0
Posted by Daisy Biru on 9:45 PM
Bab 25


Nisa tak berkelip mata melihat telefon bimbit Idzhan yang berbunyi di atas meja. Masuk kali ini, sudah kali ketiga. Pemanggil yang sama. Idzhan ni biar betul. Atau perempuan ni yang tak betul. Dah macam nak gila laki dia buat pasal hantar orang belasah Idzhan tengah jalan, elok je bini dia cari masalah lagi. Nak angkat ke tak ni…

Lama dia membiarkan sehingga telefon bimbit itu berhenti berbunyi. Idzhan ni pun entah ke mana, jumpa bos lama sangat. Lepas tu selamba je tinggal telefon bimbit atas meja. Buatnya kena capai dek pekerja-pekerja swasta kat sini, macam mana. Idzhan memang, kalau dia sedang bekerja, telefon ke mana, kawan-kawan ke mana. Kata nak lunch sama, ni dah dekat satu suku, dia tak keluar-keluar lagi dari bilik bos.
Nisa dah gatal tangan. Rasanya mahu saja dia kemaskan meja Idzhan tapi bimbang pula Idzhan tak suka. Dia pun risau kalau-kalau ada dokumen-dokumen Idzhan yang penting hilang, mahu tak marahnya Idzhan tu. Walaupun Idzhan bukan seorang yang baran atau pemarah, tapi kalau Idzhan senyap dan tak bergurau seperti selalu, dia juga yang kecut. Dan dia akan rasa kehilangan.

“Jom”

Idzhan tiba-tiba muncul di hadapan mata sambil menatang fail-fail tebal dan kamera. Baru lepas tunjuk gambar site dekat bos lah tu…
Nisa melempar senyum dan sedia untuk pergi. Bersama dengan lelaki yang dicintai meskipun hanya satu tangan yang bertepuk tanpa bunyi, siapa yang tidak suka… Nisa mengeluh perlahan.



Dulang air di tangan hampir nak terbalik. Ah, lupa bangunan pejabat Wilda dan pejabatnya berada dalam lingkungan kawasan yang sama. Cukup kecil untuk dia terserempak dengan Wilda selalu, cukup cantik untuk dia mencuri pandang ke arah Wilda selalu tapi malangnya terlalu besar untuk orang yang menundukkan pandangan seperti Wilda untuk menyedari kehadirannya di situ.

Tapi, bukan untuk hari ini.

Idzhan meletakkan kembali dulang minuman itu di meja kaunter dan melencong ke sudut di tepi dinding. Aish, sejak bila pulak Wilda rajin makan dekat ini. Selalu dia makan kat restoran bawah pejabat dia tu saja. Hari ni cantik pulak dia boleh terserempak dengan Nisa, siap bertegur sapa dengan ramah pulak tu. Habislah niat dia nak pikat Wilda balik. Dan kalau si Nisa tu tahu siapa Wilda tu, mahu merajuk sampai hilangkan diri punya. Dia kenal sangat dengan Nisa. Nisa tahu bahawa dia tiada cinta untuk Nisa. Tapi Nisa tetap masih sudi bersamanya kerana dia yakin Idzhan masih tidak punya sesiapa sedangkan…

Dalam hati ini, nama Wilda tak pernah turun takhta.
Nasib baik sekejap saja. Memang dia bersyukur sangat bos terlajak masa semasa perbincangan tadi. Kalau tak, dah nama pun terserempak, mahunya si Nisa ni tak ajak Wilda makan semeja. Mak cik cleaner kat pejabat tu pun Nisa boleh mesra, makan sama, inikan pula Wilda. Entah macam mana agaknya kalu Nisa tahu Wilda tu… Wilda tu… Kawan??? Ah… tak boleh selamanya kawan… aku akan upgradekan… Idzhan tersengih nakal.

“Eh, lambatnya.” Berkerut dahi Nisa dengan kelibat Idzhan yang tiba-tiba muncul dengan sisa senyuman yang dia tak pernah lihat. Idzhan senyum kat siapa.

“Mana ada. I Nampak you borak dengan kawan you tadi, I biarkan je lah dulu” Dulang minuman diletakkan di atas meja. Phew… selamat Wilda dah pergi. Belum masanya untuk kita jumpa lagi Wid. Sehingga hati kau benar-benar pulih dan sedia untuk terima aku.

“Oh, Wilda… Sweet and charming lady yang I langgar kereta dia dulu tu. She’s working somewhere around there…” Nisa menunjukkan ke satu arah.

“Oh…” Idzhan menyedut minuman di hadapannya. Dalam hati, I dah lama tahu dah.

“Eh, apa cerita dengan Syida tu. Dia called you tadi tau. I tak berani nak angkat
takut you marah” Nisa memulakan perbualan dan menamatkan terus perbualan tentang Wilda. Sangkanya Idzhan tidak berminat.

“Entahlah, I nak tolong tapi takut mengganggu rumah tangga dia pulak. Kasihan, ada suami puntak boleh harap.” Idzhan dah tak tahu hendak buat apa lagi. Kalau Syida telefon, pasti ada perkara yang Syida hendak minta bantuannya. Bukan tak nak tolong, tapi kalau Iffan tahu, mengamuk lagilah lelaki tu.

“Apa cerita one of best student ends up dengan moral macam tu…”

“Biasalah orang yang tak kuat iman pegi study abroad… Itulah hasilnya…”



Tak.. Tak... Tak... Rasanya tersilap pandang dan tersilap orang. Tersilap mata dan tersilap tengok kot. Takkanlah orang yang dilihatnya tadi adalah orang yang sama dengan orang yang buat hidup dia merana dulu. Takkanlah seluas-luas alam dekat dunia ni, dekat restoran bawah sana jugak yang mereka terjumpa.

Wilda menpeuk-nepuk dada. Antara minda yang tertanya-tanya dan jiwa yang tak habis-habis berdebar, selari kelajuannya. Betul ke yang dia lihat tadi ti Han? Ke, pelanduk dua serupa. Dah berapa tahun tak jumpa Idzhan, takkanlah dekat restoran tadi pula yang jadi tempat pertemuan semula. Ah, tak mungkin. Dan, gadis yang makan bersamanya tadi... Nisa, Perempuan yang dia kenal tak lama dahulu yang langgar belakang kereta dia tu... apa kena-mengena pulak.

Girlfriend?

Eh, tak lah. Tu bukan Idzhan tu. Tak sama langung. Mamat tadi tu mana nampak sangat muka dia. Lagipun Wilda nampak dari jauh je. Lagi pun, mamat tadi tu nampak lebih segak berbanding Idzhan yang dia kenali lama dahulum. Ish, bukanlah.

Wilda mengurut dada. Ni perasaan apa pulak ni. Berdebar semacam. Kesan daripada kecewa ditipu Iffan? Atau masih teringatkan Adril yang memutuskan melalui teks, ataupun...

Itu bukan Idzhan lah Wilda oi!

Arghhh... nak tidur!






























BAB 26

Bilalah agaknya boleh makan dengan gembira semula dengan kawan sepejabat. Masalah macam tak habis-habis. Bukan masalah yang dicari sendiri tapi masalah yang orang lain bawa. Dah puas tolak dah manusia-manusia yang tak jemu-jemu nak sumbang masalah dalam hidup Wilda tapi masih tak berhasil. Dia nak datang juga. Nak buat macam mana...

Wilda merengus. Hari ni tak ada satu kerja pun yang memuaskan hatinya. Ada lagi satu fail tebal untuk disemak dan buat layout. Magazine baru dah nak start publish dua bulan lagi. Bahan-bahan masih tak finalise. Target dalam bulan ni juga nak hantar cetak. Novel sulung pun dah nak keluar tapi illustrasi muka hadapan masih lagi tak pilih. Nak tanya ketua editor, orangnya tak ada, masih lagi sibuk promosi outlet baru buka. Ah, macam mana ni. Banyaknya benda nak kena kejar. Itu tak kira lagi dengan masalah peribadi yang tak sudah-sudah kejar dia pula. Mana aku nak lari...

Wilda tak dapat menghalang kerutan di wajah tanpa dia sedari. Semua refleksi fizikal tu wujud sendiri kesan daripada ekspresi yang tak sempurna kat dalam ni. Syida nak jumpa. Shida nak jumpa. Syida nak jumpa. Ayat pendek yang sentiasa berulang-ulang dalam kepala. Sebab apa agaknya dia nak jumpa lepas lapan tahun tak berhubung. Nak serang aku sebab aku hampir nak kahwin dengan laki dia mungkin?

Tak.. tak.. Syida kan lemah-lembut orangnya, mana nak buat kerja serang-serang ni. Dia yang kena serang balik dengan aku ada agaknya.


Wilda mengerling jam di tangan. Ya Allah dah nak dekat pukul satu. Dah sampai agaknya Syida tu dekat bawah. Memang Syida tu mimpi sangat sebab buang tabiat nak jumpa aku. Wilda masih tak habis bermonolog. Argh...buang tabiat? Damn! Kekejian si Iffan ni buat aku lupa yang Syida nak jumpa aku mungkin sebab kami pernah jadi kawan baik satu sekolah dulu. Lelaki... Racun! Wilda bingkas mencapai handbag.


Memang agak sesak waktu begini. Mujur Syida awal-awal dah sampai dan dapat book meja dengan lokasi yang agak strategik, jauh sedikit dari pandangan dan telinga pengunjung-pengunjung lain. Kalau tak, memang terpaksalah bawa Syida makan tempat lain. Dengan panas yang berbahang, tak sanggup rasanya nak heret Syida ketempat lain apatah lagi dengan perut yang sudah mula nampak, anak itu, benih Syida dan Iffan.

Dan sejak tadi, tiada perkara sensitive yang dibualkan kecuali tentang perkembangan karier dan kehidupan masing-masing. Nama Iffan langsung tak disentuh. Wilda pun macam dah bagi amaran awal-awal apabila mengatakan dia tak berminat nak bersama dengan sesiapa sekarang. Ringkas dia menuturkan tetapi membawa maksud yang mendalam. Biarlah pertemuan dia dan Syida kali ini atas dasar kawan lama bukannya bekas madu tak jadi. Lagi pun, nama iffan baru nak masuk buku sejarahnya. Itu pun rasa nak padam balik.

“So kau pernah bercinta masa di UKM dulu? Macam mana boleh putus?” syida memberi respons tatkala Wilda mula membuka cerita tentang kisah cinta kampusnya.
“Alah, biasalah, aku bukan serius sangat pun. Dia pun macam tak matang lagi. Sama-sama nak penuhi keperluan masing-masing je dulu” ah pandainya mulut menipu. Padahal, hampir separuh mati tanggung derita bahana kena tinggal dengan Adril. Penatnya tanggung kecewa sebab lelaki. Bermula dengan Idzhan, Adril, leps tu Iffan pula. Pelik, tak sampai enam bulan jumpa Iffan balik pun, dalam tempoh sesekejap itu, sempat juga dia jadi mangsa lelaki. Penatnyalah...

“La... macam tu pulak. Lepas tu tak ada dengan sesiapa dah?”
Aish.. si Syida ni dah nak mula dah... Wilda menebarkan pandangan pada manusia-manusia yang tekun mejamah rezeki masing-masing di hadapan mata.

Sebelum perbualan tak best ni berlanjutan, baiklah dia patahkan.

“Aku memang tak berminat dengan sesiapa dah lepas tu. Apa yang jadi baru-baru ni pun, aku anggap macam mimpi. Tak nak ingat dah. Aku yang tersilap langkah sebab aku sangka masa aku dah sampai rupanya aku silap. So, kau anggaplah itu semua tak pernah berlaku. Itu pun kalau kau nak hubungan kau dan aku kekal sebagai kawan baik” Wilda mengingatkan. Sumpah, dah tak rasa sedih lagi dah. Lagi-lagi bila tengok perut Syida yang simpan satu nyawa manusia tu. Kalau boleh, tak nak anak itu mendengar sifat-sifat tak baik papa dia. Biar dia berkembang dan nanti membesar mengikut acuan yang betul. Perkembangan bayi kan sangat bergantung kepada suasana sekeliling dia... Wilda mengeluh.

“Kau patut cuba lagi... Mungkin jodoh kau ada dengan orang lain. Janganlah tutup hati...” Syida mengingatkan. Ayat-ayat klise yang dituturkan boleh dikatakan hampir semua orang kepada pihak yang putus cinta. Klise memang klise tapi semuanya betul. Sebab dalam dunia ni, semua orang bercinta. Jalan cerita pun banyak yang hampir sama. Bezanya cuma bagiamana setiap orang menanggungnya. Dan Wilda, dah berjaya menanggung tiga cerita yang skripnya berbeza tapi temanya tetap sama. C. I. N. T.A.

Does love really exist?

“Biarlah dulu. Aku malas nak fikir. Tiga kali terkena, aku dah serik. Biar jodoh tu datang sendiri.” Memang betul. Dah malas nak fikir apa akan jadi selepas ini. Fikir-fikir pun bukan dapat jawapannya. Nak tetapka kriteria baru untuk calon teman hidup pun tak guna juga sebba selalunya kita akan dapat apa yang kita tak nak. Dan yang paling kita tak nak tu lah yang memang pasti-pasti kita akan dapat.

“Aku masih contact dengan Han”

Mak! Tergigit cili api mentah-mentah. Wargh...
Gelas air suam di hadapan laju dicapai. Memanglah cili api tu pedas kalau nak dibandingkan dengan cili besar. Pedas dan pijarnya sampai ke telinga dan yang paling pelik, terus sampai ke hati. ‘Cili’ spesis apa pulak ni.

“Kau kenapa” Syida ternganga melihat reaksi Wilda yang macam orang tak jumpa air seminggu.

“Tergigit cili padi. Pedas” Wilda mengipas-ngipas mulut. Ya Allah, cili api import dari negara mana ni...

“Oh.. Nah minum ni, minum” segelas jus disuakan kepada Wilda. Wilda menolak. Orang tua kata, minum air panas atau suam lagi berkesan berbanding minum minuman berais.

“Han dah banyak tolong aku tau”

Wilda rasa nak tutup telinga. Boleh tak kalau tak sebut tiga nama tu depan aku?
“Kalau Iffan hilang berminggu-minggu tak balik, Han yang tolong hantar aku pergi klinik. Kalau aku tak larat nak keluar rumah beli barang, Han jugak yang datang tolong.” Ada keluhan yang dilepaskan di hujung ayat. Dan juga keluhan tersembunyi daripada hati yang sedang berdarah pada gadis di hadapan Syida. Sesungguhnya Syida terlalu buta untuk membaca apa yang tersirat.

“Alah biasalah. Kalau kau call aku pun aku tolong...” ada nada sindiran pada bait ayat yang dikeluarkan. Lelaki biasalah. Dalam apa juga situasi, suka berlagak hero. Tak kisahlah dalah suasana yang menguntungkan dia secara material atau sebaliknya. Janji watak hero dia terserlah di mata semua. Are’t guys always like that???

“Tak. He’s really sincere. Aku terjumpa dia sejak lima bulan yang lepas dekat PD. Sejak itu kami berhubung...”
“Kau kan dah ada suami...” Seakan melemparkan semula paku buah keras. Wilda rasa jelik tiba-tiba.

“Erm???” Syida mengangkat kening. Sudah terhidu nada sinis yang dilemparkan Wilda.

Wilda dah mula rasa panas punggung. Rasa panas hati lagilah tak dapat dibendung. Tinggal nak meletup saja. Kesalahan pertama: Syida dah mention nama Iffan. Kesalahan kedua Syida dah buka hikayat yang dah berlapuk tu dampai hatinya rasa nak tersiat. Mujur dia tak kenal Adril je . Kalau nama Adril pun dia sebut, memang ada nak makan alas meja nampaknya.

Kesalahan ketiga yang paling besar: Dulu masa sekolah, apabila Wilda jujur cerita kat dia yang Wilda suka Iffan, Syida tiba-tiba je kacau daun. Si Idzhan tu sebelah mata pun dia tak pandang. Dari dulu asyik nak membanding beza antara kedua-duanya. Sekarang dah dapat Iffan, main letak tepi je. Idzhan pula yang diangkat macam dewa sekarang. Ah, Aku cemburu ke.

“Baguslah kau masukkan orang ketiga dalam hubungan kau dan Iffan. Tak kira jahat macam mana pun Iffan pada kau. Kau tak patut keluar berdua dengan lelaki lain.” Rasa pedas dah semakin hilang. Cuma pedas hati yang masih tak kurang. Mungkin ada baiknya angkat kaki sekarang sebelum ada premis yang terbakar.

“Habis tu, dah Iffan yang tak balik. Asyik hilang memanjang.” Syida mengendurkan suara. Wilda seakan tak mahu terima dan memahami keadaan dia.

“Kau ada tanya ke apa yang dia nak dalam hidup dia. Kenapa dia cari perempuan lain. Layanan kau pada dia cukup ke lahir dan batin sampaikan dia tekad berpaling daripada kau. Kau dah kaji semua tu, dan kalau selepas tu kau rasa kau dah sempurna semua sebagai isteri, baru kau boleh letak kesalahan pada bahu dia. Ini tak, kau pun sama di belakang walaupun kau gunakan keadaan kau yang terdesak sebagai alasan.”

Agak kasar tapi tak betul ke apa yang aku cakap. Selain Idzhan, tak ada ke muhrim lain yang boleh kau sandarkan masalah. Melarikan diri dari masalah dengan suami sendiri dengan mendampingi lelaki lain bukan sama ke kesalahannya. Tak kisahlah keadaan tu digambarkan sebagai pertolongan ikhlas atau apa-apa sekalipun. Kalau dah setiap kali nak kena panggil lelaki lain... Itu kira membelakangi suami lah tu kan.

“Kau okey ke? Kau marah pada aku ke? Kau frust sebab Iffan ke?” Syida semakin keruh menahan rasa bersalah. Satu pun dia tak dapat tangkap maskud yang tertsirat di hati Wilda.

“Wilda senyum menyindir. Drop the subject. Hal-hal yang dah jadi sejarah kalau dibuka semula, inilah jadinya. Macam simbah klorox pada luka yang baru nak kering. Tak ke pedih.

“Dah lah, aku nak balik” Okey, aku emosional. Wilda dah tak tahan. Mengahadap pc di pejabat, bermain dengan teks dan huruf mungkin lagi menenangkan.

“Okey” Syida menyambut. Akur dengan perubahan emosi Wilda yang secara mendadak itu.

Wilda segera mencapai beg tangan dan terus melangkah.

“Wilda”
Hish, nak apa lagi. Wilda semakin hilang sabar. Langkahnya terhenti namun tidak mampu untuk berpaling.
“Idzhan kerja dekat-dekat sini”
Done. Wilda buat-buat tak dengar.
Bab 27

Idzhan memegang pin berbunga kecil itu ditangan sambil mengamatinya, memusing-musingkan pin comel itu berulang-kali sambil berfikir. Wanita hampir setengah abad itu hanya memerhati gelagat anak muda di hadapannya dengan hati yang sabar. Sudah acap kali ramai yang mneyinggah, membelek-belek dan akhirnya berlalu tanpa membeli. Bilalah agaknya hendak mendapat pelanggan pertama untuk hari ini. Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya agak perlahan. Barang-baranng aksesori yang dijual semakin tidak mendapat perhatian.

Idzhan leka. Hendak diambil yang mana satu? Merah? Ah nanti tak match pula kalau tuannya berhijab biru. Jingga? Agak cantik juga. Kuning? Ah, yang ini memang nostalgia… Idzhan tersenyum sendiri.

“Satu RM4 dik…” suara wanita hampir separuh umur itu menyapa telinga. Idzhan termalu sendiri. Pasti perlakuannya disedari sejak tadi.

Idzhan menghulurkan ketiga-tiga warna kepada wanita separuh umur itu. “Saya ambil semua kak” katanya lalu mengeluarkan not dua puluh ringgit dari dompetnya.

Wanita itu menyambut penuh syukur lalu memasukkan wang ke dalam bekas lantas dikeluarkan pula baki empat ringgit.

“Eh, tak apa kak, simpan bakinya” Idzhan terasa moodnya sesegar pagi yang mendamaikan itu. Tiga pin kecil ditangan yang serupa dengan pin yang dipakai oleh seseorang satu masa dulu cukup untuk menaikkan semangat. Dia tak tahu untuk apa dia membeli, dan tak tahu haruskah dia menyerahkan pin-pin itu kepada yang berhak mendapatkannya. Dan dia terlalu ingin menghadiahkan…

Sudah lima hari dia berkampung di Langkawi. Dan hari ini hari terakhir sebelum menaiki penerbangan pulang ke daerah yang sudah mula dia merasa banhang rindau walaupun rindu itu sedikit pun tak pernah dia berpeluang untuk diluahkan. Ah, tak apa, simpan dulu.

Hazman menjemputnya di Lapangan Terbang KLIA petang itu. Sampai saja di rumah, terus dia berbaring di sofa tanpa sempat menukar pakaian. Hendak mandi lagilah tak larat. Walaupun tempoh penerbangan tidak lama tapi tubuhnya tetap tak bertenaga seperti selalunya. Sudah terlalu lama menghambakan diri pada kerjaya sehingga lupa untuk memberi peluan kepada tubuh sendiri untuk berehat.

“Mandilah dulu Han” Hazman menghidupkan televisyen. Baru hendak melabuhkan punggung di sofa, matanya terpandang satu bungkusa besar berisi coklat.

“Banyak gila. Kau nak buat kenduri coklat ke apa” Mata dialihkan pada Han yang sedang berbaring dengan mata terkatup rapat. Penat sangat gamaknya.

“Lebih kuranglah” bersuara juga Idzhan walaupun kepenatan. Ni kalau Hazman dah start borak, jangan haraplah dia nak benarkan aku tidur.

“Aku ambil sikit boleh tak? Aku nak bagi awek aku…”

Ah, kacau… Tidur Idzhan sudah beralih posisi.

“Kau punya ada dalam beg sana tu. Ambillah banyak mana pun, janji yang dalam paper bag tu kau jangan kacau” Lemah nadanya tapi berbaur amaran. Hazman rasa nak tergelak. Entah apa lagilah yang si Idzhan ni rancang agaknya. Nak kata untuk Nisa rasanya memang jauh panggang dari api.

Dah kalau buka untuk Nisa, ni mesti untuk… “Laaa… ni menatang apa pulak?” Hazman bungkusan kecil lutsinar yang jelas ketara isi di dalamnya. “Ni confirm bukan untuk aku kan” Hazman memadankan isi bungkusan itu di kepalanya.

Ayat yang kedengaran lain macam di telinga Idzhan itu buat dia bangkit terus dari pembaringan. “Hantu betul kau ni. Yang kau punya kau tak nak sentuh.”

Hazman tergelak besar. Senang rupanya nak kejut dia suruh pi mandi.
“Adalah tuannya tu” Bungkusan kecil itu sudah bertukar tangan.

“Dah tu, takkan aku beli untuk kau pulak” Idzhan terus tak jadi tidur. Badan mula terasa melekit tapi kepenatan sedikit menghalangnya untuk ke bilik air.

“Kalau untuk aku pun, aku bagi kat awek aku jugak.” Hazman bersandar di sofa. Sekejap-sekejap matanya memandang bungkusan coklat yang tak disahlan lagi siapa pemiliknya. “Ni betul ke untuk dia ni” Dahinya berkerut. Idzhan yang sudah bangkit dari tidur-tidur ayamnya turut sama bersandar di sofa sambil memicit-micit tengkuknya.

“Dia tu siapa?” Antara dengar dan tidak, Idzhan malas mencerna. Terasa midanya tak berfungsi sekarang untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling. Memang kena mandi, kena mandi.

“Mandilah weh, lepas tu keluar makan. Lapar gila ni”
“Keluar? Kau tak masak ke? Mana larat nak keluar?” Dala kepala dah terbayangkan katil empuk dengan selimut tebal dengan suhu aircond direndahkan. Rasa hendak menikmati cuti sepuas-puasnya.

“Keluarlah jom. Aku saja tak masak hari ni sebab aku tahu kau nak balik.” Masaklah sangat namaya kalau hari-hari dok panaskan lauk-pauk yang di beli dekat pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan tu. Tak pun do taram mi segera yang kalau nak kata special pun cuma tambah lada api dengan sayur kubis sebagai penambah nutrient. Kenyang tak kenyang, belasahlah sebab lepas tu kalau lapar taram roti Butterscotch pulak.

“Hum, okeylah” Idzhan bingkas bangun menuju ke bilik air. Antara tidur dan perut masih kosong, dia memilih untuk mengisi perut. Balik ni aku qada tidur sampai tengah hari esok. Sambung lepas Subuh Insyaallah.

0

BAHAGIAN 13

Posted by Daisy Biru on 9:43 PM
Bab 24.

Rasanya seminggu cuti macam dah sebulan. Bila masuk ke pejabat semula rasa macam lain. Lagi-lagi apabila terkenang drama air mata sebelum cuti minggu lepas. Kawan-kawan lain kat pejabat tu semua tak tanya banyak. Tanya khabar dan buat apa je. Itu soalan yang paling banyak ditanya. Tak ada siapa yang berani tanya fasal Iffan. Tak ada yang berani tanya, ‘kau macam mana sekarang?’. Agaknya masing-masing takut Wilda jadi emosi kalau bab-bab Iffan disentuh.
Tapi...


Tak.
Once aku dah buat come back, so, its really a come back,.. Wilda tersengih dari tempat duduknya menghadap skrin desktop. Berhmapiran tingkap yang membolehkan dia melihat keadaan jalan raya.

Yeah. Iffan is history.

“Wid” Gee menegur. Muka manis dia sentiasa buat Wilda hilang dari masalah.

“Kerja pertama kau untuk hari ni. Gee menghulurkan satu fail tebal kepada Wilda.
Wilda menyambut dan membuka untuk melihat isinya.

“Tolong edit artikel ni. Most of them dihantar oleh pembaca. Mostly about opinion diorang tentang healthy diet. Tapi ada jugak fakta untuk support diorang punya opinion tu. So, minta periksa semula kesahihan fakta-fakta tu...”

“Wah, baru seminggu aku tak ada, kak Gee dah jadi bos pula. Wilda menyindir sambil tersenyum. Dia tahu si Gee ni memang suka buat-buat bossy dari ayat-ayat dia tapi apabila tengok daripada air muka, tak ada karakter bos langsung.

“Bagi chancela. Ketua editor tak ada. Pergi JB buat promosi untuk outlet baru kita.”

“Kak Gee tak pergi pulak.” Matanya tetap tak beralih daripada helaian-helaian yang padat dengan teks dan tulisan. Macam-macam tajuk dan isi. Rakyat Malaysia memang dah semakin bijak buat penilaian tentang pemakanan. Wilda membuat andaian daripada penelitian rawaknya.

“Nanti siapa nak jaga office, siapa pula nak sambut kau balik kerja kat sini” giliran Gee pula menyindir. Ingatkan keadaan si Wilda ni dah parah habis dah masa dia cuti seminggu tu. Tapi nampak macam dah pulih sepenuhnya. Dah tak ada nak sedih-sedih macam semasa Wilda cerita hal yang berlaku minggu lepas. Memang si Wilda ni kuat semangat untuk move on. Minta-mintalah si Wilda ni memang dah pulih betul sebab bila Wilda tak ada, memang rasa kehilangan sangat. Biasanya kalau Gee menjerit dari tempat duduknya untuk berkomunikasi dengan orang lain, mesti Wilda yang menyahut dulu. Lepas tu baru diikuti kawan-kawan sepejabat yang lain. Jadi Wilda tak ada, sedikit sebanyak, suasana jadi sunyi. Kalau turun makan waktu rehat pun, rasa tak seronok sebab hanya bertiga, bilangan nombor ganjil yang cukup dia tidak gemar.

“Kak Gee, tengah hari ni kita makan jauh sikit ok. Wid belanja.”

“Hah, bagus juga, boleh jalan-jalan cari jodoh”

JJCJ? Ayat gee buat Wilda nak terhambur tawa. Apa ke terdesak sangat bunyinya jalan-jalan cari jodoh tu? Taulah boyfriend PTD dia tu kursus DPA, tak boleh nak berhubung. Kak Gee ni betul la da sewel.

“Jodoh apanya? Ni, jodoh tak jadi kau ni. Dia dah dok tunggu kat bawah” Syahrul menyampuk dari tempat duduknya sambil memegang gagang telefon. Serta-merta atmosfera bertukar jadi gelap. Antara Wilda dan Gee, masing-masing saling bertukar pandang. Rosak mood.

“Pergi je lah. Kasi lempang dia sekali” Gee bersuara tawar. Nampak gayanya tengah hari ni jangan mimpi nak makan dengan Wilda.



Idzhan mencampakkan kunci kereta ke atas katil langsung merebahkan tubuhnya. Letihnya tak terhingga. Sudah tiga hari dia tidak cukup tidur mengahadap tugas-tugas di pejabat yang terpaksa diangkut ke rumah. Selamat saja makan malam, terus duduk di meja kerja dan terpaksa korbankan waktu rehat untuk menghambakan diri pada tugas. Hendak duit punya fasal. Gaji besar, kerja pun besar, tenanan pun lagi besar.

Beban kerja satu hal. Beban hati dan perasaan pula satu hal lain. Ingatkan waktu makan tengah hari boleh kurangkan tensi daripada fikirkan hal-hal yang menyakitkan kepala di pejabat tu tapi rupanya tidak juga. Drama betul hari ni. Si Iffan tu tak habis-habis nak kacau Wilda tu. Tak sedar-sedar diri tu dah nak jadi bapa orang tapi masih ligat nak musnahkan rumah tangga sendiri. Entah apa khabar si Shida tu agaknya. Dah lama tak jenguk dia. Dulu, ada juga Shida call mengadu tentang Iffan yang selalu tak balik rumah tapi lepas kes gaduh besar dengan Iffan hari tu, Idzhan dah rasa malas nak campur tangan. Namun kadang-kadang, rasa kasihan pada Shida memang tak boleh nak elak. Tumpang malu bila sama-sama jadi lelaki, belum bernikah janji macam-macam, tapi dah kahwin, nak jejak rumah pun dah lupa jalan.

Nak tolong Wilda punya fasal, apa pun dia sanggup buat. Cuma tak sedia untuk munculkan diri di hadapan Wilda lagi. Nanti terkejut beruk pula dia langsung lari lagi. Lagi satu, entahkan sudi entahkan tidak Wilda hendak berjumpa semula dengannya. Perasaan dulu dengan sekarang mungkin dah lain. Wilda kan dah selamat serahkan sepenuh hati dia pada Adril. Agaknya, ada lagi ke yang tinggal untuk Han?
Nak tak nak, si Hazman jadi mangsa. Hazman pun cool je layankan permintaan Idzhan walaupun mula-mula tu macam teragak-agak. Kononnya tak pandai berlakon, tapi sekali dah buka mulut depan Iffan, macam baca dah hafal skrip je, lancar je apa yang keluar dari mulut dia. Tapi... yang silapnya, skrip lain untuk babak lain. Dia main belasah je.

“Apahal langgar orang ni?” Mata Iffan masa itu tak ubah macam, singa lapar apabila Hazman dengan selamba melanggar bahu dia. Masa itu, Iffan dan Wilda bertekak tengah jalan. Tak dengar sangat butir bicaranya tapi nampak sangat muka masing-masing tegang gila. Iffan pula buat hal main tarik-tarik lengan Wilda apabila Wilda nampaknya nak lari dari situasi itu.

Idzhan... biasalah.. lepak belakang dulu. Belum masanya hero keluar.

“Sorry bang. Eh.” Hazman berkerut dahi memandang Wilda. Wilda jadi pelik. Iffan lagilah. Muka stress drama kena cut.

“Cik Wilda kan?” Tiba-tiba dapat idea.

“Eh, kau jangan nak buat drama kat sinilah” Iffan dah menyinga. Wilda meraup muka. Ni siapalah pulak ni yang tiba-tiba masuk gelanggang ni.

“Encik yang buat drama kat sini. Sedarlah sikit, semua orang pandang-pandang. Tak malu ke?” Memang sikit lagi nak kena penangan Iffan.

“Kau...”

“You baliklah Fan. I dah malas nak layan you. You balik jaga bini you lagi bagus okey” Wilda dah angkat kaki. Baik Iffan atau Hazman, dia malas melayan. Entah siapa-siapa tiba-tiba mengaku kenal pula.

“I tak habis lagi dengan you Wid.” Iffan menjerit. Langkah Wilda tidak lagi dikejar memandangkan manusia-manusia di sekeliling sudah mula mencuri pandang.
Melihatkan Wilda dan Iffan sama-sama mengangkat kaki pada arah yang berlainan, Hazman langsung mengejar Wilda.

“Eh, cik Wilda”

Langkah Wilda mati. Nak apa lagilah mamat ni.

“Cik Wilda okey?” Hazman tersengih memandang Wilda. Tiba-tiba dia tak ingat skrip. Idzhan dari jauh dah pandang-pandang dengan pandangan berupa amaran. Jangan lebih-lebih Man!

“Mana tau nama saya?” Wilda buat muka tak puas hati. Gaya cakap macam dah kenal sepuluh tahun je mamat ni.

“Eh, kita pernah jumpa” Hazman rasa nak tutup mulut. Yakin je mulut dia menuturkan. Kat mana? Salah cakap...

Dan saat itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Wilda masih lagi dengan muka tak puas hati. Apalah yang mamat ni hendak agaknya. Siap tahu nama dia lagi. Stalker ke apa ni.

Nama Idzhan tertera di skrin. “Kejap. Kejap” Hazman mengangkat tangan member isyarat tunggu kepada Wilda, bimbang kalau-kalau Wilda ambil kesempatan untuk angkat kaki terus.

Hazman dengan sengihan yang tak lekang dari bibirnya menekan butang terima dan meletakkan telefon bimbit ke telinga. Pandangannya sengaja ditebar ke sekeliling, cuba berlagak semula jadi padahal, matanya tertancap pada Idzhan di sebalik tiang kedai emas di hujung sana.

“Janganlah lebih-lebih dol” suara Idzhan mengingatkan. Hazman hampir sahaja terhambur gelaknya tapi cuba ditahan.

“Apa dia? Oooo.. baik, baik, saya balik pejabat sekarang juga.” Hazman terangguk-angguk membalas peringatan Idzhan dengan balasan yang baru sahaja terlintas di benaknya. Idzhan ni pun, cemburu tak bertempat. Ada macam aku nak ambil awek dia ni ke.

“Maaf cik Wilda, saya terpaksa balik dahulu. Berhati-hati dengan lelaki macam tadi tu” Hazman meminta diri.

“Macam sama je spesisnya dengan awak” Selamba Wilda menuturkan. Belasahlah. Bukan dia kenal pun mamat ni. Tiba-tiba je muncul macam hero tapi tengok gaya macam pervert pun ada.

Hazman tak cakap apa. Bersedia untuk melangkah apabila Wilda dilihatnya tak berminat untuk berbual lebih lanjut. Tak kisahlah, yang penting, hari ni Wilda dah bebas dripada Iffan. Amanah si Idzhan.

“Nanti” Wilda menahan. Dah bagi teka-teki, dia nak blah macam tu je? Sorry. “Mana awak tahu nama saya? Kat mana kita pernah jumpa?” Wilda mencabar. Rasanya, ini kali pertama dia melihat spesis manusia dengan wajah macam ni. Bila masa pula pernah jumpa.

Hazman tak tahu nak jawab apa. Tadi bukan main yakin buat ayat macam semalam dah practice nak cakap apa. Tapi, Wilda buat muka berani macam ni, dia pula yang nampak macam kecut. Memang sesuai sangtlah si Wilda dan Idzhan ni. Seorang cool je, pendiam dan sorang ni pula... agresif hila. “Err.. saya yang naik kereta dengan Cik Nisa yang langgar belakang kereta awak tak lama dulu”
Aish... Idzhan pegang dahi. Apalah si Hazman ni mengarut petang tadi. Dari jauh, tak nampak sangat reaksi Wilda tentang apa yang Hazman akui tu. Tapi, dari cara Hazman cerita, Wilda macam percaya. Hazman ni pun dah merumitkan keadaan.

Ahh. Hazman… Tambah satu masalah lagi.

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.