0

BAHAGIAN 2

Posted by Daisy Biru on 8:58 PM in
Sebaik sahaja sampai di rumah, Idzhan tidak segera naik ke bilik. Dihenyakkan punggung ke sofa lalu dicapainya remote televisyen. Seperti biasa tiada apa yang akan menarik perhatiannya untuk ditonton. Rancangan reliti TV, berita, drama, semuanya tidak cukup menarik fokusnya.

Memang kebelakangan ini, fikirannya lebih banyak melayang kepada perkara-perkara lain. Baru dua hari lepas, jahitan pada dahinya dibuka. Tidak dapat tidak ada sedikit kesan parut bekas jahitan yang tinggal. Kenangan kena hantuk kuat pada tiang besi elektrik tepi jalan. Mujur doktor scan, tak ada darah beku. Mujur juga parut itu terlindung dek anak rambut.

Bunyi bising dari dapur menarik perhatinnya. Man dah balik!

“Man, air satu!” jeritnya kuat.
“Siap bos!” suara balasan dari dapur buat dia tergelak kecil. Nasibla kau Man, dapat housemate macam aku.
“Dah macam firaun dah kau ni aku tengok” Man tergelak sambil menghulurkan segelas jus kepada Idzhan dan mengambil tempat duduk di sofa kulit itu.
Idzhan ketawa. Diteguknya jus oren pekat itu rakus. Rasa sejuk mengalir di tekaknya. Nikmat sungguh.
Gila! Macam tiga hari tak minum. Man geleng kepala.
“Macam mana mamat tu? Kau nak buat report tak?” Man membuka topik perbualan.
“Kau nak aku cakap pada polis tu, dia pukul aku sebab kami berebut perempuan?” Mata tak dialihkan dari kaca televisyen.
“Dah tu, kau nak biarkan saja ke?” Man masih tak puas hati. Melampau betul mamat tu. Nak bergaduh, bawak geng, gila tak jantan!
“Aku nak tengok apa lagi yang dia nak buat. Tapi, dia kata dia dah nak kahwin dengan perempuan tu” Idzhan meraup muka. Ada peluang lagi ke aku? Barapa peratus?
“Ada masa lagi. Dia takkan kahwin dalam masa dua tiga bulan ni kot.” Man cuba berfikiran positif. “Nisa macam mana?”

Tiba-tiba wajah Nisa muncul dalam kepala. Cantik orangnya. Sebaya. Sama-sama jurutera. Sama tempat kerja, cuma jabatan lain-lain. Sama-sama buat kerja kasar tapi hati lembut sangat tu. Sensitif memang tak da boleh lawan. Yang penting, bab-bab emosi, Nisalah drama queennya.

Nisa paling rapat dengan dia. Pergi makan dengan Nisa, outstation selalunya dengan Nisa juga. Nisa memang ambil berat pasal dia. Dan dia memang dah agak, kalau lelaki dan perempuan berkawan, mesti akan timbul bab hati dan perasaan. Tidak dia, Nisa. Dan Nisa memang ada hati pada dia. Dah lama rupanya. Tapi hati dia memang ada satu nama. Semenjak dia belajar apa itu rindu, sampailah sekarang, rindu itu sama sahaja isipadunya. Err.. mungkin dah bertambah sedikit... banyak kot.

Minggu lepas, sebelum insiden tu, dia dan Nisa bergaduh dalam kereta. Semuanya kerana dia jadi stalker kepada seseorang. Segala jenis laman web sosial yang wujud sekarang ini, semua dia search nama gadis itu. Wajib setiap hari. Dia rindu sangat pada gadis tu. Hari-hari, kalau boleh, dia nak tahu gadis tu buat apa, statusnya, dan... foto-fotonya. Dah berhijab dah pun sekarang. Alahai...sejuknyalah mata aku tengok dia. Rezeki siapalah agaknya dia...

Dan Tuhan nak tunjuk agaknya. Terkantoi pula dekat Nisa yang dia ni stalker yang tegar. Atau boleh dikatakan stalker yang setia sebab dia hanya stalk Wilda.

“Bai...”
Melayang terus bayangan Wilda. Memang Man yang ada dihadapannya sekarang. Terencat sungguh...
“Dia tak tahu lagi bangunan pejabat Wilda tu satu kawasan dengan ofis kitorang. Kalau dia tahu, kau rasa-rasa meletup tak?”
“Kau tu layan dia baik sangat. Romantik tak bertempat. Kalau tak suka, tak payah bagi dia harapan”
Aku? Bagi harapan? Bila masa bro...
“Aku anggap dia macam kawan baik aku. Mana aku sangka dia ada hati kat aku” ok, aku tipu. Aku boleh agak sebenarnya...
“Sekarang apa strategi kau?”
Idzhan meneguk jus di tangan. Sejuknya sudah hilang.
“Tak ada buat masa sekarang. Tapi aku akan pastikan aku akan pintas mamat tu dari rosakkan Wilda. Aku akan pastikan itu” Idzhan meyakinkan dirinya sendiri.
“Bagus. Jangan harap mimpi dan berangan semata-mata” Man mengingatkan
“Hei. I believe that the dreams are the only lies that can be realized.”
“Mungkin aku akan lebih percaya lepas kau buktikannya” Man terus berlalu ke dapur membawa sekali gelas kosong Idzhan.



“Macam mana kau boleh dapat A dalam Fizik padahal soalan sesenang tu pun kau tak boleh buat?” Idzhan duduk di sebelah Wilda semasa gadis itu berseorangan di perhentian bas.

Dari tadi dari tempat parkir motosikal, dia sudah nampak Wilda yang sedang menunggu. Sengaja dia duduk di motosikalnya untuk memerhati gelagat Wilda. Sekejap-sekejap, dia membaca buku di tangan, sekejap-sekejap dia melihat jam tangannya. Tak lama selepas tu pula, dia bersandar pada tiang pondok menunggu bas sambil memandang kereta yang lalu lalang. Bosan sangatlah tu gamaknya. Tak tahan melihat gelagat wilda yang beraksi sama sehingga setengah jam lamanya, dia menghidupkan motosikalnya dan berhenti betul-betul di hadapan Wilda.

Masa itu, pipi Wilda dah memerah. Comelnyalah gadis sebelah aku ni.

“Otak aku bukan otak Einstein.” Dia tahu Wilda geram.
“Mungkin otak aku lah yang otak Einstein agaknya” Idzhan cuba membakar. Payah sangat ke aku nak cakap aku ni sebenarnya dah lama ada hati kat kau Wida.
“Mungkin” Wilda malas melayan. Baru tadi rasa Idzhan macam penyelamat, sekarang rasa macam Idzhan tengah bakar sate. Terbakar terus hatinya.
“Kalau kau belajar dengan aku mungkin kau boleh jadi macam aku?” Idzhan menduga.

Ya Allah, pandai sangat ke kau ni? Tangki riak sangat ni kenapa? Tempat duduknya dah mula panas. Idzhan yang duduk di sebelahnya tidak langsung di pandang. Sepatah perkataan yang keluar dari mulut pemuda itu menyapa telinganya, dia menjawab sambil mata tak lepas dari memandang jalan.

“Kau ingat kau seorang je ke yang boleh selesaikan soalan macam tu. “
“Kesnya bukan aku yang dapat selesaikan atau tak, tapi, kau yang tak dapat selesaikan. Kau kena cari guru yang baik. Baik kau buktikan yang keputusan kau tahun lepas adalah A yang bermaruah” Idzhan sengih.

Kacak pula mamat ni tiba-tiba. Kenapa aku tak perasan? Kenapalah aku asyik ikut belakang Iffan tu. Orang cakap, kalau lelaki tu sakitkan hati kita, maknanya...
Suasana sunyi mengambil tempat. Dua-dua membisukan diri. Lama pulak tu. Si teruna sibuk membelek-belek kunci motor di tangan apabila gurauannya tadi tidak sedikitpun mendapat reaksi si gadis. Si gadis pula, mata masih lagi memerhatikan suasana jalan raya. Mungkin lebih baik dari menatap wajah si teruna yang mendebarkan zat-zat jiwa.

“Adik!” Idzhan petik jari. “Kau tengok apa?” Pandangan mata Idzhan memanah terus dalam matanya. Pap! Jatuh ke hati terus. Tak sempat hendak disambut.
Baliklah cepat... Gelisah dia bertambah parah.
“Ada orang cakap, kau suka Iffan.”
Hah?
“Standard lah tu. Stok yang satu sekolah nak tempah kalau boleh. Ada rupa, ada gaya, pandai pulak belajar, kira oklah kan kalau nak buat idola...” Apa hal lah pulak aku melalut sampai ke situ ni... Idzhan garu kepala.
“Mana ada...” sikit-sikitlah... tapi sekarang tiba-tiba hati aku dah lain ni...

Kalau tak, tak adanya aku blushing macam ni. Hati Wilda merintih. Tiba-tiba tau. Kau ada jawapan tak?

“Eh, kau balik dengan apa ni? Nak aku hantar?” pandangannya dihalakan ke langit. Matahari petang sudah terlindung di sebalik awan. Gelap.

Dialog nak tolong hantarkan Wilda balik tu, memang dia tak rancang. Memang ikhlas nak tengok Wilda sampai rumah dengan selamat daripada dia tinggalkan Wilda seorang diri di sini semata-mata nak elakkan diri dia sendiri dan motornya kebasahan.

“Tak apa... aku tunggu bas saja. Sekejap lagi datang kot. Kau baliklah dulu. Aku okay, dah selalu macam ni.” Wilda mula gelisah namun di hadapan Idzhan dia cuba berlagak biasa. Memang gelap. Dah lama tidak hujan di waktu petang. Tiba-tiba hari ini mendungnya lain macam. Kala itu, dia berharap bas segera sampai. Takut keseorangan pada waktu begini, apatah lagi dalam hujan. Pasti umi risau. Getus hatinya.

“Tak apa kalau tak naik motor dengan aku...” Bukan muhrim Idzhan... entah dari mana suara itu datang. “Aku boleh temankan kau di sini saja” Idzhan menawarkan diri, ikhlas.
“Eh, tak apa! Kau baliklah dulu. Menyusahkan kau nanti” Haish.. lain pula yang keluar dari mulut ni.
“La, tak apalah. Tak tergamak aku nak tinggalkan kau seorang di sini. Tengok, semua orang dah balik. Jalan pun dah lengang. Lain kali balik rumah cepat ya cik Adik, jangan bersidai di sekolah lama-lama. ” sengaja ditekan perkataan adik itu. “Pandainya tak juga” kali ini nadanya lebih perlahan. Malangnya, Wilda tetap dengar. Berdesing telinganya.
“Ok, tak perlu perli-perli aku macam tu. Kau balilah dulu, It’s okay” Memang dia tidak ikhlas tuturkan itu. Dan dia tahu Idzhan tahu.
“Kalau kau tak sudi tak apa. Anggap sahaja aku ni stranger yang sedang tunggu bas jugak” Idzhan langsung menyarung helmet ke kepala.
“Dengan helmet kat kepala tu?”
Ketawa...

Haih. Idzhan terus menganggalkan kemeja T yang dipakainya apabila dirasakan bahang sudah sampai ke kepala. Setiap malam, sebelum tidur memang wajib sesi mengimbas sejarah. Tak dipaksa, semua babak-babak manis tu yang datang sendiri. Tak perlu dia memerah otak mengingat semula apa yang manis antara dia dan Wilda.

Selepas sahaja peristiwa di perhentias bas itu, hubungan dia dan Wilda memang agak rapat. Meskipun kedua-dua mereka selalu bertekak, namun, masing-msing seperti mengetahui apa yang tersirat di sebalik hati masing-masing. Apa yang paling disukainya tentang Wilda, setiap kali dia menyakat, pipi gadis itu akan mula memerah. Jelas. Kiranya, kalau Wilda menafikannya, maka boleh dikatakan Wilda melakukan penipuan yang maha besar.

Semasa hubungannya dengan Wilda berkembang, hubungan Iffan dan Syida juga menjalani fasa yang lebih kurang sama. Cuma Iffan dan Syida kononnya dah ‘declare’. Bahasa budak-budak. Ssedangkan dia dan Wilda lebih rapat sebagai kawan tapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.

Disebabkan dua jenis hubungan yang berbeza ini, dia dan Iffan menjadi sedikit renggang. Setiap masa yang ada Iffan dan Syida lebih gemar ke perpustakaan, belajar bersama. Kononnya lebih bersemangat. Bagi dia, kelentonglah. Kalau hendak kata sepuluh peratus, mungkin dia percayalah.

Maka, apabila teman rapat Wilda dah menjadi pasangan belangkas Iffan, dia ambil peluang rapatkan diri dengan Wilda. Wilda makan di kantin dia kacau, Wilda ulangkaji di wakaf, dia kacau. Wilda tunggu bas di perhentian bas pun, muka dia juga yang menghadap Wilda. Siap kawan-kawan Wilda, kalau nampak kelibat Idzhan menghampiri, semua bagi peluang dan mereka menjauhkan diri. Begitu hubungannya dan Wilda berkembang.

Bila keadaan begitu selalu berulang, kekok Wilda pada Idzhan lama-kelamaan mula hilang. Ada satu tabiat yang dipelajari tentang Wilda, dia gemar luku kepala orang lain. Berani betul. Anak teruna orang tu!

Dan pada suatu petang Khamis yang hening bertempat di wakaf berdekatan Galeri Sejarah, dan sejarah tercipta apabila dia menerima lukuan Wilda yang pertama. Pergh... Suka-suka hati betul budak ni luku kepala aku!

“You touched me!” suaranya tinggi walaupun niatnya sekadar mengusik Wilda, seperti selalu.
“So” Wilda berwajah selamba. Siapa suruh ringan sangat mulut kata aku lembap!
“You should marry me then. Anak teruna orang ni tau tak” muka Idzhan serius.

Sumpah, itu kali pertama pipi Wilda blushing tahap kronik. Tahap tiga terus!

Sampai sekarang dia tak akan lupa pipi yang memerah tahap tak ingat tu. Kaki luku kepala orang pun, rupa-rupanya kat dalam, tahap malu tu memang macam perempuan melayu terakhir. Kiranya, kalau bab-bab simpan rahsia peribadi ke, keluarga ke, memang susah sangat dia hendak korek daripada Wilda. Tapi, kalau bab kena usik, kena sakat macam ni, memang jangan mimpilah Wilda nak sorok lagi. Sudahnya, sampai petang, merah dia tak hilang. Pendek kata, selagi Idzhan tak balik waktu itu, sampai ke petang jugalah dia tanggung malu.
Suka-suka hati dia sentuh Idzhan!

Idzhan segera menutup lampu. Bilik bujang yang tadinya terang-benderang terus diganti gelap. Dia berjalan menuju ke katil. Penghawa dingin dihidupkan dan suhunya disetkan kepada 22oC. Jam di telefon bimbit sudah menunjukkan angka dua. Mata yang semakin berat cuba dikawalnya. Dia perlu memikirkan aktiviti untuk hari esok.

Fikirannya yang tadi dimonopoli oleh wajah Wilda, bertukar imej kepada wajah Nisa. Gila, dalam masa seminggu, disebabkan tak ada outstation, memang dia tak jumpa nisa langsung. Betul-betul Nisa mahu jauhkan diri. Adoi... Kelopak matanya semakin jatuh. Terlelap...

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.