0

BAHAGIAN 11

Posted by Daisy Biru on 6:02 PM
Bersiap juga akhirnya budak Wilda ni. Daripada dia duduk kat bilik, baring menghadap siling, baik dia keluar makan. Petang tadi pun, dalam pukul lima petang lepas balik dari Bangsar tengok movie free tu, dia dok tala Maggie je. Itu pun tak habis. Sampai kembang-kembang Maggie tu sejam lebih terendam dalam kuahnya. Sudahnya, dibuang saja.

Tak lama lepas tu, Add call, ajak keluar makan. Diajaknya Umaiy sekali tapi Umaiy menolak. Biar sajalah Wilda keluar berdua dengan Add. Okey apa. Si Wilda tu pun macam perlukan bahu je untuk tumpang sandar. Dulu pun Wilda baik dengan Add. Sweet je Add hantarkan pergi klinik malam tu, siap tolong papah Wilda lagi. Dalam masa nak berbunga tu, tiba-tiba entah dari mana munculnya Idzhan. Dari zaman lepas, tiba-tiba melonjak masuk zaman ni. Lepas tu cerita Add dan Wilda langsung lenyap. Memang besar nampaknya pengaruh Idzhan dalam hidup Wilda.

Ni, dah jadi macam ni, siap ada perempuan lain lagi, lagilah nampak besar sangat pengaruh Idzhan ni. Walaupun tak tahulah nak percaya atau tak, tapi takkanlah Wilda down sampai macam tu sekali kalau dia silap orang pun. Entahlah. Biar saja salah seorang dari watak hero ni lenyap. Susah dalam cerita ada dua hero, salah sorang mesti mati punya. Tapi dalam real life macam ni, nak bagi hero mati, nampak kejamlah pulak. So, biarlah salah seorang lenyap macam tu je.

“Dah lah tu, kau lupakan je Idzhan tu. Add tu pun okey apa. Dari dulu tunggu dan sabar saja dengan kau” Umaiy tak menyimpan lagi apa yang tersirat di benaknya. Ayat dia tu buat Wilda menjeling melalui imej yang terbias dari cermin besar yang tergantung di dinding bilik.

“Eh, aku cakap betul apa” Umaiy mempertahankan diri. Sampai bila Wilda nak mengharap. Si Idzhan tu pun sampai sekarang tak cakap apa-apa, siap cakap yang diorang tu kawan je. So, lebih baik Wilda tamatkan je bab satu ni dan buka bab dua dengan orang lain. Pasal Idzhan tu, serah je pada jodoh. Nak cakap fasal jodoh ni pun payah. Kadang-kadang dah bercinta lama dengan orang lain, esok lusa, dan tahun-tahun akan datang, tiba-tiba je boleh kahwin dengan orang yang baru tiga bulan kenal. Rahsia Allah ni memang manusia tak dapat nak rungkai. Selagi hijab tak terbuka, berdoa je lah agar dipermudahkan jalan tu.

“Hum.. apa-apalah Umairah. Aku pun dah malas nak fikir. Biarlah dulu fasal cinta-cinta ni. Tak penting kot” Wilda menghela nafas. Muda lagi untuk nak hancurkan hidup demi lelaki. Just go with the flow. Labih tenang kot.

“Hum, betul... tapi kalau ada yang lebih baik dalam masa tu, apa salahnya terima. Waktu sekaranglah masanya kalau nak cari dan nilai calon yang ada. Nanti umur dah nak dekat 30, lagi payah. Masa tu, tanya je mana-mana lelaki, semua dah berpunya” Umaiy masih tak habis-habis nak tonjolkan Add depan mata Wilda. Wilda faham tapi buat-buat tak faham.

Sebelum keluar bilik, lagi sekali dia mengadap cermin besar itu dan memeriksa mata yang sedikit bengkak dek air mata yang tak diundang untuk hari ni.

“Dah, okey dah tu kot. Tak nampak sangat”
“Hum, okey, aku nak gerak dulu. Syuk datang kejap lagi, lambat sikit kot sebab dia nak pergi makan dulu kat Dato’ Onn. Dalam 8.15 kau tunggu lah kat atas.” Wilda mengerling sekilas ke arah Umaiy lantas dia bergerak ke meja study.

“Ni” Wilda menghulurkan kertas fail nipis kepada Umaiy. “Bagi kat mamat pemalas tu” Tak habis lagi geram Wilda kepada Syuk. Wilda memang tak suka kawan-kawan yang suka curi tulang dalam amali dan menyusahkan kawan-kawan lain. Pantang.
“Okey. Take care rumet”.




Umairah merapatkan sweaternya yang tidak berzip. Sejuknya angin malam menggigit tubuh. Tengok awan, nampak macam nak hujan pun ada. Bulan pun tak nampak. Entah kat manalah agaknya si Wilda tu pergi makan. Kalau makan kat mamak, alamat sekejap lagi basahlah tu.

Fail nipis di tangan dirapatkan ke tubuh. Dari tangga blok E, dia dapat menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang menunggu. Itulah Syuk. Wilda kata dia pakai .............. Memang tak syak lagi. Cuma mamat ni nampak kemas malam ni sebab Wilda kata dekat fakulti, dia memang serabai habis. Mamat ni punya prinsip, tak apa kalau nak serabai pun sebab dah ada awek. Ah, prinsip mana yang dia pakai pun tak tahulah. Ada ke etika berpakaian ikut status ada awek atau tak, bukannya ikut etika berpakaian universiti. Haih, rosak.

Dengan langkah laju, Umaiy menuju ke arah lelaki tersebut. Ah, tengok muka memang familiar. Lelaki tu pun kerut dahi melihat Umairah yang sedang berjalan laju ke arahnya, sipa bagi senyuman manis lagi.. Agaknya nak camkan Umiay jugak. Mesti sebab Wilda dah beritahu, Umaiy yang akan serahkan lab report tu kat dia. Apa nak hairan, satu fakulti, walaupun tak saling kenal tapi mestilah saling selisih bahu.

“Syuk” Umaiy sengih. “ Sorry lambat sikit. Ni lab report tu” Umaiy menghulurkan fail nipis itu kepada Syuk. Punyalah nak cepat sampaikan main terjah, salam pun tak sempat nak bagi. Syuk menyambut dan mengamati isi di dalamnya. “Err... Wilda ...”

“Wilda dating degan labmate kau tu. Sekejap lagi memang jadilah diorang tu” Umaiy tergelak nakal. Memang keramahan Umai kadang-kadang tidak mengira tempat dan sesiapa.

Syuk menggaru kepala. “Dating? Labmate? Siapa?” Kerutannya menambah lagi kekeruhan wajahnya.

“Ala... siapa lagi... Addlah. Harap-harap, menjadilah budak dua orang tu. Add tu pun okey apa. Ni first time Wilda keluar berdua dengan dia”
Oooo.. berdua... Syuk menelan liur. “Dengan Adril?”

“Yup. Okeylah beb. Aku masuk dululah. Nak hujan ni. Kau pun baik balik cepat, nanti basah” Umaiy meminta diri. “Bye” Umaiy terus berpaling dan melangkah.
Syuk yang kebingungan terus menghidupkan motosikal dan berhenti betul-betul di sebelah Umairah yang sedang berjalan menu ke arah blok E. Terkejut beruk gadis itu dibuatnya.

“Tolong bagi ni kat Wilda.” Barang itu bertukar tangan. Daripada tangan yang kebingungan kepada tangan seorang lagi terlebih bingung apabila melihat sejambak bunga daisy yang baru berpindah ke tangannya. Tak sempat dia hendak bertanya apa-apa, ‘Syuk’ terlebih dahulu memecut motosikal meninggalkannya.

“What... is.. going.. oooonnn...” Umairah berbisik perlahan sambil melihat daisy yang mekar di tangannya. Takkan Syuk bagi Wilda bunga. Takkan Syuk pun ada hati kat Wilda pulak. Atau... takkanla mamat tadi tu... ‘bukan Syuk’?
Dalam kebingungan yang teramat tu, tiba-tiba telefon bimbit dalam jeansnya berbunyi. Umaiy tak berlengah menjawab lebih-lebih lagi apabila melihat nama Wilda tertera di skrin.

“Hello.. Umaiy. Sorry. Mesti kau penat tunggu. Aku baru on handphone ni. Baru dapat mesej Syuk yang dia tak jadi datang.” Suara Wilda tenang di hujung talian sedangkan dia kat sini betapa tak tenangnya hati kat dalam.

“Kenapa kau off handphone?”

“Sebab tadi Idzhan call aku, aku reject dan terus off. Ni baru on lah ni” Suara agresif Wilda ni, kalau dia tahu apa yang jadi ni, mahu bisu terus.
“Wid.”

“Mende?”

Umaiy jadi tak keruan. Langkahnya entah ke mana-mana dihalakan. Fikirannya tidak dapat difokuskan kepada apa yang perlu dia katakan hinggakan... Dia terlanggar pondok telefon yang tidak lagi berfungsi berdekatan tangga blok. Bunga Daisy yang sedang mekar itu jatuh ke rumput. Umairah tiba-tiba teringat sesuatu.

“Apahal weh?” Wilda di hujung talian masih dengan nada yang sama.
“Mamat roti”

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.