0

BAB 26

Posted by Daisy Biru on 7:33 AM
BAB 26

Bilalah agaknya boleh makan dengan gembira semula dengan kawan sepejabat. Masalah macam tak habis-habis. Bukan masalah yang dicari sendiri tapi masalah yang orang lain bawa. Dah puas tolak dah manusia-manusia yang tak jemu-jemu nak sumbang masalah dalam hidup Wilda tapi masih tak berhasil. Dia nak datang juga. Nak buat macam mana...

Wilda merengus. Hari ni tak ada satu kerja pun yang memuaskan hatinya. Ada lagi satu fail tebal untuk disemak dan buat layout. Magazine baru dah nak start publish dua bulan lagi. Bahan-bahan masih tak finalise. Target dalam bulan ni juga nak hantar cetak. Novel sulung pun dah nak keluar tapi illustrasi muka hadapan masih lagi tak pilih. Nak tanya ketua editor, orangnya tak ada, masih lagi sibuk promosi outlet baru buka. Ah, macam mana ni. Banyaknya benda nak kena kejar. Itu tak kira lagi dengan masalah peribadi yang tak sudah-sudah kejar dia pula. Mana aku nak lari...

Wilda tak dapat menghalang kerutan di wajah tanpa dia sedari. Semua refleksi fizikal tu wujud sendiri kesan daripada ekspresi yang tak sempurna kat dalam ni. Syida nak jumpa. Shida nak jumpa. Syida nak jumpa. Ayat pendek yang sentiasa berulang-ulang dalam kepala. Sebab apa agaknya dia nak jumpa lepas lapan tahun tak berhubung. Nak serang aku sebab aku hampir nak kahwin dengan laki dia mungkin? Tak.. tak.. Syida kan lemah-lembut orangnya, mana nak buat kerja serang-serang ni. Dia yang kena serang balik dengan aku ada agaknya.


Wilda mengerling jam di tangan. Ya Allah dah nak dekat pukul satu. Dah sampai agaknya Syida tu dekat bawah. Memang Syida tu mimpi sangat sebab buang tabiat nak jumpa aku. Wilda masih tak habis bermonolog. Argh...buang tabiat? Damn! Kekejian si Iffan ni buat aku lupa yang Syida nak jumpa aku mungkin sebab kami pernah jadi kawan baik satu sekolah dulu. Lelaki... Racun! Wilda bingkas mencapai handbag.


Memang agak sesak waktu begini. Mujur Syida awal-awal dah sampai dan dapat book meja dengan lokasi yang agak strategik, jauh sedikit dari pandangan dan telinga pengunjung-pengunjung lain. Kalau tak, memang terpaksalah bawa Syida makan tempat lain. Dengan panas yang berbahang, tak sanggup rasanya nak heret Syida ketempat lain apatah lagi dengan perut yang sudah mula nampak, anak itu, benih Syida dan Iffan.

Dan sejak tadi, tiada perkara sensitive yang dibualkan kecuali tentang perkembangan karier dan kehidupan masing-masing. Nama Iffan langsung tak disentuh. Wilda pun macam dah bagi amaran awal-awal apabila mengatakan dia tak berminat nak bersama dengan sesiapa sekarang. Ringkas dia menuturkan tetapi membawa maksud yang mendalam. Biarlah pertemuan dia dan Syida kali ini atas dasar kawan lama bukannya bekas madu tak jadi. Lagi pun, nama iffan baru nak masuk buku sejarahnya. Itu pun rasa nak padam balik.

“So kau pernah bercinta masa di UKM dulu? Macam mana boleh putus?” syida memberi respons tatkala Wilda mula membuka cerita tentang kisah cinta kampusnya.

“Alah, biasalah, aku bukan serius sangat pun. Dia pun macam tak matang lagi. Sama-sama nak penuhi keperluan masing-masing je dulu” ah pandainya mulut menipu. Padahal, hampir separuh mati tanggung derita bahana kena tinggal dengan Adril. Penatnya tanggung kecewa sebab lelaki. Bermula dengan Idzhan, Adril, leps tu Iffan pula. Pelik, tak sampai enam bulan jumpa Iffan balik pun, dalam tempoh sesekejap itu, sempat juga dia jadi mangsa lelaki. Penatnyalah...

“La... macam tu pulak. Lepas tu tak ada dengan sesiapa dah?”
Aish.. si Syida ni dah nak mula dah... Wilda menebarkan pandangan pada manusia-manusia yang tekun mejamah rezeki masing-masing di hadapan mata.

Sebelum perbualan tak best ni berlanjutan, baiklah dia patahkan.

“Aku memang tak berminat dengan sesiapa dah lepas tu. Apa yang jadi baru-baru ni pun, aku anggap macam mimpi. Tak nak ingat dah. Aku yang tersilap langkah sebab aku sangka masa aku dah sampai rupanya aku silap. So, kau anggaplah itu semua tak pernah berlaku. Itu pun kalau kau nak hubungan kau dan aku kekal sebagai kawan baik” Wilda mengingatkan. Sumpah, dah tak rasa sedih lagi dah. Lagi-lagi bila tengok perut Syida yang simpan satu nyawa manusia tu. Kalau boleh, tak nak anak itu mendengar sifat-sifat tak baik papa dia. Biar dia berkembang dan nanti membesar mengikut acuan yang betul. Perkembangan bayi kan sangat bergantung kepada suasana sekeliling dia... Wilda mengeluh.

“Kau patut cuba lagi... Mungkin jodoh kau ada dengan orang lain. Janganlah tutup hati...” Syida mengingatkan. Ayat-ayat klise yang dituturkan boleh dikatakan hampir semua orang kepada pihak yang putus cinta. Klise memang klise tapi semuanya betul. Sebab dalam dunia ni, semua orang bercinta. Jalan cerita pun banyak yang hampir sama. Bezanya cuma bagiamana setiap orang menanggungnya. Dan Wilda, dah berjaya menanggung tiga cerita yang skripnya berbeza tapi temanya tetap sama. C. I. N. T.A.

Does love really exist?

“Biarlah dulu. Aku malas nak fikir. Tiga kali terkena, aku dah serik. Biar jodoh tu datang sendiri.” Memang betul. Dah malas nak fikir apa akan jadi selepas ini. Fikir-fikir pun bukan dapat jawapannya. Nak tetapka kriteria baru untuk calon teman hidup pun tak guna juga sebba selalunya kita akan dapat apa yang kita tak nak. Dan yang paling kita tak nak tu lah yang memang pasti-pasti kita akan dapat.

“Aku masih contact dengan Han”

Mak! Tergigit cili api mentah-mentah. Wargh...
Gelas air suam di hadapan laju dicapai. Memanglah cili api tu pedas kalau nak dibandingkan dengan cili besar. Pedas dan pijarnya sampai ke telinga dan yang paling pelik, terus sampai ke hati. ‘Cili’ spesis apa pulak ni.

“Kau kenapa” Syida ternganga melihat reaksi Wilda yang macam orang tak jumpa air seminggu.

“Tergigit cili padi. Pedas” Wilda mengipas-ngipas mulut. Ya Allah, cili api import dari negara mana ni...

“Oh.. Nah minum ni, minum” segelas jus disuakan kepada Wilda. Wilda menolak. Orang tua kata, minum air panas atau suam lagi berkesan berbanding minum minuman berais.

“Han dah banyak tolong aku tau”

Wilda rasa nak tutup telinga. Boleh tak kalau tak sebut tiga nama tu depan aku?
“Kalau Iffan hilang berminggu-minggu tak balik, Han yang tolong hantar aku pergi klinik. Kalau aku tak larat nak keluar rumah beli barang, Han jugak yang datang tolong.” Ada keluhan yang dilepaskan di hujung ayat. Dan juga keluhan tersembunyi daripada hati yang sedang berdarah pada gadis di hadapan Syida. Sesungguhnya Syida terlalu buta untuk membaca apa yang tersirat.

“Alah biasalah. Kalau kau call aku pun aku tolong...” ada nada sindiran pada bait ayat yang dikeluarkan. Lelaki biasalah. Dalam apa juga situasi, suka berlagak hero. Tak kisahlah dalah suasana yang menguntungkan dia secara material atau sebaliknya. Janji watak hero dia terserlah di mata semua. Are’t guys always like that???

“Tak. He’s really sincere. Aku terjumpa dia sejak lima bulan yang lepas dekat PD. Sejak itu kami berhubung...”
“Kau kan dah ada suami...” Seakan melemparkan semula paku buah keras. Wilda rasa jelik tiba-tiba.

“Erm???” Syida mengangkat kening. Sudah terhidu nada sinis yang dilemparkan Wilda.

Wilda dah mula rasa panas punggung. Rasa panas hati lagilah tak dapat dibendung. Tinggal nak meletup saja. Kesalahan pertama: Syida dah mention nama Iffan. Kesalahan kedua Syida dah buka hikayat yang dah berlapuk tu dampai hatinya rasa nak tersiat. Mujur dia tak kenal Adril je . Kalau nama Adril pun dia sebut, memang ada nak makan alas meja nampaknya.

Kesalahan ketiga yang paling besar: Dulu masa sekolah, apabila Wilda jujur cerita kat dia yang Wilda suka Iffan, Syida tiba-tiba je kacau daun. Si Idzhan tu sebelah mata pun dia tak pandang. Dari dulu asyik nak membanding beza antara kedua-duanya. Sekarang dah dapat Iffan, main letak tepi je. Idzhan pula yang diangkat macam dewa sekarang. Ah, Aku cemburu ke.

“Baguslah kau masukkan orang ketiga dalam hubungan kau dan Iffan. Tak kira jahat macam mana pun Iffan pada kau. Kau tak patut keluar berdua dengan lelaki lain.” Rasa pedas dah semakin hilang. Cuma pedas hati yang masih tak kurang. Mungkin ada baiknya angkat kaki sekarang sebelum ada premis yang terbakar.

“Habis tu, dah Iffan yang tak balik. Asyik hilang memanjang.” Syida mengendurkan suara. Wilda seakan tak mahu terima dan memahami keadaan dia.

“Kau ada tanya ke apa yang dia nak dalam hidup dia. Kenapa dia cari perempuan lain. Layanan kau pada dia cukup ke lahir dan batin sampaikan dia tekad berpaling daripada kau. Kau dah kaji semua tu, dan kalau selepas tu kau rasa kau dah sempurna semua sebagai isteri, baru kau boleh letak kesalahan pada bahu dia. Ini tak, kau pun sama di belakang walaupun kau gunakan keadaan kau yang terdesak sebagai alasan.”

Agak kasar tapi tak betul ke apa yang aku cakap. Selain Idzhan, tak ada ke muhrim lain yang boleh kau sandarkan masalah. Melarikan diri dari masalah dengan suami sendiri dengan mendampingi lelaki lain bukan sama ke kesalahannya. Tak kisahlah keadaan tu digambarkan sebagai pertolongan ikhlas atau apa-apa sekalipun. Kalau dah setiap kali nak kena panggil lelaki lain... Itu kira membelakangi suami lah tu kan.

“Kau okey ke? Kau marah pada aku ke? Kau frust sebab Iffan ke?” Syida semakin keruh menahan rasa bersalah. Satu pun dia tak dapat tangkap maskud yang tertsirat di hati Wilda.

“Wilda senyum menyindir. Drop the subject. Hal-hal yang dah jadi sejarah kalau dibuka semula, inilah jadinya. Macam simbah klorox pada luka yang baru nak kering. Tak ke pedih.

“Dah lah, aku nak balik” Okey, aku emosional. Wilda dah tak tahan. Mengahadap pc di pejabat, bermain dengan teks dan huruf mungkin lagi menenangkan.

“Okey” Syida menyambut. Akur dengan perubahan emosi Wilda yang secara mendadak itu.

Wilda segera mencapai beg tangan dan terus melangkah.

“Wilda”
Hish, nak apa lagi. Wilda semakin hilang sabar. Langkahnya terhenti namun tidak mampu untuk berpaling.
“Idzhan kerja dekat-dekat sini”
Done. Wilda buat-buat tak dengar.



Bab 27

Idzhan memegang pin berbunga kecil itu ditangan sambil mengamatinya, memusing-musingkan pin comel itu berulang-kali sambil berfikir. Wanita hampir setengah abad itu hanya memerhati gelagat anak muda di hadapannya dengan hati yang sabar. Sudah acap kali ramai yang mneyinggah, membelek-belek dan akhirnya berlalu tanpa membeli. Bilalah agaknya hendak mendapat pelanggan pertama untuk hari ini. Sejak akhir-akhir ini, perniagaannya agak perlahan. Barang-baranng aksesori yang dijual semakin tidak mendapat perhatian.

Idzhan leka. Hendak diambil yang mana satu? Merah? Ah nanti tak match pula kalau tuannya berhijab biru. Jingga? Agak cantik juga. Kuning? Ah, yang ini memang nostalgia… Idzhan tersenyum sendiri.

“Satu RM4 dik…” suara wanita hampir separuh umur itu menyapa telinga. Idzhan termalu sendiri. Pasti perlakuannya disedari sejak tadi.

Idzhan menghulurkan ketiga-tiga warna kepada wanita separuh umur itu. “Saya ambil semua kak” katanya lalu mengeluarkan not dua puluh ringgit dari dompetnya.

Wanita itu menyambut penuh syukur lalu memasukkan wang ke dalam bekas lantas dikeluarkan pula baki empat ringgit.

“Eh, tak apa kak, simpan bakinya” Idzhan terasa moodnya sesegar pagi yang mendamaikan itu. Tiga pin kecil ditangan yang serupa dengan pin yang dipakai oleh seseorang satu masa dulu cukup untuk menaikkan semangat. Dia tak tahu untuk apa dia membeli, dan tak tahu haruskah dia menyerahkan pin-pin itu kepada yang berhak mendapatkannya. Dan dia terlalu ingin menghadiahkan…

Sudah lima hari dia berkampung di Langkawi. Dan hari ini hari terakhir sebelum menaiki penerbangan pulang ke daerah yang sudah mula dia merasa banhang rindau walaupun rindu itu sedikit pun tak pernah dia berpeluang untuk diluahkan. Ah, tak apa, simpan dulu.

Hazman menjemputnya di Lapangan Terbang KLIA petang itu. Sampai saja di rumah, terus dia berbaring di sofa tanpa sempat menukar pakaian. Hendak mandi lagilah tak larat. Walaupun tempoh penerbangan tidak lama tapi tubuhnya tetap tak bertenaga seperti selalunya. Sudah terlalu lama menghambakan diri pada kerjaya sehingga lupa untuk memberi peluan kepada tubuh sendiri untuk berehat.

“Mandilah dulu Han” Hazman menghidupkan televisyen. Baru hendak melabuhkan punggung di sofa, matanya terpandang satu bungkusa besar berisi coklat.

“Banyak gila. Kau nak buat kenduri coklat ke apa” Mata dialihkan pada Han yang sedang berbaring dengan mata terkatup rapat. Penat sangat gamaknya.

“Lebih kuranglah” bersuara juga Idzhan walaupun kepenatan. Ni kalau Hazman dah start borak, jangan haraplah dia nak benarkan aku tidur.

“Aku ambil sikit boleh tak? Aku nak bagi awek aku…”

Ah, kacau… Tidur Idzhan sudah beralih posisi.

“Kau punya ada dalam beg sana tu. Ambillah banyak mana pun, janji yang dalam paper bag tu kau jangan kacau” Lemah nadanya tapi berbaur amaran. Hazman rasa nak tergelak. Entah apa lagilah yang si Idzhan ni rancang agaknya. Nak kata untuk Nisa rasanya memang jauh panggang dari api.

Dah kalau buka untuk Nisa, ni mesti untuk… “Laaa… ni menatang apa pulak?” Hazman bungkusan kecil lutsinar yang jelas ketara isi di dalamnya. “Ni confirm bukan untuk aku kan” Hazman memadankan isi bungkusan itu di kepalanya.

Ayat yang kedengaran lain macam di telinga Idzhan itu buat dia bangkit terus dari pembaringan. “Hantu betul kau ni. Yang kau punya kau tak nak sentuh.”

Hazman tergelak besar. Senang rupanya nak kejut dia suruh pi mandi.
“Adalah tuannya tu” Bungkusan kecil itu sudah bertukar tangan.

“Dah tu, takkan aku beli untuk kau pulak” Idzhan terus tak jadi tidur. Badan mula terasa melekit tapi kepenatan sedikit menghalangnya untuk ke bilik air.

“Kalau untuk aku pun, aku bagi kat awek aku jugak.” Hazman bersandar di sofa. Sekejap-sekejap matanya memandang bungkusan coklat yang tak disahlan lagi siapa pemiliknya. “Ni betul ke untuk dia ni” Dahinya berkerut. Idzhan yang sudah bangkit dari tidur-tidur ayamnya turut sama bersandar di sofa sambil memicit-micit tengkuknya.

“Dia tu siapa?” Antara dengar dan tidak, Idzhan malas mencerna. Terasa midanya tak berfungsi sekarang untuk berinteraksi dengan orang di sekeliling. Memang kena mandi, kena mandi.

“Mandilah weh, lepas tu keluar makan. Lapar gila ni”
“Keluar? Kau tak masak ke? Mana larat nak keluar?” Dala kepala dah terbayangkan katil empuk dengan selimut tebal dengan suhu aircond direndahkan. Rasa hendak menikmati cuti sepuas-puasnya.

“Keluarlah jom. Aku saja tak masak hari ni sebab aku tahu kau nak balik.” Masaklah sangat namaya kalau hari-hari dok panaskan lauk-pauk yang di beli dekat pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan tu. Tak pun do taram mi segera yang kalau nak kata special pun cuma tambah lada api dengan sayur kubis sebagai penambah nutrient. Kenyang tak kenyang, belasahlah sebab lepas tu kalau lapar taram roti Butterscotch pulak.

“Hum, okeylah” Idzhan bingkas bangun menuju ke bilik air. Antara tidur dan perut masih kosong, dia memilih untuk mengisi perut. Balik ni aku qada tidur sampai tengah hari esok. Sambung lepas Subuh Insyaallah.







“Flower deliveries!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Haish. Pagi-pagi si Syahrul ni dah buat bising. Selalunya senyap buat akaun sampai tak boleh dengar bunyi cicak pun. Hari ni dia pulak menjerit-jerit sampai satu aras ni boleh dengar.

“Wah…”
“Fuiyooo”
“Maik aih”
Suara yang sama lagi menyambut.
“Ni mahal ni. Mau kopak dua tiga ratus nih”
“Hua… abang aku nak bagi sekuntum pun kena mintak…”
“Awek aku pun tak pernah bagi…”

Apa ke halnya yang budak-budak dan mak budak ni bisingkan ni?
“Amende korang ni? Tak ada kerja nak bu……” ternganga sekejap. “Ada pesta kereta berhias ke kat bawah? Bunga tak habis diorang sedekah kat atas ke?” Aaaa…. Tak tahu nak buat dialog apa. Mana datangnya pulak bunga dua tiga bakul yang besar-besar ni. Rose ada, carnation ada, daisies pun ada… Ada special event kea tau sesiapa punay birthday hari ni.

“Kan best kalau ada orang bagi kat aku” Wilda tersenyum menatap bunga-bunga yang aroma semulajadinya mula menjalar ke hidung. Dibeleknya daisy berwarna jingga yang dibalut sekali dengan warna-warna lain. Siapalah yang bertuah ni dapat boyfriend yang romantis gila sampai hantar bunga kat pejabat.

“Ahah, ni untuk kaulah semua ni” Gee menampar bahu Wilda. Wilda rasa nak terhambur gelak. Nak buat lawak pun berpada-padalah. Hari ni pun bukannya April Fool.

“Cepat cari kadnya. Hah tu, tu. Baca cepat” Gee dah tak sabar. Wilda masih tercegat. Apa hal kak Gee ni kalut semacam. Siapalah yang nak hadiahkan bunga-bunga ni untuk dia. Nak kata Iffan buat kejutan nak pujuk dia balik, rasanya tak mungkin. Iffan tu bukan lelaki romantic pun. Kalau betul pun dia yang kirim bunga-bunga ni, Wilda lebih rela pulangkan balik. Harga diri sejuta kali lebih mahal berbanding bunga-bunga yang bila-bila pun boleh dapat ni.

Syahrul membelek bakul-bakul bunga yang terletak di atas meja utama berhampiran mejanya. Duduk depan pintu, kat mana lagi tempat yang strategic untuk letak bunga-bunga tu kalau bukan berhampiran meja dia.

“Ahah… Tak kelakar okey. Cepatlah kak gee baca. Mesti abang PTD tu yang hantar” Wilda pula yang berjangkit rasa terujanya.

“Apa pulak ka Gee, engkaulah…” Syahrul menyampuk.

“Gila, baru putus dah dapat tangkap baru” Mimi yang dari tadi tak angkat muka membelek bunga-bunga tu bersuara juga. Sekali bersuara tajam pula bunyinya.

“Apa pulak kak mimi ni. Cakap macam tu pula” Wilda sedikit terasa hati. Bila masa pulak aku ada masa nak tangkap-tangkap orang baru ni.

“Okey, sorry. Cepatlah baca” Mimi menghampiri Wilda, cuba menghilangkan rasa bersalah atas apa yang dituturkan. Sesekali terbabas juga dengan ayat yang tak bertapis.
Wilda kebingungan. Apa aku pulak. Bila masa aku tempah bunga-bunga ni untuk diri sendiri.

“Apa saya pulak?” Wilda garu kepala. Aku mana layan bunga-bunga rose, carnation yang nampak macam girl-thingy ni. Aku layan daisy je. Tu pun dah lama padam minat pasal daisy sejak ada kenangan hitam dengan bunga spesis tu.

“Betullah.. Ini untuk kau lah” Syahrul membalas. Dah dapat bunga pun payah sangat nak terima si Wilda ni. Aku bagi awek aku nanti.

“Nah” Gee menghulurkan kad kecil ke tangan Wilda.

Wilda berkerut. Betul ke ni?

“Betullah!!!!”






Banyaknya coklat. Wilda membuka satu lagi bungkusan kecil coklat lalu dimasukkan ke dalam mulut. Separuh daripadanya dah pun selamat disedekahkan kepada kawan-kawan sepejabat, yang selebihnya dibawa balik untuk santapan diri sendiri. Itupun masih banyak lagi yang tinggal. Nasib baiklah expired date lambat lagi, satu hari makan satu atau dua, lama-lama habis juga. Kalau ada kawan-kawan atau family datang, bagi sekali coklat-coklat tu kat diorang.

Ni entah siapa pula punya kerja yang rajin dok bagi-bagi barang. Last week bagi bunga, minggu ni dia bagi coklat pula. Nama pengirim tak ada, ada ucapan je. Itu pun nampak sangat ayat-ayat yang si pengirim tu bagi semua main google je. Belasahlah. Nak kenal, datanglah depan-depan tunjuk diri sendiri. Ni main-main macam secret admirer pulak ingat ni zaman sekolah menengah ke. Aku bab makan-makan ni, memang aku belasah je semua.

Wilda mengeluh. Minggu depan entah dapat apa pula. Itupun kalau si pengirim berniat nak bagi lagilah. Nak kata suka, tak boleh juga sebab tak kenal siapa yang hantar semua barang-barang ni. Nak kata tak suka pun tak boleh juga sebab setiap kali dapat barang-barang ni, Wilda mesti rasa nak tergelak walaupun ‘nak gelak’ tu tak tau nak diklasifikasikan kepada kategori apa.

Budak-budak kat pejabat tu dah mula bergosip. Masing-masing sibok meneka siapa yang hantar bungan dan coklat tu. Tapi, nak kata apa, dah memang dia tak tahu.

Wilda bangun dari sofa menuju ke bilik tidur apabila deringan telefon bimbit mengganggu fokusnya pada coklat.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.