0

BAB 32

Posted by Daisy Biru on 7:59 AM
BAB 32


“RM 10, 000 je ummi”

“Je? Okeylah tu. Nak bagi banyak-banyak buat apa. Nanti lepas kahwin nak pakai duit jugak. Hantaran tu untuk bantu pihak perempuan buat kenduri je long,” Ummi menuang jus oren ke dalam gelas lalu disuakan kepada Adril.

“ Hum, betullah tu ummi. Ini pun dah rasa banyak sangat duit yang dibelanjakan. Nasib baiklah Hana tak cerewet sangat minta barang hantaran yang mahal-mahal” Adril menambah.

“Hana tu kerja apa?” papa Idzhan pula bertanya.

“Pharmacist dekat hospital swasta uncle.”

“Oooo… baguslah. Suami isteri sama-sama berjaya. Gaji banyak, tak lah sesak sangat bab-bab duit tu nanti. Asal pandai berjimat, lambat-laun dapat pulangan balik duit yang dah belanja tu” balas papa Idzhan.

Adril meangangguk mempersetujui kata-kata bapa saudaranya. Alhamdulillah, tambah tolak darab bahagi, gaji Hana ditambah dengan gaji dia sebagai Pegawai Sains Nuklear di Fakultii Sains Nuklear di salah sebuah IPTA cukup selesa untuk menampung perbelanjaan perkahwinan dan menampung hidup selepas berumahtangga.

“Makan sinilah Along. Sara dah masakuntuk Along tu” ummi mempelawa. Dia menjeling anak gadisnya didapur yag ke hulu ke hilir memasak sambil menyediakan peralatan dan kutleri untuk makan malam.

Adril tersenyum. Dia dah biasa makan di rumah ini. Yang tak biasanya, makan hidangan yang Sara masak. Sejak bila Sara pandai masak dia pun tak pasti. Beberapa tahun kebelakangan ini, kalau dia bertandang ke rumah Idzhan ni, Sara lebih banyak menjadi orang kedua. Potong sayur, kupas bawang, basuh pinggan mangkuk. Siang ikan? Kerja terakhir dia akan buat. Kalau dia yang siang, memang bertompok sana-sini pada pakaiannya terkena air ikan. Babak macam mana boleh terpercik sana-sini tu memang payah nak diceritakan. Tapi, itulah Sara.

“Alang-alang tu, tidur sini terus je lah Along.” Ummi melanjutkan cadangannya.
Pulak… cadangan auntie ni selalunya bukan senang nak dibangkang. Selagi tak dipersetujui, selagi itulah dia memujuk.

“A’ah, long. Tidur je sini. Boleh uncle turunkan ilmu rumah tangga mana-mana yang patut” papa Idzhan pula menyampuk. Dah ada orang kuat yang menyokong ni nampaknya, memang kena bertapalah atas katil Idzhan. “Nak diturunkan pada anak sendiri entah bilalah agaknya” papa idzhan tersengih memandang isterinya.

Adril membalas dengan senyuman. Dah tahu dah endingnya.
Ummi menampar bahu suaminya, “Sabar-sabarlah papa oi. Bagilah budak tu peluang. Entah dah ada ke belum calonnya agaknya”

“Banyak benda lagi hendak dibuat auntie, uncle” sengaja dia cuba menolak. Tapi dia tetap ketawa dengan gurauan ummi dan suaminya.

“Alah, esok lusa boleh buat long. Sara ada tengah cuti, apa-apa yang hendak diminta tolong, suruh je dia buat. Angkut dia pergi rumah mama kamu. Eh, ni Idzhan pun dalam perjalanan ni long” ummi tiba-tiba teringan Idzhan yang menelefon sejam yang lepas mengkhabarkan yang dia akan balik malam ini.

Adril melongo. Memang banyaklah benda yang kena diungkit malam ni dengan Idzhan. Ataupun nak buat-buat tak ada apa-apa cerita. Hanya cerita dia dan Hana. Macam mana dia mengenali Hana, macam mana dia jatuh cinta dengan Hana… Ah, tapi perjalanan hidup dia semasa nak sampai kepada Hana kan, ada kena-mengena dengan Wilda. Tak boleh lari dah…

“Kejap lagi sampai lah tu” papa Idzhan membalas langsung menerbangkan imej Hana di ruang mata.

Dah lama sangat rasanya tak jumpa Idzhan sejak Hari Raya Puasa tahun lepas. Biasanya kalau uncle dan auntie datang rumah, mesti Idzhan tak ikut sekali. Ikut jadual kerja, mana boleh suka-suka curi tulang macam masih belajar dulu. Kalau jumpa pun masing-masing tak pernah meneceritakan hal peribadi. Hal-hal yang lepas, yang sudah jadi sejarah langsung tidak pernah diungkit. Lagi-lagi mereka sentiasa berbual dengan ditemani saudara-mara yang lain. Tidak pernah berdua kerana itu hanya kan member peluang untuk mereka mengungkit kisah lama. Tapi, dia tidak pasti malam ini bagaimana jika dia berdua dengan Idzhan.

“Idzhan tu bila pula uncle? Ada perkembangan tak? ”Adril menukar topik. Padahal dia rasa macam soalan tu menjerut lehernya sendiri. Tapi, memang dia nak tahu sangat-sangat perkembangan Idzhan sekarang ini.

“Tak tahulah pulak uncle. Idzhan tu entah ada atau tak girlfriend. Asyik sibuk memanjang, mana ada masa nak ada girlfriend.”

“Dia frust agaknya dengan menantu tak jadi” ummi menyampuk.
Menantu tak jadi?

“Menantu tak jadi mana pulak?” Sepanjang dia hidup ni, tak pernah pulak Idzhan ada kenalkan dia dengan mana-mana kawan perempuan.

“Ala, anak Ghazi tu”

Ah… dah agak dah. Gelas di tangan rasa nak terjatuh ke lantai. Menggigil semacam. Sebelum betul-betul jatuh, baiklah letak atas meja dulu.

“Ghazi mana pula?” Papa Idzhan berkerut dahi cuba mengingat, Ghazi yang dia kenal… adalah dulu kenalan masjid di bandar Seri Putera. Itupun kenal-kenal macam tu saja. Waktu-waktu moreh selepas tarawih, adalah beberapa kali duduk mengadap hidangan sedulang. Tak lah sampai dia nak ambil tahu orang tu ada anak perempuan. Tapi… ah, meski mereka tak saling kenal rapat, tak bermakna anak-anak tak berkawan.

“Alah, orang dekat rumah taman kita dulu. Bukan satu blok dengan kita pun.” Ummi ingat-ingat lupa. Sudah beberapa tahun tinggalkan BSP tu sejak pindah ke Port Dickson. Kenalan di sana pun bukanlah banyak sangat.

“Han tu tak ada cerita apa-apa ke Along?” Dari ummi, papa Idzhan terus berpaling menghadap Adril. Uncle ni, kalau dia tahu aku dan Idzhan pernah berebut gadis yang sama, mahu aku kena berkhemah kat luar rumah. Agaknyalah kot…

“Ish, mana ada. Along dengan Idzhan kan lain-lain geng. Kalau lepak pun, cerita fasal bola ke, study ke… jarang cerita fasal perempuan. Lagipun Han kan berahsia sikit. Mana dia nak kongsi sangat bab-bab girlfriend ni. Tu, Sara tu tak tahu apa-apa ke? Bukan ke dia suka korek cerita dari Idzhan?” Adril cepat melarikan diri. Sebelum terkantoi apa-apa, tersalah cakap dan bla bla bla, ada baiknya belok masuk simpang lain.

“Mana Sara tahu long. Abang tu, sejak pindah sini, tak cerita dah fasal Kak Wid. Kak Wid pun dah lama tak contact Sara. Tapi dia ada dalam friendlist Sara, Cuma tak pernah borak wall to wall, chat ke apa” Sara tiba-tiba muncul dari dapur dengan apron hijau yang masih belum ditanggalkan. Wajah Sara yang manis ditenungnya lama. Sara dah besar, dah pandai masak dan dah boleh jadi isteri orang. Adril menilai dalam diam. Namun Sara masih sama dari segi karakternya yang suka berceloteh. Sara tetap penglipur lara. Cepatnya masa berlalu…

“Assalamualaikum…”

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.