0

BAB 33

Posted by Daisy Biru on 8:03 AM
BAB 33

Nisa gelisah di tempat duduknya. Sejak dua jam yang lepas dia tidak mampu menyiapkan kerjanya dengan tenang. Setiap saat dia terbayangkan pandangan Idzhan terhadap Wilda beberapa hari yang lepas. Siapalah yang begitu bodoh tidak dapat menangkap pandangan jenis apa antara mereka berdua. Macam dalam drama, berbalas pandang lama antara satu sama lain dengan mata tak berkedip, itu kawan lama ke? Bukan ke itu antara babak-babak kekasih lama dah bertemu semula.

Ah, patutlah selama ini Idzhan tak pernah menerima dia lebih dari kawan. Setiap kali dia tercampurkan unsure-undur hati dan perasaan dalam perhubungan mereka, Idzhan pasti akan angkat tangan lebih awal. Itu bukanlah satu subjek yang Idzhan akan turut serta meskipun perasaanitu ditujukan untuknya. Rupa-rupanya, hati dia tak pernah kosong,, sudah ada penghuninya. Tak sangka, dalam berjuta-juta manusia dalam dunia ini, Wilda rupa-rupanya yang telah mengunci hati Idzhan untuk perempuan lain. Dari dia.

Suatu masa dahulu selepas sahaja insiden Idzhan kena pukul, dia rasa dia mampu melepaskan Idzhan daripada hatinya. Dia pernah cuba untuk menerima yang Idzhan telah berkali-kali menolak perasaannya. Namun, hati wanita sepertinya terlalu mudah tergugat apabila melihat Idzhan berusaha menambat hati wanita lain. Bunga, coklat, dan pandangan penuh bermakna Idzhan terhadap Wilda yang dia dambakan… Nisa tidak dapat menerima.

Walaupun Idzhan terlalu dekat dengannya, namun hati lelaki itu teralalu jauh darinya. Nisa rasa tergugat. Wanita pilihan Idzhan adalah wanita bertudung yang telah dikenalinya. Ternyata, aturan tuhan itu siapalah yang dapat menduga. Segala-galanya walaupun kelihatan pelik namun terlalu tersusun. Dunia ini rasanya terlalu kecil. Dia lantas teringatkan pertemuan pertama dengan Wilda ketika kemalangan kecil dahulu.

Beberapa kali juga dia bertemu dengan Wilda untuk menyelesaikan masalah antara mereka tanpa mengetahui perkaitan sebenar antara mereka. Antara mereka berdua, Idzhan ada di tengah-tengah rupanya. Idzhan tidak pernah bercerita tentang sejarah hidup Idzhan tapi dia dapat mengagak yang nama Wilda terlalu kuat untuk dihakias dari hati Idzhan. Buktinya, bertahun-tahun dia bersama Idzhan, dan sudah banyak usaha dilakukan untuk menulis namanya di hati Idzhan, namun dia tetap gagal. Nisa terasa kepalanya berdenyut… aku sudah kalah. Bisik hatinya.

Kala itu, deringan telefon bimbit menganggu lamunannya. Nama Hazman tertera di skrin. Nisa malas mengangkat. Harapannya nama lain yang tertera di situ. Seketika deringan itu mati dan tidak lama kemudia, ia kembali berbunyi. Nisa terasa hatinya terlalu sakit. Entah apa mengawalnya, dia sendiri tidak tahu sehinggakan dia bertindak menolah segala barang termasuk telefon bimbit yang berada di ats meja.
Dan dia terkedu tatkala melihat telefon bimbitnya sudah berderai.

“Nisa, are you okay?” pintu terkuak dari luar.







Sudah lima hari berlalu sejak pertemuan semula antara mereka. Tak ada apa-apa khabar berita daripada Idzhan sepanjang tempoh itu. Namun, bunga-bunga segar tetap setia dihantar. Berbeza seperti selalu, kali ini semua bunga yang dihantar, tiada kad, tiada apa-apa ucapan, dan Wilda terasa sepi.

Dia rindukan tulisan itu. Dia rindukan mesej-mesej yeng tertulisa seperti selalu. Ah, kalaulah bunga-bunga itu boleh bercakap, tidak perlu hatinya tertanya-tanya kenapa tiada kad yang dikirim. Ah, aku rinduka kadnya atau orangnya.

Ah, gila! Gila! Wilda meraup muka. Kenapalah seorang yang bernama Wilda semudahnya jatuh hati pada lelaki? Untuk kali ke berapa dia harus semudahnya meletakkan perasaan. Ya Allah, janganlah diuji hambamu dengan ujian yang tidak mampu aku hadapi.
Wilda kembali mencampakkan perasaan itu jauh-jauh. Dia bimbang hatinya terus dilukai jika semudahnya dia jatuh suka pada lelaki. Pelik, dunia yang sebegini uas dengan lautan manusia yang tidak terkira, yang datang dalam hidupnya masih orang yang sama.
Ah, takkanlah satu dunia ni kau nak jadi hak kau Wilda.

Adakalanya Wilda gusar. Apa pula akan terjadi seleps ini. Dia mulai sedar, terlalu banyak perkara yang tidak dijangka yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan hubunganya dengan Iffan yang berkecai gara-gara dia sebenarnya hampir dijadikan yang kedua. Juga perkenalannya dengan Nisa. Ah, wanita itu… entah apa hubungannya dengan Idzhan. Agak tercalar juga hatinya apabila diimbas semula babak Nisa menarik lengan Idzhan selepas Idzhan yang kekagetan bertemu dengannya di muka pintu restoran lima hari yang lepas. Pastinya nisa adalah seseorang dalam hidup Idzhan. Nisa… perkenalannya dengan Nisa bermula dari kemalangan kecil…

Wilda mengeutkan dahi. Lelaki yang cedera dalam kereta Nisa semasa kemalangan itu berlaku… Idzhan? Wilda tak dapat berfikir jauh. Kalau betul lelaki itu adalah Idzhan, apa pula sebenarnya yang berlaku sampaikan Idzhan cedera sebegitu. Fikirannya tidak puas meneroka semua kemungkinan namun, tetap tiada jawapan. Jawapannya hanya da pada mereka. Wilda semakin tidak tenang. Apa sebenarnya yang berlaku.

Apabila menyedari tiada satupun persoalannya berjawab, Wilda kembali menumpukan perhatiannya pada kerja yang terganggu. Dia menyesali sifatnya yang mudah tergugat dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Antara peribadi dan kerja perlu ada pemisahnya Wilda. Ada suara yang mengingatkan dia dalam kepala. dia sedar kebenarannya.

“Wid, kertas kerja untuk promosi dekat Kuantan tu dah siap?” suara Sukmawati seakan menarik jantungnya. Punyalah jauh berangan sampaikan hanyut dia dalam dunianya sendiri. Tidak sedar kawan-kawan ada yang memerhati tingkah lakunya.

“Dah, dah, Uma nak sekarang ke? Tak print lagi ni…” Wilda jadi kelam-kabut apabila mendengar suara Sukmawati. Gadis itu menghampiri Wilda. Dia datang bersama perdrivenya.
“Janganlah kalut sangat. Bagi Uma tengok dulu, nanti Uma printkan. Awak tu janganlah fikir sangat masalah, takut nanti makan diri” Sukmawati memberikan nasihat.
Wilda sekadar tersengih menyembunyikan kekhilafannya. Terasa maku dia ditegur sebegitu.

“Bunga tu tak nak bawa balik ke wid?” Sambil berbual, jarinya laju menekan mouse memindahka fail dari desktop Wilda kepada pendrivenya.

“Dah banyak kat rumah, sipan separuh buat hiasan kat sini pulaklah” Wilda berseloroh. Tapi, memang betul. Semua bunga yang Idzhan minggu lepas sahaja dah penuh satu bilik, ada beberapa jambangan jadia hiasan di ruang tamu. Itupun masih ada yang belum layu.

“Wid…”

“Ye..”

“Berangan eyh tadi?”

“Tak lah, mana ada” Wilda menyangkal.

“Pegawai pemasaran dekat Kuantan Parade tu namanya Encik Farhan…”

Okay… “So?”

“Bukan Encik Idzhan”

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.