0

BAHAGIAN 5

Posted by Daisy Biru on 3:08 AM in
BAB 7

Hazman melemparkan beg galasnya ke katil. Rasa penat dan mengantuk begitu kuat menggodanya untuk terus berbaring. Dikerlingnya jam di dinding. Sepuluh minit menghampiri jam enam. Jadual kelas yang padat untk semester ini sedikit sebanyak menarik waktu rehatnya. Pelajar-pelajar malang seperti dia yang terpaksa mengulang subjek memang harus berusaha lebih dripada orang lain... Malang yang dicari sendiri...

Kipas yang berputar laju seakan tidak terasa. Lantas kemejanya ditanggalkan. Teringat yang diri belum solat Asar, dia mengeluh. Punyalah kuat godaan syaitan yang direjam sehinggakan lama dia berfikir sebelum berkira-kira untuk tidur sebentar. Sepuluh minit berlalau, apabila lenanya tidak juga datang, pejaman mata dibuka semula. Dicarinya kelibat Idzhan. Helmetnya di atas meja. Maknaya dia sudah balik ke biliik. Barangkali mandi. Dipejamkan matanya saat kedinginan sudah mula menjalar pada seluruh permukaan kulit.


Saat itu, bunyi telefon bimbit tiba-tiba mengetuk gegendang telinga. Cuba diamati bunyi yang perlahan itu. Sah, milik Idzhan. Lantas dia bangun. Sedikitpun tidak rasa terganggu dengan deringan yang baru sahaja menggagalkan lelap matanya. Atas meja, tak ada. Dia beralih ke katil Idzhan. Diangkatnya lether jacket di atas katil.

“Hello...”

* * *

“Han... Mak kau telefon tadi” rendah suaranya. Idzhan dipandangya. “Bapak kau accident. ” Pendek. Tapi cukup menyentap nyawa.
“Teruk ke? Lagi, dia cakap apa?” rasa cemas sudah mula mendominasi.
“Tak bagitahu pulak. Itu je yang dia sempat sampaikan” Mata ditala ke siling. Merasai kegusaran hati Idzhan. “Janganlah risau. Tenang je mak kau tadi. Kalau teruk, suara dia tak macam tu...”Bukan sekadar untuk memujuk. Memang benar itu yang dirasanya.

Rambut dikuak ke belakang. Terduduk dia di katil. Dalam keadaan masih bertuala dia termenung seketika. “Kau nak balik rumah hari ni jugak ke?” Angguk. “Sekarang?” Angguk. “Hum, baliklah... Nanti aku bagitahu Zali kau tak dapat join meeting secretariat malam ni...”
Meeting secretariat... Argh... Pedulilah, aku bukan berjawatan besar. Family matters lebih penting. Hatinya semakin diragut bimbang. Rasa ingin terus terbang ke Bangi.

Tanpa berlengah, terus dicapainya beg galas dan dimasukkan beberapa helai baju, pengecas telefon bimbit, wallet dan beberapa barang penting yang biasanya dibawa balik.
Terus membuka lokernya dan mengambil sehelang kain pelikat dan disarung menerusi kepala.

“Eh, kata nak gerak sekarang?” riak hairan jelas ditunjukkan.
Idzhan memaling wajah dari loker ke katil sebelah. Riak tawar tidak berperasa.
“Solat dulu. Banyak syaitan dalam perjalanan nanti. Kalau tak nak sesatlah.” Pendek juga. Dan merentap nyawa juga.
Seketika Idzhan membentangkn tikar sejadah dan mengangkat takbir, Man segera bangkit.
Niat untuk melelapkan mata baru sahaja termakam terus.

____________________________________________

Sebelum bergerak balik, dia sudah sia-siap menghubungi ummi untuk mengkhabarkan kepulangannya. Sempat juga dia bertanya kondisi papanya.
Tak teruk sangat. Just a small fracture di bahagian lengan.
Waktu itu rasa nak terus bersujud di dada jalan masuk ke kolej kediaman. Biar pelajar lain tengok, tak mengapa. Biar dia dikata gila, peduli apa. Janji dia tahu papanya masih sihat dan selamat, andai itu definisi sihat yang terbaik untuk dia sekeluarga. Bersyukur sangat apabila diberitahu yang papanya tiada apa-apa. Kalau tak, tak tahu bagaimana untuk berdepan dengan kenyataan andainya sesuatu yang lebih buruk berlaku.


Ketika sampai di Bandar Seri Putera, waktu Maghrib baru sahaja berlalu. Malam sedikit likat tanpa cahaya bulan. Hanya lampu-lampu jalan yang menjadi seri untuk pemandu-pemandu da penunggang motosikal sepertinya. Disusuri jalan-jalan di taman perumahan bandar Seri Putera Sebaik dengan penuh hati-hati. Tiada lagi sentapan yang mencabut nyawa. Tiada lagi paluan kompang yang menggila yang mahu memisahkan jantung dari badan

Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah, pintu pagar sudah sedia terbuka. Memang ummi sudah bersedia menunggu kepulangannya di muka pintu. Diparkirnya motosikal bersebelahan Honda City kepunyaan papa. Ditanggalkan helmet dan terus mendapatkan umminya yang sedia menunggu.

“Assalamualaikum...” terus dia mendapatkan tangan umminya dan dicium. Rindu.

Salam dari anak teruna disambutnya dalam hati. Senyum manis seorang ibu dilemparkan. Idzhan melangkah masuk menuju ke ruang tamu. Sebaik sahaja si anak teruna melangkah masuk, terus pintu pagar ditutup dengan kawalan automatic.

“Hows papa mi?” Tidak sempat duduk dia terus menerjah umminya dengan soalan begitu biarpun sebelum bergerak balik tadi dia sudah diberitahu. Tiada apa yang serius. Begitu kata ummi tadi. Namun, bisalah naluri. Selagi belum melihat dengan mata sendiri, siapa yang mampu menghalang resah yang menumpang.

“A small fracture kat tangan tu lah. And luka-luka luar kat kaki, tangan dan kepala. Doktor dah scan, no internal injury. Darah beku kat kepala pun tak ada.”

Alhamdulillah... Hatinya mengucap dari dalam. Terus disandarkan kepala ke sofa. Lenguh pinggangganya menunggang motosikal tadi walaupun perjalanan dari Shah Alam ke Bangi tidaklah sejauh mana. Itupun kalau ummi tahu macam mana dia bawa motor tadi, mahu ditariknya satu-satunya subsidi yang ummi bagi... Ish.. Setakat dah masuk Bandar Seri Putera baru nak berhati-hati...

“Esok tengah hari kita pergi tengok papa kat hospital. Doktor cakap in several days papa dah boleh discharge, lepas kena simen sikit. Ni, Han makan dulu meh. Ke, nak mandi dulu. Solat Maghrib tak tadi ni?”
Sengih. Musafir ummi. Heheh.

“Ya Tuhan... Kenapa tak bertolak lepas Maghrib tadi?” Tu dia, ummi sedang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Mengingatkan itu salah satu tugasnya.
“Kalut nak cepat sampai mi...”
“Dah tu, berapa laju pulak bawak motor tu?” Seperti dapat menangkap apa yang tersirat di sebalik hati si anak...
Idzhan sengih lagi. Respon yang terbaik untuk ummi. Mengaku tidak, menafikan juga tidak.
“Astaghfirullahalazim...” Menggeleng wanita separuh umur itu dibuatnya. Sudahlah si suami baru sahaja ditimpa musibah, si anak pula menempah musibah lain. Nasib baik selamat sampai. Dalam hati dia memanjatkan syukur.
“Mi, rumah kita kat PD tu dah siap ke?” Idzhan terus menukar topik. Tiba-tiba dia teringat akan rumah famili yang masih dalam pembinaan. Setiap kali balik ke rumah, dia akan bertanya soalan yang sama. Jika da kesempatan, mereke sekeluarga akan ke sana, memantau perjalanan pembinaan. Siap sahaja dibina, rumah di Bandar Seri Putera ini akan dijual atau disewa. Papanya masih lagi belum memutuskan.

“Tinggal floor je dengan cat je...”
“Hei orang muda!!!!!!!!!!!!!!!!!” Satu suara menjerit dari tangga seterusnya mematikan perbualan dua beranak itu. “My dearest brother ever.....” si adik yang keriangan menyambut kepulangannya menghilangkan sedikit kekusutan. Dengan panggilan yang cukup-cukup mesra buat si abang.
Abang memang perasan muda. Erm, tak.. abang memang muda forever. Sara, si adik mengumam perlahan.

“Esok, lepas lawat papa kita pergi jalan-jalan nak???” terus dia mengambil tempat di sebelah si abang. Remote control dicapai dan dihalakan ke televisyen.
“Heh! Kan papa sakit. Nak bersuka-suka pulak dia” umminya melangkah keluar dari dapur sambil menatang segelas minuman buat anak terunanya. Segelas jus diletakkan di atas meja berhampiran sofa. Melihatkan warna jus yang benar-benar mengingatkan dia kepada dahaganya sejak tadi, lantas gelas tersebut dicapai. Diteguknnya sehingga separuh gelas lalu diletakkan kembali di atas meja di hadapannya.

“Entahnya. Tak boleh bersara siket ke dari niat nak berfoya-foya tu? Time papa sihat bukan main ligatnya ke hulu kehilir, time papa sakit pun tak reti nak puasa dari hal-hal duniawi ni” dibalingnya bantal kecil ke arah Sara... hinggap di mukanya. Sara buat tak peduli. Tawanya terhambur. Puasa... yeah...abang is so funny... Orang nak tolong dia ni...

Dicapainya minuman di atas meja yang dibuat untuk Idzhan lalu diteguknya. Idzhan mahu menghalang tapi tidak sempat. Tindakan si adik dibalas dengan jelingan tidak puas hati. Adik aku ni... bilalah nak belajar bersopan. Siapa yang nak macam ni. Nakalnya lain macam.
“Adik...” ummi menggeleng dengan keletahnya.
“Adik kesian jugak kat papa. Bukan nak foya-foyalah mi...” dijeling sekilas pada Idzhan. “Niat Sara baik nak derma... nak jadi sukarelawan... yelah... hal-hal nak bina masjid ni kan... kenalah gotong-royong...” Selamba dia mengusik Idzhan tanpa sedikitpun cubaan berselindung dengan umminya.
“Masjid apa pulak ni...” Mata ummi dihalakan pada slot berita di televisyen. Malas dia mahu mencampuri urusan si anak.
“Siput. Adik cakap apa ni?” Idzhan tidak mampu menangkap. Sejak bilalah pulak adik aku ni pandai berkias-kias. Depan ummi pulak tu. Kantoi apa-apa...siaplah.
“Tu... anak Uncle Ghazi kat UKM tu yang rumah sebelah sana tu...” mulutnya dimuncungkan ke satu arah... “...ada balik nampaknya tadi... But. The bad news is.. ada lelaki hantar...” halilintar... halilintar...
“Uncle Ghazi mana pulak???” Tidak pernah pula dia mendengar jiran dengan nama itu setelah beberapa tahun bermastautin di kawasan ini. Ghazi... Ghazi mana? Ummi malas berfikir. Tanpa membiarkan soalannya dijawab, terus sahaja dia bangkit untuk ke dapur menyiapkan makan malam.

“Oh, ala... ummi tak kenal. Rumah dia jauh sikit. Lorong sebelah kedai runcit sana. Adik kenal pun sebab anak dia satu sekolah dengan adik.” Terjerit Sara diautnya semata-mata ingin suaranya didengari ummi yang berada di dapur.

Idzhan sudah mengerut dahi dengan nada tinggi Sara. Memang bateri baru betul adik aku ni. Cakap perlahan sikit tak boleh ke. Ni, purposely nak ummi tahu ke apa ni.
“Ala abang. Tak apa kalau ummi tahu pun. Ummi dah realise yang kita ni dah besar, dah kena get ready cari-cari dari sekarang. Esok, lusa tinggal kahwin je” Dah sebiji gaya cakap macam Hazman. Tapi, Hazman lelaki, yang adik aku ni anak dara. Perangai siapalah yang dia ikut ni... Haih.
“Adik cakap apa ni?” Tegang wajahnya. “Abang balik ni nak tengok papa tau. Bukan nak main-main.” Lelaki? Rasa sudah tercekik sudu. Namun dalam diam, dia tetap mengharapkan penjelasan Sara... dengan gaya egonya, tak nak main terjah je.
“Hum... Tau... abang janganlah risau. Papa ok. Doctor pun dah declare yang papa tak apa-apa. And I’m glad to hear that, bukannya tak sayang papa.” Dia cuba memadam syak wasangaka si abang. Ingat aku anak derhaka ke.
“Kita curi masa sikitlah, ajak kak Wid keluar ke apa... Tadi, adik nampak ada lelaki hantar kak Wid balik. Abang tak risau ke orang lain curi kak Wid?”
“Biarlah dia.” Mana boleh... Ish. “Hak dia tu. Lagipun abang mana ada apa-apa dengan dia.” Aku nak mulakan langkah sekarang ke? Sempat lagi ke?
“Tak apa bang. Adik rasa belum lagi tu.” Sungguhpun abangnya seakan menafikan tapi Sara tahu apa yang tersirat di sebalik hati si abang. Ribut dalam hatinya jelas nampak pada wajahnya walaupun dia cuba berlagak cool. Hati kering... Pirrah abang. Ingat Sara tak dapat baca ke...
“Bukan ummi je. Rasanya papa pun kena tahu ni” tak habis lagi dia mengusik Idzhan. Masih cuba dipancingnya perasaan sebenar Idzhan. Selagi Idzhan tidak mengakui ataupun menunjukkan reaksi yang dia mahukan, selagi itu dia tidak akan berhenti. Nasiblah... Kalau tak ditolak abang ni, tak berbinilah dia agaknya. Romeonya kadang-kadang lain macam, tapi nak declare punyalah susah. Nak mengaku punyalah payah. Macamlah dia tak pernah nampak Idzhan yang selalu sangat temankan Wilda petang-petang. Nasib baiklah dia sekolah sesi petang, dan Idzhan sesi pagi, kalau tak memang dah lama dikacaunya merpati dua sejoli itu.

Itu belum masuk babak si teruna yang memandu kereta untuk keluar ke jalan besar, mesti sengaja nak ikut jalan jauh lalu di hadapan rumah si dara. Padahal, jalan besar bukan main dekat lagi, tak perlu nak pusing-pusing belok sana belok sini. Bawak kereta pulak bukan main lajunya, tapi yang pelik bila masuk lorong dekat rumah Uncle Ghazi tu... dan lalu pulak depan rumah orang tua tu... elok je slownya. Macam nak berhenti terus pun ada...
“Apa pulak???” Apa lagilah adik aku ni.
“Esok nak keluar, kena bawa kereta papa. Nak bawak anak dara orang lagi, takkan tak minta izin papa kot” Habis menuturkan kata-kata itu, dia bingkas bangun menuju ke meja makan. Ummi sudah sedia duduk di meja makan, menyendukkan nasi buat anak-anak.

Idzhan masih di sofa, cuba memikirkan cadangan Sara. Patut atau tidak die mengajak Wilda keluar, masih lagi menjadi timbangannya. Dah lama sangat tak jumpa sejak SPM. Lalu depan rumah pun, kadang-kadang je nampak. Itupun selalunya Wilda tak perasan akan dia. Nama je rumah dekat, tapi part jumpa, terserempak tu, macam sorang kat Artik, sorang kat Antartika.
Ok! Dia nekad. Kejap lagi buzz dia!

“Cepatlah sini, makan.” Suara bateri baru itu masih tidak mampu senyap. Talkative habis. Segera dia bangun menuju ke meja makan. Ummi sudah siap menyendukkan dia nasi, lebih banyak dari apa yang ada dipinggan wanita itu sendiri. Lantas dia duduk berhadapan dengan Sara sementara ummi di kepala meja.
“Abang, lepas ni kita main game nak??? Adik pun ada banyak lagi benda nak cerita ni...” sesuap nasi disumbat terus ke dalam mulut.
“Bismillah ke tak tu?” ummi menegur. Risau benar melihat kelakuan Sara yang lepas laku.
“Dah mi, dalam hati.” Dari ummi, pandangan dihalakan pula kepada Idzhan, mengharapkan jawapan dari si abang.
“Abang penatlah. Esok je main game. Nak cerita-cerita, adik record je lah. Esok bangun pagi, abang dengar.”

_____________________________________________





BAB 8


Idzhan mengalihkan tubuhnya ke kiri dan hanya memandang beg laptop yang masih belum dikeluarkan isinya. Dia berkira-kira sendiri, apa perlu dia mengajak Wilda keluar esok sedangkan papanya masih terlantar di hospital. Teringat kata-kata Sara, riak wajah Sara yang langsung tidak risau akan kesihatan papanya. Dan melihatkan riak Sara juga Idzhan jadi yakin... insyaalah tidak ada apa-apa yang membimbangkan berlaku pada papa. Kalau menurutnya selepas melihat keadaan papanya yang membimbangkan atau sebaliknya esok, dia akan batalkan sahaja niatnya untuk bertemu Wilda. Tidak dapat tidak, orang tuanya harus diutamakan dan pastinya kesempatan yang ada untuk bersama Wilda terpaksa dikorbankan. Dia percaya kuasa Tuhan.

Setengah jam merenung skrin laptop tanpa berbuat apa-apa, dirasakan terlalu jengkel. Menunggu seseorang muncul secara maya dengan isyarat online. Dirasakan setengah jam itu dirasaka terlalu lama. Betullah kata bekas rakan sekelasnya dahulu, penantian satu penyeksaan. Betul. Tapi sebagai umat Islam, kena tuka sedikit quote itu: Penantian satu kesabaran.
Pada hari-hari biasa di kolej, ketika sedang melayari internet mencari bahan ataupun melayari laman web sosial, tiba-tiba sahaja isyarat itu muncul secara tiba-tiba: Wilda is now online. Kala ketika tidak menunggu, segalanya mudah tapi bila dah mula menunggu dan berharap, terasa seprti menunggu buah yang tak gugur. Seksa sekali. Setiap saat yang berlalu dirasakan seperti sama tempohnya dengan putaran bumi.

Itu dia. Seorang lelaki bernama Idzhan bila sudah tenggelam dalam perasaan, ayat-ayat bahasa tinggi macam tu selalu tergelincir sendiri. Tanpa payah berfikir bagaimana untuk memfrasakan sesuatu yang puitis. Perbendaharaan kata tak payah fikir, struktur ayat memang automatic dah teguh. Pasti terkejut cikgu Bahasa Malaysianya dulu kalau dia tahu kemampuan Idzhan berkarangan bila dipengaruhi perasaan yang berbunga-bunga tu. Kalaulah semua format karangan SPM dulu bertemakan cinta muda-mudi, sumpah, aku tak payah pergi sekolah dah. Bahana cinta mungkin. Cintalah sangat.

Dia tidak menyalahkan Wilda andai kata Wilda menganggap dia buat sombong, tidak sudi atau apa. Cuma dia sebenarnya keliru. Keliru dengan peranan watak tambahan Iffan dalam ceritanya, juga keliru bagaimana untuk menganggap Wilda sebagai kawan walau hakikatnya sudah lama dia jatuh sayang pada Wilda. Semenjak mereka sama-sama sekelas ketika di tingkatan lima, waktu Fizik, kelas cikgu Syamsiah..

“Nasib baik ada penyelamat....”

Bagaikan ada kesaktian pada kalimat itu. Entah apa dan bagaimana, dia sendiri tidak dapat mentafsirkannya. Cuma melihat reaksi wajah Wilda yang bagaikan terlepas daripada hujung senapang tentera Jepun, memandang ke arahnya dengan penuh rasa lega dan bersyukur. Dan seolah-olah dia sedang membaca bahasa hati dari riak wajah Wilda.

Mungkin dia yang terlebih tafsir. Mungkin dia yang terlebih faham bahasa hati dan jiwa. Mungkin dia yang terlebih baca apa yang tidak ada tapi riak wajah Wilda waktu itu... serupa sangat seperti seorang isteri yang bersyukur melihat si suami yang baru pulang dari sempadan, dari medan perang.

Apalah yang aku melalut ni. Sejak bila pulak aku dah pandai buat karangan ni. Karangan merah jambu pulak tu...
Anak rambut yang jatuh di dahi dikuak ke belakang.
“Tak salah lagilah, kalau Wilda tengok aksi kau kuak rambut tu, mahu menangis dia “
Suara Man pula muncul di benak. Ketika dia melakukan aksi yang sama pada saat-saat dia rasa serabut dengan masalah pelajaran dalam kelas.

“Kenapa?” sunguh dia tidak dapat menangkap maksud frasa yang Man ungkapkan. Kuak rambut pun ada maksud ke?
“Maksud aku, adalah nampak sikit-sikit kacak kau tu. Macam tengah buat video klip zaman 1990-an pulak” Man tergelak.
Idzhan pada masa itu sudah berubah muka. Ni nak puji ke nak kutuk aku ni.
“Hantu kau!!!"

Dari A sampai Z Man tahu kisah dia dan Wilda. Dari awal hingga hu....jung Man tahu jalan cerita. Err.... belum ada penghujung.
Tiba-tiba rasanya mahu melonjak apabila melihat nama Wilda yang tersenarai di antara kawan-kawannya yang sedang online. Asyiknya dia melayan perasaan sehingga tidak sedar bila masanya Wilda online.
Bismillah...

Wilda cuba menahan mata daripada berkelip. Lama. Ini mimpi ke apa ni? Atau aku sebenarnya sedang berfantasi. Atau aku tak berapa waras, mungkin nama orang lain yang aku lihat sebagai nama dia.
~Err, Hi...
Wilda garu kepala. Rasa nak menggeleng kepala pun ada. Ni belajar komunikasi ke tak. Apasal cacat sangat gaya nak approach ni. Sengih.
~Han. Mimpi ke apa.
~How’s UKM
Satu soalan pembukaan yang dirasakan tidak berapa kena.
~Mana tahu aku UKM?
~Lerr... kan ke Sara is one of your friend?
~Dah tau tu, kenapa tak add me? Sombong apa?
~Mana online sangat. Facebook is not really my thing. It’s just that Sara yang cerita pasal kau.
I know I’m lying. And God knows I’m lying.
~Oh... Anggap saja aku percaya. Kat rumah? Sara ada rumah?
~Ada. Penat nak layan dia yang nak berkepit dengan aku sepanjang masa kat rumah.
Awak yang ada kat rumah ke Sara. Ish, soalan tak berjawab lagi ni. Terasa janggal tiba-tiba selepas beberapa tempoh yang lama tak jumpa.
~Awak?
Err... silap.
~Kau? Kat rumah ke sekarang?
Idzhan sengih. Lagi fail si Wilda ni. Sejak bila pulak berawak-awak ni...
~Yup.
Straight to the point je Han..
~Esok free? Whats your plan?
~Not yet thinking about that. Tak pernah plan apa-apa. Kau?
~Aku nak ke hospital, visit papa... lepas tu nak keluar...
~Oh, aku ada terbaca status Sara. So, papa kau ok? Keluar... dengan Sara lah tu...
~Ummi aku kata tak teruk sangat. Esok, tengok, baru boleh conclude. Hee... Kalau aku kata nak keluar dengan engkau macam mana?
Gila... sekali lagi ayat yang buat dia lupa macam mana nak kelip mata. Wilda lantas terdiam. Tak tahu respon terbaik untuk dipersempah pada... err... Sang Arjuna??? Ok... alarm di kepala sudah dapat didengar bunyinya... mahu... mahu... tapi... Err, macam mana nak taip perkataan mahu itu dalam bahasa yang dapat menutup kehendak sebenar? Agar tak nampak gedik sangat. ‘Nak!’ atau ‘okey je’ atau ‘boleh juga’ atau...
~Pukul berapa? Kena tanya mama dulu...
Itu jawapan yang dirsakan terbaik. Tak nampak excited sangat kan.
Di hujung sana, satu senyuman panjang dah mula tersungging. Lama... Sepuluh saat masih tak hilang...
~Lepas visit papa, aku mesej kau. Dalam pukul tiga mungkin. Kalau mama kau tak bagi?

Takkanlah. Dah 21, masih kena minta izin parents ke untuk keluar. And, ada ke parents yang would say no kalau anak dia nak keluar dengan kawan... Kawanlah sangat kan...
Wilda tergelak kecil. Jujur sangat Han ni. Sejak bila Han bertukar karakter jadi manusia naïf ni?

~Kita jumpa esok?
~So, I consider it as Yes?
~And Yes, Its yes...
~I’ll fetch you then. Apa-apa hal aku mesej. Err... number?
~Mintak kat Saralah.
~Ok. Get to go. Lenguh pingganglah.
~Err... wait. Nak tanya.
~Yes please?
~Naik motor ke?

Saat ini tak tahu apa yang patut dirasakan, seronok, bahagia atau... keliru. Antara Idzhan yang mula kembali seolah-oleh membawa satu cerita lama yang akan hidup semula atau Add yang berada di hadapan mata yang mula menunjukkan tanda-tanda suka. Biarpun kedua-duanya tidak berkata apa-apa, meminta apa-apa tetapi seharusnya dia jelas dengan perasaan sendiri. Siapa yang benar-benar yang sedang membuahkan bahagia pada tangkai hati seorang Wilda.
Baru sahaja menamatkan perbualan ringkas dengan Idzhan sebentar tadi, matanya yang kantuk dirasakan segar semula. Sesegar kenangan bersama Idzhan yang bergantungan di layar minda. Semuanya terlalu jelas untuk diimbas semula. Dan semuanya membuatkan senyuman teranyam sendiri tanpa dikerah.

“Nak kena perhambat ke dengan mama kau kalau naik motor. Lagilah kalau naik motor dengan aku. Mahu tinggal belakang kalau tak peluk aku”

Berani betullah si Idzhan ni buat ayat macam tu. Kalau tak nak bawak motor tu, cakap je lah. Tak perlu deny dengan ayat-ayat yang boleh kasi merah pipi ni. Pipi aku ni pun satu hal la, sensitive sangat. Entah ada reseptor tambahan agaknya. Dapat ayat nakal sedikit, mulalah memerah tak tentu fasal. Dan dan je kantoi depan Idzhan macam dulu...

Esok keluar dengan Han. Dia tersenyum sendiri. Senyum yang kian melebar sampaikan dia tidak sedar tubunhnya sudah bankit dari katil menuju wardrobe...
Nak pakai baju apa...

Satu persatu helaian pakaian yang bergantungan dibeleknya. Mencari rasional setiap gaya yang harus ditunjukkan. Warna dan bentuk potongan baju menjadi keutamaannya. Lama dia memilih. Blouse kuning cair, selendangnya tidak kena. Baby –t dengan cardigan biru... ah, takut panas pula. Hum... Selendangnya tidak banyak pilihan kerana sebahagian daripada koleksinya sudah dibawa ke UKM.

Lama berfikir dia menepuk dahi. Menyedari keobsesan yang tidak diduga. Indah sungguh perasaan didalam, tak sedar hati dah mula mengawal tindak-tanduknya.
Dia kembali berbaring di katil, cuba mengawal diri daripada terlalu teruja dengan pertemua pertama selepas hampir tiga tahun. Dia cuba menutup mata. Bayangan Add yang singgah tadi Cuma sekejap. Betapa kuat imej Han pada layar mindanya. Seketika kemudian, kelopak matanya kembali terbuka, memandang tajam pada wardrobenya. Tanpa disedari, dia tersengih sendiri.
Dan dalam mimpinya, wajah itu tersenym padanya...


BAB 9

Kawasan parkir disekitar Hospital Tuanku Jaafar sudah dipenuhi kereta tengah hari itu. Melilau matanya ke kiri dank e kanan mencari mana-mana lot parkir yang kosong. Sesekali terdengar dia mengeluh kecil. Ummi dan Sara tidak terkecuali menebarkan pandangan membantu Idzhan mencari tempat parkir. Meskipun belum tiba waktu melawat, ramai pelawat yang sudah menunggu di perkarangan hospital. Maklum sahaja waktu melawat pada waktu tengah hari tidak sepanjang waktu melawat pada waktu petang. Jadi, sampai awal adalah tindakan terbaik untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga sanak saudara yang menjadi penghuni sementara hospital.

Setelah puas mencari, Idzhan memarkirkan keretanya bersebelahan dengan CRV yang lotnya baru sahaja dikosongkan. Dia mengucapkan syukur dalam hati. Dia ingin sampai cepat. Perjalanan dari Bangi ke Seremban bisanya mengambil masa selama satu jam. Oleh sebab itu, mereka bertolak satu jam lebih awal. Namun, dek kerana kelajuannya yang melebihi apa yang sepatutnya, mereka tiba lima belas minit lebih awal.

Dalam masa yang sama, sempat juga mendengar sedas dua tembakan nasihat ummi. Jangan laju sangat, kata ummi. Jangan hendak tengok orang sakit, nanti akhirnya kita pula yang sakit. Masa itu juga dia hanya mengiayakan apa dikatakan oleh Ummi. Tidak membantah kerana nasihat ummi sememangnya betul. Cuma dia, bertindak mengikut darahnya, darah panas orang muda. Pecut 110 kilometer sejam pun, tidak terasa lajunya. Sedap sahajanya kakinya menekan pedal minyak.

Sementara menunggu waktu melawat, mereka hanya duduk di bangku berhampiran dengan kedai kecil yang menjual pelbagai jenis makanan ringan dan bunga. Setelah berkira-kira, Idzhan lantas bnagun menuju ke dalam kedai tersebut lantas mengambil buh-buahan yang sedia dipak di dalam plstik politena. Seketika kemudian, dia kembali mendapatkan ummi dan Sara. Tidak lama menunggu, akhirnya mereka dan pengunjung-pengunjung lain dibenarkan masuk ke wad untuk melawat.
“Assalamualaikum pa.” Tangan papanya disalam dan dicium. Papanya tersenyum menyambut kehadiran isteri dan anak-anakya. Sejuk mata melihat keluarga yang sentiasa ada susah dan senang. Plastik yang diisi dengan buah atangan yang baru dibelinya tadi diletakkan di atas meja di kepala katil.
“Bila sampai Han?” digagahkan badannya untuk bangun seraya menyambut salam si isteri. Idzhan segera membantu papanya bangun. Sara yang turut menyalami papanya terus duduk di kerusi kosong.
“Sara, bagi ummi duduk!” tegah Idzhan. Marah benar dengan sikap Sara yang kurang sensitive. Sara tertawa kecil. Menutup mulut tatkala menyedari kekhilafannya. “Duduk mi” pelawanya.
“Malam tadi pa, lepas Maghrib.” Dibeleknya tangan kiri papanya yang sudah berbalut. Sudah disimen. Diamatinya pula luka-luka kecil yang mencalari tangan kanannya dan sebahagian kecil mukanya. Alhamdulillah... rasa lega itu diucapkan dalam hati.

“ Papa okey Han, Dalam dua hari lagi dah boleh keluar dah” Orang tua itu menyulam senyum. Rasa sakit-sakit dan sengal badannya sudah semakin berkurangan.
“Mi, nanti papa nak keluar, ummi bagitahu Han la. Han boleh balik sekejap ambil papa” tanggungjawabnya sebagai anak masih tegar dipikul. Biarpuan hanya anak kedua, dia tetap merasakan dia harus menggalasnya.
“It’s ok Han. Ummi saja yang ambil pun dah ok. Papa kuat lagi. Tak perlu kerus roda pun. Barang pun tak banyak. Ummi puan kuat lagikan?”seraya isterinya dipandang sambil tersenyum. Berkat didikannya dan isteri tercinta, Idzhan masih lagi menunjukkan ciri-ciri anak yang boleh dibanggakan.
“Boleh. Han tak payahlah balik. Kalau nak balik pun, weekends nanti saja. Ummi tak nak Idzhan ponteng-ponteng kuliah pulak” Saranan suaminya tadi diterima dengan senang hati.
“Sara boleh balik jugak, cuma tak ada transportlah. Susah dari kolej nak ke sini” Sara pula menyampuk, tidak mahu tertinggal dalam perbualan.
“Alah, tu ngada-ngada nak mintak subsidi lah tu” Idzhan menyakat. Tahu benar apa yang tersirat dalam kepala si adik.
Sara menjeling pada Idzhan. Tepat sungguh tembakan abang, bisiknya. Di bibirnya, hanya sengihan nakal yang ditunjukkan. Abang aku ni. Kut ye pun tak payahlah nak jatuhkan air muka aku.
“Ish, tak lah. Mana boleh bawa transport kat kolej. Esok dah masuk university baru boleh bawa transport” Sara mempertahankan diri.
Umminya menngelang. “Nak bawa apa? Motor? Kereta? Sara mana ada lesen motor. Practise bawa motor pun langgar pondok atuk.”
Idzhan dan Sara ketawa serentak. Masih ingat ketika melatih Sara membawa motor YAMAHA atuk. Pada mulanya dia duduk membonceng di belakang Sara, sama-sama mengawal kelajuan. Tak lama selepas itu, Sara dengan yakin meminta kebenaran si abang untuk menunggang seorang. Dah pandai katanya. Pada mulanya Idzhan ragu-ragu. Namun selepas melihat keyakinan si adik, dia membenarkan saja.

Dan, baru sekali press, melompat motorsikal itu melanggar pondok atuknya yang sudah using itu. Senget tiangnya jadinya. Dengan luka-luka kecil sebagai habuan, mulut ummi dan papa turut sama menyerang. Macam peluru berpandu. Mana ada ruang, di situ dilepaskan ke sasaran. Mujur atuk tak ambil kisah sangat. Pondok buruk, katanya. Keselamatan Sara lebih penting. Sejak itu, Sara jadi fobia menunggang motosikal. Beralih pula minatnya pada kereta. Kereta lebih mudah dikawal, katanya. Walaupun kereta manual, baginya ia lebih menyenangkan berbanding motorsikal.
Idzhan masih lagi dengan sisa ketawanya. Sara jadi malu. Tidak menyangka hasrat hatinya untuk meminta ‘subsidi’ dari ummi dan papa menyimpang ke situ.

“Taklah, Sara nak bawa kereta...” dia cuba membetulkan.
“Haish, belajarlah susah sikit. Naik bas kat kampus tu. Nanti dah ada kereta, panjang pula kakinya, merata merayap...” papa pula bersuara. Kalau boleh, memang dia mahu anak-anaknya belajar bersusah-payah.
“Abang tu...” suaranya mengendur.
“Hei, abang beli motor duit abang sendiri tau. Papa Cuma tambah sikit je. Ni adik nak beli kereta, lagi berganda mahalnya dari motor abang.”
“Adik bawak kereta papa je lah” Sara berseloroh.
“Apa yang tinggal untuk papa dan ummi nanti?” ummiya menjenggilkan mata. Karenah anak bongsu ini memeng payah dilayan. Namun kadang-kadang tingkahnya cukup menyenangkan hati. Dia juga mendengar kata. Walau bagaimana banyak pun permintaannya, jika dikata tidak, dia tidak mengungkit.
“Papa beli motor lainla. Bercinta balik ngan ummi naik motor” balasnya lalu menampar kecil bahu si abang. Terhambur lagi tawa satu keluarga itu.

Seketika kemudian, seorang pembantu hospital masuk sambil menolak troli berisi tray-tray makanan. Menyedari sudah tiba waktu makan tengah hari pesakit, Idzhan bangun dan menarik meja tinggi di hujung katil mendekati papanya. Tray berisi makanan yang baru sahaja diletakkan oleh pembantu hospital tadi diletakkan ditengah meja.
“Papa makan sendiri ke ummi suap?” ketawa kecil dirinya apabila soalan itu keluar dari mulutnya sendiri.
“Hish! Tangan kanan papa ni sihat lagi” ditamparnya bahu Idzhan. Terhambur tawa umminya ketika itu. Anak lelakinya yang kedua itu memang nakal bahasanya. Ada-ada sahaja akalnya untuk mengusik. Dia menggeleng dalam senyuman.
“Papa makan sendiri Han. Tapi kalau dah dihidangkana ayam ke, ikan ke atau yang liat-liat tu, ummi tolong siat je la.” wanita separuh umur itu lantas bangun dan mencapai bungkusan buah-buahan yang di bawa.
“It’s ok mi, Sara tolong potong” Sara menawarkan diri lantas bungkusan itu bertukar tangan.

* * *

Jam di pergelangan tangan jelas menunjukkan angka dua. Tidak disangka pula mereka akan pulang awal. Ummi disebelahnya leka memerhati suasana siang di luar tingkap, melihat kereta yang lalu-lalang. Sara di belakang sudah lama lena sejak dari Senawang tadi. Pantang masuk kereta, tidur. Hatinya merungut tatkala dikerlingnya cermin pandang belakang dan menangkap imej Sara yang ketiduran.

“Mi, Han hantar ummi dan Sara balik, lepas tu Han nak keluar sekejap lah,” jujur Idzhan memberitahu. Harapnya, ummi tidak bertanya banyak.
“Hah...” Sara yang terlena segera terbangun apabila mendengar suara Idzhan yang memecah kebisuan mereka. “Abang cakap apa”
Idzhan menjeling. Bangun dah budak ni...
“Ke mana?” Ummi bersuara. Sekadar bertanya, tidak ambil pusing sangat dengan aktiviti Idzhan. Idzhan tak pernah memberinya masalah. Lantas, kepercayaah terhadap Idzhan sememangnya ada.
“Keluar kejap dengan kawan.”
“Anak uncle Ghazi?” Sara mula menyampuk.

Tu saja je nak pancing minat ummi lah tu. Rasa nak saja ditutup mulut si adik. Terus segar gayanya bila hal-hal begini disebut.

“Sibuklah Sara...”

Sara mecebik. Ala.. kalau aku tak suggest, kalau bukan aku yang bagitau dia kak Wid ada kat rumah, tak ke mana pun. Hantinya mendongkol.
“Balik cepat. Jangan dibawa anak dara orang tak tentu arah” biarpun percaya, diselitkan juga nasihat-nasihat sebagai peringatan.

Satu sengihan puas hati tersunging di bibir Idzhan. Sara di belakang buat tak tahu. Memang dia dah agak yang Idzhan takkan melepaskan peluang yang ada. Lagi-lagi lepas diberitahu yang ada lelaki menghantar Wilda pulang semalam.

“Nanti jangan lupa tanya kak Wid pasal guy yang hantar dia balik semalam. Abang kena clarify betul-betul. Senang nak nyahkan watak-watak yang patut”
Tak habis lagi adik aku ni. Baik-baik ummi dah bagi izin, ditambahnya pula yang lain.
“Adik...” ummi bersuara. Kurang senang dengan Sikap Sara yang menjaga hal-hal yang tidak sepatutnya. “Jangan pergi tempat-tempat sunyi. Jangan pergi Tasik Cempaka tu” tambahnya. Seriau benar rasa hatinya apabila mendengar terlalu banyak pasangan yang bermaksiat di sana. Risau juga dengan kebebasan yang diberi, takut memakan diri.
“Tak lah mi... Pergi tempat ramai orang...”

Kereta diberhentikan dihadapan pintu pagar rumahnya. Ummi segera turun dari kereta.

“Ingat pesan ummi...”sempat lagi dia mengingatkan Idzhan. Idzhan tersengih dan mengangguk. Takkanlah aku nak buat yang bukan-bukan. “Sara, kejap!”
“Apa?” Sara mengerutkan dahi. Takkan nak ajak aku kut. Runtulah langit pun dia tahu Idzhan tak mungkin mempelawanya turut serta.
Sebaik sahaja kelibat ummi hilang dari pandanga, Idzhan terus menggamir Sara masuk semula ke kereta. Sara akur. Untuk abang... berkorban jelah. “Yup!” dia tersengih. Adalah bendanya yang abang nak tu.
“Abang tak ada nombor Wilda. Paskan kat abang” malu rasanya mengakui hakikat itu. Berkawan bukan main lama, nombor telefon pun tak ada.

Sara menggeleng. Sambil mengeluh, dikeluarkan telefon bimbit dari handbagnya. “Abang... abang... Kalau Sara tak ada, tak berbinilah abang jawabnya. Semuanya Sara nak kena movekan.”

Ouch! Selamat anak rambutnya ditarik Idzhan. Idzhan dijelingnya dengan riak tidak puas hati. “Nah, ambil ni cepat. Nak masuk dalam ni, nak tidur.”
Idzhan akur. Ditekannya nombor-nombor yang disebutkan. Kenapalah selama ini aku tak pernah nak ambil nombor Wilda, padahal Sara sudah lama menyimpannya. Dia sudah lama tahu Sara baik dengan Wilda. Biarpun jarang saling menghubungi, namun laman sosial web sosial masing-masing, jelas menunjukkan mereka saling bertanya khabar. Batul juga kata si adik, kalau tak ada Sara dia mungkin tidak akan bergerak selangkah begini. Harapnya, langkah ini belum terlambat untuk memulakan apa-apa.

“Thanks, tolong ummi kemas rumah tu, jangan membuta saja” pesannya untuk si adik. Tiada balasan dari Sara, mungkin dia penat agaknya. Hanya lambaian Sara menjadi tanda ‘good luck’ buat si abang.

Aku tunggu depan rumah kau ok.. laju jemarinya menaip mesej.





BAB 10

Sebaik sahaja keretanya tiba dihadapan rumah Wilda, pintu pagar rumah uncle Ghazi sudahpun terbuka. Namun, dia tidak berniat untuk ke dalam, keretanya hanya diparkir ditepi jalan berumput, untuk mengelakkan keretnya menganggu perjalanan kenderaan lain.

Idzhan segera keluar dari kereta sebaik sahaja ternampak kelibat mama Wilda di pintu rumahnya. Gementar rasanya bersua muka dengan wanita yang lebih kurang sebaya dengan ummi. Tak manis pula kalau hanya menunggu di dalam kereta. Nak bawa anak dara orang keluar, mesti tahu adab dan caranya. Hatinya bertingkah.

“Assalamualaikum auntie...”

Wanita itu menjawab salamnya perlahan lalu menghulurkan tangannya. Hendak juga melihat lelaki mana yang hendak membawa anak gadisnya keluar. Risau. Dia memerhatikan raut wajah dan air muka Idzhan. Harap-harap, niatnya selari dengan air mukanya yang ikhlas. Semalam, dia ternampak dari celah tingkap, Wilda dihantar pulang oleh seseorang. Lelaki yang pastinya bukan anak muda di hadapannya sekarang. Hantar anak dara orang, tak pula hendak berjumpa mak bapaknya. Geritu hatinya. Dia tidak senang dengan sikap sebegitu. Kalau dah sampai berhantar berjemput tu, maknanya mereka mempunyai hubungan yang rapat dan dia berhak tahu dengan siapa anaknya berkawan. Semalam, bila ditanya, hanya jawapan biasa yang keluar dari mulut Wilda, kawan. Melihat pula riak wajah Wilda yang seakan tidak mahu mengulas panjang isu itu, langsung dia malas bertanya lanjut. Biar dulu.

“Masuk dulu....”
“Idzhan,” cepat Idzhan menjawab apabila dilihatnya wanita itu seperti mahu menyebut namanya.
“Han, Wilda tu kalau bersiap memang lambat sedikit” lebih baik berkata begitu daripada asyik mencanang kebaikan si anak. Itu prinsipnya. Biar bagaimana malaikat pun anak-anaknya, di hadapan orang lain, dia tak senang menjaja kelebihan anak sendiri.

Terus Idzhan dipersilakan duduk di sofa ruang tamunya yang membelakangkan tangga. Wanita itu turut sama mengambil tempat tidak jauh dari Idzhan. Lalu entah kenapa, dia seakan tidak boleh terus duduk diam, lantas mengangkat punggung menuju ke tangga.

“Dah makan? Makan dulu nak? Wilda pun tak makan lagi tu. Entah apa yang dibuatnya dalam bilik tu, dari tadi tak turun-turun” Berkerut dahinya. Sekejap-sekejap, dipanjangkan lehernya meninjau di tingkat atas. Kamar beradu anak gadis itu masih tertutup.
“Eh, tak apa auntie. Kami makan di luar je nanti. Boleh juga borak-borak. Dah lama sangat tak jumpa Wid.”
Bukan tidak sudi tapi rasanya tidak sesuai. Ini kali pertama dia ke rumah Wilda dan dilayan baik begini pun sudah dikira beruntung.
Wanita itu sekadar mengangguk, memahami apa yang tersirat disebalik hati anak muda itu dan menyenangi perwatakannya. Sekurang-kurangnya-kurangnya, untuk first impression, Idzhan tidak menghampakan.
“Duduk dulu sekejap ya”

Belum sempat menjawab, wanita itu sudah mengilangkan diri ke dapur. Kebosanan duduk saja, dia bingkas bangkit dari sofa. Idzhan mencuri pandang di sekeliling ruang tamu itu. Kemas. Sama macam ummi menguruskan rumah tangga. Segala barang tersusun mengikut fungsi. Mungkin juga sebab anak tak ramai, tak banyak karenah dan oleh sebab itu, tidak banyak barang.
Ditalakan matanya pada beberapa bingkai gambar yang bergantungan di dinding. Dilarikan matanya bermula daripada potret family, foto graduasi seorang lelaki yang dirasakan abang kepada Wilda, dan singgah pula pada potret seorang gadis dalam seragam sekolah. Pose dari sisi dengan riak ketawa memandang kamera, rambut diikat satu dan juntaian panjang rambut di hadapan sambil memegang beg sekolah. Inilah Wilda yang dahulu. Yang dirinduinya saban waktu. Sama.

“Hai orang muda!!!!” suara girang dari belakang memukul gegendang telinganya.
Orang muda! Ni mesti Sara yang ajar.
“Hai...” lemah. Terpaku dengan imej Wilda yang berhijab. Skinny jeans dengan blouse separas peha, dan hijab maroon dililitkan ke kepala. Dan sekuntum bunga daisy kecil, aksesori yang dipinkan di sebelah kanan pipinya. Err... hampir tiga tahun tak jumpa, manis sekali nampaknya dia.
“Han, minum dulu. Wid, lambat sangat kenapa. Lain kali, kalau dah janji, siap awal-awal, orangnya datang awak terus je keluar. Ini, dibiarkan pulak orang menunggu...”

Wilda tersengih mneyambut bebelan mamanya. Mama ni, depan tetamu pun nak dimalukannya aku. Dah Idzhan baru mesej 10 minit sebelum ke rumah, nak buat macam mana? Takkan nak siap pukul satu tadi. Dah kata janji pukul tiga. Ini, awal pula sampainya.

“Tak apa auntie. Saya yang sampai awal. Dari hospital tadi, lawat papa, accident” ramah dia menjawab sambil menyambut gelas yang dihulurkan. Diteguknya perlahan. Sebelum bertolak tdi dia tidak sempat minum, tekaknya terasa sedikit kering dan dengan rezeki Allah ini, lega dirasakan tekaknya.
“Jom...jom... mama, Wid gerak dulu.”
“Ya Allah, sabarlah. Tunggu Han habis minum dulu” tegahnya, kurang senang dengan perlakuan si anak.

Idzhan cepat menghabiskan minumannya mendengarkan peralahan kecil dua beranak itu.
“Tengok tu. Nasib tak tersedak budak tu” wanita itu menepuk bahu Wilda. Kasihan rasanya melihatkan Idzhan yang kelihatan tergesa-gesa menghabiskan minumannya.
“Thanks auntie, kami pergi dulu.” Tangannya dihulukan. Wanita itu menyambutnya dengan senang hati. Dihantarnya pasangan itu ke pintu keluar.
“Ma, pergi dulu. Janji tak balik lambat” diciumnya pipi wanita itu.
Idzhan sempat menangkap ayat terakhir Wilda pada mamanya. Ah, satu pesanan tersirat untuk dia juga.
“Baik-baik bawak kereta”


Suasana senyap memonopoli. Baik Wilda mahupun Idzhan, masing-masing berteka-teki siapa yang harus memulakan perbualan. Wilda, yang petah di rumah tadi, beku terus suaranya bila berdua. Han, lamanya tak jumpa. Sudah semakin matang wajahnya, penampilannya masih kemas seperti dahulu. Tubuhnya juga semakin berisi dan ini... dia menyenangi haruman lelaki itu.
“Sejak bila?”
“Hah?” Wilda menoleh. Terkejut apabila Idzhan tiba-tiba membuka suara. Dan soalan itu... dia tidak dapat menangkapnya.
“Ermm... pakai tudung” berhati-hati dia menuturkan isu sensitive itu.
“Since semester dua...” dah tak tahu apa hendak ditambah. Rasa dingin menular ke tubuhnya.
“Kau sejuk ke?”

Tidak sempat Wilda menjawab, lelaki itu terus memperlahankan penghawa dingi keretanya. “Kita pergi JUSCO Seremban nak?” Mak... jauhnya. Makan kat sini-sini saja tak boleh ke... Sampai Seremban pulak. Idzhan ketawa dalam diam mendengarkan suara hatinya memprotes.
Rasa pegun kepalanya untuk menoleh kepada Wilda yang duduk disebelahnya. Ayu... dan keayuan itu sungguh-sungguh mengahalangnya untuk terus memandang. Bimbang jatuh hukumnya kepada haram. Ah, sejak bila pula pandai bab hukum-hakam ni...

“Aa... ok. Dah lama tak ke sana” Wilda senang dengan cadangan itu. Bersama Idzhan dalam kereta... terlalu banyak yang boleh dibualkan. Dan terlalu rindu walaupun tidak pasti adakah rindunya pernah bersambut selama ini. Mungkin aku yang bertepuk seorang.

“Kau lapar tak? Nanti kita pergi makan dulu ok. Kenapa tak kau makan sahaja dirumah dulu tadi.”
“Mana tahu aku tak makan?” Wilda menoleh pada lelaki di sebelahnya. Penuh konsentrasi dia memandu walaupun sedang berbual dengannya.
Saya tunggu awak, excited nak jumpa awak. Excited pilih nak pakai baju apa. Excited fikir nak borak apa...

“Mak kau cakap kau tak makan lagi. Mungkin kau simpan perut untuk makan dengan aku kut” idea nakalnya sudh terkeluar. Tersungging senyuman nakal dibibirnya.

Memang! Wilda menahan tawa. Idzhan, kau masih sama! Suka menyakat aku macam dulu.

“Aku dah breakfast pagi tadi. Lepas tu memang malas nak makan dah. Memang aku simpan perut nak makan dengan engkau sebab aku tahu kau pun tak makan lagi” jujur sajalah.
“Mana kau tahu aku tak makan lagi?” soalan yang sama ditanya.
“Sara.”
Pandangan dialihkan ke luar tingkap. Pemandangan lading kelapa sawit menarik pandangannya. Teringat pada mesej Sara semasa dia bersiap tadi.

‘Kak wid, nanti bawa abang makan. Dia tak makan lagi tu. Kesian, dahlah penat drive jauh-jauh tu’

Idzhan menguak rambutnya ke belakang. Sara ni pun... Terlajak step sampai ke situ pula dia. Pandai-pandai je menyampai-nyampai, entah apalah yang ditulis agaknya. Dikuakkan lagi rambutnya ke belakang, tanda dia dalam keadaan tidak senang. Lantas teringat pula kata-kata Man.

‘...kalau Wilda tengok aksi kau kuak rambut tu, mahu menangis dia’

Kata-kata itu masih berlegar di kepala. Ok, aku tak bermaksud apa-apa melakukannya. Memang tindakan aku begini bila resah. Terhambur tawa kecil tanpa disedari.

“La.. kenapa ketawa pulak?”
“Eh, tak” tersedar dia dari lamunan. Wajah Man langsung hilang. “Sara tu kau jangan layan sangat. Ada-ada saja dia tu nak kenakan aku”
“Tapi, betul kau tak makan lagi kan?”
“Yang tu betul”
“Ok, ok”

Dan kerancakan berbual terus menganti suasana sunyi. Ada sahaja topik yang ditimbulkan untuk mennyembunyikan rahsia hati masing-masing. Cuma, ada juga masa dan ketikanya masing-masing terdiam, mendengar irama indah yang mula berlagu di hati masing-masing, mendengar hebatnya jantung menjalankan kerjanya. Tapi tidak lama, cepat-cepat masing-masing mula bersuara mengekalkan suasana ceria yang sudah mula berbunga.
Hati... Indahnya saat-saat bersama dia...



Selama hampir satu jam memenuhi tuntutan selera di restoran makanan segara, mereka masuk pula dari satu kedai ke satu kedai. Membelek-belek pakaian dan aksesori yang ada lalu keluar semula setelah tiada apa yang menarik perhatian untuk dijadikan milik sendiri. Baik Idzhan mahupun Wilda, masing-masing sememangnya tidak berhajat membeli apa-apa, pertemuan kali ini sudah cukup melengkapkan segala.

Hati masing-masing berbunga ceria. Dari kenangan zaman persekolahan sehingga perkembangan maing-masing di university, segalanya bagaikan tidak habis untuk dicerita, sentiasa ada idea untuk memenuhi pertemuan petang itu.

Sesekali melihat pasangan kekasih lain yang lalu-lalang melintasi mereka, hati masing-masing menampung debaran yang luar biasa. Masing-masing menyembunyikan rasa itu dengan hilai tawa yang dibaut-buat. Sayangnya, kami masih lagi berkawan. Idzhan ketawa lagi mendengar celoteh Wilda.

Penat berjalan, mereka berhenti di centre court. Berdiri dan memandang ke bawah melihatkan pelbagai ragam dan pergerakan pengunjung pusat membeli-belah itu. Masa yang ada terus diisi dengan pelbagai cerita impian masa hadapan masing-masing. Cuma, impian itu sengaja dikisahkan secara berasingan, seolah-olah mahukan kehidupan yang berbeza sedangkan Tuhan sahaja yang tahu betapa mereka berharap ada kesempatan untuk... erm... bersama mungkin.

“Kau suka bunga apa Wid? Soalan itu tepacul dari mulutnya tiba-tiba apabila ternampak seorang gadis tionghua membawa sejambak bunga.
“Ni... “ Wilda menunjuk pada aksesori di selendangnya. Tersenyum dia dengan soalan yang tidak disangka itu.
“Wow.. daisy... Kenapa?”

Wilda menjungkit bahu. “Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa daisy istimewa. Warnya, rupanya, macam ada maksud medalam yang aku sendiri tak tahu apa. Kalau aku nampak daisy, hati aku rasa senang sangat. Warna putihnya tak menyakitkan mata masa roses. Simple, tapi istimewa...”
“Kau rasa mana lagi cantik? Wilda bertanya lagi. Mehu mendengar pendapat Idzhan sendiri.
“Mana aku tahu, aku lelaki.” Memanglah kalau tanya pasal bunga aku tak tahu nak describe macam mana. Bunga... is bunga lah kan?
“Ala... Dari kaca mata seorang lelaki.. apa yang kau nampak?” Wilda tidak berpuas hati walaupun dia tahu itu bukan topik kesukaan lelaki. Tanya pendapat saja...
“Sama. Dua-dua pun bunga. Ada their own beauty petals. Ada colors. And both can really live a day or mood or... apa-apalah.
“Great. Maknanya, tak pelik aku suka daisy kan. Still ada nilai di mata kau. Idzhan mengangguk. Dia sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Wilda.

Tapi... Errr... topic of the day.. flowers? Gulp, sah kena gelak ngan Hazman.

“Dan sebab itu kau kenakan aksesori daisy ni?” disentuhnya aksesori yang disematkan di selendang Wilda itu. Dia tak faham dan dia tak tahu tentang trend sebegitu. Sara pun tak pernah pakai selendang. Tapi apa yang dia nampak, aksesori daisy itu sempurna di selendang gadis itu. Berdebar laju jantungnya saat dia menyentuh daisy yang disematkan di kepala di sebelah kanan selendang Wilda. Sama kencanganya dengan debaran Wilda, tanpa diketahuinya. Dia Cuma nampak reaksi Wilda yang terkejut.

“Han, erm... aku ke washroom sekejap” getaran suaranya sudah kedengaran lain. Idzhan menyedarinya. Angguk. Diperhatikan langkah Wilda yang tidak lama kemudian, hilang dari pandangan.
“Hey!” satu suara menyapa dari belakang. Serentak dengan itu, bahunya ditepuk.

Idzhan segera berpaling. Laaa... sepupu aku ni... boleh terserempak pula kat sini. Tak cukup jauh ke Seremban dari Bangi ni. Puaslah nak bawak Wilda jauh-jauh, nak elakkan dari terserempak dengan sesiapa. Memang dah tertulis terjumpa kat sini agaknya.
“Girl mana tu?” lelaki itu bertanya. Jelas lelaki itu nampak kelibat mereka berdua walaupun Wilda sudah beredar.
“My former school-mate. Kau buat apa kat sini”
“I just picked this up. Beli ni kat e-bay. COD kat Seremban 2.” Lelaki itu menunjukkan lensa kamera terpakai yang kemas disimpan dalam kotak yang baru dibelinya dari seseorang.
“Kau kat mana sekarang?”
“UKM. Kau UiTM kan?” angguk. UKM rupanya...
“I see.. What course you are in?”
“Hum... bunga kau tu... lawa” lain pula jawabnya.
“Kawan. Dah lama tak jumpa. Reunion...” Idzhan sengih. Langsung dia lupa pada soalannya yang tidak berjawab tadi.
Kawan... lelaki itu senyum sinis. “Bunga lawa macam tu... belilah. Apa lagi...”

Idzhan sengih tidak ikhlas. Bahasa apa yang cousin aku pakai ni, tak pernah dengar pun. Rasa tidak senang pula mendengar kata-kata lelaki itu.
“Kalau tak nak, bagi aku. Aku nak beli” Idzhan mengerut dahi. Pelik dengan keberanian sepupunya itu. Selalu tak pula begini tapi hari ini...
“Mahal.. Kau takkan mampu...” Rasa ingin cepat pergi dari situ, membawa Wilda pergi. Tidak tahu apa yang bermain di kepala lelaki itu sampai begini sekali cakapnya.
“You’d better buy now. Sebelum dibeli orang lain.” Lagi sekali...
“I will. Jangan risau.”
Lelaki itu menjungkit bahu. Ok. See ya. Kirim salam ummi” pesannya, sempat menepuk bahu Idzhan sebelum beredar. Aku bagi kau masa sepanjang hari ini... Kalau kau lambat... Lelaki itu berpaling mengangkat tangan pada Idzhan.

Ketika sampai di Bandar Seri Putera, langit sudah mula merah. Malam masih belum tiba. Idzhan memberhentikan keretanya di hadapan rumah Wilda. Rumah itu sudah terang didalamnya. Diperhatikan, mama Wilda sudah sedia menunggu di pintu, mungkin menyedari kepulangan anak gadisnya.

“Thanks ya...” ucap Wilda sebelum keluar kereta. Kecil hatinya apabila melihat Idzhan yang lambat-lambat mengangkat muka. Sibuk pula menaip mesej, entah untuk siapa.
“Ok. Ada masa jumpa lagi okey. Kirim salam papa kau. Kalau balik tu, jangan teraga-agak bagi tahu aku okey” dia tersenyum. Mahu senyuman itu menjadi pengakhiran yang manis untuk pertemuan kali ini.
Sebaik sahaja Wilda keluar dari perut kereta, Idzhan menarik brek tangan, turut keluar sama dari kereta.
“Auntie, Han balik dulu. Thanks ya auntie.” Idzhan mengangkat tangan.
“Tak singgah dulu Han?” wanita itu mempelawa.
“Tak apa, dah lewat. Jumpa lagi auntie” senyuman dilemparkan entah kali keberapa. Segera dia meloloskan diri ke perut kereta. Sebentar lagi maghrib, dia mahu cepat sampai ke rumah sebelum azan.

Hon dibunyikan lalu berlalu pergi. Wilda sempat melambaikan tangan dan lambaiannya disambut Idzhan. Ada senyuman bersisa di wajahnya. Sebaik sahaja kereta Idzhan hilang dari pandangan, telefon bimbit di dalam poket jeansnya bergetar. Isyarat mesej.
Dibuka.

‘Wid. Thanks untuk hari yang ceria. Aku gembira dengan penampilan baru kau. Aku senang sekali. Cuma... aku lebih senang kalau selendang itu kau pinkan di bahu, melindungi apa yang seharusnya. Mungkin ia belum cukup sempurna tapi sekurang-kurangnya-kurangnya lebih semnpurna... kan? Maafkan aku...(*0<)V

Idzhan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.