0

BAB 28

Posted by Daisy Biru on 7:38 AM
BAB 28
Idzhan memicit dahi. Suara Syida di hujung talian antara dengar dan tidak.

“Han”

“Apasal kau bagitau dia?” suara Idzhan lemah. Tak pernah terfikir pun yang Syida akan beritahu Wilda tentang dia yang bertapak dekat dengan tempat Wilda bekerja. Malah tak pernah terfikir yang Syida yang akan buka mulut sedangkan dia mahu buat kejutan untuk
Wilda tentang kehadiran dis di situ.

Tadi ingatkan nak tanya khabar Syida sebab minggu lepas dia tak sempat hendak menjawab pangilan telefon dari Syida beberapa minggu yang lepas. Ni tiba-tiba je dapat berita buruk macam ni, Idzhan mula rasa tak sedap hati. Bukan ini yang dia mahu.

“Kenapa pula kau tak boleh nak beritau. Kau kan rapat dengan dia masa sekolah dulu”
Syida mempertahankan diri.

Ahh… Idzhan menepuk dahi. Memanglah Syida tak tahu krisis yang melanda dia dan Wilda semasa zaman kampus. Memang tiada siapa pun yang tahu tentang hubungan baik dia dan Wilda melarat sampai tahap krisis macam tu. Syida yang juga kawan baik Wilda pun tak tahu. Dan Idzhan sendiri tidak pernah bertanya kepada Wilda dahulu tentang kenapa gadis itu dan Syida seakan saling melupakan.

“Kenapa weh? Kau dah tak rapat dengan Wid ke?” Syida tidak berpuas hati dengan Idzhan yang memilih untuk diam.

“Eh, haah. Aku dan dia memang tak pernah contact sejak tinggalkan sekolah. And aku tak pernah terfikir pun untuk rapat balik dengan dia”

“Laa… mana aku tau. Kau tak pernah cerita pun. Habis tu macam mana? Kau kawan je lah balik dengan dia, apa yang susahnya?”

“Tu yang susah”

“Nak aku tolong ke?”

“Tak payah. It’s okay. Baik kau settlekan dulu hal rumahtangga kau. Iffan macam mana? Balik rumah tak?” Idzhan menukar topic. Sememangnya itu agenda utama dia menghubungi Syida.

“Balik tu memanglah balik tapi asyik baran je. Aku minta temankan aku pergi check up pun dia tak nak. Nampaknya dia masih tak nak lepaskan Wilda lagilah. Aku nak buat macam mana?”

“Kau jumpa Wid hari tu dia cakap apa?” Sesungguhnya Idzhan memang hendak tahu status sebenar perasaan Wilda terhadap Iffan..

“Wid kata dia tak nak dah dekat Iffan. Dia terima Iffan pun masa tu sebab dia redha je lepas putus cinta dua tahun yang lepas. Dia ingat Iffan tu penyelamat dia daripada love story dia yang dah karam tu”

Idzhan terdiam sejenak. Parah juga. Memang Wilda nampaknya merana gila selepas ditinggalkan Adril. Mesti gadis itu terlalu serik untuk terima cinta baru dalam hidup dia sampaikan dia redha je terima siapa-siapa walaupun rasa cinta tu tak ada. Idzhan merasa berat di dada. Bagaimana hendak ambil semula hati Wilda sedangkan sisa hati Adril dalam hati dia masih tak hilang. Dan kalaulah suatu hari nanti Wilda tahu yang Adril tu sepupu dia, macam mana pula?

“Han, kau masih kat situ ke?”

“Syida, kalau kau jumpa Wid lagi, kau jangan cerita apa-apa pasal aku dan yang paling penting, kau jangan buka pun kes yang aku bertumbuk dengan Iffan sampai aku ranap kepala aku masa tu. Yang paling-paling penting, jangan masukkan Nisa dalam cerita ni. Aku tak nak Wid salah faham” itu permintaan yang paling berat untuk diluahkan. Dia tahu Syida akan keliru.

Dan seperti yang dijangka…

“Salah faham?”








“Wah, Along akhirnya yang nak jalan dulu!!!” suara Sara bergema seisi rumah. Melihatkan gelagat Sara, lelaki yang digelar Along itu terus melontarkan bantal di sofa ke arahnya. Dengan Sara memang susah sangat nak simpan rahsia. Tengok je muka dia tiba-tiba saja rasa nak cerita semua. Si Sara ni pun satu hal, baru bagi mukadimah, tak cerita habis pun lagi dia dah pukul canang. Tak berubah langsung Sara yang enam tahun lepas dengan Sara yang berada di hadapannya sekarang.

“Ya Allah, perlahanlah sikit cakap tu. Along tak bagitahu ummi pun lagi. Tak boleh tutup mulut langsung Sara ni” Along melatakkan jari telunjuk di bibir sebagai isyarat untuk Sara supaya memperlahankan sedikit nada suaranya.

Sara baru sahaja hendak membalas lontaran Along apabila Along melontar buat kali kedua sebagai amaran untu Sara. “Dahlah tu Sara, bila nak jadi serius ni”
Sara tarik muka. Tapi Cuma sekejap. Tak lama lepas tu, muka Sara terus jadi ceria untuk kembali fokus pada topic utama.

“Dengan siapa Along?” berseri-seri wajah Sara nak tahu siapa gerangan yang dah curi hati Along. Bukan Along dah putus cinta ke dua tahun lepas? Girlfriend along yang lepas pun dia tak sempat nak korek siapa orangnya, ni tiba-tiba Along cakap nak kahwin. Senang betul Along dapat cari pengganti sedangkan Abang tu tak pernah ada girlfriend. Haih abang ni entah bila pulak nak sampai gilirannya.

“Adalah. Along cakap pun bukannya Sara kenal siapa” Along tengok Sara dah buat muka bengang. Sara memang macam tu, anak manja sedikit. Kalau tak dapat apa yang daia nak, selagi itulah dia mendesak dengan riak muka yang orang lain tak boleh tahan.

“Along ni nak cerita bagi habislah. Berdosa tau tak cerita separuh-separuh dan buat orang tertanya-tanya.” Entah hukum mana yang dia pakai pun dia tak tahu. Sara main belasah je nak tarik perhatian Along. Along ni memang payah sedikit. Kalau abang Han bolehlah sebab Idzhan selalu memang malas nak layan perangai dia yang meleret-leret tu, jadi kalau nak bagi mulut dia senyap, Idzhan bagi je apa yang dia nak.

Tapi ini bukan abang Han, ni Along. Along memang suka main putar belit dengan dia. Along memang susah sedikit nak minta apa-apa. Along memang… kadang-kadang menyakitkan hati sebab Along nakal…

Waktu kanak-kanak dulu, Sara pernah suka kat along. Ummi pun tahu tapi ummi cakap, Along dan Sara sepupu, sepupu yang tak boleh kahwin. Masa tu Sara memang tak tahu apa itu kahwin, apa itu hukum kahwin sepupu, yang Sara tahu, Along masa kanak-kanak memang kacak. Sekarang pun, masih lagi.

“Ala… nanti masa Along kahwin, Sara tahulah siapa dia. Along cakap sekarang pun buka ada faedah apa-apa. Tapi nanti masa majlis Along, Sara ada tugas besar kena buat” Along sengaja menukar arah perbualan. Paling senang nak drag Sara dari matlamat asal dia.

“Amendanya along?” Sara dah kena racun. Along ni memanglah pandai nak putar-belit.

“Curikan sirih junjung Along”

“Hah? Nak buat apa?” Apa ke pelik permintaan Along ni? Ni sindrom tertekan kumpul duit nak kahwin ke apa ni?

“Bagi kat abang awak tu la. Sara pun boleh makan sekali” Apa Along merepek ni. Mana ada orang makan sirih dah zaman sekarang ni. Habis kenduri, orang biar je sirih junjung tu sampai kering lepas tu buang. Ni Along nak suruh buat makan pulak.

“Curiklah, bagi dia makan. Cepat sikit dia kahwin nanti.”
Sara melongo. Ni petua orang tua-tua ke?

“Dah tu, suruh Sara makan sekali nak buat apa?”

“Biar Sara cepat kahwin jugaklah”

Pap! Bantal empat segi berwarna merah hinggap di kepala Along.Bdak bertuah ni… Laju je tangan dia capai apa yang ada. Along tak berniat membalas. Sara ni memang leps laku betullah.

“Sara tak nak kahwin lagilah.”

“Apasal?”

“Orang yang Sara nak dah kena kebas dah” Sara cuba berniat bergurau. Mana ada perasaan kat Along dah. Kalau ada pun, besar kuman je pun. Tak kecewa sangat bila dengar Along nak kahwin.

“Ala… Nanti kalau Sara dah ready nak kahwin, bagitahu Along. Along boleh carikan. Nak yang macam mana?”

“Macam Along.” Erk. Rasa nak tampar mulut sendiri. Habislah kantoi kalau Along dapat tangkap maksud ayat tu. Sara, be careful of your words.

“Apa pulak macam Along. Along ada satu je dalam dunia ni”
Alhamdulillah, memang Along tak detect apa-apa.

“Ala, kalau macam tu, tak kahwinlah Sara.” Aish, memang rasa nak lempang mulut sendiri. Suka-suka hati je buat ayat yang kelirukan Along. Kalau dibuatnya Along tahu, macam mana agaknya nak berdepan dengan Along seumur hidup.
Suasana jadi senyap seketika apabila ummi datan menatang dulang minuman. Along menghadiahkan senyuman buat ummi. Ibu saudara yang sudah dianggap seperti ibu kedua.
Dibiarkan wanita separuh abad itu menuangkan minuman ke dalam tiga gelas kosong.

“Minum long” dia menghulurkan segelas jus epal hijau buat Along. Along menyambut.
Ummi mengambil tempat di sebelah Sara. Dia sudah tahu niat Along selepas berbual dengan mama Along di telefon semalam.

“So, bila langsungnya? “Dua bulan lagi mi” Along adik-beradik memang turut sama memanggil wanita itu dengan gelaran ummi. “Itu yang Along datang ni nak jemput ummi dan semua sekali datan g rumah minggu depan. Esoknya tu, ummi ikut sekalilah ke rumah pihak perempuan, merisik dan bertunnag sekali. Buat simple je mi” sopan sekali tutur kata Along. Memang bertuah sesiapa yan bermenantukan Along. Si Sara ni, ummi memang nak dia mendapat seseorang yan macam Along, lembut tutur kata, berdiplomasi dan dalam masa yang sama tegas juga. Sara memang perlukan seseorang yang boleh patahkan kata-
kata dan kenakalan dia.

“Miggu depan… Hum, Insyaallah, nanti ummi tanya uncle dulu. Tapi mesti pergi juga tu, dah lama family kita tak buat majlis besar. Sara nak pergi tak?” ummi berniat menyakat. Manalah tahu tak nak pergi pula sebab yang nak bertunang tu orang yang dia dok kejar kecil-kecil dulu.

Sara memuncungkan mulut melihatkan senyuman mengusik ummi. Ummi sajalah tu. “Iye mi, Sara nak pergi” balas Sara. Malas nak layan usikan ummi.

“Along makan sini ye hari ni. Ummi ppergi siapkan kejap” ummi langsung bangun menuju ke dapur.

Along membalas dengan senyum manis. Sara meneguk jus di hadapannya. “Minumlah long. Senyum je kerjanya, tahulah nak kahwin dah, esok dah kahwin senyumlah puas-puas”
Eh, eh budak kecik ni. Along rasa nak picit je pipi dia. Ada je ayat nakal dia tu. Entah dari sipalah dia warisi sifat nakal macam ni. Abang dia sikit punya behave tapi adik dia…

“Along…” Sara meletakkan gelas di atas meja.

“Hmm” Along yang matanya memandang kea rah dapur kembali menumpukan pandangan kepada Sara. Tiba-tiba bertukar wajah serius pula Sara ni.

“Kenapa Along nak kahwin ye?”
Laa.. kesitu pulak soalan dia. Berdosa sangat ke nak kahwin sampai si Sara ni boleh tanya macam tu. Dah sampai seru dik oi. Lagipun, siapa yang tak nak kahwin.

“Along kena kahwin lah” Itu je yang mampu keluar dari mulut Along. Si Sara ni bukan boleh cara, entah apa-apa soalan yang dia boleh tanya nanti.

“Aik? Sebab apa? Along tak buat apa-apa kat dia yan menyebabkan korang kena kahwin kan?” Sara mengenyit mata sambil senyum nakal pad Along. Adoi.. Along garu kepala. Apa ke melalut sampai ke situ pula Sara ni, jauh sangat perginya.

“Bukanlah” Along membidas. Gila ke apa buat anak dara orang macam tu. Sara ni memang nak kenalah. “Along memang kena kahwin” ulangnya.

“Sebab apa”

“Sebab tak nak Abang Han jadi bujang tua”

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.