1

BAB 30

Posted by Daisy Biru on 7:52 AM
BAB 30


Wargh. Bunga dua hari lepas tak kering pun lagi, hari ni dah dapat bunga baru. Siapa agaknya yang hantar? Budak-budak kat pejabat ni dari mula-mula kagum, sampai sekarang dah boleh agak bila hari-harinya yang Wilda akan dapat bunga. Sekarang, masing-masng sibuk meneka bunga apa yang akan mamat bunga tu hantar setipa hari.

Wilda tak habis lagi mencuri pandang pada bunga mekar kembang yang baru sahaja dipindahkan ke dalam pasu kaca. Isnin yang lepas mamat bunga tu bagi sejambak rose jingga di tengah dan digubah bersama dengan gypsophila di kelilinganya. Cantik memanglah cantik, dah kata florist yang gubah. Kalau kena dengan tangan aku ni, yelah, jadi bunga rampai agaknya.

Kak Gee kata bunga ros jingga melambangkan semangat, harapan dan tarikan. Agaknya, mana satu maksud yang hendak disampaikan. Semangatlah kot. Dah kata hantar bunga pagi-pagi Isnin yang semua orang tengah blur, ngantuk dan termangu-mangu masuk pejabat, monday blueslah katakan. Memang dia cuba nak bagi aku semangat untuk memulakan kerja pagi-pagi Isnin kot. Memang sepatutnya semangat lepas dapat bunga. Lagi-lagi, masa kerja curi-curi pandang bunga yang berdiri dalam pasu kaca atas meja macam sekarang ni, lagilah semangat. Cuma yang tak bestnya, kepala asik melayang fikirkan siapalah yang hantar-hantar bunga ni. Macam main sembunyi-sembunyi pula. Hantar jelah orangnya terus, senang aku nak reject kalau tak berkenan. Wilda mengeluh kecil. Ada lagi ke siapa-siapa yang nak datang nak hancurkan hati aku yang parah luka dan yang dah banyak kali berjahit ni?

Rasanya, macam boleh teka siapa, tapi simpan jauh-jauh nama tu dalam hati. Takut harapan tu tumbuh liar, nanti akhirnya kena cantas, diri sendiri yang merana.
Lagi pun mana mungkin. Hatinya tiba-tiba berdebar. Aku suka bunga tapi tak semestinya suka pemberi bunga. Haish.
Puas memandang gubahan ros jingga dan gypsophila itu, mata dialihkan pula jambangan bunga yang baru diterima pagi tadi, pagi Rabu yang tak bersejarah langsung dengan tekaan awal budak-budak pejabat ni yang Wilda akan terima bunga lagi pada hari ini.
Yellow peacock dengan carnation merah jambu. Lagi lah rasa nak gila tengok bunga-bunga ni tambah pulak Kak Gee suruh cari sendiri makna bunga-bunga ni. Argh, mana aku tau. Aku tau Daisy je.

Lepas penat fikir tanpa buat apa-apa carian pun (bukanlah fikir namanya!), Wilda mengalah. Malas nak fikir. Biarlah mamat bunga tu sendiri yang fikir untuk apa dia beri bunga ni. Wilda tukang terima je.
Tak lama lepas tu, Kak Gee yang jawab balik.
‘Carnation pink maksudnya I will never forget you’
Sumpah Wilda rasa nak demam!

“I nampak you pagi-pagi singgah Lily’s Florist you buat apa? Semalam pun I nampak”
Idzhan memandang Nisa tidak berkelip. Cuba membaca riak wajah Nisa. Muka kering tu, nak klasifikasikan sebagai cemburu atau tak kisah?

“I tempah baju” Idzhan menyuap nasi lemak ke mulut. Nasi lemak dengan seketul ayam goreng berempah dekat kopitiam ni memang heaven. Sambal dia pedas dan manis sebati. Kalau sekali-sekala turun bersarapan di sini ada dua benda je yang Idzhan akan order; lontong dan nasi lemak.

Nak turun breakfast setiap hari memang tak mungkin. Syarikat tempat dia kerja tu bukan bapa dia punya yang dia boleh selalu-selalu keluar lepas punch card. Gila lingkup syarikat kalau hari-hari jam 8.30 dah keluar lepak kat gerai makan.

“You tempah bunga ke?” Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Idzhan. Orang tanya betul-betul dia boleh buat main pula.

“Tak, I tempah baju” Idzhan sengaja melencongkan jawapan. Malas nak berlaku jujur sangat dengan Nisa. Nanti datang cemburunya, dia akan tarik muka. Suasana akan dingin tiba-tiba meski Idzhan sudah berkali-kali menerangkan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar kawan biasa.

Satu perkara yang dia memang tabik dengan Nisa adalah sifat berani dia. Berani mengaku awal-awal yang dia memang ada hati dengan Idzhan. Dengan gaya dan lagak yang professional gila masa tu, dia boleh tenang je terima hakikat yang Idzhan anggap dia kawan. Tapi lama-lama, pantang ada tersebut nama perempuan lain je, muka cemburu dia tu memang tak boleh nak sorok, walaupun dia cuba berlagak setenang selalu.

“Okey…” Nisa mengangkat kening, cuba mengikut rentak Idzhan. “You tempah ‘baju’ untuk siapa? Takkan tempah ‘baju tu’ untuk diri sendiri kot” Nisa bersandar pada kerusi sambil memeluk tubuh.

“Salah ke kalau I tempah untuk diri sendiri” Idzhan masih tak mengangkat muka dari mengahadap rezeki Allah di hadapan mata. Lebih baik dia tak ambil pusing sangat dengan kecemburuan Nisa daripada melayan setiap soalan-soalan yang macam keluar dari mulut inspector tu. Bukan wajib sangat pun untuk dijawab. Kadang-kadang pelik dengan perangai perempuan ni, suka sangat bertanya benda-benda yang tak perlu, yang tak ada kaitan dengan diri sendiri. Sudahnya, diri sendiri yang akhirnya patah hati. Lepas tu, tarik muka. Aish. Nisa sendiri nak cari nahas. Dia nak korek carita sampai dia puas hati.

“Siapa perempuan tu?” Nisa tak jadi nak makan. Dah lama patah selera semenjak minggu lepas apabila dia dapat tahu yang Idzhan pergi florist.

“You ada pergi florist tu tanya untuk siapa bunga-bunga yang I tempah tu?” Dia bertanya sinis. Suasana yang tenang dan menggamit selera tadi sedikit sebanyak patah. Syukur nasi lemak ni dah nak habis. Taklah merana nak licinkan pinggan dalam keadaan selera yang dah mati.

“You perli I”

“Kenapa you nak tahu sangat?”

“I just nak tahu je siapa perempuan tu. Umur berapa, kerja kat mana? Since when you kenal dia, cantik ke tak and bla bla bla”

“Is that what you called ‘je’?” Idzhan rasa nak tergelak. Perlu ke Nisa tahu semua benda tu. Dan kalau dia tahu Wilda kerja kat mana sekalipun, apa yang dia boleh buat?

Nak serang Wid kat ofis dia? Itu bukan attitude jurutera Miss…

“Han…”

“I tak boleh terima you dengan orang lain” Kali ini suara dah cair. Sumpah tak sanggup tengok perempuan lain yang berdiri sebelah Idzhan.

“You lagi cantik dari dia” So?
Suara Idzhan yang sedikit meninggi menarik perhatian pelanggan-pelanggan di meja berdekatan. Masing-maisng sudah mencuri pandang. Muka Nisa merah menahan malu. Idzhan pula cuba menahan perasaan geram yang dah lama tersimpan. Dia tidak peduli dengan pandangan-pandangan dan persepsi orang yang bukan dalam lingkungannya.

“I lagi cantik pun tak guna. Sebab you still lagi suka dia berbanding I kan?” Nisa memperlahankan suara separuh berbisik apabila menyedari mata-mata yang tak diundang masih memerhatikan mereka.

Idzhan menyedut milo ais yang sudah tinggal separuh. Ni kira dah menceroboh hak aku sebagai lelaki ni.

“I gerak dulu. Nak pergi site.” Idzhan bingkas bangun meninggalkan Nisa yang termangu-mangu dengan tindakan Idzhan. Tak pernah dia nampak Idzhan sebegitu serius. Selalunya Idzhan bijak mengawal keadaan. Nisa menahan perasaan di dada. Dia tahu sebab-musabab perubahan itu. Perempuan itu benar-benar wujud. Argh.

Dan saat Idzhan hendak melangkah keluar dari premis itu, langkahnya tiba-tiba mati. Tak tahu hendak setapak ke hadapan atau ke belakang.

“Awak…” suara itu lambat-lambat memanggilnya. Dalam keadaan dua-dua yang masih terpaku, ada mata yang tajam memerhati dengan debaran kencang yang menyesakkan dada.

“Awak, dompet awak jatuh”

Alahai.. suara yang hampir lima tahun tidak didengari.

1 Comments


uiyooo idzhan pg site..dia keje pe ek?? kelupaan

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.