girang dari belakang memukul gegendang telinganya.
Orang muda! Ni mesti Sara yang ajar.
“Hai...” lemah. Terpaku dengan imej Wilda yang berhijab. Skinny jeans dengan blouse separas peha, dan hijab maroon dililitkan ke kepala. Dan sekuntum bunga daisy kecil, aksesori yang dipinkan di sebelah kanan pipinya. Err... hampir tiga tahun tak jumpa, manis sekali nampaknya dia.
“Han, minum dulu. Wid, lambat sangat kenapa. Lain kali, kalau dah janji, siap awal-awal, orangnya datang awak terus je keluar. Ini, dibiarkan pulak orang menunggu...”

Wilda tersengih mneyambut bebelan mamanya. Mama ni, depan tetamu pun nak dimalukannya aku. Dah Idzhan baru mesej 10 minit sebelum ke rumah, nak buat macam mana? Takkan nak siap pukul satu tadi. Dah kata janji pukul tiga. Ini, awal pula sampainya.

“Tak apa auntie. Saya yang sampai awal. Dari hospital tadi, lawat papa, accident” ramah dia menjawab sambil menyambut gelas yang dihulurkan. Diteguknya perlahan. Sebelum bertolak tdi dia tidak sempat minum, tekaknya terasa sedikit kering dan dengan rezeki Allah ini, lega dirasakan tekaknya.
“Jom...jom... mama, Wid gerak dulu.”
“Ya Allah, sabarlah. Tunggu Han habis minum dulu” tegahnya, kurang senang dengan perlakuan si anak.

Idzhan cepat menghabiskan minumannya mendengarkan peralahan kecil dua beranak itu.
“Tengok tu. Nasib tak tersedak budak tu” wanita itu menepuk bahu Wilda. Kasihan rasanya melihatkan Idzhan yang kelihatan tergesa-gesa menghabiskan minumannya.
“Thanks auntie, kami pergi dulu.” Tangannya dihulukan. Wanita itu menyambutnya dengan senang hati. Dihantarnya pasangan itu ke pintu keluar.
“Ma, pergi dulu. Janji tak balik lambat” diciumnya pipi wanita itu.
Idzhan sempat menangkap ayat terakhir Wilda pada mamanya. Ah, satu pesanan tersirat untuk dia juga.
“Baik-baik bawak kereta”


Suasana senyap memonopoli. Baik Wilda mahupun Idzhan, masing-masing berteka-teki siapa yang harus memulakan perbualan. Wilda, yang petah di rumah tadi, beku terus suaranya bila berdua. Han, lamanya tak jumpa. Sudah semakin matang wajahnya, penampilannya masih kemas seperti dahulu. Tubuhnya juga semakin berisi dan ini... dia menyenangi haruman lelaki itu.
“Sejak bila?”
“Hah?” Wilda menoleh. Terkejut apabila Idzhan tiba-tiba membuka suara. Dan soalan itu... dia tidak dapat menangkapnya.
“Ermm... pakai tudung” berhati-hati dia menuturkan isu sensitive itu.
“Since semester dua...” dah tak tahu apa hendak ditambah. Rasa dingin menular ke tubuhnya.
“Kau sejuk ke?”

Tidak sempat Wilda menjawab, lelaki itu terus memperlahankan penghawa dingi keretanya. “Kita pergi JUSCO Seremban nak?” Mak... jauhnya. Makan kat sini-sini saja tak boleh ke... Sampai Seremban pulak. Idzhan ketawa dalam diam mendengarkan suara hatinya memprotes.
Rasa pegun kepalanya untuk menoleh kepada Wilda yang duduk disebelahnya. Ayu... dan keayuan itu sungguh-sungguh mengahalangnya untuk terus memandang. Bimbang jatuh hukumnya kepada haram. Ah, sejak bila pula pandai bab hukum-hakam ni...

“Aa... ok. Dah lama tak ke sana” Wilda senang dengan cadangan itu. Bersama Idzhan dalam kereta... terlalu banyak yang boleh dibualkan. Dan terlalu rindu walaupun tidak pasti adakah rindunya pernah bersambut selama ini. Mungkin aku yang bertepuk seorang.

“Kau lapar tak? Nanti kita pergi makan dulu ok. Kenapa tak kau makan sahaja dirumah dulu tadi.”
“Mana tahu aku tak makan?” Wilda menoleh pada lelaki di sebelahnya. Penuh konsentrasi dia memandu walaupun sedang berbual dengannya.
Saya tunggu awak, excited nak jumpa awak. Excited pilih nak pakai baju apa. Excited fikir nak borak apa...

“Mak kau cakap kau tak makan lagi. Mungkin kau simpan perut untuk makan dengan aku kut” idea nakalnya sudh terkeluar. Tersungging senyuman nakal dibibirnya.

Memang! Wilda menahan tawa. Idzhan, kau masih sama! Suka menyakat aku macam dulu.

“Aku dah breakfast pagi tadi. Lepas tu memang malas nak makan dah. Memang aku simpan perut nak makan dengan engkau sebab aku tahu kau pun tak makan lagi” jujur sajalah.
“Mana kau tahu aku tak makan lagi?” soalan yang sama ditanya.
“Sara.”
Pandangan dialihkan ke luar tingkap. Pemandangan lading kelapa sawit menarik pandangannya. Teringat pada mesej Sara semasa dia bersiap tadi.

‘Kak wid, nanti bawa abang makan. Dia tak makan lagi tu. Kesian, dahlah penat drive jauh-jauh tu’

Idzhan menguak rambutnya ke belakang. Sara ni pun... Terlajak step sampai ke situ pula dia. Pandai-pandai je menyampai-nyampai, entah apalah yang ditulis agaknya. Dikuakkan lagi rambutnya ke belakang, tanda dia dalam keadaan tidak senang. Lantas teringat pula kata-kata Man.

‘...kalau Wilda tengok aksi kau kuak rambut tu, mahu menangis dia’

Kata-kata itu masih berlegar di kepala. Ok, aku tak bermaksud apa-apa melakukannya. Memang tindakan aku begini bila resah. Terhambur tawa kecil tanpa disedari.

“La.. kenapa ketawa pulak?”
“Eh, tak” tersedar dia dari lamunan. Wajah Man langsung hilang. “Sara tu kau jangan layan sangat. Ada-ada saja dia tu nak kenakan aku”
“Tapi, betul kau tak makan lagi kan?”
“Yang tu betul”
“Ok, ok”

Dan kerancakan berbual terus menganti suasana sunyi. Ada sahaja topik yang ditimbulkan untuk mennyembunyikan rahsia hati masing-masing. Cuma, ada juga masa dan ketikanya masing-masing terdiam, mendengar irama indah yang mula berlagu di hati masing-masing, mendengar hebatnya jantung menjalankan kerjanya. Tapi tidak lama, cepat-cepat masing-masing mula bersuara mengekalkan suasana ceria yang sudah mula berbunga.
Hati... Indahnya saat-saat bersama dia...



Selama hampir satu jam memenuhi tuntutan selera di restoran makanan segara, mereka masuk pula dari satu kedai ke satu kedai. Membelek-belek pakaian dan aksesori yang ada lalu keluar semula setelah tiada apa yang menarik perhatian untuk dijadikan milik sendiri. Baik Idzhan mahupun Wilda, masing-masing sememangnya tidak berhajat membeli apa-apa, pertemuan kali ini sudah cukup melengkapkan segala.

Hati masing-masing berbunga ceria. Dari kenangan zaman persekolahan sehingga perkembangan maing-masing di university, segalanya bagaikan tidak habis untuk dicerita, sentiasa ada idea untuk memenuhi pertemuan petang itu.

Sesekali melihat pasangan kekasih lain yang lalu-lalang melintasi mereka, hati masing-masing menampung debaran yang luar biasa. Masing-masing menyembunyikan rasa itu dengan hilai tawa yang dibaut-buat. Sayangnya, kami masih lagi berkawan. Idzhan ketawa lagi mendengar celoteh Wilda.

Penat berjalan, mereka berhenti di centre court. Berdiri dan memandang ke bawah melihatkan pelbagai ragam dan pergerakan pengunjung pusat membeli-belah itu. Masa yang ada terus diisi dengan pelbagai cerita impian masa hadapan masing-masing. Cuma, impian itu sengaja dikisahkan secara berasingan, seolah-olah mahukan kehidupan yang berbeza sedangkan Tuhan sahaja yang tahu betapa mereka berharap ada kesempatan untuk... erm... bersama mungkin.

“Kau suka bunga apa Wid? Soalan itu tepacul dari mulutnya tiba-tiba apabila ternampak seorang gadis tionghua membawa sejambak bunga.
“Ni... “ Wilda menunjuk pada aksesori di selendangnya. Tersenyum dia dengan soalan yang tidak disangka itu.
“Wow.. daisy... Kenapa?”

Wilda menjungkit bahu. “Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa daisy istimewa. Warnya, rupanya, macam ada maksud medalam yang aku sendiri tak tahu apa. Kalau aku nampak daisy, hati aku rasa senang sangat. Warna putihnya tak menyakitkan mata masa roses. Simple, tapi istimewa...”
“Kau rasa mana lagi cantik? Wilda bertanya lagi. Mehu mendengar pendapat Idzhan sendiri.
“Mana aku tahu, aku lelaki.” Memanglah kalau tanya pasal bunga aku tak tahu nak describe macam mana. Bunga... is bunga lah kan?
“Ala... Dari kaca mata seorang lelaki.. apa yang kau nampak?” Wilda tidak berpuas hati walaupun dia tahu itu bukan topik kesukaan lelaki. Tanya pendapat saja...
“Sama. Dua-dua pun bunga. Ada their own beauty petals. Ada colors. And both can really live a day or mood or... apa-apalah.
“Great. Maknanya, tak pelik aku suka daisy kan. Still ada nilai di mata kau. Idzhan mengangguk. Dia sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Wilda.

Tapi... Errr... topic of the day.. flowers? Gulp, sah kena gelak ngan Hazman.

“Dan sebab itu kau kenakan aksesori daisy ni?” disentuhnya aksesori yang disematkan di selendang Wilda itu. Dia tak faham dan dia tak tahu tentang trend sebegitu. Sara pun tak pernah pakai selendang. Tapi apa yang dia nampak, aksesori daisy itu sempurna di selendang gadis itu. Berdebar laju jantungnya saat dia menyentuh daisy yang disematkan di kepala di sebelah kanan selendang Wilda. Sama kencanganya dengan debaran Wilda, tanpa diketahuinya. Dia Cuma nampak reaksi Wilda yang terkejut.

“Han, erm... aku ke washroom sekejap” getaran suaranya sudah kedengaran lain. Idzhan menyedarinya. Angguk. Diperhatikan langkah Wilda yang tidak lama kemudian, hilang dari pandangan.
“Hey!” satu suara menyapa dari belakang. Serentak dengan itu, bahunya ditepuk.

Idzhan segera berpaling. Laaa... sepupu aku ni... boleh terserempak pula kat sini. Tak cukup jauh ke Seremban dari Bangi ni. Puaslah nak bawak Wilda jauh-jauh, nak elakkan dari terserempak dengan sesiapa. Memang dah tertulis terjumpa kat sini agaknya.
“Girl mana tu?” lelaki itu bertanya. Jelas lelaki itu nampak kelibat mereka berdua walaupun Wilda sudah beredar.
“My former school-mate. Kau buat apa kat sini”
“I just picked this up. Beli ni kat e-bay. COD kat Seremban 2.” Lelaki itu menunjukkan lensa kamera terpakai yang kemas disimpan dalam kotak yang baru dibelinya dari seseorang.
“Kau kat mana sekarang?”
“UKM. Kau UiTM kan?” angguk. UKM rupanya...
“I see.. What course you are in?”
“Hum... bunga kau tu... lawa” lain pula jawabnya.
“Kawan. Dah lama tak jumpa. Reunion...” Idzhan sengih. Langsung dia lupa pada soalannya yang tidak berjawab tadi.
Kawan... lelaki itu senyum sinis. “Bunga lawa macam tu... belilah. Apa lagi...”

Idzhan sengih tidak ikhlas. Bahasa apa yang cousin aku pakai ni, tak pernah dengar pun. Rasa tidak senang pula mendengar kata-kata lelaki itu.
“Kalau tak nak, bagi aku. Aku nak beli” Idzhan mengerut dahi. Pelik dengan keberanian sepupunya itu. Selalu tak pula begini tapi hari ini...
“Mahal.. Kau takkan mampu...” Rasa ingin cepat pergi dari situ, membawa Wilda pergi. Tidak tahu apa yang bermain di kepala lelaki itu sampai begini sekali cakapnya.
“You’d better buy now. Sebelum dibeli orang lain.” Lagi sekali...
“I will. Jangan risau.”
Lelaki itu menjungkit bahu. Ok. See ya. Kirim salam ummi” pesannya, sempat menepuk bahu Idzhan sebelum beredar. Aku bagi kau masa sepanjang hari ini... Kalau kau lambat... Lelaki itu berpaling mengangkat tangan pada Idzhan.

Ketika sampai di Bandar Seri Putera, langit sudah mula merah. Malam masih belum tiba. Idzhan memberhentikan keretanya di hadapan rumah Wilda. Rumah itu sudah terang didalamnya. Diperhatikan, mama Wilda sudah sedia menunggu di pintu, mungkin menyedari kepulangan anak gadisnya.

“Thanks ya...” ucap Wilda sebelum keluar kereta. Kecil hatinya apabila melihat Idzhan yang lambat-lambat mengangkat muka. Sibuk pula menaip mesej, entah untuk siapa.
“Ok. Ada masa jumpa lagi okey. Kirim salam papa kau. Kalau balik tu, jangan teraga-agak bagi tahu aku okey” dia tersenyum. Mahu senyuman itu menjadi pengakhiran yang manis untuk pertemuan kali ini.
Sebaik sahaja Wilda keluar dari perut kereta, Idzhan menarik brek tangan, turut keluar sama dari kereta.
“Auntie, Han balik dulu. Thanks ya auntie.” Idzhan mengangkat tangan.
“Tak singgah dulu Han?” wanita itu mempelawa.
“Tak apa, dah lewat. Jumpa lagi auntie” senyuman dilemparkan entah kali keberapa. Segera dia meloloskan diri ke perut kereta. Sebentar lagi maghrib, dia mahu cepat sampai ke rumah sebelum azan.

Hon dibunyikan lalu berlalu pergi. Wilda sempat melambaikan tangan dan lambaiannya disambut Idzhan. Ada senyuman bersisa di wajahnya. Sebaik sahaja kereta Idzhan hilang dari pandangan, telefon bimbit di dalam poket jeansnya bergetar. Isyarat mesej.
Dibuka.

‘Wid. Thanks untuk hari yang ceria. Aku gembira dengan penampilan baru kau. Aku senang sekali. Cuma... aku lebih senang kalau selendang itu kau pinkan di bahu, melindungi apa yang seharusnya. Mungkin ia belum cukup sempurna tapi sekurang-kurangnya-kurangnya lebih semnpurna... kan? Maafkan aku...(*0<)V

Idzhan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.