0

BAHAGIAN 3

Posted by Daisy Biru on 10:47 PM in
BAB 4

“Will u be my charming princess?” Mungkin itu frasa paling indah yang pernah dia dengar. Bila impian yang selama ini dipendam, kini benar-benar di hadapan mata. Tak perlu dengar kata orang lain. Tak perlu tanya orang lain untuk buat keputusan. Hanya dengar kata hati.

“I will...” akhirnya. Hati di dalam semakin bergendang kuat. Hanya dia yang tahu betapa dadanya hampir meletup dengan degupan yang sebegitu. Tuhan...

Orang kata dunia bercinta juga ada fasa-fasa tertentu. Bermula dengan bahagia, makin bahagia, konflik, bahagia, konflik besar dan akhirnya merudum. Kalau ditukarkan dalam bentuk graf, mungkin boleh dilihat kecerunannya yang semakin naik sehingga mencapai kecerunan maksimum dan akhirnya menunjukkan kecerunan negatif sehingga tahap sifar. Kalau dah masuk tahap sifar, mungkin sudah masuk fasa putus hubungan.
Tapi, siapa peduli. Kalau hati dah bahagia berbunga-bunga, memang I rasa you ni hidup dan mati untuk I lah.

“Lets live our lives sama-sama. Susah senang sama-sama. Sakit you, derita you, happy you, I nak jadi orang yang sentiasa berdiri sebelah you... walaupun er... tak sama tinggi...” hanya tawa kecil yang terhambur. Bahu gagah sang teruna ditepuknya perlahan.

Mungkin ayat paling menggelikan untuk didengari oleh orang-orang ketiga dan keempat yang mendengar tapi.. hei siapa peduli. Its just the matter of us. Tak kiralah siapa, ayat macam tu wajib rasanya. Sekurang-kurangnya-kurangnya untuk tunjukkan betapa sayangnya sang teruna pada gadisnya? Kan?

‘I sanggup mati untuk you’ ayat itu tidak tergamak untuk diperdengarkan kepada sang teruna. ‘...sebab I tak sanggup nak tengok you hidup tanpa I’. Bukan! Jawapan tu zaman Laila Majnun bolehlah. Untuk zaman yang ceritanyanya dah boleh mencecah cinta octagon sekarang ni, jawapan yang lebih sesuai mungkin adalah... ‘...sebab I tak sanggup tengok you dengan orang lain kalau I tak ada’. Maklumah, banyak sangat seginya.

“You okey tak? You ada masalah? Dalam lecture hall tadi, I tengok you termenung tak ingat. Mati-matilah I ingat you hafal formula struktur triptofan. Rupanya, mana asid amino penting, mana asid amino tak penting pun you tergagau-gagau lagi nak jawab” Masa itu, prihatinnya tak dapat nak dikata. Ada masalah atau tidak, senang je nak scan. Sedih atau happy, lagi senang nak trace.

Sebab?

“Sebab... Mungkin Tuhan itu dah ada janji untuk kita. Naluri I kat you kuat. Apa yang you rasa, itulah yang I rasa” Ya Tuhan... manisnya bahasa. Hebatnya macam pendita. Siap boleh tahu lagi Tuhan dah janji apa. Tapi...

“Entahlah, mungkin I pun rasa yang sama. Mungkin we’re meant to be together... I hope”

Manis sungguh bahasa masing-masing. Fitrah manusia berkasih sayang agaknya. Tak payah susah payah belajar bahasa-bahasa warkah biru berlagu macam tu. Semuanya terkeluar secara semula jadi.

Bukannya macam nak buat karangan PMR SPM dulu. Nak buat ayat pun dah makan masa berminit-minit. Paling susah nak cari perbendaharaan kata semata-mata nak tunjuk pada cikgu yang dia ada ilmu yang luas selain dari apa yang dipelajari dalam kelas. Kalau tak, cikgu akan cakap, ‘Awak ni tak baca surat khabar di rumah ke?’. Kalau ditakdirkan buat rumusan lagilah payahnya. Bilangan patah perkataan yang terhad tapi isinya padat dan mantap. Dari ayat yang tersusun panjang dalam kepala, nak diterjemahkan kepada 7 perkataan dalam satu ayat memanglah tergaru kepala. Walau bagaimanapun bagaimanapun kepada namun... itu pun tak terfikir kadang-kadang.

Tapi kalau dalam subjek hati dan perasaan ini...

I love you dah cukup untuk merangkumi...
‘Saya cinta kat awak sampai mati’
‘Selama mana laut tak kering, selagi itulah cinta saya bertakung untuk awak’
‘Semasin air laut, setepu itulah rasa cinta saya untuk awak’
‘Saya tak mampu nak hidup tanpa awak’
Atau... ‘Will you be mine forever?’

Cuma kalau nak panjangkan sedikit ayat I love you tu... bolehlah ditambah satu perkataan lagi which is...

“I really love you”
“Me too” dengan muka ikhlas.
“As much as I love you?”
“May be more” mata sang teruna di tatap dalam namun kalah juga lalu dialihkan pandangan.
“Apa ni... kalau macam tu, dah tak sama banyak dah. Tak bolehlah guna ‘me too’ tu” Pipi si gadis dicubit perlahan. Cubit comel... kononnya.


Kalau dah kata cinta sayang tu setepu air lautan, rasanya memang tiada apa yang boleh menggangu-gugat suatu perhubungan. Kalau wujud orang ketiga dipihak sang teruna mahupun si gadis, boleh main tolak-tolak je orang ketiga tu rasanya. Sebab lautan tu, kalau hujan berkurun pun, sama saja masinnya. Tiada apa yang mampu mengubah kalau bukan dengan izin Allah. Sama jugalah situasinya dengan bercinta. Datanglah orang ketiga ke, keempat ke, empat setengah ke, kalau I dah kata I cinta kat you tu, sampai mati I pegang kata hati I. Tak ada sesiapa yang mampu mengubah rasa hati I untuk you.

Kalau macam ni sekali, memang kalahlah hikayat-hikayat cinta zaman dulu-dulu. Laila Majnun ke, Uda dan Dara ke... Hei, I pun apa kurangnya, I sanggup sama-sama tempuh bala dengan you tau!
Kalau hati dah suka, wangi busuk, cacat cela semua tu tolak sebelah je lah. Dah nama pun manusia, mana ada yang sempurna. I terima you seadanya... (setakat inilah)
“Wid, I really love you. No doubt”... senyum.

Wilda lantas mengubah posisi tidur. Apa mimpi yang bukan-bukan ni...


______________________________________________________

“Uma beli nasi kerabu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Suara Sukmawati memecah keheningan pagi. Wilda bediri sedikit daripada tempat duduknya, tersengih dia pada rakannya yang hanya dipanngil Uma yang masih belum mengambil tempat duduk, sedang menuju ke arah meja kecil di tepi tingkap meletakkan satu plastik berisi beberapa nasi kerabu bungkus.

“Uma, sedapnya....” Wilda sudah menuju ke arah tempat duduk Uma yang agak jauh dari tempat duduknya. Uma yang baru melabuhkan punggung ke kerusi terus menekan butang on pada komputernya. Awal pagi memang biasanya digunakan untuk aktiviti peribadi. Facebook, email, YM dan segala macam laman sosial yang dia ada.

“Hee. Nanti tengah hari la. Takkan pagi-pagi nak makan nasi kerabu. Sakit perut nanti” suara Uma sudah bertukar halus. Gaya comel.
Wilda menarik kerusi Mimi yang terletak tidak jauh dari kedudukan Uma. Mimi masih belum tiba di pejabat. Maklumlah, antara ramai-ramai mereka, rumah Mimi adalah yang paling jauh. Berulang-alik dari Bandar Seri Putera Bangi, mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke pejabat. Itupun andainya jalan raya lancar.

“Wid macam mana? Dah nak kahwin ni kan. Dah jumpa orang tua Iffan kan? Harap-harap kali ni semua okey ye busuk” Uma membuka topik perbualan pagi. Wilda mengeluh. Bagus punya topi pagi. Sesi memanaskan kepala otak sebelum memerah idea menulis rencana.

“Dah jumpa dah. I don’t think diorang sukakan aku la. They don’t look warm lah Uma” Uma segera menunjukkan minat pada jawapan Wilda. Takkanlah...
“Ala... perasaan je tu kut. Lagipun agaknya diorang terkejut, yelah si Iffan tu nak kahwin cepat sangat. Macam tergesa-gesa je. Jangan fikir bukan-bukan ok” Paparan laman web facebook tertera di tetingkap. Setelah memasukkan kata laluan, butang enter ditekan kuat. Pap!

“Hum, mungkin...” Wilda malas bercerita lanjut. Mungkin aku yang fikir bukan-bukan agaknya. Dia sedaya upaya menyedapkan hati sendiri.
“Lambat Gee dan Mimi datang hari ni. Nak breakfast kat luar tak?”

Maklumlah, masing-masing sama-sama membangunkan syarikat penerbitan yang sama. Atas hasil usaha sendiri, duit modal sendiri, maka undang-undangnya pun sendiri. Modal terbesar pastinya datang daripada Zul, setelah enam tahun melibatkan diri dengan penerbitan dan kerja-kerja mengedit di syarikat lain sebelum ini. Dan kini, mereka sedang giat menerbitkan majalah berbentuk informasi. Pembaca sasaran, pastinya remaja. Wilda, tulang belakang disebalik ruangan info kesihatan dan nutrisi manakala Sukma cerpen dan novel remaja. Gee pula info-info semasa dan rekreasi serta beberapa penulis yang lain. Cuma antara mereka, Mimi pemimpinnya. Kiranya penolong ketua editor.

Hendak dikata untung, bolehlah. Baru kecil-kecilan. Promosi masih lagi giat dijalankan.Utara, selatan, timur, barat. Mana berekesempatan, mereka akan sama-sama menjalankan tanggungjawab. Selaku peneraju, kerja-kerja di peringkat bawahan sama-sama kena buat. Buka booth, promosi di sekolah, berurusan dengan pencetak, semuanya dibahagi sama rata. Nak kata goyang kaki buat kerja dalam pejabat semata-mata, jangan haraplah.

“Breakfast dekat gerai nasil lemak kat Bukit Amanlah.. Mengidam sambal dialah” Wilda mencadangkan. Terbayangkan nasi lemak daun pisang dengan sambalnya yang menggamit selera. Manisnya lain, pedasnya lain. Pagi-pagi begini, memang penuh. Yang payahnya, mencari tempat duduk. Kawasannya strategic, berdekatan dengan kompleks-kompleks kerajaan.
“Uma ikut je...” Uma sengih.

“Morning everybody!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Suara bernada tinggi mengetuk gegendang telinga tiba-tiba. Pintu yang dibuka macam nak merompak sama laju dengan lontaran suara. Selalunya dengar pintu dibuka dulu, bunyi suara yang lambat. Dada diurut perlahan. Kak Gee ni pun... Bukannya reti nak bagi salam ke apa. Tau-tau, awal pagi dah menjerit. Tak padan dengan dewasanya.

“Weh, tak ada sopan-santun ke?” Uma pula menjerit. Kak Gee terkekeh-kekeh ketawa. Wilda malas ambil peduli. Dua-dua suka menjerit. Tumpang ketawa je cukuplah.

“Ha, dah dah. Karang gelak besar-besar sampai sesak nafas pulak” Uma mengingatkan. Betullah, kak Gee ni kan ke athma. Tak cukup nafas nanti, payah pula. Baru dia tahu nak diam masa tu. Wilda sudah kembali di tempat duduknya.


Letak duduk hijabnya segera diperbetulkan. Datang pagi tadi, memang kemas lipatannya. Bila dah menghadap kerja-kerja menulis mengedit, selari dengan pusingan kepala otak dia mencari idea, segala macam kesempurnaan fizikal memang hilang. Baju berkedut seribu, Hijab pun dah senget sebelah.
Jam di dinding belakang Syahrul, si penjaga akaun sudah menunjukkan angka 12 tengah hari. Waktu makan tengah hari lagi sejam. Jemarinya lantas bermain dengan mouse. Mahu berehat sebentar. Lantas dia membuka laman web TV3. Sebelum ini, waktu kerja-kerja menulis tak banyak, dia memang rajin menonton online. Cuma sejak akhir-akhir ni, banyak pula drama bersiri yang dia terlepas. Habis kerja biasanya jam lima, tapi ditambah satu jam lagi. Undang-undang sendiri juga. Dia lebih suka merangka idea awal untuk penulisan hari berikutnya pada setiap petang sebelumnya.

La... email mana yang aku guna dulu... Dia garu kepala. Email bukan main banyak lagi. Gmail, yahoo... Password pun dia dah lupa.
Akaun Gmail mungkin. Password, 786589... agaknya...

‘Incorrect email and password’ Apalah...
Trett...... tret....... terasa meja sama bergetar apabila telefon bimbitnya berbunyi, beserta vibrating effect. Kacau...

“Hai sayang...” Sejak bila pulak tukar nama panggilan ni...
“Ha... Tiba-tiba call ni kenapa. Tak sibuk ke?” Malas melayang mood gatal Iffan yang datang tiba-tiba. Nak tergelak dia dibuatnya.
“Nak ajak you lunch. I datang ambil you kat office nanti. Okey tak?”
Ala... Tak kena masa lah cik abang oi.
“I dah janji dengan my colleuge nak lunch sama-sama. Next time ok. Esok ke... atau lusa mungkin” Wilda masih cuba memasukkan kata laluan lain yang biasa dia gunakan. Masih gagal. Mungkin tak kena email dan kata laluannya. Serabutlah...
“Susahnya nak ajak you lunch. Kata syarikat sendiri, rules sendiri...” suara di hujug talian merungut.
“Rules sendiri tu memanglah. Tapi janji tetap janji. I dah janji dengan diorang. Lusalah ok, I janji dengan you. Lusa, memang I tak benarkan diorang kacau janji I dengan you. Promise” automatik sebelah tangannya naik menunjukkan isyarat janji. Seketika kemudian, diturunkan semula... hehe, tak perlu kut.
“Whatever you say Wilda. You tengah buat apa tu. Writing something? Dari tadi I dengar you menaip” Pak cik ni...
“I tengah nak log in TV3 ni, tapi tak dapatlah. I tak ingat which email and password yang I guna dulu. Dah lama tak buka”
“You boleh lagi bersantai-santak masa kerja... You tak sibuk ke. You nak tengok apa ni...”
“Apa-apalah yang I dah missed. I baru lepas buat draf untuk my new article, tak tulis pun lagi. Penatlah, ingatkan nak rehat kejap”
“You guna my email and passwordlah. I pun dah lama tak buka. But I guess I ingat lagi” perli aku pulak...

Beberapa minit kemudian, talian diputuskan. Kesimpulan daripada perbualan dengan bakal tunang, puas hati! Tak ada yang merajuk sebab tak dapat lunch sama-sama. Iffan mana suka buat gaya merajuk. Relaks je dia terima alasan apa pun. Asalkan munasabah dan ada toleransi antara dua-dua pihak, maka dia pun tak banyak hal.

Serentak dengan itu juga, dia berjaya log in. Email dan password Iffan Khairuddin. Melihat-lihat senarai-senarai siri baru, drama terbaru, menarik. Tapi, nama nak tengok sekarang, tak mungkinlah. Mimi nampak nanti, sah-sah kena tegur. Enak aja nonton masa kerja. Tak beretika langsunglah suka-suka hati curi tulang melebih-lebih walaupun syarikat sendiri. Itu pun dah diberi kelonggaran dari apa yang sepatutnya. Disiplin dan prinsip kena patuh beb.

Bosan dengan apa yang tertera, dia terus menekan symbol x pada hujung atas tetingkap. Sambung kerja lagi baik. Sekejap je lagi nak sampai lunch hour Wilda. Kerja. Kerja. Suara-suara positif sudah mula menjalankan peranan. Wilda akur. Terus dia menaip sesuatu pada enjin carian google.
‘Trans fatty-acid’ Klik!


Selesai sahaja makan tengah hari di pantry bersama rakan-rakan yang lain, Wilda kembali ke mejanya manakala Gee, Uma dan Mimi terus ke bilik solat. Wilda bersandar dan memejamkan matanya. Keuzurannya tiga hari yang lepas membuatkan dia cepat letih dan mengantuk. Masanya yang ada lebih gemar diisi dengan melelapkan mata. Dapat sepuluh minit pun, jadilah.
Bermacam-macam masalah kecil yang terbayang dibenaknya. Tunang, kahwin, parents Iffan, fatty acid, poly, monounsaturated fatty acid... apa ni...
Mata dicelikkan. Satu idea nakal muncul dibenaknya. Wilda, jangan buat yang bukan-bukanlah. Ada satu suara di kepalanya yang melarang. Sekali-sekala... Dia tersengih sendiri.

Facebook.
Iffan_k@yahoo.com
Kata laluan : NCH****
Enter!

Bapak senang. Wilda sengih nakal. Sorry sayang, kadang-kadang penguatkuasa kena buat pemeriksaan tambahan. Tehehe...
Inbox: 2 new messages. Klik.
Sender: Syida Zainul Ariffin.
Satu: Abang, takkan nak bermastautin terus kat rumah Papa and mama. I miss you.
Dua: Why did you beat him? Dia tak salah ok.

Tiga... sumpah rasa nak pengsan. Air muka berubah terus. Apa semua ni? Iffan? Syida? Zainul Ariffin? Betullah itu nama Uncle Ipin, jiran lama dia semasa di sekolah menengah. Apa hubungan Syida dan Iffan. Diamatinya pula tarikh mesej itu dikirim. Minggu lepas! Ya Allah. Jadi, Iffan pun dah lama tak buka akaunnya. Cepat-cepat kedua-dua mesej itu dibuangnya. Tangannya mula menggigil. Sejuknya rasa penghawa dingin serasa sudah membekukan seluruh tubuh. Apa yang ditekan, apa yang dicapai, terasa dah tak kena.
Cepat-cepat dia klik pada log out dan di log in pula akaunnya sendiri.
Syida Zainul Ariffin. Search!

Jumpa! Degupan jantungnya sudah melaju tiga kali ganda. Air mata sengaja ditahan-tahan. Janganlah tumpah sekarang... Ya Allah, kuatkanlah...
Syida. Teman lama semasa di sekolah. Gadis yang dirasakan bertuah kerana mendampingi Iffan mendahului gadis-gadis lain. Gadis-gadis lain yang Iffan tak pandang langsung. Termasuk dia. Iffan tak nampak langsung pun. Cinta budak-budak hingusan. Cinta monyet. Tak ada kesan pun, kata Iffan dulu. Tapi, ini apa?

Dia cuba klik pada bahagian foto. Namun, tiada foto yang available buat strangers seperti dia. Terus dia klik pada bahagian mesej. Menghantar mesej pada Syida untuk bertanya, dia sendiri tidak tahu menilai apa patut atau tidak.

Syida. Aku, teman lama. You and Iffan, explanation please.

Tangan sudah memangku kepala. Berat rasanya untuk dibiarkan tegak menghadap skrin komputernya. Hatinya mengesyaki yang bukan-bukan. Tak akanlah mereka masih berhubungan. Kata Iffan, mereka sudah saling putus hubungan sejak meninggalkan sekolah dulu. Banyak yang perlu dikejar. Mungkin Syida yang masih mengharap, dia cuba menyedapkan hati.
Lama dia menunggu walaupun dia sedar Syida tidak mungkin membalasnya sekarang. Terduduk diam, tidak tahu apa yang perlu dibuat. Tidak mungkin untuk bertanya sendiri pada Iffan, juga tida skrip yang betul tentang apa yang mahu ditanyakan pada Iffan. Hatinya terlalu takut untuk menelah. Bimbang tersalah.

1 new message. Notification itu sudah cukup untuk membuatkan hatinya bergendang kuat.

Call me. 012-4877***

Pendek dan ringkas tetapi cukup menyentap-nyentap jantungnya. Apakah...
Telefon bimbitnya dicapai laju. Nombor telefon yang tertera di tetingkap didailnya tanpa sabar. Seketika, talian disambungkan. Dengar sahaja bunyi seseorang menjawab di hujung talian, dia terus meluru. Lebih pantas daripada lajunya Gee membuka pintu.

“Syida. Please. Explain”
“Apa yang kau nak tahu?”
“Takkan kau masih berhubung dengan Iffan. Kami dah ambil a step ahead. Nak kahwin dah tak lama lagi. Aku nak tahu semuanya. Apa..apa...”
“Betul ke? Kalau itu yang kau dan dia rancang... Urm...” suara itu terhenti di situ... “Teruskanlah. Mungkin dah jodoh kau dan dia” Suara itu menampung sesuatu. Nadanya sudah berubah saat selepas dia terhenti dan menyambung tadi.
“Kau masih mengharap pada dia ke? Sorry, aku tak tahu. Aku tak bermaksud...” dia pula yang kehilangan kata. Teman baik dirasakan jauh.
“Aku sudi terima kau...”
“Pardon me...” Tak faham. Maksudnya apa? Dia terasa semakin iingin mendesak. Kalaulah Syida di hadapannya sekarang...
“We’ve been married. And I’m pregnant” seperti batu yang menghempap kepala. Dia tersandar pada kerusi. Air mata yang ditahan tadi mengalir laju. Takkan lagi sekali... Apa salah aku...
“Sorry???” suaranya meninggi. Tegang.
“You heard me”
“I didn’t” Menafikan sebegini mungkin tidak baik untuk dia. Wilda mengesat air mata. Mencari kekuatan untuk terus bertanya.
“You want me to say it twice?” Tiada nada sinis pada suara Syida.
“Please don’t” akhirnya ketegangan tadi dikendurkan. Dia tak rasa Syida menipu.
“Dah berapa lama?”
“Setahun setengah...” Sekali lagi batu tadi seperti jatuh di kepalanya. Ya Tuhan...

Pap! Telefon bimbit flip ditangannya ditutup terus. Sungguh dia tiada respon untuk jawapan pendek Syida. Terasa hendak tercabut jantung dari jasadnnya. Baru rasanya dia bagaikan pulih dari mimpi ngeri ditinggalkan tanpa sebab. Baru rasanya seperti Iffan itu dihantar Tuhan untuk kembalikan semangatnya yang dah lama hilang. Rupa-rupanya, ujian kali ini lebih teruk.

Tangannya diraup ke muka dan nafas ditarik kuat. Cuba mencari semangat disebalik udara pemberian Tuhan. Mencari jawapan untuk soalan mengapa dia diperlakukan sebegini. Bahu yang sebelum ini dipinjam untuk tumpang menangis rupanya ada tuannya yang lain. Yang lebih berhak. Bukan aku... bisiknya.

Pandangan ditebarkan ke sekeliling. Pejabat masih kosong. Dia cuba mencari mana-mana bahu yang ada untuk mengadu cerita.
Saat itu, pintu pejabat laju terbuka.

“Kenapa Wid?” Tepat pada masanya Gee masuk. Seorang.
“Kak Gee...” Terus dia meluru pada teman sepejabatnya. Gadis itu dipeluknya lama tanpa suara. Hanya esakan kecil yang mengawalnya.
“Eh, kenapa ni?” Uma dan Mimi sudah tercegat di muka pintu.



BAB 5

Beberapa tahun yang lalu... Idzhan & Wilda SPM 2002...



Bangi dan Shah Alam. Kalau dikatakan jauh, namanya memang tipu. Antara UKM dan UiTM. Dekat. Tapi, nak jumpa bersua muka, payahnya. Sejak tamatnya peperiksaan SPM, Matrikulasi, sela masanya sudah setahun setengah. Namun dalam tempoh itu juga, Wilda tak pernah bersua dengan Idzhan lagi. Lepas sahaja tamat SPM, Idzhan terus sahaja ke Adelaide bercuti, ke rumah keluarga abangnya yang bermastautin disana. Antara mereka, hanya email yang menjadi penghubung sementara. Itupun tidak selalu. Maka, hubungannya dengan Idzhan tidak bertanda apa-apa. Tidak naik ke satu tahap mahupun turun ke tahap bawah. Masih lagi baik sebagai teman.

Untuk mengharap sesuatu yang lebih, Wilda memang tidak berani. Rasanya dia bertepuk sebelah tangan. Idzhan tak pernah kata apa-apa. Tak pernah juga memberi hint atau tanda-tanda yang dia suka. Mungkin juga usikan Idzhan dulu-dulu hanya sekadar usikan nakal yang pernah buat dia berbunga-bunga. Dan dia tidak meluahkan apa-apa, maknanya, tiadalah. Huh...

Semasa mengambil keputusan SPM pun tak sempat nak jumpa. Idzhan balik ke Malaysia tiga hari selepas dia mengambil keputusan SPM. Masa itu, abang Am dah einagtkan dia awal-awal. Bila-bila pun dia mahu ke sekolah, abang Am tetap nak ikut sama, nak jadi orang pertama yang raikan kejayaan dia, ataupun orang yang pertma luku kepala dia kalau keputusannya tidak seperti yang diharapkan. Tapi, syukur, bolehlah untuk dia melepaskan diri ke Matrikulasi.

Idzhan nasibnya lebih baik. Keputusannya lebih membanggakan. Err, bukan nasib. Memang dia lebih pandai. Wilda ketuk kepala. Dia ke KMJ Idzhan ke KMPP. Jauhnya usah dikata. Seorang ke utara seorang ke selatan. Berhubung dengan email agak sukar sebab masa tu, masing-masing agak sibuk, computer riba tidak dibenarkan untuk dibawa. Betullah kata orang, jauh di mata jauh di hati. Idzhan seakan semakin jauh. Bukan tak ada telefon bimbit, tapi nama nak mesej atau telefon antara satu sama lain, macam berdosa sangat gayanya. Payah betul.

Teringat semasa dia berkongsi cerita tentang rakan sepraktikum yang ‘cuba-cuba’ ke atas dia. Minggu ni hantar email bercerita, minggu hadapannya baru berbalas. Masa tu, nak sambung cerita pun, rasa dah basi. Ingatkan nak kongsi suka duka ke apa, tapi kalau dah sampai seminggu tunggu, dari suka-suka, berduka sorang-soranglah jawabnya.

Idzhan balas...

“Jangan mudah menerima seseorang kerana dia mahu diterima, tapi terimalah seandainya kita bersedia menerima dia” Serius ya amat... Dah la pendek tu je. Salam tak ada, hi tak ada, bye lagilah. Kalau dah macam tu ayat dia, nak anggap macam mana tu? Suka ke tak? Reply email macam minat tak minat je.

Sampailah masing-masing menjejakkan kaki ke univerisiti masing-masing. Rasanya dah dekat dah tu Bangi dan Shah Alam. Nak ajak minum-minum dia takut. Takut dikatakan terhegeh-hegeh. Padahal boleh je ajak keluar atas prinsip berkawan kan?

Kalau dia anggap kau perasan, kau anggaplah dia perasan balik. Kau ajak dia sebab nak eratkan sillatulrahim sebagai kawan kan?
Urm... soalan apa tu? Tak retilah nak jawab...

“Sudah-sudahlah tu Wid...” Umaiy, roomate dia yang pertama di UKM menyapa. “Dari tadi aku tengok kau termenunglah, mengeluhlah. Kau fikir apa?”

Wilda bingkas bangun. Direbahkannya tubuh ke katil Umaiy. Katil yang membangkitkan selera untuk tidur. Comforter tebal, teddy bear empuk, bantal-bantal comel yang colourful mengalahkan pelangi. Heaven sungguhlah kamar peraduan kau ni Umairah.

“Bear yang ni baru dapat ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni” Teddy bear coklat muda berbulu lebat dipeluknya erat. Syurga dunia...
“Hadiah birthday. Baru dapat semalam” Umaiy baring di sebelahnya. “Bila korang nak up jadi boyfriend girlfriend?” Bear di tangan Wilda dirampasnya. Dia tahu siapa di fikiran roomatenya.
“Oi, kedekut. Tak boleh tumpang peluk ke?” dirampasnya kembali bear dari tangan Umaiy. Ketawa umaiy dibuatnya.
“Kau mintaklah dengan Idzhan tu.” Gila, nak minta-minta pula. Nama pun kawan je.
“Kawan je lah roomate...” suaranya mengendur.
“Hum...” terdiam. “Ke, kau patut bukak hati dekat orang lain?” tiba-tiba pulak perbincangan jadi serius.
“Siapa? Tak ada orang nak lah...” Wilda memejamkan mata, membayangkan seorang demi seorang rakan pengajiannya. Tak mungkin... tak mungkin...
“Siapa-siapalah... Mungkin belum lagi lah tu. Tapi aku tak naklah kau terus berharap. Aku takut kalau hati kau asyik kat dia, nanti orang lain pun kau tak nampak”
Logik...logik... Roomate aku ni dah pandai dah sejak bercinta ni...
“Kawan-kawan sekolah kau yang lain tak ada ke?” Umaiy menyambung.
“Mana contact dah dengan diorang...” Tiba-tiba matanya dicelikkan.
“Oi, kau ni kenapa? Concern sangat aku tak ada boyfriend ni... Nampak macam aku desperate sangat ke nak boyfriend...” Bear tadi dicampak ke muka Umaiy.
“Oi!!!”
“Tidurla. Aku nak sambung kerja jap” Wilda bingkas bangun.
“Roomate, teman gosok gigi jom”.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.