0

BAHAGIAN 12

Posted by Daisy Biru on 6:05 PM
BAB 22

Hazman meletakkan nasi bungkus di atas meja. Botol mineral yang dibeli dalam perjalanan balik ke bilik tadi dipulas kuat penutupnya. Lalu kedua-dua bekas polisterin dan botol minuman itu disuakan kepada Idzhan.
Idzhan menguatkan kudratnya untuk bangun. Seksanyalah bila demam datang. Dah tiga hari tak kebah-kebah. Sara yang kena denggi dua tahun lepas pun tak teruk macam ni. Idzhan menyambut bekas polisterin itu dari tangan Hazman.

“Kau signature untuk aku tak tadi?” lemah dia bersuara.


“Wajib” balas Hazman.

Idzhan melihat lauk nasi cambur yang dibungkus oleh Hazman. Sambal paru, sayur campur, sambal belacan dan sambal sotong. Cukup menyelerakan bagi orang yang sihat tubuh badan tapi bukan dia. Ambil baunya sahaja sudah cukup untuk memualkan dia, lagi-lagi bau sotong yang kuat itu. Tapi digagahkan juga untuk mengunyah memandangkan dia perlu juga mengalas perut sebelum menelan ubat-ubatan sintetik yang tidak akan bertindakbalas tanpa pertolongan protein dan karbohidrat.

“Dahlah, lupakanlah Wilda. Aku rasa dia dah bahagia kot dengan sepupu kau tu” Hazman membuka topic.

“Sekali lagi kau cakap, dengan botol-botol ni masuk usus kau” Idzhan berkata tanpa memandang wajah Hazman.

“Wooo.. okey. Okey. Tak sangka hujan lebat malam tu sampai kau demam teruk macam ni. Lain kali nak pergi jalan jauh tu, pinjam je kereta aku tu”

Idzhan mendengar tanpa banyak respons. Nak diulang balik, rasanya dah tak mungkin.
Hazman sekadar menjungkit bahu. Seaakan dapat membaca apa yang tersirat di sebalik fikiran Idzhan. Idzhan dilihatnya semakin rancak mengunyah. Bagus untuk perkembangan kesihatannya. Sekurang-kurangnya-kurangnya tak perlu dipujuk seperti anak kecil untuk mengisi perut.

“Aku okey je. Dah lama tak demam. Sekali-sekala demam, dapat jugak aku rehat kat bilik” Idzhan membalas. Sambal belacan yang digaulkan dengan nasi tak terasa apa-apa, hilang sedapnya.

Teringat peristiwa malam tu. Puas dia menghubungi Wilda, hendak beri kejutan dengan kedatangannya bersama Daisy tapi Wilda reject penggilannya dan selepas itu langsung tidak dapat dihubungi. Setengah jam dia termangu-mangu di kolej itu tanpa berbuat apa-apa sehinggalah seorang gadis menegurnya. Memanggilnya dengan nama Syuk.
Pada mulanya dia ingin bersuara tapi tidak berkesempatan, apatah lagi apabila mendengar nama Wilda yang disebut. Dia rasa seperti pernah terlihat akan gadis itu tetapi mindanya langsung tidak dapat berfungsi dengan baik. Petanda tak baik bagaikan datang bertubi-tubi semenjak terlihat foto Wilda dan Adril beberapa malam sebelum itu.

Dan, selepas insiden itu, dipecut motosikalnya selaju mungkin dalam hujan yang sangat mengganggu pandangannya. Waktu kecewa sebegitu, nyawa pastinya diletakkan di tangga kesepuluh. Pelik, apa yang dia dapat daripada berperilaku sebegitu, dia sendiri tak faham. Syukur, tiada apa yang buruk berlaku ke atasnya semasa perjalanan itu. Dan demam yang sudah masuk tiga hari tak kebah-kebah ini boleh dikatakan rahmat juga kalau hendak dibandingkan dengan nyawa yang bila-bila masa sahaja boleh terbang di jalan raya malam tu. Naudzubillah.

Kalau hendak dikatakan semula tentang gadis bernama Wilda itu, Idzhan rasa dia bukannya berputus asa cuma dia rasa dia patut berfikir semula. Mungkin belum masanya ataupun Wilda bukan untuknya.

“Dol, aku rasa nak muntahlah”

“Ah kau. Mengalahkan orang mengandung pula”

Baru sahaja dia hendak bangun menuju ke tandas. Isyarat mesej diterima. Dengan raa
kembang tekak yang masih terkawal, digagahkan juga untuk membaca mesej.
Ummi. ‘Han, minggu ni jangan lupa balik rumah. Rumah di PD dah siap. Balik ya, kita pindah’.

















BAB 23

Dan zaman itu pun berlalu. Hari ini...

Sudah lebih sepuluh panggilan tak berjawab dari Iffan. Sengaja dibiarkan. Biarlah. Kalau dijawab nanti nampak sangat cari penyakit. Dah tahu laki orang buat apa hendak dilayan lagi. Bukan orang lain pula tu, suami kepada kawan baik sendiri. Oppss, salah, bekas kawan baik sendiri. Apa yang dah lepas dicuba untuk lepaskan terus. Wilda tak mahu hubungan singkat dia dan Iffan terus-terusan menjadi nanah.
Macam manalah dia boleh tak tahu yang Iffan tu dah berkahwin dengan Syida. Macam manalah dia boleh terima lamaran Iffan tanpa berfikir panjang. Patutlam masa melawat mak bapak Iffan dulu, diorang buat muka pelik je. Rupanya anak dia nak tambah isteri lagi satu. Memang patutlah Wilda dapat muka tak restu daripada diorang.

“Dah tu macam mana ni?” Fara menghulurkan mangkuk berisi buah-buahan yang telah dipotong kepada Wilda. Kasihan betullah kawan aku yang seorang ni. Dulu, awal-awal kena reject dengan Idzhan. Idzhan? Sumpah dia tak tahu apa-apa fasal Idzhan pada mulanya. Sehari selepas kena dump dengan Idzhan, baru Wilda cerita semuanya. Itupun selepas didesak banyak kali sebab muka Wilda semasa pergi kelas memang macam ayam berak kapur habis. Lesu dan tak bermaya. Kalau bercakap dengan dia, rasa sangat menjengkelkan sebab Wilda lebih selera memandang longkang daripada memandang wajahnya.

Tak lama lepas tu pula, Adril macam jadi penyelamat. Beberapa bulan lepas kejadian tu, nak masuk tahun ketiga, Wilda setuju untuk terima Adril jadi teman lelaki dia. Masa tu memang semuanya nampak sempurna. Wilda nampak boleh terima Adril seadanya dan Adril pun layan Wilda sempurna. Kiranya masa tu Wilda nampak dah boleh lupakan Idzhan terus. Tapi tak tahulah dalam hati dia macam mana. Kalau nak nilai dari luaran, memang nampak Wilda dah bagi sepenuh hati dia kepada Adril dah. Kalau nak buat apa-apa semuanya mesti ingat kat Adril. Kalau nak pergi mana-mana pun, Adril mesti diberitahu dahulu. Kalau Adril kata boleh, maka Wilda akan pergi. Kalau Adril kata tak boleh, Wilda tetap akan pergi lepas dipujuknya Adril sampai lelaki itu berkata boleh.

Tapi, Wilda tak kisah tentang semua tu. Sedikitpun dia tidak rasa Adril mengongkongnya. Walaupun Adril sentiasa hendak tahu ke mana Wilda pergi, dia bukan jenis pendesak. Adril sempurna. Tinggi suara juga tak pernah. Tapi, endatah di mana silapnya. Tak tahu ke mana perginya Adril yang dahulu.
Adril buat pasal. Tiga tahun bercinta bukan tempoh masa sekejap. Macam-macam benda, pengalaman, susah paya yang dah dikongsi. Kalau nak kata nak bina keserasian, tahun pertama dah boleh tahu serasi atau tak. Ni dah masuk tahun ketiga baru nak cakap tak serasi, apa cerita. Si Adril ni, kena sampuk apa pun tak tahulah. Masa nak dapatkan Wilda dulu, gentlenya bukan main lagi. Memang lelaki sejati luar dalam. Nak dapat punyalah susah, tapi bila dah dapat, nak buang, tekan keypad je cakap

‘Kita kawan je ok’ .

Add.. Add.. Sekali kau buang Wilda, maknanya kau buang aku juga.

“Macam mana apa? Macam nilah. Aku tak larat nak nangis lagi dah” dipandangnya buah-buahan yang bermacam warna itu tanpa disentuh. Tak lalu nak telan. Wilda memeluk lutut di atas kerusi. Air mata memang dah kering. Nasib baiklah tak sempat nak bawa Iffan jumpa mama lagi. Sepatutnya hari ni bawa Iffan balik rumah. Mama pun dah telefon pagi tadi bertanya. Wilda jawab je terus-terang ‘tak jadi kahwin’. Tak tahulah apa perasaan mama apabila diberitahu begitu. Mahu bergegar jantung mama agaknya.

“Kau tengok tu. Tak faham bahasa betul mamat ni? Wilda menjeling pada telefon bimbitnya yang masih tak berhenti berdering. “Aku dah cakap sepuluh kali dah, suruh dia jaga bini dia yang tengah pregnant tu. Dia ni ada hati ke tak?” Wilda memuntahkan rasa hatinya. Memang Iffan tu explain sejuta kali pun, kalau tak dapat apa yang dia nak, selagi itulah dia kacau hidup orang.

“Ish, aku rasa kau bagitau je parents dia. Sebab hubungan korang ni awal-awal dah libatkan parents. So, gunakan lah peluang ni untuk jauhkan diri dari dia. Aku rasa dia dengar kot cakap parents dia” Fara pula yang menyuap buah-buahan dalam mangkuk tu. Sekali, dua kali, tiga kali.. sampai tinggal separuh.

“Tak mungkin. Sebab, kalau dia dengar cakap parents dia, awal-awal lagi dia takkan buat kepala sampai nak ambil aku jadi bini kedua.” Melihatkan selera Fara yang begitu terbuka, Wilda turut sama menyuap walaupun selera langsung tak ada.

“Patutlah mak bapak dia buat muka je dengan kau masa tu”

“Hum, Tuhan nak tunjuk...” scarynya dengan ayat tu. Memanglah, kebenaran tu, kalau Tuhan nak tunjuk, bile-bila je boleh.

“So, bila kau nak buat come back. Back to normal, Wilda yang aku kenal. Rimas saku tengok kau macam ni. Come on. Its not the end of the world. Kita muda lagi. Petremuan, pengalaman tu semua untuk kita belajar. Kau sabar and kuatkan semangat ok?” Fara memujuk. Ala-ala pakar motivasi. Wilda tiba-tiba rasa macam kelakar tapi menusuk juwa.

Wilda memaksa diri untuk tersenyum.

“Yeah, Im back” Terasa ada satu semangat dari dalam tatkla ayat itu diucapkan. Yeah, I’m back, bisiknya. Siapa Iffan? Iffan tu persinggahan je. Tak lama pun berkawan, tiba-tiba buat babak nak kahwin. Itulah engkau Wid, tak fikir panjang tiba-tiba je setuju orang ajak kahwin. Kononnya, frust kena tinggalkan, so dah malas nak fikir. Istikharah pun tak buat. Suara ejekan pula yang bergema.

“So, emosi dah okey belum? Risau aku tengok kau termenung sorang-sorang, tak lalu makan semua”
“Janji aku tak bunuh diri kan” Wilda mengerling Fara.
“Hoi” Fara tinggi suara. “Kau cakap macam tu lagi, aku yang bunuh kau nanti”

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.