1

BAHAGIAN 4

Posted by Daisy Biru on 11:04 PM in
Ruang kafe FST penuh. Hampir kesemua meja kelihatannya telah diisi para pelajar FST dan FPP. Wilda hanya mengekori langkah beberapa orang rakan sepengajiannya. Terjenguk-jenguk kepala masing-masing mencari tempat duduk. Waktu tegngah hari begini memang waktu kemuncak untuk memenuhi tuntutan selera masing-masing. Bukan hanya pelajar, malah kakitangan jabatan, makmal hatta pensyarah sendiri turut turun padang mencemar duli makan bersama pelajar.

Puas mencari tempat, Wilda dan beberapa rakannya yang lain bertapak di satu meja yang kebetulan baru dikosongkan oleh beberapa orang pelajar sebelumnya. Nasib baik betul. Beg galas diletakkan di satu kerusi kosong di sebelahnya kanannya manakala Fara mengambil tempat disebelah kirinya.
“Aku nak order goreng-goreng. Mau?” Fara sudah berdiri. Menawarkan khidmat untuk Wilda memang sudah menjadi kebisaannya.

“Mee goreng basah please” Senang betul ada kawan yang tak reti duduk macam Fara ni.
“Ok” Fara memetik jari sambil terus berlalu.
“I pergi ambil nasi dulu. You nak minum apa?”Add pula bersuara.
“coffee tarik. Dua. Untuk Fara sekali” Tiga, untuk I sekali.
“Done” Add berlalu bersama Ijad.

Menu biasa Add dan Ijad semestinya nasi campur. Lebih sesuai untuk lelaki, boleh sukat sendiri berapa banyak nasi yang ingin ditelan. Tidak seperti Wilda dan Fara. Mee goreng sepinggan yang tidak berapa banyak itu pun kadangkala tak mampu dihabiskan.


Wilda menopang kepala. Dipicit lembut kepalanya yang mula rasa berdenyut. Tidak tahu apa puncanya sejak tadi rasa tidak enak itu menyerang. Sejak dari pagi tadi sebelum ke kelas sehingga di dalam Makmal Mikrobiologi tadi, makin teruk pula. Mungkin juga disebabkan bau palbagai jenis kulat dan bacteria yang dikerjakan sejak semalam, dengan sampel-sampel makanan basah yang dihomogenkan. Semua bau bercampur-baur. Kalau tak pakai mask, silap-silap sesiapa yang tak tahan tak mustahil akan muntah.

Ya Tuhan... Wilda menepuk dahi. Yang aku pergi order coffee tu kenapa. Dah lah alah pada kaffein. Dia cuba mencari kelibat Add di kalangan mahasiswa yang semakin membanjiri. Ingin menukar pesanan kalau boleh. Tak sempat! Add sudah pun berdiri di hadapan brother yang jaga bahagian air. Redha.

Seketika kemudian, Fara kembali ke meja. Pesanan biasanya akan dihantar oleh pekerja kafe yang rata-ratanya berbangsa Melayu. Tidak seperti di kafe-kafe kolej yang dipenuhi dengan pekerja berbangsa Indonesia. Laju Fara menuju ke arahnya. Fara memang hiper, tak boleh duduk diam langsung. Energy dia memang superb. Kalau berjalan ke kelas, dia biasanya yang paling laju. Jangan ada sesiapa yang kalau berjalan sekali dengan dia tapi buat lenggang ratu kebaya. Memang kena bebel. Mulutnya sama energy dengan pergerakannya. Orang Sains kalau buat style lambat, memang negara kena bom... Prinsip Cikgu Fiziknya...

Kalau bab-bab makan macam ni, belum sempat duduk, dia dah bangun semula untuk buat pesanan. Kalau makan di luar, orang lain sibuk lagi membelek-belek kad menu nak cari makanan apa yang best, dia dah decide terus. Agaknya, dari dalam kereta dia dah set dalam kepala hendak makan apa.
Kalau makan di cafe FST macam ni, kalau tak makan nasi campur, Wilda memang tak payah bangun. Fara memang automatik tahu tugas dia untuk order makanan pada bro tukang masak tu. Kalau bab air pula, memang dah ada orang lain jadi sukarelawan untuk belikan air untuk dia. Termasuk untuk Fara dan kawan-kawan lain sekalilah, bukan dia saja. Cewah, istimewa sangat ke dia sentiasa nak dapat layanan first class Add. Tugas Wilda, duduk. Jaga meja, jaga beg. Tehehe...

Add menatang dulang makanan berhati-hati mengimbangi diri. Baru beberapa langkah dia meninggalkan kaunter pembayaran, hampir sahaja dia terlanggar seorang siswi. Mujur juga dia sempat mengelak.

“Eh, sorry, sorry!” gadis itu lebih dahulu menyatakan maaf.
“It’s ok. Small matter. Tak terbalik pun dulang ni”Add sengih.

Macam biasa, sengihan cool dari seorang lelaki seperti dia.

“Coursemate Wid kan?”
“Haah, Maiy.”Add sengih lagi. Memang dia cukup mengenali Umairah, teman sebilik Wilda yang selalu sangat Wilda ceritakan. Bertembung di dewan kuliah pun sudah lebih sepuluh kali. Lempar-lempar senyum, angguk-angguk je yang biasanya masing-masing berkesempatan. Nama nak borak ke, tegur-tegur ke... macam tiba-tiba lah pulak kan.

“Banyaknya air” Umaiy cuba beramah mesra.
“Untuk roomate awak tu. Payah betul dia nak bangun. Bab air-air ni, memang kerja saya ni...” Saya... janggalnya. Ni dah mula ni, terpaksalah guna. Untuk sementara... Jawapan Add membuatkan Umaiy angkat kening.

“Coffee?”

Add pula mengangkat kening. Anything wrong? Wilda memang suka coffee selama ni... selama yang dia tahu.
“Isk. Dia yang order ke? Pagi tadi dia kata macam nak demam, macam pening. Dah baik ke agaknya. Dah la dia alah pada kafein. Takut makin pening pulak nanti” Tanggungjawab seorang roomate. Fakta-fakta asas macam tu memang kena ambil tahu.

Oooo..... Sedikitpun dia tak perasan yang Wilda sebenarnya tak berapa sihat.

“Hum.. Dia tak cakap pulak yang dia demam ke pening ke apa...” Add sudah ke tepi memberi laluan kepada palajar yang lalu-lalang.

“Tak apalah. Tangok-tengokkan dia je lah. Tadi saya dah cakap kat Wid, kalau dia still tak sedap badan, malam nanti saya minta kawan saya tolong hantar ke PK or mana-mana klinik ke...”

“BF Umaiy ke maksudnya” eh, apalah punya soalan tak jaga adab dengan kawan baru...

Aik suka-suka hati shoot aku dengan soalan macam tu. Memang tak beragak betul Add ni. Umaiy sengih.

“Ok, saya pergi dulu lah. Lapar dah ni.” Janggal betul guna saya-awak ni. Lepas ni, kalau jumpa, jangan harap dah nak guna bahasa sopan macam ni. First meet je dah lah.
“Err.. Maiy, mintak no. phone boleh? Emergency nanti senang...”
__________________________________________________

“Wid, ok ke tak ni?” Sejak lepas solat Maghrib tadi, Wilda baring terus. Sehingga lepas Isyak, dia masih tak bangkit. Kain sembahyang pun masih tidak ditanggalkan.

Umaiy menghampiri Wilda. Di letakkannya tapak tangannya ke dahi Wilda. Panas!

“Pergi klinik nak?” Umaiy sedikit risau. “Nanti aku call Nick, minta dia hantarkan” Dilabuhkan punggung di sebelah Wilda yang sudah berselimut sehingga ke datas dada.

“Sejuklah roomate. Demam teruk dah aku ni...” Cadangan Umaiy tadi tidak disambutnya. Kalau boleh, tak nak ke klinik tapi kalau Umaiy paksa, biasanya dia ikut je.

“Pergi klinik lah. Kejap, aku call Nick” Umaiy bangun menuju ke suis kipas. Diperlahankan kipas sehingga ke kelajuan dua. Lantas dia ke meja studi lalu dicapai telefon bimbitnya.

Belum sempat didail nombor Nick, lebih dahulu panggilan masuk.
Macam tau-tau je...

“Hello...”
Wilda hanya memerhati Umiay dengan mata yang separa tertutup. Dilihatnya Umaiy yang menjeling sekilas ke arahnya lalu berjalan ke luar bilik menuju ke balkoni.

Apa hal la yang private sangat nak cakap dengan Nick tu. Macam tak puas pulak cakap I love you, You love me tiap-tiap malam. Wilda malas melayan. Dirapatkan matanya. Comforter nipis berwarna biru ditariknya sehingga ke leher. Rasa sejuk sudah mencucuk-cucuk tubuhnya. Macam duduk dalam salji dah ni...

Dicapainya pula sweater yang tergantung di dinding dan dikuatkan kudratnya untuk bangun menyarung sweater lalu dia baring kembali. Denyutan di kepala semakin kuat. Dipicitnya kepala dan ditarik sedikit anak rambutnya. Seksanya waktu sakit. Hatinya mengumam. Kan best kalau mama ada, buatkan sup, bubur...

Wilda tiba-tiba teringatkan mamanya. Sejak semester dua dibuka, belum sekalipun dia balik menjenguk keluarga. Sudah hampir dua bulan dia bermukim di UKM semenjak semester bermula. Dah sakit baru ingat mak bapak. Suara itu sudah mula meracun kepala. Sama sakit seperti kaffein yang menguasai keseluruhan kepalanya.

“Roomate” Suara Umaiy mengetuk gegendang telinganya. Lagi sepuluh minit. Siap-siaplah, aku teman.”

Wilda menggagahkan diri bangkit dari pembaringan dengan jemari yang tidak lepas dari kepala. Umaiy, tanpa dipinta terus membuka loker Wilda lalu mengambil selendang yang tergantung lalu membantu Wilda memakai selendang di tangan.

“Naik air...” Wilda merengek. Sempat dia tersenyum menyindir.
“Nasib baik kau sakit. Aku biarkan je kau buli aku roomate” Umaiy membalas sengih lantas menuju ke rak kecil di sebelah pintu balkoni menuangkan segelas air buat Wilda.

Air suam itu pahit saat melalui kerongkongnya. Hanya dua teguk yang mampu masuk. Gelas diletakkan semula ke atas meja. Sambil menunggu, Umaiy segera bersiap. Memang sudah diberitahu kepada lelaki itu, dia akan ikut temankan Wilda. Senang untuk dia papah Wilda. Sangat tidak manis untuk membiarkan mereka pergi berdua.

Tidak lama selepas itu, telefonnya berbunyi. Cepatnya, tak sampai sepuluh minit. Betul-betul risau nampaknya pak cik ni. Bagusla buat calon... Umaiy sengih seorang.

“Roomate, Gen-2 putih dah sampai. Jom. Tak sabar nak naik Gen-2 putih tu”
Wilda ketawa kecil. “Sejak bila Nick pakai Gen-2...”
“Ketawa pulak. Bukan Nick la.”
“Habis, siapa?”
“Add”
Ketawalah. Ketawalah lagi...
________________________________________________________

MC dua hari! Bosan betul duduk di bilik seorang. Nak makan tengah hari pun setakat kirim kawan-kawan yang sudah balik ke bilik, mana-mana yang tak ada kelas. Ataupun, minta tolong kawan-kawan yang kelas mereka petang memanjang. Nasib baiklah ada kawan-kawan, jiran separas yang memang prihatin. Boleh juga menumpang kasih. Hendak tunggu Umaiy, jawabnya memang laparlah dia. Umaiy selalunya balik pukul tiga, pukul empat. Tak makan ubatlah dia jawabnya kalau hendak ditunggu perut diisi dengan nasi bungkus yang Umaiy beli.

Esok sudah boleh ke kuliah. Badannya rasa sudah kuat sedikit. Rasa berdenyut di kepala juga sudah semakin berkurangan. Berkat pil-pil yang doctor berikan. Mujarabnya sama dengan mahalnya. Tiga jenis ubat, melayang hampir RM 40. Tapi, malam itu, rasanya bukan dia yang bayar, bukan juga Umaiy yang biar.

Berlegar di kepalanya mainan semula babak di mana Umaiy dan Add bertolak-tolak tangan berebut hendak bayarkan bil perubatanya. Sorang kata, tak apa, biar aku bayar. Sorang lagi pun kata, tak mengapa, dah susah-susah hantar, takkan nak bayar pula, biar aku je yang bayar.

Semamai-mamai dia malam itu, rasanya tak kabur lagi matanya melihat adegan Umaiy dan Add di kaunter dispensari. Masing-masing saling menolak duit yang dihulurkan masing-masing. Dan Wilda masih ingat senyuman kakak nurse yang menjaga kaunter malam itu. Sengihnya bukan pada gelagat Umaiy dan Add, tetapi pada dia.

Aku!

Dan selama setahun lebih dia kenal dengan Add, tak tahu pula dia yang Add tu sopan orangnya. Selama ini, selamba saja kawan-kawan dia dia ‘bodoh-mangkuk-bangkai’-kan. Malam tu pulak entah datang dari mana angin sopannya, siap tunjuk gentle ala-ala Edward Cullen tu.

‘I’m willing to be yours, hottie vampires!’ pergh...

Masa tu pula entah angin bala mana yang datang, elok-elok je sampai di klinik, tangki tenaga memang dah tahap sifar dah. Nak berdiri lepas keluar kereta pun dah macam orang mabuk. Umaiy yang kalau berdiri sebelah kaki pun rasanya lagi kuat dari dia.

Boleh pulak nak rebah pengsan lepas keluar dari kereta. Nasib baik Umaiy ada. Add pula agaknya kasihan tengok Umaiy yang terkial-kial mencari kudrat tambahan nak papah dia boleh pulak tawar diri nak tolong. Nak tolong, tolong je la. Tak payahla....

“Err.. Wid.. I nak pegang you ni”


Dan memang dia tak mampu nak rasa malu ke segan ke, atau nak tukar warna pipi jadi merah ke pink ke. Memang spontan je dia angguk dalam keadaan di bawah sedar. Hendak letak halal haram waktu tu pun memang langsung tak sempat. Disebabkan rasa nak pitam, nak pengsan waktu tu menyebabkan dia berserah je. Takkan hendak biarkan Umaiy yang papah dia sorang-sorang.
Teringat macam mana kuatnya pegangan Add pada lengan dia. Kuatnya macam tak nak lepas. Walaupun tak sampai lebam berbekas pada lengannya, tapi rasanya hatinya cukup berbekas.

Ah sudah... Ni kenapa pulak laju je jantung aku main kompang ni.

“Beratnya roomate you ni...”

Tak pekak lagi telinganya saat Add ungkapkan frasa tu kepada Umaiy.
Kalau dia kuat dan mampu waktu itu, memang dia dah gelak, siap boleh luku sekali kepala mamat tu. Dia tak tahu ke, bab berat-berat ni memang sensitif untuk perempuan? Suka hati dia je hina-hina aku macam tu. Sajalah tu tak tambah malu aku.

Alamak... sekarang baru Wilda tahu apa maksud malu. Tak tahu macam mana hendak berdepan dengan Add esok. Padahal, memang boleh kalau buat tak tahu sebab dia yakin Add tak perasan pun yang dia cukup sedar masa dialog-dialog tu keluar dari mulut Add. Buat macam tak ada apa-apa sudah. Suara dikepalanya cuba menyimpulkan.

Huh...

Malam tadi ada juga Add buzz dia di YM, tanya dia dah sihat ke belum. Kalau hendak diikutkan, dari siangnya, dia dah boleh bangun dan bergerak. Kalau setakat hendak ke tandas, tak payah dipapah. Tapi, entah apa pula penyakit yang datang, masa hendak diletakkan jari-jemari di keyboard untuk memberitahu yang dia semakin sihat, menggigilnga bukan main lagi. Nak taip satu huruf pun, boleh pulak fikir patut ke dijawab. Tak jawab nanti nampak sombonglah pulak. Dah sah-sah status dia available, suka-suka hati tak nak layan. Apa kata Add... orang sudah berbudi, tak reti pulak nak berbahasa... Kalau dijawab nanti, nampak sangat sihatnya. Sakit-sakit pun, ada selera lagi nak YM-YM. Duduk diam-diam sudah.

Konflik dalaman betul...

Lama-lama, dijawab juga. Dengan trick baik, setiap satu mesej dari Add, ditunggunya empat ke lima minit sampai bosan agaknya lelaki itu menunggu. Alasan Wilda, tak berapa larat nak mengahdap laptop, tengah berkeinginan untuk baring saja. Kepala tak berapa mampu nak tegak...
Tak berapa mampu...
Sampailah ketikanya Add minta diri untuk sign out, nak tidur, kelas ganti jam lapan... katanya...

______________________________________________


“Kalaulah hari ni ada question of the day, what would you probably ask?” Fara menyuakan rojak ke mulutnya. Menu pertama yang akan memberinya tenaga untuk hari ini. Walaupun sudah jam sepuluh pagi, dia masih belum menjamah walaupun biskut kering dan milo untuk sarapan pagi sebelum kelas jam lapan tadi. Nama je budak Food Science, diet sendiri tak reti nak manage. Nasib baik tenaga simpanan semulajadi ni memang sentiasa penuh... Fara.. Fara...

“Kalau you?” Ijad membalikkan soalan yang sama kepada Fara. Tanya aku pulak. Tiada reaksi. Lama Fara berfikir sedangkan jawapan yang berbentuk soalan itu memang sedia ada dibenaknya.

“Hum...” Sesudu lagi rojak disuakan ke mulut. “Apasal Wilda tiba-tiba bertukar jadi ratu kebaya hari ni? Sopannya lain macam. Nak duduk pun malu-malu...” milo ais pasangan ideal si rojak disedut.

“Err.. kau masuklah dulu, aku duduk tepi sekali” Ijad mengajuk dialog Wilda semasa kuliah Profesor Salam pagi tadi. Terhambur tawa kedua-dua mereka.
“Yang kawan you tu pun, tiba-tiba hari ni jadi bisu tu apasal? Kena sampuk ke apa?” Teringat pula si Add yang sepatah haram pun tak bercakap lagi dengan si Wilda. Wilda cakap berdua dengan Fara, Add borak berdua dengan si Ijad. Komunikasi tunggal berkumpulan seperti selalu hari ni seperti sudah terbelah dua. Nak kata gaduh... Nicenya bergaduh macam tu. Ada sense sweet-sweet pulak...

Ijad menjungkit bahu. “Kalau dah malu-malu tu, adalah tu. You- dah-curi – hati- I, -I dah-curi-hati- you lah tu agaknya... Eh tapi Add mana pernah malu-malu. Dia tu kalau suka dia straight je cakap. Kira beranilah. Agaknya sebab Wid yang macam nak lari-lari, so I guess Add tengah bagi ruang kat Widlah tu kut” Ijad meneka lagi. Sakan dia mengusik tuan punya badan yang tiada ketika itu.

Hampir tersedak Fara dengan Frasa-tak-boleh-blah Ijad. Mengusik orang mamat ni memang pandailah. Cuba dia kena. Baru hari tu kawan-kawan kenenkan dia dengan budak kimia, makan sama-sama duduk semeja, nak say hi pun dah macam tercekik sudu. Ijad, heboh kat belakang je... depan-depan, sama spesis je dengan Add tu.

“Ni, mana kawan you tu? Kat mana bawa diri tu?”
“Konon-konon pergi library, return buku dengan alasan dah lebih tarikh. Padahal, macamlah aku tak tahu, tak nak makan semeja dengan Widlah tu. Wid pulak, mana hilang? Habis kelas, tergesa-gesa je hilang. Demam apa pulak lagi tu?” Selamba rojak yang berbaki di pinggan Fara dibedalnya. Lebih selamba, milo ais Fara yang masih tinggal separuh ditalanya. Dah biasa.... terima jelah kawan yang dahagakan kasih sayang macam ni...

“Nak breakfast dengan roomate. Klise betul reason tu...” Fara membiarkan Ijad menghabiskan baki makanannya. Semoga kau mendapat isteri yang solehah Jad...
“Ish, tak pernah aku tengok orang yang obsess dengan rumet sendiri macam diorang tu... songsang sisi ke apa?”
“Ish you ni!” lengan Ijad ditepuknya kuat. Ijad berkerut.
“Bisa tangan you ni. Pukul sikit dah sakit.” Digosoknya lengan bekas tangan Fara.
“Tak ada teori lain ke selain teori songsang you tu?”
“I gurau lah...” Dia mengumam. Lambat-lambat dia mengeluh. “Dua-dua tak nak duduk makan semeja, at last, dua-dua pun absent. Dah, jom a gerak”

_____________________________________________

BAB 6
Menghadap buku selama dua jam cukup untuk membuatkan urat-uratnya rasa nak putus. Sejak lepas solat Maghrib tadi sehingga hampir jam sepuluh malam tanpa mengangkat kepala cukup untuk menjadikan dia hamba ilmu. Itupun, belum mampu dikuasai pelbagai teori dan formula-formula yang menjadikan sel-sel otaknya bergumpal. Setiap hari dengan rutin yang sama sehingga awal pagi membuatkan dia lupa betapa sistem tubuhnya perlukan rehat dari terus untuk bekerja. Kegagalan lalu menjadikan Hazman pendahaga ilmu yang setia.

Mungkin sekejap sahaja perubahan ini. Tapi selagi dia menjadi dia yang ‘ini’ , yang cintakan ilmu pengetahuan, yang cintakan masa, sebelum mendapat seru untuk berubah, sebelum dihasut kawan-kawan untuk mengisi masa senggang di maple macam semester lepas, insya-Allah masa ini akan digunakan sebaiknya.

Hazman mengangkat kepala. Berniat mahu berehat. Dia mengeliat kecil, memusingkan tubuh badannya ke kiri dan ke kanan untuk mengembalikan posisi urat-urat badan ke posisi yang betul... jangan tersimpul... Dan saat itu terpandangkan perlakuan kawan sebiliknya.

Angau... angaulah kawan aku ni... ditolaknya anak-anak rambut ke belakang.
“Laptop kau depan mata, yuran internet kau dah bayar, signal pun superb kat sini, apa agaknya yang buat kau rasa berdosa sangat nak buzz dia tu?”
Idzhan berpaling dari meja studinya. Mata Man masih terpaku pada buku rujukan dan nota-nota kuliahnya. Sah, ayat tu memang untuk aku. Dia bercakap dengan aku.
“Iya, aku cakap dengan kau ni”

Macam bercakap dari hati ke hati pulak. Tau-tau je aku fikir apa.

“Susah nak buat macam tak ada apa-apa padahal memang ada apa-apa...”

Idzhan garu kepala. Handout Proffesor Zakiah satu pun tak lekat di kepala walaupun sepuluh kali diulang baca. Ayat-ayatnya sudah mampu dihafal. Cuma maksudnya tak tahu apa.

“Dah kau yang nak buat macam tak ada apa-apa. Kalau aku jadi dia, dah lama aku blah. Lama sangat tunggu, baik aku cari orang lain” sinis tapi kedengarannya sangat tepat.

Idzhan telan liur. Orang lain? Dah terlambat ke?

“Kau rasa dia dah ada orang lain ke?” Macam loser pulak soalan tu. Come on Idzhan, mana pergi gentlemean kau tu... Susah sangat ke nak cakap tiga perkataan tu... Tak susah, tapi bila dah berdepan tu... Semangat tu macam kena rentap...

“Bro... kalau dia still single pun... Takkanlah tak ada yang nak try. Barang baik tu...” Helaian nota diimbas kosong. Sekadar syarat... berbual sambil membaca... tapi... tak jadi... tak jadi. I’m into this conversation.

Man dah mula tutup buku. Dunia ilmu dan dunia nyata perlu dipisahkan. Kawan aku ni memang perlukan consultant. Belajarnya bukan main pandai. Bab ni, dah lama dia nampak Idzhan memang fail. Ataupun... tak buat istikharah lagi kut... tau yang kelam je tu.

“Dulu masa kat KMPP, dia ada cerita kat aku ada practicum-mate dia yang nak try dia” teringat email dari Wilda. Gaya happy je bercerita ada orang informally proposed dia. Panjang betul email dia. Siap mukadimah tanya khabar, dah studi sampai mana, bila exam... bla bla bla. Tercabar jugaklah hati rasanya bila bunga yang dah lama dibelai jaga, tiba-tiba ada kumbang yang cium-cium bau. Uish...

“Dah tu, dia terima ke?” walaupun dia tahu jawapannya.
“Dah tentulah tidak...”
“Tau pun... Kau faham tak tu maksudnya?”
“Maksud apa pulak...” Pening. “Ada maksud tersirat pulak ke?”

Ya Tuha kawan aku ni. Nama je masuk university, top ten scorer dalam school of engineering, tapi rupanya fail rumusan. Nak cari isi tersirat pun tak tahu teknik rupanya. Patutlah SPM semua 1A, 2A, tapi BM dapat 3B. Malu betul jadi anak Melayu.

Man sudah beralih duduk. Dari kerusi ke katil. Kaki di lantai. Siku diletakkan atas sedikit dari lutut. Jemarinya disatukan, tubuh di bongkokkan sedikit, gaya sang bijak pandai.

“Betul ke kau tak tahu ni?” tak puas hati betullah aku.
“Apanya?”
“Dah sah-sahlah dia suka kat kau tu. Dia sengaja bagitau macam tu nak bagi kau tercabar. Kalau boleh nak kau admit jugak yang kau suka kat dia. Takkanlah dia nak cakap dulu dia suka kat kau. Kira dah cukup baik dia bagi hint macam tu, itupun kau tak dapat nak baca” entah faham ke tak tu.
Dahi Idzhan berkerut merumuskan input Man. Rasanya faham, dan rasanya realise juga maksud tersirat tu... Tapi tak tahu nak aplikasi macam mana ataupun merencana tindakan seterusnya. Maklumlah, masa tu mana ada consultant macam sekarang ni.

Nak guna bahasa apa pulak ni. Man sabar menanti reaksi Idzhan.

“Kau tahu kan prinsip aku. No commitment in a period of degree seeking” walaupun rasa macam prinsip itu terlalu lapuk.
“Kau ni kelakarlah. Biasalah tu belajar sambil bercinta. Kau nak tunggu sampai bila. Kau nak tunggu dah kerja, dah kaya, masa tu mana ada yang single dah. Masa tu semua dah sibuk kumpul harta nak kahwin dah. Bukan masanya baru nak cari-cari. Itupun kalau budak UKM tu single lagi. Kalau buatnya dia frust tunggu kau, siap suruh mak bapak dia terima siapa-siapa je untuk jadi partner, baru kau nak gigit jari agaknya. Come on la bro, dulu masa sekolah, bukan main romeo lagi kau kat dia. Baik punya taktik bagi dia berbunga-bunga sampai merah pipi bagai... Ni dah balik zaman Hang Tuah sampai tak ada kuasa nak bersuara ni apasal?” Selamat dapat satu ceramah panjang. Free je tu jadi consultant untuk bawak roomate sendiri yang sesat tak jumpa jalan yang terang-terang terbentang tak ada hijab depan mata. Tinggal lalu je.

“Aku sampai level tu aku dah pass dah. Yang tak pass ni nak buat ayat nak propose tu...”
“Cakap je kau nak dia jadi girlfriend kau. Nak propose beriya buat apa, belum nak kahwin lagi dol...”
“Cakap macam tu je ke. Proper ke macam tu?”
“Dah kau nak buat skrip segala pulak ke? Direct je sudah... Tak payah nak bunga-bunga, nak petiklah, kumbanglah, drop je semua tu. Straight to the line je...” Payahlah nak fahamkan amatur ni...
“Nantilah aku fikir dulu...” Tapi dalam kepala dia seperti nekad akan sesuatu. Rasa dah cukup pedoman dah ni. Cuma perlu masa je...

"Men still love following their will
and fear following the will of the prince;
and therefore,
a prince must follow
what he feels is correct
and not the feelings of others"
-Maquiavelo-



Pulak... Punyalah panjang aku bagi pedoman tadi, tak berkesan jugak ke kat kepala dia. Man rasa dah give up. Ni selagi tak settle, selagi tak cakap kat budak UKM tu, dah sah-sahlah hari-hari termenung depan laptop tu. Macam mana lagi nak tolong pun dia tak tahu. Hari-hari dia cuba buat ayat yang lain sikit. Niat nak basuh otak Idzhan dengan input-input yang berguna, yang boleh diterima akal. Siapalah yang lebih dahulu basuh otak kawan aku ni sampai boleh set prinsip yang lapuk macam tu...
Parahlah...

1 Comments


haha...lampi la idzhan ni..mmng ancient habis..tp btulla. papehal degree come 1st. sijil matrik x laku weyh..aku pun brainwash diri aku mcm tu dulu hehehe. (cant wait to know wut idzhan will do...admit his feeling or let it go wif his ego)??

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.