0

BAHAGIAN 13

Posted by Daisy Biru on 9:43 PM
Bab 24.

Rasanya seminggu cuti macam dah sebulan. Bila masuk ke pejabat semula rasa macam lain. Lagi-lagi apabila terkenang drama air mata sebelum cuti minggu lepas. Kawan-kawan lain kat pejabat tu semua tak tanya banyak. Tanya khabar dan buat apa je. Itu soalan yang paling banyak ditanya. Tak ada siapa yang berani tanya fasal Iffan. Tak ada yang berani tanya, ‘kau macam mana sekarang?’. Agaknya masing-masing takut Wilda jadi emosi kalau bab-bab Iffan disentuh.
Tapi...


Tak.
Once aku dah buat come back, so, its really a come back,.. Wilda tersengih dari tempat duduknya menghadap skrin desktop. Berhmapiran tingkap yang membolehkan dia melihat keadaan jalan raya.

Yeah. Iffan is history.

“Wid” Gee menegur. Muka manis dia sentiasa buat Wilda hilang dari masalah.

“Kerja pertama kau untuk hari ni. Gee menghulurkan satu fail tebal kepada Wilda.
Wilda menyambut dan membuka untuk melihat isinya.

“Tolong edit artikel ni. Most of them dihantar oleh pembaca. Mostly about opinion diorang tentang healthy diet. Tapi ada jugak fakta untuk support diorang punya opinion tu. So, minta periksa semula kesahihan fakta-fakta tu...”

“Wah, baru seminggu aku tak ada, kak Gee dah jadi bos pula. Wilda menyindir sambil tersenyum. Dia tahu si Gee ni memang suka buat-buat bossy dari ayat-ayat dia tapi apabila tengok daripada air muka, tak ada karakter bos langsung.

“Bagi chancela. Ketua editor tak ada. Pergi JB buat promosi untuk outlet baru kita.”

“Kak Gee tak pergi pulak.” Matanya tetap tak beralih daripada helaian-helaian yang padat dengan teks dan tulisan. Macam-macam tajuk dan isi. Rakyat Malaysia memang dah semakin bijak buat penilaian tentang pemakanan. Wilda membuat andaian daripada penelitian rawaknya.

“Nanti siapa nak jaga office, siapa pula nak sambut kau balik kerja kat sini” giliran Gee pula menyindir. Ingatkan keadaan si Wilda ni dah parah habis dah masa dia cuti seminggu tu. Tapi nampak macam dah pulih sepenuhnya. Dah tak ada nak sedih-sedih macam semasa Wilda cerita hal yang berlaku minggu lepas. Memang si Wilda ni kuat semangat untuk move on. Minta-mintalah si Wilda ni memang dah pulih betul sebab bila Wilda tak ada, memang rasa kehilangan sangat. Biasanya kalau Gee menjerit dari tempat duduknya untuk berkomunikasi dengan orang lain, mesti Wilda yang menyahut dulu. Lepas tu baru diikuti kawan-kawan sepejabat yang lain. Jadi Wilda tak ada, sedikit sebanyak, suasana jadi sunyi. Kalau turun makan waktu rehat pun, rasa tak seronok sebab hanya bertiga, bilangan nombor ganjil yang cukup dia tidak gemar.

“Kak Gee, tengah hari ni kita makan jauh sikit ok. Wid belanja.”

“Hah, bagus juga, boleh jalan-jalan cari jodoh”

JJCJ? Ayat gee buat Wilda nak terhambur tawa. Apa ke terdesak sangat bunyinya jalan-jalan cari jodoh tu? Taulah boyfriend PTD dia tu kursus DPA, tak boleh nak berhubung. Kak Gee ni betul la da sewel.

“Jodoh apanya? Ni, jodoh tak jadi kau ni. Dia dah dok tunggu kat bawah” Syahrul menyampuk dari tempat duduknya sambil memegang gagang telefon. Serta-merta atmosfera bertukar jadi gelap. Antara Wilda dan Gee, masing-masing saling bertukar pandang. Rosak mood.

“Pergi je lah. Kasi lempang dia sekali” Gee bersuara tawar. Nampak gayanya tengah hari ni jangan mimpi nak makan dengan Wilda.



Idzhan mencampakkan kunci kereta ke atas katil langsung merebahkan tubuhnya. Letihnya tak terhingga. Sudah tiga hari dia tidak cukup tidur mengahadap tugas-tugas di pejabat yang terpaksa diangkut ke rumah. Selamat saja makan malam, terus duduk di meja kerja dan terpaksa korbankan waktu rehat untuk menghambakan diri pada tugas. Hendak duit punya fasal. Gaji besar, kerja pun besar, tenanan pun lagi besar.

Beban kerja satu hal. Beban hati dan perasaan pula satu hal lain. Ingatkan waktu makan tengah hari boleh kurangkan tensi daripada fikirkan hal-hal yang menyakitkan kepala di pejabat tu tapi rupanya tidak juga. Drama betul hari ni. Si Iffan tu tak habis-habis nak kacau Wilda tu. Tak sedar-sedar diri tu dah nak jadi bapa orang tapi masih ligat nak musnahkan rumah tangga sendiri. Entah apa khabar si Shida tu agaknya. Dah lama tak jenguk dia. Dulu, ada juga Shida call mengadu tentang Iffan yang selalu tak balik rumah tapi lepas kes gaduh besar dengan Iffan hari tu, Idzhan dah rasa malas nak campur tangan. Namun kadang-kadang, rasa kasihan pada Shida memang tak boleh nak elak. Tumpang malu bila sama-sama jadi lelaki, belum bernikah janji macam-macam, tapi dah kahwin, nak jejak rumah pun dah lupa jalan.

Nak tolong Wilda punya fasal, apa pun dia sanggup buat. Cuma tak sedia untuk munculkan diri di hadapan Wilda lagi. Nanti terkejut beruk pula dia langsung lari lagi. Lagi satu, entahkan sudi entahkan tidak Wilda hendak berjumpa semula dengannya. Perasaan dulu dengan sekarang mungkin dah lain. Wilda kan dah selamat serahkan sepenuh hati dia pada Adril. Agaknya, ada lagi ke yang tinggal untuk Han?
Nak tak nak, si Hazman jadi mangsa. Hazman pun cool je layankan permintaan Idzhan walaupun mula-mula tu macam teragak-agak. Kononnya tak pandai berlakon, tapi sekali dah buka mulut depan Iffan, macam baca dah hafal skrip je, lancar je apa yang keluar dari mulut dia. Tapi... yang silapnya, skrip lain untuk babak lain. Dia main belasah je.

“Apahal langgar orang ni?” Mata Iffan masa itu tak ubah macam, singa lapar apabila Hazman dengan selamba melanggar bahu dia. Masa itu, Iffan dan Wilda bertekak tengah jalan. Tak dengar sangat butir bicaranya tapi nampak sangat muka masing-masing tegang gila. Iffan pula buat hal main tarik-tarik lengan Wilda apabila Wilda nampaknya nak lari dari situasi itu.

Idzhan... biasalah.. lepak belakang dulu. Belum masanya hero keluar.

“Sorry bang. Eh.” Hazman berkerut dahi memandang Wilda. Wilda jadi pelik. Iffan lagilah. Muka stress drama kena cut.

“Cik Wilda kan?” Tiba-tiba dapat idea.

“Eh, kau jangan nak buat drama kat sinilah” Iffan dah menyinga. Wilda meraup muka. Ni siapalah pulak ni yang tiba-tiba masuk gelanggang ni.

“Encik yang buat drama kat sini. Sedarlah sikit, semua orang pandang-pandang. Tak malu ke?” Memang sikit lagi nak kena penangan Iffan.

“Kau...”

“You baliklah Fan. I dah malas nak layan you. You balik jaga bini you lagi bagus okey” Wilda dah angkat kaki. Baik Iffan atau Hazman, dia malas melayan. Entah siapa-siapa tiba-tiba mengaku kenal pula.

“I tak habis lagi dengan you Wid.” Iffan menjerit. Langkah Wilda tidak lagi dikejar memandangkan manusia-manusia di sekeliling sudah mula mencuri pandang.
Melihatkan Wilda dan Iffan sama-sama mengangkat kaki pada arah yang berlainan, Hazman langsung mengejar Wilda.

“Eh, cik Wilda”

Langkah Wilda mati. Nak apa lagilah mamat ni.

“Cik Wilda okey?” Hazman tersengih memandang Wilda. Tiba-tiba dia tak ingat skrip. Idzhan dari jauh dah pandang-pandang dengan pandangan berupa amaran. Jangan lebih-lebih Man!

“Mana tau nama saya?” Wilda buat muka tak puas hati. Gaya cakap macam dah kenal sepuluh tahun je mamat ni.

“Eh, kita pernah jumpa” Hazman rasa nak tutup mulut. Yakin je mulut dia menuturkan. Kat mana? Salah cakap...

Dan saat itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Wilda masih lagi dengan muka tak puas hati. Apalah yang mamat ni hendak agaknya. Siap tahu nama dia lagi. Stalker ke apa ni.

Nama Idzhan tertera di skrin. “Kejap. Kejap” Hazman mengangkat tangan member isyarat tunggu kepada Wilda, bimbang kalau-kalau Wilda ambil kesempatan untuk angkat kaki terus.

Hazman dengan sengihan yang tak lekang dari bibirnya menekan butang terima dan meletakkan telefon bimbit ke telinga. Pandangannya sengaja ditebar ke sekeliling, cuba berlagak semula jadi padahal, matanya tertancap pada Idzhan di sebalik tiang kedai emas di hujung sana.

“Janganlah lebih-lebih dol” suara Idzhan mengingatkan. Hazman hampir sahaja terhambur gelaknya tapi cuba ditahan.

“Apa dia? Oooo.. baik, baik, saya balik pejabat sekarang juga.” Hazman terangguk-angguk membalas peringatan Idzhan dengan balasan yang baru sahaja terlintas di benaknya. Idzhan ni pun, cemburu tak bertempat. Ada macam aku nak ambil awek dia ni ke.

“Maaf cik Wilda, saya terpaksa balik dahulu. Berhati-hati dengan lelaki macam tadi tu” Hazman meminta diri.

“Macam sama je spesisnya dengan awak” Selamba Wilda menuturkan. Belasahlah. Bukan dia kenal pun mamat ni. Tiba-tiba je muncul macam hero tapi tengok gaya macam pervert pun ada.

Hazman tak cakap apa. Bersedia untuk melangkah apabila Wilda dilihatnya tak berminat untuk berbual lebih lanjut. Tak kisahlah, yang penting, hari ni Wilda dah bebas dripada Iffan. Amanah si Idzhan.

“Nanti” Wilda menahan. Dah bagi teka-teki, dia nak blah macam tu je? Sorry. “Mana awak tahu nama saya? Kat mana kita pernah jumpa?” Wilda mencabar. Rasanya, ini kali pertama dia melihat spesis manusia dengan wajah macam ni. Bila masa pula pernah jumpa.

Hazman tak tahu nak jawab apa. Tadi bukan main yakin buat ayat macam semalam dah practice nak cakap apa. Tapi, Wilda buat muka berani macam ni, dia pula yang nampak macam kecut. Memang sesuai sangtlah si Wilda dan Idzhan ni. Seorang cool je, pendiam dan sorang ni pula... agresif hila. “Err.. saya yang naik kereta dengan Cik Nisa yang langgar belakang kereta awak tak lama dulu”
Aish... Idzhan pegang dahi. Apalah si Hazman ni mengarut petang tadi. Dari jauh, tak nampak sangat reaksi Wilda tentang apa yang Hazman akui tu. Tapi, dari cara Hazman cerita, Wilda macam percaya. Hazman ni pun dah merumitkan keadaan.

Ahh. Hazman… Tambah satu masalah lagi.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.