0

BAB 29

Posted by Daisy Biru on 7:47 AM
BAB 29



“No way!” Idzhan meletakkan beg laptop di atas meja. Butang pertama dan kedua baju kemeja dileraikan menampakkan kemeja-T berwarna putih di dalamnya.

“Ala abang… pleaselah” Suara Sara bergema di telinga lagi. Baru saja jejakkan kaki di perkarangan rumah, kelibat Sara muncul di muka pintu menyampaikan hajatnya. Belum pun sempat tanggalkan sepatu, Sara dah minta yang bukan-bukan.
Yang bukan-bukan ke?

“Buatkan abang air dulu. Penat sangat ni” Idzhan melabuhkan punggung di sofa. Rasa mengantuk masih belum hilang. Semasa menunggang motorsikal tadi pun, digagahkan juga mata untuk terus menumpukan perhatian pada jalan raya.Naib baik mata ni memang gagah terbuka.

“Okey, sekejap” Sara terus berlari ke dapur. Yakin Idzhan akan tunaikan hajatnya setelah dia menunaikan permintaan si abang.

“Apa dia nak tu Han?” papanya muncul dari belakang, baru turun dari biliknya untuk menonton berita barangkali. Idzhan segera menghulurkan tangan. “Ummi mana?”

“Baca Quran dekat atas” Butang on pada remote televisyen ditekan. Tertera di skrin montaj Buletin Utama yang baru hendak bermula.

“Apa yang Sara nak tu?” papanya mengulangi soalan yang tidak berjawab tadi. Sesekali matanya menjeling ke arah dapur dan ternampak kelibat Sara yang ke hulu ke hilir menyiapkan minuman untuk Idzhan.

“Biasalah dia tu pa. Bergolok bergadai untuk tolong orang lainlah tu” mata Idzhan tak beralih dari kaca televisyen. Dia tahu Sara mendengar dari dapur, tapi tak menyampuk pulak macam selalu.

“Abang, dah siap!” Sara berjalan laju menuju kea rah Idzhan.

“Aik, satu je?” papanya menegur. Idzhan menggeleng. Tak sensitive langsung Sara ni. Dah tahu papa ada kat sini, buatlah sekali untuk papa. Ini tak, dia fokus pada apa
yang dia nak je.

“Tambah lagi satu, Sara. Untuk ummi sekali, kejap lagi ummi turun” Idzhan menjerit dari ruang tamu.

“Ambil kesempatan!” Sara membalas dari dapur.

“Jangan jadi anak derhakalah” Idzhan nak tergelak. Bilalah agaknya Sara nak berubah jadi macam… macam…


“Tak ada masa” Idzhan menggeleng. Apa ke halnya pulak Si Sarah ni yang beriya buat kerja lebih masa carikan pengapit untuk Along. Along yang nak kahwin, pandailah dia cari sendiri nanti.

“Ala abang… jadilah pengapit Along. Dah lama dah Sara berhajat nak tengok abang jadi pengapit…” Sara merayu. Dari asalnya duduk di sebelah ummi, dia beralih tempat ke sebelah Idzhan. Sambil memegang lengan Idzhan, dia merengek lagi.

Ummi dan papanya diam tak ambil peduli tentang pertalingkahan dua anak muda itu. Cuma sesekali saling bertukar pandang apabila Si Sara melebih had memaksa Idzhan.

“Rasional?” Idzhan lebih menumpukan pada telefon bimbitnya apabila isyarat mesej berbunyi. Si hazman nak pinjam kereta sebab kereta dia sudah diberi pinjam kepada awek dia. Idzhan balik tadi pun hanya menunggang motosikal, malas menempuh kesesakan lalu-lintas PLUS menghala ke PD/Seremban.

Nasiblah, dulu aku yang selalu pakai kereta Hazman, sekarang turn dia pula. Idzhan menekan butang send.

“Ala bang, orang kata kalau jadi pengapit, tak lama lagi dia pulakyang kahwin.”

“Abang belum nak kahwin lagilah” Idzhan melentokkan kepala pada bahu ummi. Matanya tajam merenung skrin televisyen tetapi segala bagai berita yang disampaikan satu pun tak masuk dalam telinga. Kepalanya menerawang pada perkara lain.


Ooo… abang tunggu orang tu kot. Berjanggutlah macam tu nak tunggu abang kahwin.”

“Biar berjanggut pun. Jodoh di tangan Tuhan bukan pada janggut” Idzhan malas dah nak ambil pusing dengan segala macam permintaan karut si Sara. Aku? Pengapit? Memang aku kipas diri sendirilah jawabnya. Dia tersenyum kecil.

“Ahah! See. See. Ummi, see!”

“Apa?” Ummi dan papnya bersuara hampir serentak.

“Abang tunggu anak uncle Ghazi”

Pap! Satu bantal hinggap di muka Sara.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 Cinta Bee dan Daisy All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.